Ramai orang kini pakai glove plastik ketika shopping dan segelintir dari mereka buang merata glove selepas shopping. Ini teguran keras ahli farmasi. Bahaya rupanya weh glove yang bersepah ni. Tolong jangan abaikan artikel ni. Tulisan dari FB Addenna Dzakwan
Buang Glove Merata Selepas Shopping. Ini Teguran Keras Ahli Farmasi |
Tolong Jangan Guna Glove Dengan Alasan Mencegah Virus Corona!
Virus corona bertahan 8 jam pada glove anda, melainkan anda tukar glove secara kerap, anda sebenarnya sedang merebakkan virus corona tanpa anda sengajakan.
ARTIKEL MENARIK: Motivasi SEBENAR Team Kesihatan Bangkit Pergi Kerja Walau Terdedah Bahaya Covid-19
loading...
Di hospital terdapat clinical waste bin untuk para petugas kesihatan membuang glove mereka, oleh itu penyebaran virus boleh dihalang dan dicontained, tapi orang awam akan membuang glove ke dalam tong sampah biasa, dan boleh tercontact dengan orang yang mengangkat atau menguruskan sampah, tidakkah anda rasa itu akan menyebabkan penyebaran virus yang lebih rapid?
Pemakaian glove akan membuatkan anda tidak melakukan hand sanitizing dan handwashing, tolong jangan ikut tindakan artis yang tidak bertauliah dan tidak berpengetahuan dalam bidang kesihatan untuk mencegah virus corona!
Dengar nasihat, cuci tangan dengan kerap dan duduk di rumah! STOP CARI GLOVE!
Beliau turut menambah dalam posting lebih terkini menerangkan advokasi beliau tentang hal glove bahaya nih, melalui pautan ini (LINK).
WHY WE SHOULD NOT USE GLOVE BILA BUAT SHOPPING BARANGAN DI SUPERMARKET.
Actually I dont need to clarify pun pasal post tentang glove. Tapi sebabkan ada yang kata Pharmacist ni banyak masa dan gilakan populariti, meh I bagitau kenapa u should not use glove at this moment of Covid-19.
Pergi ke pasar sarung glove, pegang troli dan terpegang atau terlanggar group B carrier Covid-19 lepastu pegang ikan, adakah anda buang glove dan tukar glove baru sebelum anda pegang sayur pula? Lepastu glove yg sama anda guna untuk pegang pula tin susu? Now di sini lah yang saya kata anda merebakkan virus.
From trolley ikan sayur susu cashier
Dari satu glove yang sama yang anda tak tukar-tukar, sampai kuning glove tu. Buka pulak glove, dibuang dalam tong sampah orang awam. Banyak contact kita buat dengan satu glove.
Handwash selepas anda selesai melakukan pembelian barangan dapur anda. Macam mana? Gini. Lepas pilih barangan mentah, hand sanitize 1 kali, lepas pilih barangan kering, hand sanitize lagi, lepas bayar kat cashier, hand sanitize sekali lagi, dan sebelum masuk ke kereta hand sanitize sekali lagi.
Inilah frequent hand hygiene yang kita perlu buat. Sampai macam ni saya nak kene ajar kan. Hand sanitize ni bila kat luar je, dah sampai rumah, gunalah sabun. Hari-hari ke yang nak beli barang dapur tu? Plan lah hari shopping u, takkan saya kene cerita juga macam mana nak plan beli barang dapur kan
Balik rumah, disinfect barang-barang dapur anda, boleh google tips penyimpanan makanan basah dan kering utk bersih dan kekal lebih lama. Tapi kalau ini pun sy perlu ajar, emmm. Saya tak duduk dekat farmasi, saya duduk rumah je mcm tu.
“Eh tukang kutip sampah pun pakai glove lah”
Ni bukan soal orang yg uruskan sampah pakai glove atau tidak, ni soal orang yg menguruskan sampah itu uruskan sampah clinical waste atau tidak. Beza di situ. Mana dia tau kan dalam tu ada glove ke tidak, macam awak katelah, gila ke nak koyakkan plastik sampah?
loading...
Tapi dalam keadaan tak diingini, sampah tu mungkin dikais anjing, atau terkoyak sebab penuh sangat, siapa tau? Dah bila sampah tu tercicir-cicir, guna apa pula mereka kaut balik? Takkan kaki kan
“Saya tukar glove berkali-kali, lepas buka glove saya guna hand sanitizer pula, glove tu saya sanitizer kan dulu sebelum buang”
Dalam satu box ada 100 keping glove. Kalau boleh bertukar berkali-kali saya ucapkan syabas dan tahniah. Tapi nampak tak pembaziran di situ? Glove dah, hand sanitize pula. Mahal kan hand sanitizer sekarang? Kenapa nak guna berkali-kali pada tangan, lepastu pada glove pulak?
Berbanding kita buat handwashing dan hand sanitizing sahaja, mana lebih jimat dan mudah? Nak lagi mudah, boleh guna alcohol swab 70%. Murah dan jimat sebab satu swab boleh guna untuk dua belah tangan.
“Nak guna glove untuk isi minyak, pegang pam minyak.”
Lepastu mana anda buang glove tu? Di tong sampah sebelah pam minyak kan? Sebelum lori sampah pungut sampah-sampah di stesen minyak, siapa yang uruskan sampah-sampah tu?
Ofcourse lah pekerja stesen minyak. Yakin mereka guna glove? Yakin? Kalau yakin, saya ok. Tapi SAYA TAK YAKIN. Lepas pegang pam minyak, sanitize dulu tangan anda, baru lah masuk ke dalam kereta.
Berbeza dengan facemask, facemask kita guna hanya untuk filter air particles yang kita breathe in, tapi dgn glove kita buat contact secara direct. Virus and Germs dont stay on your mask, but it gets transferred through contact.
Sebab itu tuan-tuan puan-puan sekalian, berkali-kali WHO tekankan perlu kerap buat hand washing dan hand hygiene and don’t touch your face.
Saya faham ada saranan majlis perbandaran atau management pasar-pasar yang menggalakkan penggunaan glove, mungkin mereka fikir itu adalah protection tapi sebnarnya membuka ruang infection atau contact kepada org lain sebab tak diterangkan secara detail bagaimana nak contain virus dengan glove.
Tahniah pada rakyat Malaysia yang boleh menggunakan kewarasan akal dalam musim membendung wabak covid-19 ni. Kita perlu break the chain by practicing hand hygiene. Mereka yg sebagai frontliners di Supermarket, di Stesen Minyak, Rider, Runners, tak punyai banyak masa since mereka adalah dalam esssential services.
Jumpa beratus-ratus orang satu hari, saya boleh anggar kekerapan mereka untuk hand hygiene pun adalah rendah. Jadi sebagai public yang bertanggungjawab, it is our duty to break the chain.
Saya jumpa beratus customer satu hari, setiap seminit saya buat hand sanitizing, kering tangan yang gebu gebas ni. Saya lebih paranoid sebab masa sekarang farmasi adalah kedai yang paling ramai pengunjung dan pelanggan.
Cuci tangan dengan sabun atau hand sanitizing immediately kills the virus off, dan spreading terhenti di situ, but did you know VIRUS STAYS FOR 8 HOURS ON YOUR LATEX GLOVE? Which one is more effective on stopping the spreading of viruses? Guna glove atau basuh tangan?
Rakyat malaysia ni kurang buat hand hygiene before outbreak wabak Influenza dan Covid19 sebab tu rasa lecehnya nak cuci tangan dengan kerap, tapi you are doing good, keep on hand hygiene, saya bangga dengan anda. Paling penting, bila kerajaan suruh duduk di rumah, maka duduklah di rumah sahaja.
Marilah kita reserve stock glove pd orang yg betul-betul memerlukan seperti mereka yang handling food preparation, handling bahan-bahan chemical berbahaya, mereka yang ada skin problem and cannot use alcohol sanitizer (follow panduan guna glove yg betul ya) dan penjaga-penjaga pesakit diabetes atau bedsore yang memerlukan pencucian luka diabetes dan bedsore yang kerap.
Anda tahu tak sekarang stock glove di pasaran dah habis, dan golongan-golongan ini lebih berisiko besar mendapat jangkitan Covid-19 jika tidak diurus dengan baik?
TOLONG KONGSIKAN INFORMASI TENTANG GLOVE NI SUPAYA RAMAI LEBIH CAKNA
Nur Syafa Addina,
Ahli Farmasi berdaftar dan berlesen
RPh16249
Ahli Farmasi berdaftar dan berlesen
RPh16249