Ramai ambil enteng soal Perintah Kawalan Pergerakan bila diumumkan dengan alasan mereka masih sihat.
Doktor Kongsi Cara Pengambilan Sample Ujian COVID-19, "Azab Kepala Rasa Nak Meletup!" |
Tiada kontak dengan pesakit positif dan berbagai alasan lain. Ya, memang kita sihat ketika itu tetapi kalau tidak stay di rumah, masih merayau di luar dengan pelbagai alasan, kita sendiri pun tidak tahu siapa yang sudah dijangkiti.
ARTIKEL MENARIK:Buang Glove Merata Selepas Shopping. Ini Teguran Keras Ahli Farmasi
loading...
Kecuali apabila badan sudah mulai melemah akibat demam, pergi ke hospital dan jalani test kit pengambilan sample COVID-19, ketika itu barulah dunia rasa nak meletup.
Seorang doktor, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkongsi cara ujian saringan COVID-19 di media sosial “RASA KESAKITAN” yang akan dirasai mereka yang disyaki positif COVID-19 dan menyifatkan pengalaman kawan-kawannya yang berada di barisan hadapan untuk menangani wabak ini adalah satu pengalaman yang agak azab.
Cara Ujian Saringan COVID-19 Dilakukan
Bayangkan satu batang swap dimasuk ke dalam hidung dan ditusuk sehingga ke hujung rongga hidung untuk pengambilan sample ini ketika ujian saringan COVID-19. Bacalah, kalau rasa masih kebal, jalan-jalanlah di luar. Lepas tu jalani sendiri dan tanggung azab sendiri (dah nasihat stay at home degil).
“Sakit woih! Rasa macam nak meletup kepala aku!
Terbatuk-batuk terus lepas batang swab tu dia keluarkan dari hidung aku. Mujur tak termuntah je.”
Masih jelas lagi raut wajahnya yang tak selesa tu. Padahal prosedur pengambilan sample Ujian Saringan COVID-19 tu dah selesai lama.
Kesian betul. Dia antara rakan setugas aku yang terpaksa jalani ujian saringan COVID-19. Bukan seorang dua, tapi berbelas-belas kawan aku yang terpaksa hadapi azab saringan tu.
Memang siksa masa ujian tu dibuat. Terpaksa relakan lubang hidung dijolok dengan alat penguji hingga betul-betul sampai ke hujung rongga hidung.
Semata-mata nak kena pastikan diri bebas jangkitan. Supaya ia tak tersebar pula pada orang lain.
Lihatlah gambar yang aku kongsikan tu. Semuanya terpaksa lakukan test gara-gara ada pesakit yang positif jangkitan, tapi menipu sejarah sakit. Dah mula ada simptom sejak awal, tapi masih tegar berjalan-jalan ke sana ke mari.
Siap terbang ke luar negara lagi. Lepas tu, bila datang untuk jalani pemeriksaan, tak beritahu maklumat sebenar pada staff kesihatan. Akhirnya dedahkan risiko jangkitan pada ramai staff hingga sebahagian terpaksa dikuarantin.
Akibatnya, staff yang bertugas makin berkurangan menyebabkan beban kerja makin bertambah.
loading...
Sebab tu kami marah benar bila ada yang tak patuhi arahan KKM dan kerajaan. Galak berjalan ke sana ke mari. Lepas tu sesuka hati cakap, “kalau kami sakit kami pergilah hospital.”
Rude!
Selfish!
Tolonglah ikut perintah kawalan pergerakan betul-betul buat masa ni. Tak usah keluar ke taman rekreasi. Tak usah ke masjid atau surau. Tak usah pulang ke kampung. Jangan dedahkan orang tua pada risiko jangkitan.
Bayangkan orang tua kita terpaksa hadapi rasa tak selesa diambil sample disebabkan kedegilan kita. Apatah lagi jika tiba-tiba keputusannya positif.
Nauzubillah… Itu belum kira masalah-masalah yang timbul pada staff kesihatan akibat kedegilan kita.
Kawan-kawan, patutnya ujian wabak ni jadi medan kita bermuhasabah, kesabaran kita membasuh dosa-dosa lalu.
Bukan kita menambah lagi senarai dosa-dosa baru ke dalam kantung amalan kita. Yang dah lepas kita ambil jadikan pengajaran.
Tapi dalam perjalanan menuju ke hadapan, kita mesti ingatkan seramai mungkin agar selalu jaga satu sama lain. Saling ingat memperingati.
Nampak ada yang terlalai, kita tegur. Yang terus berdegil, kita serahkan pada pihak berkuasa. Fahamkanlah kata-kata Tuhan. Kita ini sentiasa duduk dalam kerugian.
Melainkan sesiapa yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh, serta tak jemu berpesan tentang kebaikan dan kesabaran.
Mari, sama-sama kita ingatkan semua ya. Malaysia, #StayAtHome.
Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari via https://petuaibu.com