Berhimpat padat macam dalam tin sardin sampai jarak sosial takde langsung. Akhirnya pihak KTMB tampil beri komen padu

Business

Berhimpat padat macam dalam tin sardin sampai jarak sosial takde langsung. Akhirnya pihak KTMB tampil beri komen padu

Gambar dan video penumpang berhimpit-himpit macam sardin dalam tin dalam tren Keretapi Tanah Melayu (KTMB) semalam cukup ‘menakutkan’ ramai pihak. Dalam keadaan penularan Covid-19 semakin terkawal, situasi seperti dalam gambar yang tular di media sosial itu menyebabkan

Berhimpat padat macam dalam tin sardin sampai jarak sosial takde langsung. Akhirnya pihak KTMB tampil beri komen padu
Berhimpat padat macam dalam tin sardin sampai jarak sosial takde langsung. Akhirnya pihak KTMB tampil beri komen padu

kemarahan warganet dan bimbang kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disalahgunakan. KTMB dalam satu respon kepada warganet menerusi media sosial bertarikh hari ini mengesahkan gambar berkenaan adalah sahih dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

ARTIKEL MENARIK: Selepas difitn4h berkh4lwat, Tak sangka ini keputusan yang Siti Rohayu putvskan atas nasih4t peguam
loading...


‘Set tren yang asal mengalami masalah teknikal dan pihak kami telah gantikan dengan set tren 3 car dan menyebabkan ruang terhad,” katanya menjawab pertanyaan warganet.

BUKAN LRT RAPID KL

Sebelum itu, berdasarkan gambar yang sama, ada pihak mendakwa ia berlaku dalam tren milik Rapid KL namun syarikat berkenaan menafikannya dan menasihati pengguna media sosial supaya tidak mengaitkan mereka dengan berita palsu.
Apa sekali pun, sekiranya benar ia berlaku kepada tren KTMB, ia tidak sepatutnya berulang dalam keadaan orang ramai perlu akur kepada penjarakan sosial pada masa ini dan tidak mampu lagi menerima kluster baharu Covid-19 dalam negara. Mungkin pihak berkuasa termasuk Kementerian Pengangkutan perlu memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku.


Sumber : Malaysia Gazette

loading...



Akhirnya Ismail Sabri Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Berapa Lama PKP Akan Dilaksanakan Dan Berapa Lama Covid 19 Akan Aktif. Apa Yang Dibongkarkan Buat Rakyat Tergamam.

Pakar perubatan menjangkakan pandemik Covid-19 tidak akan berakhir dalam tempoh yang singkat dan akan berada di sekitar kita sekurangnya-kurangnya dalam tempoh dua tahun. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berikutan itu tidak mungkin kerajaan akan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun sehingga wabak ini berakhir.
”Pakar-pakar perubatan mengatakan Covid-19 akan berada di sekitar kita, sekurang-kurangnya dalam masa dua tahun, bermakna bahayanya sentiasa berada di sekeliling kita. Tak mungkin kerana Covid-19 berada di sekitar kita selama dua tahun, maka PKP akan diteruskan selama dua tahun, tidak mungkin,” kata beliau.
Tambah Ismail Sabri, langkah melonggarkan PKP adalah bagi membantu ekonomi rakyat terutamanya peniaga kecil yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang PKP dilaksanakan. Oleh itu, tanggungjawab untuk melindungi diri adalah bergantung kepada individu itu sendiri bagi mencegah jangkitan.
”Apabila kita memberi ruang kepada peniaga-peniaga kecil untuk membuka perniagaan mereka kerana kita sedar bahawa mereka menghadapi masalah yang amat besar selama ini kerana langsung tidak mempunyai pendapatan, sebab itu kita buka. Tetapi, tanggungjawab untuk melindungi diri sendiri masih tertakluk kepada setiap individu,” ujar beliau.
Sumber: Sidang Media Perkembangan Terkini PKP

PKP Tamat. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Tentang PKP Ditamatkan Dan Bersuara Tentang Hari Raya.

Persepsi bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah tamat apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok, adalah tanggapan yang salah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau sebaliknya menegaskan bahawa PKP masih berkuat kuasa tetapi dengan menggunakan pendekatan kepatuhan sosial dan disiplin terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal jangkitan COVID-19 di Malaysia.
Beliau berkata pendekatan SOP dalam PKPB adalah sama seperti yang diamalkan di Korea Selatan, Taiwan dan Sweden yang mampu mengawal COVID-19 tanpa melaksanakan PKP, sebaliknya menggunakan kepatuhan sosial dan disiplin yang tinggi.
“Persepsi yang menganggap kerajaan sudah tamatkan PKP dan esok kita ‘raya’ dan tidak ada PKP contohnya, adalah satu persepsi yang salah. PKP masih ada,”  katanya pada sidang media harian COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.
Dr Noor Hisham berkata selepas melaksanakan pendekatan PKP, Malaysia menggunakan pendekatan SOP untuk mengawal COVID-19 dan kerjasama bersepadu antara kerajaan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat adalah penting untuk menghentikan penularan pandemik itu di negara ini.
Jelas beliau Malaysia telah melaksanakan empat fasa PKP dan berjaya melandaikan lekuk COVID-19 dan kini negara menggunakan pendekatan SOP yang menuntut pematuhan sosial dan disiplin yang tinggi daripada rakyat.
Dr Noor Hisham berkata kelonggaran PKPB diberikan hanya kepada mereka yang boleh mematuhi SOP seperti yang ditetapkan KKM. “Kalau ada negeri, syarikat atau perniagaan yang tidak dapat mematuhi syarat-syarat PKPB yang ditetapkan KKM, maka mereka kembali kepada arahan PKP yang mengguna pakai Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
“Mereka yang rasa tidak dapat mematuhi SOP, kita nasihat kekal duduk di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting sahaja,” katanya. Dr Noor Hisham berkata KKM juga sedang melihat kaedah untuk memantapkan perkhidmatan kepada warga emas yang dikenal pasti kumpulan berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19, termasuk memberikan rawatan di rumah.
Sementara itu, mengulas mengenai kluster baharu iaitu kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur, Dr Noor Hisham berkata KKM sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada kluster itu berpunca daripada kluster-kluster yang lain.
Menurutnya, kesemua 28 kes positif di bawah kluster itu juga melibatkan warga asing yang mungkin tinggal dalam satu penempatan yang sama. “Kami dapati individu yang terlibat dalam kluster ini mereka mungkin duduk sekali dalam satu bilik kediaman. Siasatan masih kami jalankan untuk kenal pasti sama ada mereka ada kaitan dengan kluster tertentu. Setakat ini tiada bukti kukuh untuk kami kaitkan (kluster pembinaan) dengan kluster tertentu,” katanya.
SUMBER : Siakap Keli  via apampink

-----------------------------------------------------------------