Mengejutkan bila Thailand terus kekal tak ada kes baru Covid 19 dan tiada pemergian. Rupa rupanya ini yang mereka lakukan sampai berjaya kekalkan tiada kes baru Covid 19.

Business

Mengejutkan bila Thailand terus kekal tak ada kes baru Covid 19 dan tiada pemergian. Rupa rupanya ini yang mereka lakukan sampai berjaya kekalkan tiada kes baru Covid 19.

Mengejutkan bila Thailand terus kekal tak ada kes baru Covid 19 dan tiada pemergian. Rupa rupanya ini yang mereka lakukan sampai berjaya kekalkan tiada kes baru Covid 19.
Mengejutkan bila Thailand terus kekal tak ada kes baru Covid 19 dan tiada pemergian. Rupa rupanya ini yang mereka lakukan sampai berjaya kekalkan tiada kes baru Covid 19.

Thailand hari ini sekali lagi melaporkan sifar kes baharu COVID-19 dan pemergian, jumlah kes kekal 3,025 dengan 56 pemergian. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin mengucapkan terima kasih kepada semua warganegara Thailand atas kerjasama mereka memerangi COVID-19.


“Saya berharap tiada kes baharu dan pemergian, dalam tempoh lebih lama atau sekurang-kurangnya satu angka kes baharu memandangkan fasa kedua dengan pelonggaran sekatan akan bermula esok,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

ARTIKEL MENARIK: Terkejut Wuhan sedang buat ujian saringan Covid 19 besar besaran kepada 11 juta penduduk disana setelah hampir sebulan tiada kes baru. Rupa rupanya ini yang berlaku.
loading...


Daripada 3,025 kes, seramai 2,855 pesakit telah sembuh dan discaj dari hospital manakala 114 masih lagi menerima rawatan. Pada Rabu, Thailand merekodkan sifar kes baharu dan pemergian untuk pertama kali sejak 9 Mac.

Sejak pelonggaran sekatan fasa pertama pada 3 Mei, Thailand telah merekodkan kes harian baharu satu angka kecuali pada 4 Mei yang merekodkan 18 kes melibatkan bilangan tahanan yang sama di pusat tahanan imigresen di wilayah selatan Songkhla.

Thailand, negara pertama di luar China melaporkan kes COVID-19 mencatatkan peningkatan harian tertinggi sebanyak 188 kes yang disahkan pada 22 Mac. Sementara itu, fasa kedua pelonggaran sekatan akan bermula esok menyaksikan lebih banyak perniagaan dan tempat dibuka termasuk pusat beli-belah dan gedung serbaneka.

Selain itu perintah berkurung di seluruh negara akan dipendekkan sejam iaitu dari 11 malam hingga 4 pagi berbanding 10 malam hingga 4 pagi sebelum ini. Sementara itu, Thailand telah mengeluarkan China, Korea Selatan, Hong Kong dan Macau dari senarai Zon Penyakit Berjangkit untuk COVID-19. Pengumuman itu disiarkan dalam Warta Diraja pada Jumaat. Situasi COVID-19 di negara dan wilayah berkenaan dan keberkesanan mereka mengekang virus maut itu telah bertambah baik, menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

Akhirnya Dr Noor Hisham Dedahkan Kenapa Angka Kes Baharu Sekarang Makin Hari Makin Menurun. Rupa Rupanya Hanya Negeri Ini Yang Catat Pertambahan Kes Baharu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat kes positif mengikut negeri. Menurut ciapan tersebut, setakat 16 Mei, jam 12 tengah hari, sebanyak lima negeri telah dikesan mencatatkan kes positif baharu. Kesemua jumlah kes yang dilaporkan itu berjumlah sebanyak 17 kes.

Antara negeri tersebut adalah Selangor (1 kes), Kuala Lumpur (7 kes), Putrajaya (1 kes), Pahang (7 kes), dan Sabah (1 kes). Pun begitu, KKM turut menjelaskan bahawa daripada 17 kes positif baharu itu, 6 adalah kes import manakala 11 lagi berkaitan penularan tempatan yang melibatkan 5 bukan warganegara Malaysia.

Kes Positif Mengikut Negeri (setakat 16 Mei, jam 12 tengah hari). Daripada 17 kes positif baharu, 6 adalah kes import. 11 lagi adalah berkaitan penularan tempatan yang melibatkan 5 bukan warganegara Malaysia.

Sumber: KKM

Terkejut Dr Noor Hisham Bongkarkan Ini Yang Terjadi Pada Zon Merah Dan Zon Hijau Yang Terkena Covid 19. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Yang Jadi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah berkongsikan tentang maklumat jumlah pecahan kes mengikut daerah dan zon di Malaysia setakat 12 pm, 15 Mei 2020. Menerusi data bilangan pecahan kes itu, KKM telah melaporkan bahawa bilangan zon merah terus menunjukkan penurunan. Setakat 15 Mei 2020, zon merah dilaporkan telah berkurang kepada 7.

Antara kawasan-kawasan yang masih dikategorikan zon merah adalah Petaling, Batu, Ibu Kota, Kampung Bharu, Pudu, Rembau dan Kuching. Ini bermakna, zon hijau di seluruh Malaysia semakin bertambah. Sehingga jam 12 pm, 15 Mei 2020 KKM melaporkan terdapat 126 zon yang telah diisytiharkan hijau setakat ini.

Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan bahawa kes aktif yang berada di zon merah adalah kluster-kluster yang masih aktif dan lokaliti PKPD. Daerah/zon kategori zon merah terus berkurang menjadi 7 manakala zon hijau bertambah menjadi 126. Kes aktif di zon merah melibatkan kluster-kluster yang masih aktif dan lokaliti PKPD.

Sumber: KKM



loading...


Tan Sri Muhyiddin Lantang Bersuara Tentang Sekolah Yang Bakal Dibuka. Akhirnya Perdana Menteri Dedahkan Murid Yang Akan Mula Bersekolah Semula Dengan Sop Yang Baru

Menerusi Perutusan Khas Perdana menteri sempena Hari guru tanggal 16 Mei 2020, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa murid-murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM akan diberikan keutamaan untuk ke sekolah terlebih dahulu apabila sekolah dibuka nanti.

“Apabila sekolah dibuka nanti, untuk permulaan, kita berikan keutamaan kepada murid yang akan menduduki peperiksaan SPM, SVM, STPM dan STAM untuk ke sekolah dahulu”, ujarnya. Pun begitu, beliau menegaskan bahawa SOP mengenai jarakkan sosial yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi supaya penularan wabak Covid-19 dalam kalangan warga sekolah dapat dielakkan.

“Ini untuk memastikan SOP mengenai penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dapat dipatuhi. “SOP ini meliputi prosedur mengenai ketibaan murid di sekolah, pergerakan ke bilik darjah, susunan meja dalam bilik darjah, pergerakan di kantin dan pelbagai aspek lain”, tambahnya lagi.

Sumber: Bernama/Muhyiddin Yassin

Covid 19 Belum Selesai Tapi Sesi Persekolahan Dibuka Semula. Akhirnya Menteri Pendidikan Bersuara Lantang Pelajar Perlu Kembali Ke Sekolah. Tak Sangka Ini Cabaran Dan SOP Yg Bakal Diambil

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) dalam fasa merangka prosedur operasi standard (SOP) pasca Covid-19 bagi sesi persekolahan negara apabila ia dibuka semula. Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, SOP berkenaan akan memberi penekanan terhadap perubahan kepada sesi pengajaran dan pembelajaran kepada 5.4 juta pelajar seluruh negara.

Menurutnya, ia cabaran besar kepada KPM untuk memastikan pelajar mematuhi SOP yang ditetapkan agar keselamatan dan kesihatan tidak terjejas ketika di sekolah. “Jika dulu sebuah kelas boleh memuatkan sehingga 35 pelajar namun selepas ini jumlah itu akan dikurangkan kepada 16 hingga 17 orang bagi menjaga jarakkan sosial.

“Ini adalah cabaran KPM bagaimana untuk menempatkan pelajar ini agar sesi pembelajaran dapat dilaksanakan tetapi dalam masa sama SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipatuhi,” katanya. Beliau berkata demikian dalam program Soal Rakyat Wawancara Khas Bersama Menteri Kanan Pendidikan terbitan TV3, semalam.

Beliau berkata, guru juga perlu bersedia memastikan pelajar terus bermotivasi selepas tidak hadir ke sekolah lebih dua bulan lalu kerana pandemik Covid-19. Katanya, peranan guru juga akan berbeza kerana perlu memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi pelajar apabila sekolah dibuka nanti.

“KPM akan membenarkan pelajar kelas peperiksaan Tingkatan Lima dan Enam untuk hadir ke sekolah terlebih dulu untuk memantau tahap kepatuhan serta keberkesanan SOP yang ditetapkan. “Kementerian juga akan pastikan penerokaan ilmu itu akan terus berjalan dengan lancar walaupun dalam suasana pembelajaran yang berbeza,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

Boleh Solat Jumaat Terawih Dan Solat Aidilfitri Di Masjid. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Tentang Perbincangan Melibatkan Solat Jumaat Buat Ramai Terkedu

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberikan jangkaan mengenai situasi penularan Cov-19 dalam tempoh dua hingga empat minggu kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

Mesyuarat yang bermula awal hari ini kata Noor Hisham, adalah untuk memberikan memberikan pandangan serta nasihat sewajarnya berhubung cadangan membenarkan silat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Saya sudah membentangkan perkembangan COV-19 dari mula hingga kini dan jangkaan kita (mengenai situasi penularan) dalam tempoh dua hingga empat minggu. “Selain solat Jumaat, ada banyak yang dibincangkan, saya jawab semua soalan yang dibangkitkan dengan sebaik mungkin termasuk kemusykilan yang ditimbulkan,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Noor Hisham berkata demikian menjawab pertanyaan media tentang nasihat KKM tentang mesyuarat yang membincangkan tentang saranan solat Jumaat, Tarawih dan Aidilfitri semasa PKPB. Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sudah memberikan penerangan dan langkah yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan.

“Kita berharap kebijaksanaan jawatankuasa muzakarah terbabit untuk memberikan pandangan dan sebarang keputusan daripada muzakarah terbabit akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja,” katanya. Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata,

garis panduan solat Jumaat dalam tempoh PKPB yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) hari ini akan dibawa ke Majlis Raja-Raja. Garis panduan itu adalah sebagai pandangan dan nasihat untuk dipertimbang serta diputuskan pihak berkuasa agama negeri.

via apampink
-----------------------------------------------------------------