Setelah sekian lama Syura terima bayaran dari Ogy Ahmad Daud. Tak sangka akhirnya Syura bongkarkan jumlah yang Kak Ogy bayar untuk permulaan

Business

Setelah sekian lama Syura terima bayaran dari Ogy Ahmad Daud. Tak sangka akhirnya Syura bongkarkan jumlah yang Kak Ogy bayar untuk permulaan

Setelah sekian lama Syura terima bayaran dari Ogy Ahmad Daud. Tak sangka akhirnya Syura bongkarkan jumlah yang Kak Ogy bayar untuk permulaan
Setelah sekian lama Syura terima bayaran dari Ogy Ahmad Daud. Tak sangka akhirnya Syura bongkarkan jumlah yang Kak Ogy bayar untuk permulaan

Setelah lama menunggu, pelakon dan penyanyi, Syura Badron, 33, akhirnya menerima sebahagian bayaran dari Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy. Syura menganggap bayaran RM3,000 diperolehnya daripada penerbit teater Korupsi Dewan Semandung itu pada pertengahan Mei lalu sebagai rezeki Aidilfitri.


Menurut Syura, meskipun bayaran sudah diterimanya sekitar 24 peratus sahaja daripada jumlah penuh yang dijanjikan, dia hanya mampu bersyukur. Ujarnya, penerbit masih ada tunggakan baki bayaran kira-kira 76 peratus lagi.

ARTIKEL MENARIK: Memey nak ada baby lagi. Akhirnya Norman Hakim tampil bongkarkan sesuatu tentang Memey buat warganet terkedu.
loading...


” Daripada tak dapat langsung dan umpama menunggu buah yang tidak gugur, saya terima sajalah berapa jumlah bayaran mampu dibuat kak Ogy dengan rasa syukur. ” Apatah lagi, ketika itu Aidilfitri semakin hampir dan saya perlu sediakan persiapan anak-anak.

” Saya sebenarnya tak suka mendesak, namun dalam hal ini kalau terus berdiam diri pun tak boleh juga. ” Kerja dah lama selesai tapi bayaran masih belum dilunaskan, dan situasi itu sangat mengecewakan. ” Apapun, saya berterima kasih juga pada kak Ogy dengan bayaran RM3,000 itu.

” Bagi bayaran selebihnya, tak pastilah bila akan dapat walaupun diberitahu sekitar Jun ini,” katanya kepada Harian Metro. Bukit kalau ditarah sikit-sikit, lama-lama rata juga. Ditanya mengenai simpanan, Syura atau nama sebenar Zuraidah Badron berkata dia tahu warganet sering mempersoalkan perkara ini, tapi perlulah difikir sampai bila nak bergantung menggunakan wang simpanan sahaja.

” Umpama bukit kalau ditarah sikit-sikit, lama-lama rata juga. Begitulah dengan konsep simpanan kita. ” Kalau wang asyik keluar dan jumlah masuknya tiada atau kurang, lama-lama habis juga. ” Lagi pun, wang yang diminta pada kak Ogy itu adalah mengikut perjanjian yang dibuat sebelum memulakan kerja.

” Bayaran dituntut itu hak saya yang memang patut dia bayar sebagai penerbit,” katanya. Syura yang juga ibu tunggal tiga anak berkata dia bagaimanapun sangat menghargai usaha Ogy yang bertungkus-lumus membuat kempen jualan pes kari air tangannya.

Ia bertujuan untuk mengumpulkan kewangan bagi melunaskan segala kesulitan pembayaran yang berlaku. Apapun, pada Ramadan lalu Syura turut berniaga kuih raya buatannya untuk mendapatkan sumber pendapatan keluarga.

Katanya dia tidak boleh duduk menunggu sahaja bayaran teater berkenaan daripada Ogy yang ketika itu dirasakan ‘samar bayangan’. Dalam teater Korupsi Dewan Semandung, Syura dipilih menggantikan pelakon Hanna Halim pada saat akhir yang menuntut dia memberi komitmen penuh dalam masa singkat untuk latihan sebelum persembahan sebenar berlangsung.

Teater arahan Khir Rahman itu diterbitkan produksi Ogy Ventures & Network yang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu. Selain Syura, barisan pelakon lain ialah Joey Daud, Tauke Jambu, Mark Adam, Man Raja Lawak, Azmi Caliph Buskers, Che Mat Raja Lawak dan ramai lagi.


loading...


Man Raja Lwk Bengang Dengan Kak Ogy. Terkedu Tiba Tiba Shuib Tampil Beri Respon Padu Buat Kak Ogy. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Shuib Cakap Pada Kak Ogy.

Sejak beberapa hari lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan isu kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network untuk melunaskan baki bayaran barisan pelakon teater Korvpsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.

Malah kebanyakan pelakon dan kru terlibat turut memuat naik status di media sosial bagi berkongsi masalah tersebut dan meminta Kak Ogy agar tidak berdiam diri. Antaranya adalah Man Raja Lawak yang tampil bersuara meminta penjelasan Kak Ogy.

Man turut mendedahkan berasa pelik kenapa Kak Ogy menyekat semua pelakon dan kru di laman sosial sekiranya dia di pihak yang benar. ” Teater Korupsi Dewan Semandung 2 bulan dah berlalu..rata-rata yang menonton smua memuji..2 minggu kami berkampung di IB terpaksa tolak JOB yg masuk.

” Sebab masing-masing nak berikan komitmen dan displin yang tinggi kerana pengarah nya bukan kaleng-kaleng, otai Kei Ramoss dan produser Kak Ogy. ” Kami bersatu hati untuk 3 hari persembahan walaupun pada hujungnya ada masalah dalaman..kini janji tinggal janji..hari demi hari..bulan demi bulan..

” Semua pelakon termasuk kru-kru yang terlibat terpaksa mengemis dan meminta-minta…bilakah kami akan dapat baki payment seperti yang di janjikan Kak Ogy. ” Kami masih menunggu dan akan menunggu payment kami kerana segala titik peluh dan kepenatan kami ada harganya bukan untuk di beri PERCUMA..

“Jangan macam ni” – Shuib komen

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata menyatakan rasa simpati terhadap Man dan pelakon lain yang turut menghadapi isu sama. Malah rakan artis turut bersimpati dengan nasib Man. Antaranya Shuib Sepahtu yang bertanyakan hal tersebut dan sempat berpesan kepada Kak Ogy.

”Apehal dah berminggu-minggu keje tak bayar man???? Teater komitment sangat tinggi, almost setiap hari rehearsal, masa, tenaga dan kos setiap hari lagi. Tapi end up tak bayar???? Ape kes??? ” Jangan macam ni, almost semua pelakon untuk teater ni aku kenal.. Harap dapat di selesaikan secepat mungkin. ” Semua manusia perlu meneruskan kelangsungan hidup. Tolong selesaikan masalah ini Kak Ogy atau pihak yang terlibat tq..” – tulis Shuib

Man dan kru balas komen Shuib

Komen Shuib tersebut turut mendapat komen balas dari Man dan rakan artis lain serta kru yang turut terlibat. ” Itu ar ib..kalau kita boleh baca hati dan niat masing-masing memang confirm tak amik JOB ni..kesian ib..pelakon ngan kru-kru sanggup berkorbn mula keje kul 9.00 pagi abis kul 12 malam.

” Ada yang duk jauh amik hotel dekat-dekat Ib..ade yang ulang alik..semua pakai duit ib..skang semua dah macam peminta sedekah” tulis Man Sementara itu, seorang individu dipercayai kru yang turut menjayakan teater tersebut bernama Syafinaz turut menjelaskan keadaan kepada Shuib.

” Takde ib semua whatsapp tak dilayan, Kak Ogy diam diri kesian kru-kru yang memang mengharapkan duit tu untuk teruskan hidup time pkp yang tak ada job ni…Man, finaz dah try personal dengan Kak Ogy untuk Man punya balance dia langsung tak balas sorry Man gua jdi serba salah…” tulis Syafinaz

Penjelasan Kak Ogy

Dalam pada itu, Ogy atau nama sebenarnya Fauziah Ahmad Daud menjelaskan beliau tidak pernah berniat melarikan diri daripada tanggungjawab ketika dirinya diduga dan diuji dengan kemelut kewangan bagi menyelesaikan bayaran tertunggak team produksi.

Bahkan, sebagai manusia yang waras dan memiliki nilai kemanusiaan, Fauziah atau lebih mesra disapa Ogy sentiasa mengingatkan dirinya bahawa janji yang dibuat harus ditunaikan. ” Saya tidak jahat. Saya memahami mereka

(tenaga produksi teater) juga memerlk4n perbelanjaan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. ” Beri saya sedikit ruang dan masa, Insya-Allah apabila cukup dana yang saya perlk4n, akan saya bayara kepada mereka semua,” janji Ogy lagi. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://lamanhiburan.pw/

Nama Terkait Dengan Kontroversi Kak Ogy. Akhirnya Khai Bahar Tampil Beri Respon Padu Tentang Isu Ini Buat Warganet Terkedu.

Mungkin tertekan dengan pelbagai pertanyaan atau mungkin tersepit antara keadaan menyebabkan penyanyi Khai Bahar mengeluarkan satu kenyataan di Instagram miliknya. Ramai yang tahu konsert solo Khai Bahar Dari Smule Ke Pentas Dunia di Istana Budaya nanti bakal diterbitkan oleh syarikat milik Fauziah Ahmad Daud atau Kak Ogy.

“Tujuan saya buat video ni sebenarnya bersebab, di mana saya akan berikan pendapat saya tentang isu yang tengah hangat sekarang ni. Isu ini telah melibatkan nama saya. “Nama saya pun dah naik dan konsert solo saya yang akan datang. Saya sebenarnya tak nak buat pun video ni, saya tak nak masuk campur pun hal-hal begini.

Tambah Khai, terpaksa bersuara memandangkan dia mendapat banyak komen di Twitter, Instagram, YouTube dan di media sosial lainnya. “Bagi mereka yang ingin menuntut hak mereka, hak mereka selama ini mereka bekerja dan mereka tak dapat hak mereka, itu adalah urusan mereka. Memang saya rasa patut kot tak kisahlah sesiapa sahaja.

“Bagi saya pula, sepanjang saya bekerja, berkenalan dengan beliau selama ini, saya rasa saya tak ada masalah langsung dengan beliau. “Malah saya dapat ilmu daripada beliau, dapat benda positif dan tiada yang negatif. Dan saya rasa tak ada point langsung untuk saya masuk campur dalam hal ini,” jelas Khai.

Konsert Khai Bahar tunda

KONSERT sulung Khai Bahar iaitu Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur ditunda berikutan penularan wabak Covid-19. Perkara itu disahkan Penerbit Eksekutif konsert berkenaan, Fauziah Ahmad Daud selepas mendapat nasihat daripada IB dan persetujuan bersama semua pihak terbabit.

“Semalam IB pun sudah mengeluarkan notis berkenaan penangguhan konsert ini. Jadi, sebagai langkah keselamatan semua kita perlu akur. Apatah lagi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga sudah mengumumkan berkenaan penangguhan semua acara membabitkan orang ramai sehingga April.

“Insya-Allah, tarikh baru berkenaan konsert ini akan dimaklumkan pada Isnin ini selepas saya mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani,” katanya kepada Harian Metro. Fauziah berkata, dia berharap peminat yang sudah membeli tiket tidak panik dan gusar berkenaan penangguhan konsert itu.

“Konsert ini tidak dibatalkan. Ia akan diteruskan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan. Kita tunda pun disebabkan perkara yang berlaku di luar jangkaan kita. “Saya berharap peminat yang sudah membeli tiket sabar dan tenang. Saya percaya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Perancangan Allah itu jauh lebih baik. Semoga apa yang dirancang ini akan terus berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Khai menyifatkan penangguhan itu sebagai langkah keselamatan untuk semua. “Saya tahu ada peminat dari luar negara yang turut membeli tiket. Mereka juga melahirkan kebimbangan atas penularan wabak Covid-19 ini.

“Dalam masa sama, pihak IB juga tidak mahu ada sebarang masalah timbul. Jadi, penangguhan ini jalan terbaik. Insya-Allah, jika sudah ada tarikh baru akan dimaklumkan segera. Mungkin Allah nak gantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua. Jangan berhenti berdoa. Semoga yang baik-baik saja,” katanya. Selain konsert Khai, pementasan teater Siti Di Alam Fantasi yang sepatutnya berlangsung bermula hari ini sehingga 21 Mac juga ditangguhkan.

 via Era Kini


-----------------------------------------------------------------