Berat Cecah 60kg Bila Hamil Ank Kedua. Tak Sangka Ini Penampilan Terkini Bella Astillah Buat Warganet Terkejut. |
Berat cecah 60kg bila hamil ank kedua. Tak sangka ini penampilan terkini Bella Astillah buat warganet terkejut.
Penyanyi, Bella Astillah baru-baru ini telah mengumumkan dirinya sedang hamil anak kedua.Justeru, ia menjadikan berat badan pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah kini mencecah 60kg. “Memang pun 60kg sudah.. Hahaha,” balasnya ringkas apabila ada individu memberi respon terhadap video yang dimuat naik di Instagramnya.
ARTIKEL MENARIK: Rashidi Ishak buat satu pengakuan bila ditanya harapan untuk kembali bersama dengan Vanida Imran. Tak sangka ini jawapanya.
Video tersebut memaparkan Bella melakukan tarian TikTok bersama adiknya,Didi Astillah di sebuah pusat kecantikan di ibu kota. Malah, para peminat turut memberikan reaksi dan ada di antara komen yang diberikan mendapat respon dari tuan punya badan.
Terdahulu, peminat sebelum ini mengetahui mahligai yang dibina Bella bersama suaminya, Aliff Aziz pernah dilanda kemelut sebelum ini. Malah Bella juga pernah memfailkan permohonan untuk berpisah secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu.
Bagaimanapun, keduanya kini kembali bersama dan Bella turut memaklumkan berita gembira yang dirinya sedang hamil anak kedua. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini mencecah usia tiga tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Instagram Bella Astillah, Media Hiburan
Setelah Sekian Lama Menyepi Tiba Tiba Bella Astillah Tampil Buka Mulut Bongkarkan Pekerjaan Terkini Aliff Aziz. Tak Sangka Lepas Rujuk Semula Ini Yang Aliff Buat.
Sudah pun rujuk semula dengan Aliff Aziz ketika dalam tempoh edah, Bella Astilla enggan melakukan kesalahan yang sama dimana sebelum ini dia terlalu ikutkan perasaan marah sehingga kongsikan hal rumah tangga di media sosial.
Menurut Bella dia kini lebih berhati-hati sebelum berkongsikan hal peribadi kepada umum dan apa yang berlaku sebelum ini mematangkan dirinya. Namun, hal rujuk dan hamiil perlu dikongsikan kerana bimbang akan mengundang fitnah.
“Saya akui kesilapan dan terlalu ikut perasan marah. Saya tahu ramai yang mempertikaikan kenapa kongsi segala masalah dalam laman sosial, kemudiannya seperti menjilt semula. “Saya juga hanya manusia biasa dan brdrh muda. Saya panas hati dan kongsi amarh terpendam. Bagaimanapun, apa yang berlaku mematangkan diri. Saya banyak belajar daripada kesilapan yang dilakukan.
“Kini, saya akan berfikir panjang sebelum berkongsi soal peribadi di laman sosial. Cuma, apabila rujuk dan hamil semula saya perlu berkongsi kerana bimbang mengundang fitnh,” katanya kepada BH Online. Dalam pada itu, Bella berkata biarlah dia terlebih dahulu membuka mulut mengenai status rumah tangganya dan mahu memberikan masa kepada Aliff. Ujarnya, Aliff kini bekerja di sebuah pusat komuniti Islam di Singapura.
“Saya mahu memberikan masa kepada suami, sebelum mengeluarkan kenyataan secara terbuka. Dengan apa yang dilaluinya sebelum ini, Aliff memerlvk4n masa untuk menyelesaikannya. “Kini, Aliff sudah lebih tiga bulan bekerja di sebuah pusat komuniti Islam, Jamiyah di Singapura. Sebagai isteri, saya gembira dia mahu berubah menjadi lebih baik. Aliff terbabit dengan kerja amal mengagihkan bahan mentah kepada mereka yang memerlk4n,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Rotikaya
Mengejutkan Baru Je Umum Sudah Berbaik Dengan Aliff Aziz Tiba Tiba Bella Astillah Tampil Bersuara Bongkarkan Tak Dapat Beraya Bersama Tahun Ini. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah positif walaupun tidak dapat berhari raya bersama suami kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bella ketika dihubungi Gempak berkata, walaupun terasa sedikit kekurangan pada Aidilfitri tahun ini, namun demi keselamatan dan kesihatan diri dan anak, mematuhi arahan kerajaan adalah yang terbaik.
Bagaimanapun Bella mengakui pada awalnya perasaan ingin berhari raya bersama suami itu ada, tetapi selepas mengambil kira beberapa faktor Bella membatalkan hasrat tersebut. Tambahan lagi pada masa sekarang teknologi semakin canggih, pelbagai aplikasi boleh digunakan supaya tidak terasa berjauhan.
“Bella dan Aliff memang tak dapat beraya bersama sebab keadaan sekarang, tapi Bella faham ia adalah untuk kebaikan bersama. Mula-mula tu terfikir juga cara nak beraya dengan suami tapi Bella positif sahaja. Lagipun sekarang ni dah macam-macam teknologi kita ada.
“Kita boleh video call atau guna aplikasi untuk beraya beramai-ramai secara maya. Tak ada masalahlah pada Bella. “Lagipun bila keadaan dah okay, Ayden akan jumpa juga dengan ayah, atuk dan nenek serta ahli keluarga lain di Singapura,” katanya positif.
Bercakap tentang persiapan hari raya, Bella akui tahun ini perbezaan agak ketara kerana tidak dapat pulang ke kampungnya di Sabah. “Raya tahun ni memang berbeza dengan tahun-tahun sudah sebab Bella tak balik kampung dan memang beraya di Kuala Lumpur.
“Selalunya Bella akan beraya di Sabah atau Singapura tapi kali ni tak dapat. Memang terasa, tetapi asalkan Bella ada mama, ayah, anak dan adik beradik di sini, Bella okay dah bersyukur. “Cumanya tahun ini sambutannya agak sederhana, kemas-kemas rumah, hias sikit-sikit supaya ada suasana raya.
“Tapi yang seronok, kami buat kuih raya bersama-sama. Macam-macam jenis kami buat, adalah rasa perasaan nak raya tu kan,” katanya teruja. Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih ! Sumber : GEMPAK
Akui Diri Kini Sedang Hamil. Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Bella Astillah Tampil Buka Mulut Dedahkan Hubungan Dia Dengan Aliff Aziz.
PENYANYI Bella Astillah mengesahkan dia dan Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah. Bella menerusi Instagram turut mengakui dirinya kini sedang hamil. “Ya saya (berbadan dua) doakan Bella tau”
Bella membalas komen netizen yang bertanyakan mengenai hubungannya dengan Aliff.
“Alhamdulillah masih dalam edah lagi (rujuk) jadi tak perlu kahwin semula” ujarnya menjawab beberapa soalan warganet. Rabu lalu, Bella memberi bayangan hubungannya dengan penyanyi Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri.
Menerusi temu bual bersama radio Suria FM, penyampai segmen Suria Petang Tyzo dan Sharifah Shahirah bertanyakan khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff. Bagaimanapun, penyanyi lagu Tenang ini hanya mendiamkan diri.
Sementara itu, menjawab komen waragnet tentang perangai Aliff Aziz yang sering menimbulkan pelbagai masalah, Bella berkata, dia hanya bertawakal kepada Allah. “Itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu, saya jalani, tawakal dan hanya mampu merancang kerana Allah yang menentukan”
“Kenangan pahit akan jadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa, ” ujar Bella. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Mohamad Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun.
Pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku menduakan. Untuk makluman, tempoh edah perlu dijalani seseorang wanita iaitu sebanyak tiga kali suci atau lebih kurang empat bulan selepas berpisah. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Mstar
Bella Astillah Hamil. Akhirnya Teka Teki Terjawab Bila Bella Astillah Tampil Dedahkan Cerita Sebenar.
PELAKON dan penyanyi Bella Astillah seakan-akan memberi bayangan hubungan dia dan penyanyi Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri. Menerusi temu bual bersama radio Suria FM, penyampai Suria Petang iaitu Tyzo dan Sharifah Shahirah bertanyakan kepada Bella khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff.
Biarpun Bella hanya mendiamkan diri, namun pasangan penyampai segmen itu meluahkan rasa syukur kononnya pasangan itu sudah rujuk kembali. Menurut Bella, dia hanya ingin menghormati kedua-dua belah keluarga memandangkan situasi krisis penularan wab4k C0vid-19 yang sedang melanda.
“Dah lama berbaik. Saya hormati kedua-dua permintaan keluarga. Dalam masa tidak sesuai dengan keadaan sekarang, banyak benda penting nak uruskan dan fokus,” katanya. Sesi temu bual Sharifah Shahirah dan Tyzo bersama penyanyi lagu Tenang itu disiarkan pada pukul 4.42 petang, Rabu dalam satu panggilan telefon.
Menerusi laporan mStar pada 17 April lalu, Bella memilih untuk tidak lagi berkongsi mengenai hal melibatkan kehidupan peribadinya kepada umum. Kata Bella, dia tidak berniat untuk menipu namun hanya belajar daripada kesilapan lalu yang terlalu terbuka berkongsi semua perkara peribadi di laman sosial sehingga menyebabkan dirinya dikritik.
Dalam pada itu, Sharifah Shahirah dan Tyzo turut mengajukan soalan kepada Bella mengenai spekulasi yang mengatakan dirinya kini sedang berbadan dua. “Berapa bulan dah Bella? Ada yang kata begitu sebab nampak seri mengandung dah ada. Kalau betul, seronoklah kami. Dah check, scan jantina ke?” seloroh Tyzo.
Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah hanya meluahkan rasa syukur dan mengharapkan semua orang mendoakannya. “Alhamdulillah. Doakan Bella,” katanya ringkas. Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.
Pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah pada 16 Mei tahun lalu selepas abang kepada penyanyi Aisyah Aziz itu beberapa kali kantoi menduakan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : MSTAR
Nekad Buat Ujian Saringan Covid 19 Sebab Dah 4 Hari Demam. Akhinya Bella Astillah Tampil Dedahkan Keputusan Ujian Tersebut Buat Warganet Terkedu.
BIMBANG dijngkiti wabak Covid-19 berikutan mengalami demm, pelakon dan penyanyi Bella Astillah membuat keputusan untuk melakukan ujian saringan sebaik sahaja berasa tidak sihat. Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 26, berkata dia sudah menerima keputusan ujian tersebut pada Rabu dan disahkan dirinya bebas daripada wab4k tersebut.
Malah, kakak kepada penyanyi Didi Astillah ini juga menjalani pemeriksaan di sebuah klinik untuk memastikan keadaan kesihatannya. “Sebenarnya saya dah tiga, empat hari juga tak sihat. Tapi masa hari pertama rasa badan tak sihat, saya terus pergi buat pemeriksaan dan lakukan ujian saringan wab4k Cov1id-19.
“Bimbang juga, kalau-kalau saya ada simpton wab4k tersebut. Alhamdulillah, saya sudah dapat keputusan ujian dan saya disahkan negatif Covi1d-19. “Selepas itu, saya ada bertemu doktor di klinik untuk periksa keadaan kesihatan saya. Doktor kata tekak saya merah dan sedikit bengk4k. Mungkin disebabkan saya kurang minum air.
“Bibir saya pun jadi bengk4ak disebabkan ada ulser. Jadi, jangan risau saya hanya demam biasa sahaja,” katanya kepada mStar. Samaada saya dah berbaik atau belum dengan Aliff, saya tidak mahu kongsikan lagi. Sebelum itu, IG Live bersama mStar, rata-rata peminat meluahkan rasa bimbang melihat Bella yang tidak henti b4tuk sepanjang sesi temu bual tersebut.
Selain kebimbangan mengenai kesihatannya, ada juga segelintir peminat yang ingin mengetahui status hubungan Bella dengan bekas suaminya yang juga penyanyi Aliff Aziz. Malah, bait-bait lirik lagu terbaharunya judul Tenang juga dilihat seakan-akan memberi gambaran hubungan pasangan itu sudah kembali pulih selepas dilanda kontroversi.
Bella menjelaskan lagu tersebut tidak ada kena mengena dengan hubungan mereka dan dia memilih untuk tidak berkongsi mengenai hal melibatkan kehidupan peribadinya. “Semua orang tahu keadaan saya sebelum ini pernah terlvka tapi dalam masa yang sama apa yang terjadi mematangkan dan membangunkan semangat saya semula.
“Tapi lagu itu tak ada kena mengena dengan hubungan saya. Samaada saya dah berbaik atau belum dengan Aliff, saya tidak mahu kongsikan lagi dan orang sendiri tak tahu bila kami berbaik. “Bukan niat saya nak meni1pu, tapi saya belajar daripada kesilapan yang lalu yang selalu kongsi semua benda tentang peribadi di laman sosial. Jadi, saya lebih berhati-hati dan kurangkan kongsi pasal hal peribadi.
“Bukan waktu yang sesuai untuk umumkan apa-apa. Saya nak hormat kedua belah keluarga yang sudah berbincang dan kalau ada rezeki, Insya-Allah saya dan Aliff akan kongsikan,” ujarnya. Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.
Pasangan itu mengambil keputusan untuk berpisah pada 16 Mei tahun lalu selepas penyanyi kelahiran Singapura itu beberapa kali kantoi menduakan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Mstar via Era Kini