Terpaksa di masukkan ke hospital dah dua kali. Tak sangka rupanya ini penyakit sebenar Zain Saidin yang Doktor sahkan.

Business

Terpaksa di masukkan ke hospital dah dua kali. Tak sangka rupanya ini penyakit sebenar Zain Saidin yang Doktor sahkan.

Terpaksa di masukkan ke hospital dah dua kali. Tak sangka rupanya ini penyakit sebenar Zain Saidin yang Doktor sahkan.
Terpaksa di masukkan ke hospital dah dua kali. Tak sangka rupanya ini penyakit sebenar Zain Saidin yang Doktor sahkan.

Pelakon, Zain Saidin mengesahkan sedang menerima rawatan di di sebuah pusat perubatan apabila mengalami sakit bahagian belakang, Selasa lalu. Zain sebelum itu dimasukkan ke hospital akibat jangkitan pundi kencing minggu lalu berkata, doktor memaklumkan kesakitan yang dialami dipanggil ‘thinning disc’.


“Setiap kali tengah rukuk waktu bersolat, saya akan terasa sakit di bahagian belakang. Begitu juga jika saya kerap bangun dan duduk. “Ingatkan mula-mula sakit disebabkan masalah jangkitan pundi kencing yang dialami sebelum ini. Bagaimanapun, doktor memberitahu ia bukanlah penyakit kronik dan masih di peringkat awal.

ARTIKEL MENARIK: Berat Cecah 60kg Bila Hamil Ank Kedua. Tak Sangka Ini Penampilan Terkini Bella Astillah Buat Warganet Terkejut.
loading...


“Kemungkinan punca sakit yang dialami disebabkan saya mengangkat berat ketika melakukan senaman di gimnasium. “Doktor beritahu kesakitan yang dialami sesuatu yang normal dan belum sampai ke tahap ‘slip disc’,” katanya.

Tambah Zain lagi doktor turut menyarankan dia menjaga pemakanan dan mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi kolestrol tinggi. “Saya tak boleh makan makanan tinggi kolestrol serta berminyak, keju dan mentega. Pada usia sekarang saya dinasihatkan menjaga pemakanan sebab bacaan kolestrol saya tinggi. “Bimbang pula jika tidak dijaga boleh pergi ke jantung,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

Tahun ini Che Ta lebih sederhana

PELAKON Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta tidak mahu lagi berkongsi jumlah pakaian raya keluarganya tahun ini seperti yang biasa dilakukan sebelum ini. Che Ta berkata, penularan pandemik Covid-19 ketika ini membuatkan dia sekeluarga meraikan Aidilfitri dalam keadaan serba sederhana.

“Kami sekeluarga memang sudah siapkan baju raya lebih awal seperti tahun-tahun sebelum ini. Sejak Januari saya sudah beli kain dan dalam bulan Februari, semuanya sudah tersedia. Namun, saya rasa dalam keadaan sekarang, biarlah jumlahnya dirahsiakan. Cukup kami raikan secara sederhana,” katanya.

Sebelum kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Che Ta sekeluarga sudah melakukan sesi fotografi sempena Aidilfitri. “Mujur sebelum PKP bermula kami sekeluarga sempat selesaikan sesi fotografi Aidilfitri. Jadi, dapatlah saya kongsikan dengan pengikut-pengikut di media sosial,” katanya.

Berkongsi mengenai aktiviti pada hari raya pertama, Che Ta mengakui bimbang untuk keluar beraya. “Kalau tahun-tahun sebelum ini, selepas selesai solat sunat Aidilfitri, kami sekeluarga akan bertolak ke rumah keluarga

mentua saya dan akan habiskan masa di sana hingga tengah malam. “Keesokan, kami akan bertolak pulang ke Alor Star. Namun, tahun ini rutin kami nampaknya berbeza kerana kami sekeluarga tak mahu mengadakan aktiviti kunjung-mengunjung. Takut wujud pula kluster baru,” katanya.

Lali kritikan warganet – Che Ta

PENGALAMAN lebih sedekad menempa nama dan populariti sebagai anak seni membuatkan jiwa pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan makin kental. Apatah lagi, pada era yang mana masyarakat suka menggunakan kemudahan media sosial mendorong Rozita atau Che Ta, 44, berhati cekal.

Ibu tiga anak yang menjadi perhatian di Instagram (IG) itu berkata, meskipun sudah lali dikritik warganet, ada kala dia tidak boleh berdiam diri. Ia berikutan ada perkongsian dibuat Che Ta di IG miliknya mendapat komen negatif hingga wujud dakwaan dia suka mengajar anak hidup serba mewah.

Pelakon drama komedi Kiah Pekasam itu berkata, cara setiap orang tidak sama dan masing-masing ada pendekatan berbeza untuk mendidik anak. “Saya tidak pernah mengajar Aaisyah Dhia Rana, 5, dengan kemewahan yang mendorong dia juga meminati emas. Minat itu datang dengan sendirinya.

“Cuma, mungkin Aaisyah sudah terbiasa melihat saya memakai aksesori barang kemas seperti subang, rantai dan cincin emas, dia pun jadi suka. “Sebagai ibu, saya hormati minat Aaisyah terhadap emas meskipun dia masih kecil. Sekurang-kurangnya dia tahu perhiasan emas itu cantik kalau dipakai,” katanya.

Che Ta berkata, ada juga warganet mendakwa gaya Aaisyah sudah seperti wanita dewasa sedangkah dia masih kecil. “Kepada yang cakap anak saya membesar tidak seperti rakan sebayanya, ingin saya tegaskan ketika kecil dulu pun saya sudah sukakan barang kemas.


loading...


“Ini kerana saya rasa barang kemas kalau dipakai walau sebesar ‘tahi mata’ pun takkan nampak tua tetapi sangat manis. “Itu pun jika saiz barang kemas berkenaan kecil maka si pemakainya akan kelihatan manis. Namun, sekiranya emas dipakai saiz besar, ia pasti nampak mewah,” katanya.

Ditanya tindakannya yang ada ketikanya membalas komen warganet dengan keras, Che Ta mempertahankan ia wajar dilakukan. “Mereka ingat status sebagai warganet melayakkan mereka kritk orang lain. Jika melampau, saya sebagai individu yang dikritik kena balas.

“Sebagai contoh, jika tersiar berita mengenai kisah sensitif membabitkan perceraian artis, saya dapati ramai warganet akan komen macam-macam. “Paling banyak komen pasangan selebriti memang suka kahwin pisah. Kenapa perlu ada pemikiran dan komen sebegitu?

“Benda yang tidak baik mereka nak komen juga. Sebagai sesama insan, haruslah sensitif dan jika ada komen tidak baik, pendam sahaja dalam hati. Tak perlu luahkan,” katanya. Mengulas kelantangannya, Che Ta berkata, dia mengambil langkah yang betul. Katanya, kalau mereka (warganet) boleh komen, kenapa pula dia tidak boleh?

“Pandai pula mereka kata kami yang insan seni kena sentiasa bersedia terima kritikan. Terima memang boleh terima tapi kalau melampau, siapa boleh duduk diam? “Saya memang sudah lali dengan kritikan. Namun, kita kena ingat jika orang lain berdepan dengan dugaan, kita yang belum diuji ini sepatutnya bersimpati.

“Siapa kita untuk menyalahkan individu berhadapan ujian itu dengan menuding jari sewenang-wenangnya. Sebaiknya doakanlah individu itu perkara yang baik-baik,” katanya. Tambah Che Ta lagi, setiap manusia pasti akan diuji dan perlu ingat bahawa apa yang dimiliki itu adalah pinjaman daripada Allah SWT.

MAHU FOKUS MENGACARA

Meskipun masih aktif berlakon, Che Ta mengakui dia kini selesa untuk fokus mengacara. Terbaru, Che Ta mengendalikan program Rasa Projek Gerenti Jadi di Astro dan berasa sangat gembira apabila ia mendapat maklum balas positif daripada penonton.

Namun, ada juga yang mempersoalkan penampilan Che Ta ketika mengacarakan program masakan itu kerana dikatakan terlalu cantik untuk berada di dapur.Che Ta berkata, wajar baginya untuk tampil cantik kerana dia bertindak sebagai pengacara rancangan dan bukan tukang masak.

“Saya pakai cantik pun tak salah kalau hanya untuk masuk dapur dan memasak. Ini kerana apabila cantik, makanan dimasak pasti sedap. “Lagipun, tampil cantik adalah normal untuk wanita. Bagi saya, walaupun berada di rumah tetap kena cantik untuk suami dan anak-anak.

“Kena hargai kecantikan diri yang dianugerahkan Allah. Kenapa perlu nampak comot meskipun masuk dapur hanya untuk memasak,” katanya. Berbicara mengenai tawaran berlakon, Che Ta berkata, ada yang menawarkan watak mencolok mata kepadanya namun menolaknya kerana tidak sesuai dengan imej bertudung serta statusnya sebagai isteri dan ibu.

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------