Wanita ini pergi menghadap illahi lepas seminggu dia melahirkan ank. Bila ibu bapanya tahu apa puncanya mereka terus mendakwa suaminya. Tak sangka rupa rupanya ini yang berlaku. |
Wanita pergi buat selamanya selepas seminggu melahirkan anak. Apabila ibu bapa mengetahui puncanya, mereka mahu mendakwa suaminya.
Pada masa lalu, secara kebiasaan anak lelaki sering dianggap memegang status yang lebih tinggi dari anak perempuan dan bagaimana menantu perempuan mesti mengikut segala perintah dan patuh kepada keluarga mentua.
ARTIKEL MENARIK: Baru hamil tapi isteri terpaksa bersalin leps suami bela ikan aneh yang cantik dari memancing. Terkejut bila tahu nyawa anaknya terletak pada ikan tu
Malangnya pada zaman yang serba moden ini, masih ada segelintir golongan berfikiran kolot yang berfikir wanita tidak mempunyai hak terhadap dirinya sendiri setelah berkahwin dan mesti menumpukan segala jiwa dan raga kepada suami dan keluarganya.
Kisah ini adalah mengenai seorang wanita yang telah melalui pengalaman menyedihkan setelah hidup bersama keluarga suaminya. Lisa berumur 35 tahun dan baru sahaja melahirkan seorang anak perempuan pada bulan Oktober.
Selepas kelahiran anaknya, Lisa telah diberikan makanan kesihatan tambahan oleh doktor di hospital untuk mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin dan memberi tenaga serta zat yang diperlukan untuk penyusuan bayinya.
Doktor telah menasihatkan supaya Lisa tinggal di hospital selama beberapa hari lagi kerana Lisa telah mengalami kelahiran yang sukar dan oleh itu pihak hospital mahu memantau tahap kesihatannya terlebih dahulu sebelum dibenarkan pulang.
Namun, ibu mentua dan suami Lisa tidak bersetuju dengan arahan doktor, terutama sekali ibu mentuanya yang berkata kepada Lisa, “Ini kelahiran biasa. Tidak perlu bagi kamu untuk tinggal di hospital ini lebih lama. Esok kamu pulang ke rumah.”
Lisa berasa amat kecewa apabila mendengar perkataan kasar ibu mentuanya. Pada saat itu, Lisa amat berharap yang ibunya berada di sisi, bukan ibu mentua yang tidak sensitif dan tidak bersimpati langsung. Pada keesokan harinya, suaminya telah mendesak Lisa supaya keluar dari hospital lebih awal dari waktu yang sepatutnya. Katanya, “Rumah kita jauh lebih baik dari hospital.
Apabila suami Lisa meminta kebenaran untuk mengeluarkan isterinya lebih awal, doktor yang bertugas telah membantah keputusan mereka kerana keadaan Lisa yang masih belum pulih sepenuhnya dan doktor perlu memerhatikan Lisa sebelum boleh dibenarkan pulang. Namun begitu, suami dan ibu mentua Lisa tetap bertegas dengan keputusan mereka dan mahu Lisa dibenarkan pulang ke rumah secepat yang mungkin.
Ibu mentua Lisa berkata kepada doktor, “Rutin ini sama sahaja bagi menantu saya dan anaknya. Satu hari lagi di hospital akan menambah kos sahaja, sementara kami boleh menjaganya di rumah seperti kamu menjaganya di sini.” Akhirnya, Lisa telah dibenarkan pulang ke rumah, dan dia tidak mendapat rehat yang diperlukannya.
Adalah sangat penting bagi seorang ibu yang baru bersalin untuk mendapat rehat yang mencukupi sekurang-kurangnya dalam masa sebulan bagi memulihkan tenaga yang telah dihabiskan semasa melahirkan anak. Berlainan dengan apa yang dialami oleh Lisa sebaik sahaja pulang ke rumah.
Lisa telah diarahkan oleh ibu mentuanya untuk melakukan pelbagai kerja rumah yang telah biasa dilakukan sebelum ini. Lisa turut menjadi kecewa apabila dia juga tidak dapat menjaga anak perempuannya dengan baik. Sehingga dia tidak mempunyai masa untuk menyusukan anak sendiri kerana terpaksa melakukan kerja rumah yang banyak.
Lisa dilayan bagai seorang pembantu rumah yang sepatutnya disediakan oleh suami dan ibu mentuanya untuk membantu membuat kerja-kerja rumah yang sentiasa tidak pernah putus. Idea untuk mengupah seorang pembantu rumah tidak pernah dipersetujui oleh mereka kerana Lisa boleh melakukan semua kerja itu dengan baik.
Walaupun suami Lisa tahu isterinya ini mengalami kesukaran melakukan kerja rumah dengan keadaan kesihatannya yang tidak berapa baik, namun dia tidak menghiraukan kebajikan Lisa kerana menganggap ia sebagai satu tanggungjawab seorang isteri.
Lisa menjadi kecewa dengan tindakan suaminya yang tidak memahami keadaan dan rintihannya. Sehingga Lisa merasa sepatutnya dia meminta ibunya tinggal di rumah itu untuk membantunya, tetapi dia takut ia akan menjadi satu konflik pula apabila berhadapan dengan ibu mentuanya.
Pada satu hari selepas bayinya berusia seminggu, Lisa berasa badannya tidak berapa sihat dan sangat penat. Kepalanya menjadi berat dan sangat sakit. Jadi, Lisa telah meminta izin suami dan ibu mentuanya supaya mereka makan dahulu dan dia mahu masuk ke bilik untuk berehat.
Akan tetapi, sebaik sahaja Lisa memasuki biliknya, dia telah jatuh pengsan di atas lantai. Pada masa yang sama juga, bayinya telah menangis dengan kuat kerana kelaparan sehingga ibu mentuanya telah menjerit, “Tengok, anak sendiri menangis dan dia boleh sahaja terus tidur tidak sedar diri, perempuan tidak berguna!”
Daripada bertindak dengan pergi kepada bayi tersebut dan mententeramkannya, suami Lisa dan ibu mentuanya terus menikmati hidangan. Bayi itu terus menangis sehingga mereka telah selesai makan, lalu ibu mentua Lisa menjerit lagi, “Hei, masa untuk basuh pinggan!”
Tanpa mereka sedari, Lisa sudah tidak lagi sedarkan diri di atas lantai. Suami Lisa mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena telah terjadi kepada Lisa lalu dia telah bergegas ke bilik melihat isterinya. Alangkah terkejutnya dia apabila Lisa dilihat sedang terbaring di atas lantai, dalam keadaan longlai dan tidak lagi bernafas. Dengan segera Lisa telah dibawa oleh suaminya ke bilik kecemasan untuk diselamatkan.
Malangnya, Lisa telah diumumkan tidak lagi bernyawa sebaik sampai di hospital. Selepas pemeriksaan lanjut, doktor telah mengesahkan yang Lisa telah menderita dengan keletihan yang melampau dan tekanan perasaan, yang telah menyebabkan keadaan jantungnya menjadi lemah dan seterusnya tidak lagi berfungsi.
Suami Lisa yang berasa terkejut dan tidak mempercayai Lisa telah pergi buat selama lamanya tiba-tiba berasa menyesal dan mengalirkan air mata lalu meraung dengan sekuat hati, “Maafkan saya, Lisa. Ini semua salah saya. Maafkan saya. Saya yang bersalah!”
Kemudian, ibu dan bapa Lisa telah sampai ke hospital dan dengan rasa terkejut mendapati anak perempuan mereka telah pergi buat selamanya. Selepas mendapat tahu sebab pemergian Lisa, mereka tidak dapat menahan kemarahan dan kebencian terhadap suami Lisa dan ibu mentuanya sehingga mereka membuat keputusan untuk mendakwa kedua ibu dan anak ini di mahkamah.
Suami Lisa dan ibu mentuanya perlu mendapat balasan setimpal di atas perbuatan mereka yang sangat mementingkan diri dan kecuaian mereka dalam menjaga kebajikan Lisa semasa dalam keadaan kesihatannya yang kurang baik selepas melahirkan anak.
Kisah ini memberi pengajaran kepada kita bahawa sikap mementingkan diri itu tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Sikap ibu mentua dan suami Lisa yang enggan mendengar rintihan wanita malang ini yang benar-benar sedang sakit dan lemah kerana melahirkan anak, telah menunjukkan bagaimana tidak bertanggungjawab dan tiada belas kasihannya mereka terhadap Lisa.
Sementara ramai yang masih mempercayai seorang isteri itu perlu mentaati suami dan perlu berbakti kepada mentuanya, amalan ini sepatutnya tidak lagi wujud dalam keadaan yang melampau pada zaman yang serba moden ini. Perkahwinan adalah satu ikatan suci di antara dua insan yang berjanji untuk hidup bersama atas dasar cinta, kepercayaan dan rasa hormat di antara satu sama lain.
Isteri itu tidak sepatutnya dilayan seperti harta yang dimiliki oleh suami dan keluarga mentua. Cuba bayangkan diri anda yang berkahwin dengan seorang suami yang akan melayan anda seperti buruh paksaan untuk diri dan seluruh ahli keluarganya.
Keadaan kolot seperti ini sudah tidak lagi boleh diterima pada zaman moden ini kerana ia telah melanggar hak dan kebebasan seorang wanita terhadap dirinya dan institusi perkahwinan itu sendiri. Sememangnya orang seperti ini boleh didakwa atas kesalahan pengabaian dan kecuaian.
Sumber: GoodTimes via takpernahtakrindu via Era Kini