Siapa tidak kenal dengan penyanyi Heliza Helmi yang cukup aktif dengan misi bantuan di Gaza.
Sebelum ini Heliza pernah mengakui dirinya tidak pernah berasa tertekan masih belum mendirikan rumah tangga walaupun sudah berumur 35 tahun (2021).
ARTIKEL MENARIK:Baru balik bercuti Aliff Syukri dijangkiti covid 19 tahap 3. Terkejut ini keadaan terkini Aliff Syukri.
Bagaimanapun, siapa sangka 1 Januari 2022, berita perkahwinan Heliza bersama seorang usahawan ini tersebar apabila ada gambar menunjukkan majlis pernikahan mereka di sebuah masjid .
Berita mengenai perkahwinan itu dimaklumkan seorang pendakwah terkenal, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim di laman Instagramnya, mohdizharariff_official hari ini yang turut memuat naik gambar pasangan tersebut.
“TAHNIAH KEDUA ADINDA SAYA Mahadi dan Heliza Helmi kerana hari ini kalian telah disatukan debgan izin Allah.. Syukur kepada Allah setelah sekian lama saya menyimpan rahsia kalian… Maaf tak dalat hadir hari ini kerana berada di kuar kawasan… Esok kita jumpa ye..”
Tiada angin tiada ribut, siapa sangka Heliza Helmi hari ini telah selamat diijab kabulkan bersama pasangan yang bukan calang-calang orangnya.
Dalam bidang kewangan, suaminya iaitu Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman merupakan antara nama yang cukup disegani ramai. Beliau mula melibatkan diri dalam industri tersebut pada usia 21 tahun, sebelum kini bergelar antara pengasas syarikat perancangan kewangan tersohor di rantau Asia.
Perunding kewangan yang cukup popular Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman antara anak melayu yang telah mencapai kejayaan pada usia yang sangat muda. Rentetan daripada kecemerlangan beliau, tidak hairanlah begitu banyak pengiktirafan yang beliau perolehi seperti Top CEO Award 2004, Youngest Million Dollar Producer, Youngest Agency Manager (CIMB) dan yang terkini Anugerah The Jewels of Muslim World 2019.
Dato’ Sri Mahadi Badrul Zaman adalah pengasas Financial Genius Group (FGG) yang telah memulakan kerjaya sebagai perunding kewangan sejak berumur 21 tahun dan kini pada umur 37 tahun, beliau telah mencatat sejarah sebagai penerima termuda Anugerah The Jewels of Muslim World.Ini Adalah Biodatanya:
Biodata
Nama: Mahadi bin Badrul Zaman
Nama Gelaran: Dato’ Sri Mahadi bin Badrul Zaman
Nama Popular: Mahadi BZ
Tahun Kelahiran: 1983
Tempat Lahir: Pulau Pinang, Malaysia
Website: www.mahadibz.com
Facebook: https://www.facebook.com/fgg.financialgeniusgroup/
Instagram: https://www.instagram.com/FinancialGeniusGroup
Pendidikan
Post Graduate
SMT TARP Penang and Actuarial science College
SMT TARP Penang and Sekolah Menengah Munshi Abdullah High Schools
Pengalaman Kerjaya
CWA
Manulife
Anugerah/Pencapaian
2019: Anugerah The Jewels of Muslim World
2004: Top CEO Award
Youngest Million Dollar Producer,
Youngest Agency Manager (CIMB)
Sumber: My Wilayah via