SELEPAS pulang bercuti dari Turki, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia dijangkiti Covid-19. Menurut Aliff, 34, doktor mengesahkan dia dijangkiti Covid-19 tahap tiga yang memberi kesan kepada sistem pernafasannya.
“Saya ditahan di wad untuk rawatan. Doakan cepat sembuh kerana saya dijangkiti Covid-19 stage 3 melibatkan paru-paru saya. “Kepada semua sahabat atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak.
ARTIKEL MENARIK:Didkwa masuk rumah bekas isteri dan bawa lari anak anak. Akhirnya Badrul Muhayat tampil beritahu cerita sebenar.
“Maaf sekiranya pernah berkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, maaf sekiranya pernah termakan sengaja atau tidak.
“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah SWT. Rasa lega dah mohon maaf dekat semua, takut umur tak panjang,” katanya. Aliff berkongsi mengenai keadaan kesihatannya itu menerusi laman Instagram pada Rabu.
Doakan saya kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allah bersama saya dan keluarga saya. Aliff dan keluarga terbang ke Turki untuk bercuti pada 15 Disember lalu dan sudah pulang ke Malaysia sejak beberapa lalu. Menerusi semakan di Instagram, isterinya Datin Seri Nur Shahidah Mohd Rashid bersama anak-anak dilihat menjalani kuarantin di rumah.
Namun tidak dapat dipastikan tahap kesihatan mereka. Aliff dan keluarga bercuti ke Turki. Sebelum ini, penyanyi lagu Cuba ini memberitahu dia kurang sihat dan perlu mendapatkan rawatan di hospital. Meskipun diasak dengan pertanyaan mengenai penyakitnya itu, Aliff enggan berkongsi kerana bimbang dituduh sengaja mencari kontroversi.
“Saya sakit apa, kalau saya beritahu nanti orang kata saya buat kontroversi. Kalau saya tak beritahu orang tertanya-tanya. Saya keliru awak. “Doakan saya kuat dan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Allah bersama saya dan keluarga saya,” tulisnya di ruangan Instastory.
Aliff Syukri Rasa Pelik Dihntm Warganet Kerana Bercuti Di Turki
PETALING JAYA – Hairan dengan sikap segelintir warganet yang gemar mencari kesalahannya gara-gara berkongsi gambar percutian di luar negara, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri tampil meluahkan perasaan. Aliff, 34, pelik mengapa dia dijadikan sasaran oleh warganet yang tidak berpuas hati dengannya disebabkan kini sedang menikmati percutian di Turki ketika negara dilanda banjir besar.
Sedangkan jawab Aliff, percutiannya bersama keluarga sudah dirancang enam bulan lebih awal sebelum negara dilanda bencana banjir. Malah katanya, sama seperti orang lain, dia juga diduga dengan musibah tersebut sehingga mengalami kerugian kerana resort miliknya di Janda Baik, Pahang musnah dibawa arus deras banjir.
“Kenapa saya sering dikritik? Dugaan saya bercuti. Ramai yang tak puas hati dan mengutuk saya satu Malaysia gara-gara percutian di luar negara yang dirancang enam bulan awal sebelum bencana banjir di Malaysia. “Kalian tahu tak? Bisnes saya juga terjejas. Resort saya rugi ratusan ribu. Saya tak nak kongsi apa yang saya buat dan bantu. Nanti kalian cakap riak dan menunjuk,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.
Menerusi perkongsian tersebut, usahawan itu memuat naik sebuah video memaparkan beberapa kakitangannya membeli dan menyediakan barangan keperluan untuk disalurkan kepada penerima. Pun begitu, Aliff berkata, meskipun dirinya berada di luar negara, dia tetap terlibat dengan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terlibat dengan banjir melalui wakil pekerjanya.
“Saya pelik kenapa saya dikritik dan dihina. Seolah-olah saya ini langsung tidak ada menolong rakyat Malaysia. Sebenarnya saya dah banyak bantu orang, tapi tak kongsi dalam media sosial. “Hari ini saya nak kongsi, walaupun saya kini berada di luar negara, tapi saya tetap bantu mereka yang terlibat dengan banjir. Jadi, tolonglah hentikan menghina saya. Saya dah tua, taknak kontroversi murahan. Doakan apa yang saya lakukan ini boleh membantu anda,” ujarnya lagi.
Beberapa hari lalu, Aliff dikritik warganet kerana berkongsi gambar percutian di luar negara sekali gus menimbulkan rasa kurang senang ramai pihak. Warganet mendakwa, usahawan itu tidak menjaga sensitiviti ramai terutama mereka yang terlibat dengan banjir yang berdepan dugaan besar apabila terlibat dalam banjir yang menenggelamkan kediaman mereka selain kehilang harta benda dan lebih menyedihkan, ada yang terkorban nyawa. – Kosmo
sumber:mstar
Minta Orang Ramai Untuk Doakan Kesihatannya. Sekali Aliff Syukri Dedah Kenapa Tak Boleh Nak Dedahkan Sakit Apa Yang Dia Alami.
Aliff dilihat memuatnaik foto tangannya yang dipasang drip air bersama ubat sedutan asma (inhaler). Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri telah menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikutnya mengenai hantaran terbaharu di Instagram.
Mohon Doa Orang Ramai
Dalam hantaran tersebut, Aliff dilihat memuat naik foto tangannya yang dipasang drip air bersama ubat sedutan asma (inhaler) di atas katil. Pada ruangan kapsyen, Aliff meminta orang ramai untuk mendoakannnya supaya kuat menghadapi dugaan yang dihadapi. “Assalamualaikum mohon doakan saya kuatkan tabah dan dipermudahkan menghadapi dugaan ini semoga Allah sentiasa bersama saya dan keluarga saya. Abah sayang dengan korang semua..”-tulis Aliff
Dianggap Mahu Cetus Kontroversi Jika Dedah Sakit
Dalam pada itu, dia turut memberitahu akan dianggap seperti sengaja mahu mencetuskan kontroversi sekiranya mendedahkan sakit yang dihidapi. “Awak rasa saya sakit apa kalau saya bagitahu nanti orang kata saya buat kontroversi kalau saya tak bagi tahu orang tertanya-tanya, saya konfius awak-awak saya konfius.”-Jelas Aliff lagi
Sekadar info, Aliff dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan dikurniakan lima orang cahaya mata Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qaedawi dan Raudhah Arshiyah. Selain itu, pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat perempuan yang dikenali sebagai Ameena. Sumber : Murai.my
Resort Aliff Syukri Hampir Musnah. Tak Senang Duduk Bercuti Bila Lihat Apa Yang Berlaku Pada Resortnya.
Resort milik usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang, terjejas teruk akibat banjir. Menerusi sebuah video yang dimuat naik Aliff yang kini bercuti bersama keluarganya di Istanbul, Turki, dia berasa begitu sedih melihat resort yang dibinanya hampir musnah. Selain jalan dan landskap resort yang rosak teruk, gazebo, perabot dan beberapa kelengkapan hanyut dibawa arus sungai yang melimpah.
“Saya terlalu sedih dan tidak boleh fokus percutian saya kali ini kerana melihat apa yang berlaku di Malaysia terutama mangsa banjir amat menyedihkan. Saya juga mengalami benda yang sama. Resort saya hampir musnah kerana banjir. Tidak pernah saya menjangkakan seteruk ini. Jalan sudah tidak boleh dilalui, landskap semua habis rosak. Saya tidak dapat membayangkan apa anda semua lalui. Saya bersimpati dan mendoakan semoga semuanya dipermudahkan,” kata Aliff.
Aliff turut berjanji akan membantu individu yang terlibat dengan banjir sekembalinya di tanah air. “Insya-Allah sekembalinya di Malaysia, saya akan cuba membantu individu yang terlibat dengan banjir, sedaya upaya saya. Doakan semuanya dipermudahkan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, isterinya Datin Nur Shahida menerusi Instagram meluahkan kesyukuran pelanggan di resort tersebut selamat. “Seluruh Janda Baik banjir, tidak terkecuali Sugeh Resort. Tiada apa yang saya harapkan melainkan pelanggan saya selamat. Duit boleh dicari, nyawa sangat berharga,” tulisnya yang turut memahami andai pelanggan mahu menunda percutian di resort tersebut.
Sejak kelmarin, Lembah Klang khususnya di daerah Klang dan Shah Alam, Selangor dilanda banjir kilat sehingga menenggelamkan beberapa kawasan. Kini, bencana tersebut mula menerjah ibu kota sejak malam tadi selepas beberapa kawasan di Kuala Lumpur mula dinaiki air. Sumber – K! ONLINE
Hantar Isteri Buat Umrah. Aliff Syukri Sebak Nak Berjauhan Dan Ini Rupanya Impian Terbesar Isterinya.
Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa sedih dan sebak sewaktu menghantar isterinya, Datin Nur Shahida di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan umrah, pada Khamis. Aliff atau nama lengkapnya, Aliff Syukri Kamarzaman menzahirkan rasa itu bersama para pengikut menerusi satu entri di akaun media sosial Instagram miliknya. Difahamkan, isteri kepada usahawan berusia 34 tahun itu telah berangkat bersama kedua ibu bapanya.
“Perjalanan mama untuk menunaikan umrah kenangan tahun ini amat berbeza dengan sebelum ini. Sebab sebelum ini saya menghantar @shahidadherbs menunaikan umrah selalunya bersama 4rwh nenek saya, tapi tahun ini saya hanya mampu menghantar mak mertua bapa mertua dan isteri saya menunaikan umrah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aliff memberitahu bukan satu perkara mudah apabila terpaksa berpisah seketika dengan permaisuri hatinya itu dalam satu jangka masa yang lama. Namun, Aliff sekeluarga tetap tabah demi merealisasikan impian isterinya yang ingin menunaikan umrah pada setiap tahun.
“Walau amat sedih, tetapi kami sekeluarga tabahkan juga..paling terasa adalah anak-anak kecil ini..tak sanggup sebenarnya nak menghantar isteri saya, tetapi apakan daya.. niat isteri saya memang dari dulu kalau ada rezeki duit lebih.. dia teringin menunaikan umrah setiap tahun. Alhamdulillah, syukur impian ini dapat saya tunaikan..kecuali ketika Cvd. Apapun, bukan mudah untuk kami sekeluarga melepaskan mama untuk jangka masa yang lama. Semoga mama gembira menunaikan umrah dan tenang di sana bersama ibu dan ayah beliau,” tulisnya lagi. Sumber : Media Hiburan
Warganet Terkejut Anak Aliff Syukri Naik Flying Fox. Ada Pula Yang Risau Pasal Keselamatan Yusoff.
Kalau korang suka main aktiviti lasak, aktiviti apa yang korang nak buat dengan kawan-kawan? Macam Admin, suka flying fox. Sejuk je rasa angin.. Macam yang kita semua tahu, aktiviti flying fox selalu menjadi salah satu pilihan aktiviti lasak dan boleh dikatakan menjadi satu aktiviti wajib dipilih untuk dilakukan. Ini kerana, adrenalin akan melonjak naik semasa melakukan aktiviti tersebut.
Tetapi tak semua orang mampu untuk naik flying fox kerana ada yang takut dengan ketinggian takpun ada yang menjerit kerana teruja untuk tiba ke penghujung. Kebanyakkan orang ambil masa untuk tidak merasa terlalu takut dan selalunya aktiviti ini popular di kalangan remaja atau orang dewasa. Namun, lain pula certa yang menarik perhatian orang ramai. Masih lagi mengenai flying fox, tetapi ini melibatkan anak bongsu Dato’ Aliff Syukri iaitu Yusoff. Dalam satu perkongsian video TikTok oleh @Iwan_utaraa, Yusoff lengkap dengan peralatan keselamatan untuk aktiviti flying fox.
Lebih mencuri tumpuan, Yusoff yang baru sahaja berusia tiga tahun langsung tidak berasa takut untuk mencuba aktiviti itu malah siap boleh pandang ke kamera dan ‘bye-bye’ apabila disuruh. Wah, kecil-kecil cili padi betul lah adik Yusoff ni! Min waktu kecil dulu kuat menangis je.
“Beraninya dia… Kalau acik ni mau menjerit-jerit dah..” – warganet
Warganet di ruangan komen sangat terkejut dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Yusoff kerana dia sedikit pun tidak mengeluarkan suara dan kelihatan sungguh tenang sambil menuju ke tempat penamat. Power lah Yusoff! Tidak kurang juga yang risaukan keselamatan Yusoff kerana dia masih lagi kecil dan terlalu ringan untuk melakukan aktiviti lasak itu. Korang jangan risau, cuba tengok betul betul, Yusoff dah lengkap pakai semua alat keselamatan. Abang tu pun tolak slow je. Pusat aktiviti lasak itu dikatakan terletak di Genting Highlands, Pahang dan ramai pengunjung yang telah datang untuk melakukan aktiviti flying fox sejak boleh rentas negeri untuk yang dah lengkap dua dos vaksin. Sumber: Lobak Merah via