Kuala Lumpur: “Saya kena fitn4h,” demikian jawapan ringkas pelakon lelaki popular era 1990-an, Badrul Muhayat berhubung dakwaan bekas isterinya bahawa dia melarikan dua anak mereka.
Dia yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp bagaimanapun enggan ditemubual dan kemudian meminta maaf kerana sedang sibuk.
ARTIKEL MENARIK:Wanita warga emas tiba2 lari berkaki ayam dlm lumpur tahan kenderaan dinaiki Azhan Rani
Menerusi laporan Harian Metro, bekas isteri pelakon itu membuat laporan polis mendakwa rumahnya dipecah masuk dan dua anaknya dilarikan pelakon itu dari kediaman mereka di Hulu Bernam, Selangor, Sabtu lalu.
Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arshad Kamaruruddin yang mengakui pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.
“Kita akan panggil dalam masa terdekat termasuk individu yang didakwa memecah masuk rumah berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Terdahulu wanita itu menerusi hantaran di Facebook mendakwa, selain pintu rumahnya ada kesan dipecah masuk, semua pakaian anak-anaknya serta buku sekolah tiada.
Menerusi hantaran sama, wanita itu berkata, dia tiba-tiba ternampak benda yang mencurigakan seperti sarung tangan plastik di atas rumput depan rumahnya.
Wanita itu turut memaklumkan, mereka sekarang dalam perbicaraan untuk tuntutan nafkah anak.
Sumber: Harian Merto
Rasa Tak Sedap Hati Lepas Nampak Sarung Tangan Di Depan Rumah. Bekas Isteri Pelakon Lapor Polis Dkwa Anak Dibawa Lari.
Penonton drama-drama Melayu pasti mengenali pelakon senior, Badrul Muhayat yang sering muncul di kaca televisyen. Banyak lakonannya yang diingati ramai kerana dia merupakan antara pelakon yang sering memegang watak yang pelbagai dalam setiap naskah lakonannya.
Namun begitu, namanya telah menjadi sorotan media susulan bekas isterinya yang dikenali sebagai Julia Ma’wa mendakwa yang Badrul Muhayat telah melarikan anak mereka di Facebook.
Ada kesan umpil pada pintu rumah
Menurut wanita itu lagi, sebelum ini dia ada memberi kebenaran untuk bekas suami membawa anak-anak berjumpa dengan nenek mereka, namun perkara lain pula jadi apabila pintu rumahnya mempunyai kesan umpil seperti cubaan pecah masuk rumah.
Ketika itu, buku-buku sekolah, kad pengenalan, pakaian dan telefon bimbit anak-anak semua tiada. Ketika itu baru Julia teringat yang bekas suaminya pernah mengugut mahu mengambil anak-anak serta memecahkan rumah bagi mengambil barang keperluan mereka.
“Saya dah tak sedap hati. Saya periksa pintu rumah ada kesan umpil, cubaan pec4h rumah. Saya periksa semua barang-barang anak dah tiada. Kad pengenalan anak-anak hilang, telefon bimbit mereka pun hilang,” katanya.
Wanita itu memaklumkan, mereka sekarang dalam perbicaraan untuk tuntutan nafkah anak.
“Selama ini saya yang jaga, bagi makan, tempat tinggal anak dan yang sekolahkan mereka…. Sejak kami berpisah tahun 2010 sampai sekarang, saya tak sihat dan tak boleh nak kerja lebih-lebih.
“Disebabkan itu saya terpaksa minta bantuan persekolahan daripada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Semua MAIWP yang tanggung persekolahan anak saya sejak dua tahun ini,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Bernam, Selangor pada tarikh yang sama.
Ada kaitan dengan tuntutan nafkah anak2
Tambah wanita itu, hal berkenaan terjadi berkemungkinan ada kaitan dengan perbicaraan tuntutan nafkah yang diajukan kepada mahkamah kerana sejak mereka bercerai pada 2010, pelakon tersebut langsung tidak menghulurkan nafkah buat anak-anak.
Kejadian itu membuatkan Julia bertambah geram, sedangkan bekas suaminya sebelum ini tidak begitu ambil peduli akan anak-anak. Namun tiba-tiba Badrul berlagak seperti ingin bertanggungjawab selepas wanita tersebut mula failkan tuntutan nafkah di mahkamah.
Dalam pada itu, Julia turut memuat naik luahan rasa betapa dia ralat dengan sikap lelaki yang pernah dikahwininya itu apabila dikatakan melakukan tindakan tersebut sekadar mahu melepaskan tanggungjawab membayar nafkah seperti yang sedang dituntut.
Wanita tersebut juga sempat mengenangkan kembali kelakuan pelakon berkenaan yang pernah memukulnya dan berjoli sakan sehingga melupakan keluarga.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, Julia telah meminta bantuan orang ramai untuk memanjangkan isu ini agar keadilan dirinya terbela. Dia juga mahu mendapatkan semula anaknya yang telah dilarikan oleh bekas suami sedangkan selama 11 tahun tidak pernah mendapat nafkah daripada lelaki yang digelar bapa kandung.
Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan daripada pihak pelakon tersebut. Semoga masalah dalam keluarga berkenaan dapat diatasi oleh mereka dan tanggungjawab sebagai orang tua dapat dilaksanakan sewajarnya.
Sumber: Facebook Julia Ma’wa
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Sampai Terpaksa Ambil Upah Basuh Pinggan Dekat Kedai Makan. Isteri Bad Indigo Dedah Keadaan Terkini Suami Buat Ramai Yang Sayu.
MASALAH kesihatan yang dihadapi Bad Indigo sehingga lima jari kaki terpaksa dipotong tidak menjejaskan kasih sayang isterinya iaitu penyanyi Ashira untuk terus berada di sisi. Ikhlas menerima keadaan itu, Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 37, menganggap apa yang sedang mereka lalui adalah satu ujian dalam rumah tangga.
“Tak tahu nak kata apa, ini adalah ujian selepas berumah tangga dengan dia tiba-tiba jatuh sakit. “Semasa Covid-19 ni besar dugaan saya hadapi. Saya dan ahli keluarga positif Covid-19, kemudian saya kehilangan mak tiri disebabkan virus itu juga,” katanya kepada mStar.
Tidak mahu patah semangat, Ashira berkata dia sentiasa berfikiran positif dan menerima ujian yang diberikan Allah. Ashira terima kekurangan Bad seadanya. Bad berdepan kesukaran untuk berjalan apabila lima jari kaki terpaksa dibuang. Kata bekas peserta Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) ini, dia banyak berdoa agar diberikan kekuatan untuk berdepan ujian yang datang. “Semasa Covid-19 ni juga saya rasa tak kuat dah sebenarnya, saya down sangat sebab banyak ujian.
“Tapi saya fikir balik saya perlu jadi kuat, sebab apa-apa pun yang jadi bukan kita minta dan kita minta pada Allah agar permudahkan segalanya,” ujarnya. Weekend saya kerja kedai makan kawan saya dekat Puchong basuh pinggan, ambil order dan hantar order.
Dalam pada itu, bercerita tentang sumber pendapatannya, Ashira berkata, dia melakukan kerja sambilan di sebuah restoran di Puchong, Selangor pada setiap hujung minggu. Dia juga membuat reviu berbayar di Instagram bagi mendapatkan pendapatan sampingan.
“Saya tak ada kerja semenjak habis Gegar Vaganza (GV) dan PKP sampai sekarang memang tak ada kerja nak buat, saya just buat review la sedikit sebanyak dapat membantu. Ashira akan terus berada di sisi suaminya Bad Indigo. “Saya masih menanti kalau ada panggilan untuk menyanyi tapi masih belum ada rezeki, weekend saya kerja kedai makan dekat Puchong basuh pinggan, ambil order dan hantar order.
“Nak cakap struggle tu tak, Alhamdululliah cukup makan, ada tempat tinggal. Selain itu ada beberapa insan dan kawan-kawan yang tolong,” ujarnya. Pada 30 November lalu, mStar melaporkan Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa diptng akibat penyakit diabetes. Bad berkata, dia terpaksa berjalan menggunakan ‘walker’ bagi membantu pergerakan.
Bad Indigo Dedah Tiada Pendapatan Langsung. Tak Kisah Dapat Bantuan Asnaf.
Kuala Lumpur: Anggota kumpulan Indigo, Badrul Izhan Yeop Abdulah atau Bad, 46, mengakui memerlukan wang yang banyak untuk proses rawatan selepas semua jari kaki kirinya dipotong akibat diabetes, September lalu. Bad ketika dihubungi berkata, dia perlu ke klinik untuk proses mencuci luka dengan bayaran RM35 setiap kali rawatan.
“Saya terpaksa lakukannya di klinik swasta kerana di klinik kerajaan terpaksa tunggu lama sedangkan saya memang tak larat untuk berbuat begitu,” katanya. Bad berkata, proses mencuci luka itu perlu dilakukan selang sehari dan setiap minggu dia perlu memperuntukkan kira-kira RM140.
“Ia sesuatu yang sukar sedangkan saya tiada cara lagi untuk dapatkan wang kerana sudah setahun hilang pendapatan,” katanya. Bad berkata, dalam keadaan sekarang memang sukar untuk dia bekerja. Pekerjaan saya dulu pun dalam pengendalian acara. Apabila berlaku penularan Covid-19, tiada acara dapat diadakan.
“Kalau ada pun, saya tak boleh bergerak. Satu lagi kepakaran saya ialah buat kertas kerja acara untuk orang, tapi malangnya acara pun tiada sekarang,” katanya. Menurutnya, untuk menjual makanan pula dia tidak mempunyai kepakaran memasak, manakala untuk membuat ulasan berbayar dia tidak mempunyai pengikut yang ramai di media sosial.“Saya juga minta tolong keluarga seperti kakak apa yang boleh dibantu. Mak pun banyak bantu dari segi kewangan. Siapa yang nak susahkan emak dan adik-beradik tapi dah terpaksa. Dah tiada cara lain.
“Isteri saya, Ashira sebelum ini pernah menyanyi di platform MICO. Mula-mula okey tapi lama-kelamaan banyak syarat menyusahkan dan terpaksa berhenti,” katanya. Bad berkata, Ashira boleh menjana pendapatan kira-kira RM1,000 hingga RM1,200 sebulan ketika itu.
“Sekarang memang dah tiada langsung. Syukur buat masa ini kami tidak putus makanan lagi. Saya harap sangat ada kerja untuk cari pendapatan. “Selepas ini saya bercadang untuk minta bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Sekurang-kurangnya dapatlah RM300 sebulan. Saya pun tak kisah jika dapat bantuan asnaf kerana sangat memerlukan wang,” katanya.
Bad berkata, dia kini bergantung kepada pengeluaran wang skim i-Citra menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menampung kehidupan. “Ia cuma untuk lima bulan saja. Lepas itu entahlah, harapnya ada lagi sambungan. Wang itulah saya gunakan tanggung anak-anak, nafkah isteri dan membayar bil rawatan. Nasib baik untuk rawatan hospital saya dapat kad OKU (Orang Kelainan Upaya) dalam sebulan, kira okeylah.
“Sebelum itu saya kena bayar ribuan ringgit. Untuk proses potong sepenuhnya jari kiri kaki saya di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tiga minggu lalu pun dibiayai sepenuhnya untuk pembedahan. “Namun saya kena bergerak menggunakan perkhidmatan Grab untuk rawatan susulan. Status OKU banyak membantu saya,” katanya.
Pembedahan itu juga membuatkan pergerakan Bad terbatas dan terpaksa menggunakan ‘walker’ kerana tidak boleh memijak lantai. “Setengah tapak kaki kiri dipotong dan sebahagian kulit tapak kaki ditolak ke atas dan dijahit, tapi lukanya terbuka. Itu yang sakit apabila memijak. Bila daging naik dan sebati dengan kulit baru okey.
Sumber: Harian Metro
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Siti Nordiana Akui Pendapatan Terjejas 60 Peratus Akibat PKP. Namun Perkara Ini Banyak Membantunya Bayar Komitmen Bulanan.
Siti Nordiana bersyukur wang sentiasa cukup untuk membayar komitmen bulanan. Penyanyi Siti Nordiana mengakui pendapatannya terjejas sebanyak 60 peratus gara-gara persembahan pentas terpaksa dibatalkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak setahun lalu. Namun, Siti Nordiana atau nama sebenarnya, Siti Nordiana Alias, 37, dia tidak pernah mengeluh sebaliknya cuba mencari inisiatif lain agar dapat menampung perbelanjaan serta komitmen bulanannya.
“Boleh dikatakan 60 peratus pendapatan saya terganggu sejak PKP tetapi saya guna pelbagai cara lain supaya orang tak ingat yang kita senyap saja sepanjang tempoh lockdown. Saya kena berfikir lebih kreatif bila dah tiada show di luar, saya cuba buat show menerusi media sosial pula. Selain itu, saya buat song cover dan letak di saluran YouTube saya. Benda-benda macam ini banyak membantu saya, alhamdulillah lepas untuk saya bayar komitmen bulanan,” katanya.
Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana berkongsikan perkara tersebut di sidang media single terbaharunya, Cukup Derita Itu yang diadakan secara maya pada Khamis.
Dalam keadaan sekarang tak boleh nak tunggu orang panggil kita buat show… simpanan juga sangat membantu pada waktu-waktu begini
Selain daripada aktiviti nyanyian, Nana juga berkata dia turut melakukan pelbagai pendapatan sampingan lain seperti menjual CD di laman jualan atas talian selain tudung jenamanya sendiri. “Dalam keadaan sekarang tak boleh nak tunggu orang panggil kita buat show… simpanan juga sangat membantu pada waktu-waktu begini. Saya bernasib baik sebab banyak juga tawaran buat kempen dan daripada situ dapat payment, bolehlah walaupun tidak semewah bayaran show,” ujarnya lagi.
Mengenai single terbaharu yang berjudul Cukup Derita Itu, Nana berkata dia mencurahkan segala perasaannya pada lagu ciptaan Tam Spider dan nukilan lirik oleh penulis novel, Siti Rosmizah itu. “Saya memang dah dikenali dengan signature lagu-lagu berentak balada, ia tidaklah menjadi kesukaran untuk dapatkan feel itu.
“Ini merupakan kali pertama saya dapat nyanyi lagu ciptaan Tam Spider. Sebenarnya dah lama saya nantikan peluang macam ini, kiranya wishlist saya dah tercapailah,” katanya. Lagu Cukup Derita Itu kini boleh didapati di semua pelantar penstriman muzik digital.
Sumber : Mstar via
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!