Bibir dan lengan tinggalkan kesan. Pavithra luah sesuatu ini dan harap semua pihak boleh bekerjasama dengannya.

Business

Bibir dan lengan tinggalkan kesan. Pavithra luah sesuatu ini dan harap semua pihak boleh bekerjasama dengannya.

Seorang lelaki berumur 29 tahun dithan r3man selama tiga hari kerana disyaki berbuat sesuatu kepada isteri. Lelaki tersebut difahamkan suami kepada Youtuber masakan yang sedang meningkat naik di Youtube.Menerusi laporan Sinar Harian, Pavithra mengalami luka dan l3bam di bahagian muka serta bibir.

Bibir dan lengan tinggalkan kesan. Pavithra luah sesuatu ini dan harap semua pihak boleh bekerjasama dengannya.
Walau bagaimanapun dia berada dalam keadaan stabil. Sumber memaklumkan, Pavithra ditmpar di muka dan pipi beberapa kali dengan tangan sehingga bibirnya mengeluarkan cecair merah.

ARTIKEL MENARIK: Lebih 5 bulan sudah pergi menghadap Ilahi. Ini perkembangan terbaru balu kepada Abam setelah lama menyepi dari pandangan orang ramai
loading...


Selain itu, lengan Pavithra juga mengalami b3ngkak akibat dipvkul dengan sabit. Tidak tahan dicederakan, Pavithra membuat laporan kepada polis semasa duduk di dalam kenderaan.Pavithra minta diberikan ruang untuk menyelesaikan k0nflik peribadi keluarga mereka.

Jadi untuk sementara ini, mereka tidak akan meneruskan apa-apa kerjasama program atau rakaman memasak dengan mana-mana pihak selama beberapa minggu bermula dari sekarang.Tambah sumber berita itu lagi, dia bersama ahli keluarga dilihat hadir ke Mahkamah Majistret Ipoh memakai baju berwarna hitam. Dia kelihatan gelisah dan tidak gembira seperti ada yang tidak kena.Terdahulu, suaminya dithan polis atas dkwaan membuat sesuatu kepada isteri dengan menggunakan snjata sabit. Kejadiaan berlaku di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, semalam.-ohbulan

YouTube S. Pavithra Sudah Tiada? Ini 4 Kronologi Penah4nan Suaminya M. Sugu

Suami kepada Youtuber yang terkenal dengan program masakan, dikenakan perinth rem4n selama tiga hari mulai hari ini oleh Mahk4mah Majistret di sini, kerana disyaki buat sesuatu terhadap isterinya.Perintah rem4n terhadap lelaki berusia 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Nabihah Mohd Noor.Lelaki yang memakai pakaian berwarna ungu dan dig4ri itu, dibawa dengan van polis ke Mahk4mah Majistret, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, ketika dihubungi mengesahkan tangk4pan lelaki terbabit.“Polis masih menyi4sat kejadian ini yang kita percaya berlaku kerana masalah dalaman keluarga,” katanya.Pasangan terbabit yang sebelum ini tinggal di kawasan estet, berpindah keluar mendiami sebuah kawasan perumahan di sini selepas suami Youtuber itu berhenti kerja demi membantu isterinya secara sepenuh masa mengendalikan program masakan.

Ini 4 Kronologi tentang suaminya M. Sugu

Baru saja dipilih  menerima gelaran “Ikon Bandaraya Ipoh” dari Datuk Bandar Datuk Rumaizi Baharin, hari ini muncul pula berita mengejutkan dari Youtuber sensasi ini.Dipetik dari The Star, Suami kepada S. Pavithra telah ditah4n reman selama tiga hari kerana memiliki senj4ta berbah4ya. Berikut beberapa fakta yang kami rangkumkan mengenai berita mengejutkan ini.

Dipercayai minum minuman yang ker4s. M.Sugu yang dipercayai mabvk sambil memegang sabit memasuki salah satu wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Angkara Persel1sihan FahamKejadian itu dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara pasangan berkenaan berkaitan satu majlis di Ipoh, Isnin lalu.Memvkul Isteri. Perselisihan itu berlanjutan sehingga suami Pavithra datang ke hospital dalam keadaan marh telah memvkul isterinya di pekarangan hospital berkenaan. Sementara itu, Mahk4mah Majistret di sini telah memberikan perintah tah4nan reman tiga hari untuk Sugu untuk memudahkan sias4tan. Pavithra Umumkan Untuk Mengundurkan Diri Menerusi laman Twitter Sugu Pavithra, beliau mengundur diri dari media sosial untuk sementara waktu dan memberi fokus kepada kehidupan peribadi.-murai

Pertama Kali Jumpa Perdana Menteri. Menarik Sekali Reaksi Dari Sugu Pavithra Tatkala Bersua Muka Dan Ternyata Perkongsian Ini Menarik Minat Orang Ramai

‘Pavithra, tak masak ke?’ tanya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada pasangan Sugu Pavithra – namun sapaan yang begitu mudah kelihatan amat sukar sekali untuk dibalas pasangan Youtuber yang cukup dikenali seantero Malaysia itu, kerana terlalu gugup. S.Pavithra yang pertama kali bertemu dengan Perdana Menteri berkata beliau berasa amat gementar sehingga kehilangan kata-kata. “Tadi beliau juga tanya saya tak makan ke? Saya rasa terlalu gementar sehingga saya hanya kata ah, ah ya..”

“Perkataan saya tersekat sikit,” kata suri rumah yang berusia 28 tahun itu kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Rukun Negara ke-50 di Putrajaya hari ini. Menetap di Sungai Siput, Perak, Sugu Pavithra sebelum ini pernah menarik perhatian Perdana Menteri yang turut menghadiahkan mereka tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak. Pavithra anggun berpakaian punjabi hijau dan Sugu berbaju serba hitam menerima jemputan khas menghadiri majlis itu, dilihat melafazkan Rukun Negara dengan penuh semangat ketika ia dibacakan oleh Perdana Menteri.

Pasangan suami isteri itu berkata mereka merasakan Rukun Negara adalah dasar yang mengeratkan perpaduan negara. Mereka yang terkenal dengan video masakan dan kepetahan bertutur dalam bahasa kebangsaan itu turut berazam untuk menanam semangat Rukun Negara kepada anak-anak yang masih kecil. “Anak-anak juga belajar ini di sekolah namun di rumah saya cuba menerapkan prinsip itu supaya lebih kuat dalam diri mereka,” kata Pavitra.-siakapkeli


loading...


Sugu Pavithra sanggup bongkarkan sikap sebenar suami dia yang ramai yang tak tahu. Ini rupanya punca semuanya berlaku.

Sering kali kita dengar ungkapan di sebalik kejayaan seorang wanita, berdirinya lelaki hebat yang sentiasa memberi sokongan di belakang. Sebelum memandang sudut kejayaan si isteri, tak salah jika kita flashback semua jasa suami yang ditempuhi bersama-sama sewaktu susah mahupun senang. Begitu jugalah yang dikongsikan oleh seorang wanita bernama Nornafishah Zamry mengenai topik ini.

Sekarang dah sarung baju mahal dan beraksi depan lensa.. Menerusi coretan yang dikarang menerusi Facebook peribadinya, dia menegaskan tentang peranan serta kewujudan aura suami dalam sesebuah rumah tangga. Mengambil contoh seperti YouTuber masakan yang namanya semakin meningkat naik iaitu S. Pavithra, kini apa yang diraihnya merupakan asbab sokongan positif suami di belakangnya.

Dari cuma ceruk dapur, uruskan anak.. sekarang dah semakin terbang Jika sebelum ini dia hanyalah seorang suri rumah biasa yang menguruskan rumah tangga ketika suami keluar bekerja di ladang sawit, sekarang hidup mereka berubah kepada tahap yang lebih baik. Malah wanita berusia 28 tahun ini seakan-akan membuktikan peribahasa Melayu berbunyi ‘tangan yang menghayunkan buaian mampu menggoncang dunia’.

Yang buat isteri terbang dengan jayanya adalah suami.. Apa yang mengagumkan lagi apabila suaminya iaitu M. Sugu dikatakan sanggup berhenti kerja semata-mata mahu memberi fokus kepada penghasilan video masakan di saluran YouTube mereka di samping membantu meringankan beban menguruskan hal rumah tangga. Meskipun dikecm ramai orang, namun Nornafishah Zamry menyifatkan keluarga berbangsa India ini pasti sudah menyusun percaturan hidup mereka sebaik-baiknya.

Fasha kagum dengan S.Pavithra atas satu sebab ini

PERKONGSIAN YouTuber sensasi S. Pavithra di sebuah portal lifestyle Pepatung yang meluahkan rasa teruja dapat berborak menerusi panggilan video dengan selebriti kegemarannya iaitu pelakon Fasha Sandha menarik perhatian umum. Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 36, berkata dia berasa terkejut apabila penulis portal tersebut menghubungi dan memberitahu Pavithra sangat meminati serta sering mengikuti drama lakonannya.

Malah apa yang membuatkan Fasha lebih terkejut apabila melihat wajah Pavithra yang cukup berbeza selepas mendapat sentuhan magis oleh jurusolek selebriti iaitu Razzi Musa. Foto Pavithra yang mendapat solekan Razzi Musa menjadi tular. Sejujurnya saya terkejut apabila penulis menghubungi dan beritahu bahawa Sugu Pavithra yang terkenal di YouTube amat meminati saya serta mengikuti drama lakonan saya. Malah dia turut menangis apabila menonton babak saya menangis.

“Saya amat terkejut kerana jarang ada penonton berbangsa India yang mengikuti semua drama saya. Masa mula-mula Pavithra hubungi saya agak terkejut sebab muka dia tak sama macam saya tengok dalam berita, rupa-rupanya dah disolek dengan begitu cantik sekali. “Pavithra ada beritahu bahawa dia dan keluarga meminati saya dan saya berterima kasih serta turut memberitahu bahawa saya sentiasa doakan dia terus berjaya di saluran YouTube,” kata Fasha kepada mStar. Menerusi artikel di portal tersebut, Pavithra mendedahkan dia meminati subjek bahasa Melayu di sekolah dan banyak belajar kemahiran bahasa kebangsaan itu dengan menonton drama-drama Melayu.

Saya amat terkejut kerana jarang ada penonton berbangsa India yang mengikuti semua drama saya.

Ketika ditanya selebriti berbangsa Melayu yang paling diminati, Pavithra terus menyebut nama pelakon Fasha Sandha dan mereka dapat bersua menerusi panggilan video. Pavithra dan suaminya mula mengambil hati rakyat Malaysia di saluran YouTube mereka, Sugu Pavithra menerusi video memasak menggunakan bahasa Melayu.

Sehingga kini, saluran YouTube pasangan itu sudah mencecah 716,000 pengikut. Dalam pada itu, Fasha turut berkongsi perkembangan terkini yang sedang menanti hari untuk melahirkan cahaya mata pertamanya dengan pelakon Aidil Aziz. Fasha bersama suami dan anak-anaknya. “Alhamdulillah saya dalam keadaan sihat… InsyaAllah akan bersalin hujung bulan depan. Saya masih fobia memandangkan dua kali kehilangan kandungan sebelum ini.

“Tapi Alhamdulillah kandungan dah lebih lapan bulan. Sekarang ini, hari-hari saya luangkan masa bersama Aidil dan dua orang anak saya. Selain itu, saya fokus masa dengan komitmen saya sebagai duta produk,” ujarnya. Fasha berkahwin dengan Aidil pada 30 Mac tahun lalu dan sebelum ini dia pernah mengalami kehilangan kandungan sebanyak dua kali. Dia mempunyai dua orang anak iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6 hasil perkahwinan terdahulu dengan ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli.-mstar

 via Era Kini
-----------------------------------------------------------------