Baru sahaja Menteri Ismail Sabri umumkan bahawa semua rakyat baru pulang ke Malaysia tidak boleh dikuarantin di rumah. Ini kerana baru baru ini tular di media sosial dimana seorang rakyat tempatan tidak mematuhi perintah kuarantin yang ditetapkan.
Tambah lagi seorang Kluster Kayangan buat hal Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) sedang mengesan wanita yang dipercayai tidak mengikuti arahan kuarantin.
ARTIKEL MENARIK: Bibir dan lengan tinggalkan kesan. Pavithra luah sesuatu ini dan harap semua pihak boleh bekerjasama dengannya.
Menerusi gambar tular di media sosial, wanita tersebut dilihat makan di sebuah restoran sedangkan masih memakai wristband merah jambu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Terbaru, tular pula gambar seorang lagi individu memakai wristband yang sama di tempat awam. Sebelum ni kecoh kes seorang wanita yang memakai tag kuarantin keluar makan ketika masih dalam tempoh kuarantin.
Lokasi didedahkan
Terbaru, dikongsikan seorang lelaki di twitter melibatkan seorang lagi individu yang memakai tag kuar4ntin lepak di kedai makan. Korang tengok perkongsian dari warganet @isaacosman.tv ni menunjukkan seorang lelaki, selamba lepak kedai makan walaupun jelas pakai tag kuar4ntin. Dah lah takde inisiatif langsung nak sorok. Kalau korang nak tahu, lokasi gambar dekat atas ni adalah di salah sebuah kopitian di Desa Sri Hartamas.
Menurut Isaac, dia membuat keputusan untuk tak menegur tindakan lelaki ni sebab biasanya orang seperti ini susah nak dengar cakap manusia. Tambah dia lagi, dia telah pun laporkan kes ini kepada pihak berkuasa. Bukan tu je, ada juga warganet lain turut buat laporan yang sama ke atas individu tak bertanggungjawab ni. Haih, susah betul nak ikut arahan ya? Bukan kena duduk rumah sampai berbulan-bulan pun. Time-time macam ni tak bolehlah nak selfish sangat- Sumber: lobakmerah
100 peniaga terjejas gara-gara ‘mak cik gelang pink’
Tular gambar seorang individu di bawah pengawasan (PUS) Covid-19 tular makan di sebuah restoran di Meru Raya. IPOH – Lebih 100 peniaga di sekitar Bandar Meru Raya di sini terkesan berikutan penularan gambar seorang wanita memakai gelang pengesanan kuarantin koronavirus (Covid-19) berwarna merah jambu sejak dua hari lalu apabila jumlah pelanggan ke premis mereka semakin berkurangan. Timbalan Pengerusi Kelab Usahawan Bandar Meru Raya, Nizam Baharudin berkata, kedai yang ditularkan paling terkesan apabila semalam tidak lagi dikunjungi oleh orang ramai seperti sebelum ini.
Menurutnya, bukan itu sahaja, jumlah pengunjung ke Bandar Meru Raya juga dilihat semakin menyvsut dipercayai akibat kebimbangan orang ramai dengan berita mengenai kehadiran ‘mak cik gelang pink’ itu.”Kami peniaga di sini memang terjejas dengan berita yang tular itu. Ramai pihak khususnya warganet yang salahkan pemilik sedangkan mereka dah ikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Untuk kami periksa teliti sehingga nak selak lengan baju dan sebagainya memang tak ada dalam SOP. Malah lepas gambar itu tular baru orang tahu gelang merah jambu itu pesakit yang sedang dikuarantin,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Meru Raya di sini semalam.Nizam berkata, pemilik premis tidak harus dipersalahkan di atas sikap tidak bertanggungjawab individu tertentu yang enggan mematuhi arahan kuarantin ditetapkan.
Mengulas lanjut katanya, Kelab Usahawan Bandar Meru Raya belum bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas wanita tersebut kerana perbuatannya menjejaskan perniagaan di sekitar Bandar Meru Raya sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis dan Kementerian Kesihatan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
Bagaimanapun, pihak kelab bersama-sama pemilik kedai terlibat mendapatkan kerjasama daripada Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya untuk menjalankan sanitasi di kedai terbabit. Semalam, seorang individu di bawah pengawasan (PUS) Covid-19 tular makan di sebuah restoran di Meru Raya di sini telah dikenal pasti dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.-sinarharian
Makcik Gelang Pink dan Anak Dirawat, rupanya Positif COVID-19 Lepas Saringan Ke-2
Hari ini, Malaysia telah mencatatkan penambahan 3 kluster baru serta 15 lagi individu positif COVID-19. Trend ini bukan saja menggvsarkan pihak KKM, malah seluruh masyarakat yang baru saja ingin merasa ‘bebas’ seperti dahulu. Lebih membimbangkan lagi apabila tular kisah seorang wanita yang sepatutnya menjalani kuarantin wajib lepas baru pulang dari luar negara bertandang ke sebuah premis makanan di Meru Raya tempoh hari.
Makcik gelang pink‘ telah dikenal pasti…umur 72 tahun & sedang terima rawatan di pusat perubatan
Menurut Sinar Harian, individu yang diberi ‘gelaran makcik gelang pink‘ terbabit telah berjaya dikenal pasti identitinya. Dia dilaporkan sedang menerima rawatan di HRPB, Ipoh dan berstatus di bawah pengawasan (PUS) wabak COVID-19. Menurut sumber lagi, wanita berumur 72 tahun itu pernah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada tarikh 4 Julai lalu. Difahamkan, foto tular itu dirakam di kafe tersebut pada 6 Julai lalu bersama ahli keluarganya setelah tiba dari Selangor untuk tujuan bersarapan.
Ujian kali pertama negatif…tapi ujian kali kedua positif COVID-19 dengan anak lelaki
Meskipun yang kali pertama negatif, tapi hasil ujian saringan keduanya selepas 13 hari menjalani kuarantin mendapati wanita tersebut positif COVID-19 dan telah dirawat sejak 17 Julai lalu. Selain ‘makcik gelang pink‘, anak lelakinya juga turut mendapat hasil saringan sama. Dalam pada itu, kerajaan negeri Perak memandang serius isu berkenaan dan orang awam turut dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berkuatkuasa.
Awas! Makcik pakai tudung, wristband pink… tunggu denda dan tindakan selanjutnya
SATU Malaysia kec0h mengenai seorang wanita selamba keluar makan, sambil memakai tag merah jambu, menunjukkan masih dalam tempoh kuarantin di rumah.Foto wanita digelar warganet sebagai ‘makcik’ yang asyik menikmati hidangan di sebuah restoran, tersebar sejak Isnin, sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika ditanya pemberita dalam sidang media petang Selasa mengesahkan insiden tersebut.”Kes ini memang betul. Mereka pakai wristband (gelang tangan) tapi apabila mereka keluar di tempat awam, mereka telah dikesan oleh rakyat dengan menangkap gambar dan terus hantar gambar kepada kita.”Individu tersebut tidak mematuhi peraturan-peraturan kuarantin di rumah. Jadi, tindakan akan diambil oleh pihak kita iaitu mungkin denda dan tindakan selanjutnya,” katanya.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah mengenal pasti individu yang tidak berjaya mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) serta restoran yang dikunjunginya di bandar Meru Raya di Ipoh, Perak, baru-baru ini.Selain itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, pihak JKN Perak bagaimanapun masih lagi mengumpul maklumat terperinci berhubung insiden itu yang tular di media sosial.
“Saya nasihatkan orang ramai yang pernah makan di kafe itu mengambil langkah berjaga-jaga dan sekiranya bimbang mereka boleh membuat ujian Covid-19 atau menjalankan kuarantin di rumah jika bergejala,” katanya kepada pemberita.Belum pun reda kisah makcik bertudung merah jambu itu, tular pula foto wristband yang ditanggalkan, dipercayai berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Foto menunjukkan wristband pemantauan kuarantin, dipercayai dit4nggalkan di KLIA tular di media sosial.Mengulas perkara itu, Dr Noor Hisham berkata, siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan.”Mereka yang buka wristband dalam tempoh kurang 14 hari dan datang ke pusat atau klinik kesihatan untuk tamatkan tempoh pemantauan 14 hari, kalau tak pakai wristband akan didenda.”Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, kita mewajibkan kuarantin di pusat kuarantin,” katanya.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rakyat Malaysia dan warga asing yang pulang dari luar negara akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan, bermula Jumaat ini.Bercakap pada sidang media, Selasa, katanya, keputusan tersebut dibuat susulan terdapat segelintir individu yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan kuarantin wajib di rumah setibanya dari luar negara.
Malah Ismail Sabri menjelaskan bahawa mereka yang terlibat perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di stesen kuarantin sama ada di Institut Latihan Awam (ILA) atau hotel berdasarkan kos yang telah dipersetujui sebelum ini.Tambah beliau, rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air tidak lagi diwajibkan menjalani ujian swab Covid-19 di negara asal dalam tempoh tiga hari sebelum tarikh penerbangan, namun warga asing tetap perlu menjalani ujian berkenaan. Sumber: Sinar Harian
via Era Kini