Sharnaaz Ahmad Gembira Dapat Jumpa Anak Tiga Kali Sehari “Terima kasih Nabila Kalau Tak Saya Rasa Tak Betul”

Business

Sharnaaz Ahmad Gembira Dapat Jumpa Anak Tiga Kali Sehari “Terima kasih Nabila Kalau Tak Saya Rasa Tak Betul”

Sharnaaz Ahmad Gembira Dapat Jumpa Anak Tiga Kali Sehari “Terima kasih Nabila Kalau Tak Saya Rasa Tak Betul”
Sharnaaz Ahmad Gembira Dapat Jumpa Anak Tiga Kali Sehari “Terima kasih Nabila Kalau Tak Saya Rasa Tak Betul”

PELAKON Sharnaaz Ahmad sanggup mengetepikan konflik yang wujud antara dia dengan isteri Noor Nabila Mohd Noor demi anak kesayangan mereka, Jebat Jayden.


Menurut Sharnaaz, 35, dia kini bahagia menjalani kehidupan seharian selepas tiada lagi halangan untuk dia bertemu dengan anak lelakinya itu.

ARTIKEL MENARIK: Gara gara ajar anak bawah umur Zarina Zainuddin dikrtik hebat oleh warganet. Ini keterangan langsung dari Zarina Zainuddin.
loading...


Bagaimanapun dia menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan status rumah tangga mereka.

“Kami belum bercerai tapi keputusan nak keluar tak lama lagi… apa yang saya nak beritahu sekarang ini hubungan kami sebagai kawan yang akan bersama-sama membesarkan anak.

“Apa jua keputusan tentang rumah tangga, saya serahkan pada mahkamah… sejak kes ini difailkan di mahkamah saya dah reda dan bersedia dengan apa sahaja yang akan berlaku.

“Selama ini saya fight untuk anak, tapi hari ini saya sudah dapat bersamanya semula tanpa sebarang halangan… itu dah cukup memadai. Bagi saya hal anak ini keutamaan dan perkahwinan jatuh nombor dua,” katanya.

Jebat adalah keutamaan Sharnaaz.

Sharnaaz ditemui semasa pembukaan cawangan ketiga Bubblebee Malaysia di Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sementara itu, pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini meluahkan rasa syukur apabila dia dibenarkan bertemu anaknya itu pada bila-bila masa dan mengucapkan terima kasih kepada Nabila kerana memahami nalurinya sebagai seorang bapa.


loading...


Apabila Nabila beri keizinan saya berjumpa Jebat, saya dah cukup berterima kasih, kalau tidak saya rasa macam tak betul

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

“Sejujurnya saya bersyukur Nabila menjadi ibu kepada Jebat dan saya juga bersyukur kerana dapat jumpa Jebat bila-bila masa tanpa halangan.

“Itu dah cukup buatkan saya seronok… saya tak mahu Jebat rasa kehilangan kasih seorang bapa, saya akan beri apa yang termampu untuk anak kami itu.

“Demi Allah! Apa saya buat ini semua hanya untuk anak… sekarang saya dah dapat apa lagi saya nak? Isteri boleh ganti tapi anak tidak sama sekali,” ujarnya.

Sharnaaz dan Nabila sepakat besarkan anak bersama.

Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu dia meluangkan masa sebanyak tiga kali sehari bertemu anaknya itu di kediaman Nabila.

“Saya tak pernah miss jumpa sebanyak tiga kali sehari… pagi, tengahari dan petang! Itulah aktiviti seharian, dah jadi biasa. Kalau ada shooting, kami akan buat video call.

“Apabila Nabila beri keizinan saya berjumpa Jebat, saya dah cukup berterima kasih, kalau tidak saya rasa macam tak betul,” katanya.

Sharnaaz dan Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia setahun.

Pada 11 September tahun lalu, Noor Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur selepas desas-desus mengenai rumah tangga mereka hangat diperkatakan media.

Bagaimanapun, Sharnaaz menolak permohonan cerai yang difailkan Noor Nabila dan mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian itu.

Bagaimanapun, Sharnaaz pula memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September tahun lalu.

Pada Januari lalu, Sharnaaz menyangkal dakwaan netizen mengatakan dia sengaja melengah-lengahkan proses perceraian dan enggan melepaskan Nabila.

Dia turut mengakui ada usaha untuk berbaik dengan isterinya semula.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami 

Sumber: mStar via KL PRESS


-----------------------------------------------------------------