Imam muda Syed Faris dedah kenapa dia berkahwin satu lagi cetus perbualan ramai

Business

Imam muda Syed Faris dedah kenapa dia berkahwin satu lagi cetus perbualan ramai

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai finalis Imam Muda Syed Mohd Faris yang dihmpit kontroversi rumah tangga apabila berpisah dengan isterinya, Nur Hidayu Rosli selepas berkahwin dengan wanita lain.

Imam muda Syed Faris dedah kenapa dia berkahwin satu lagi cetus perbualan ramai
Hidayu dedahkan dia dan Syed Faris sudah pun berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka.

ARTIKEL MENARIK: Tular tentang Imam Muda Syed Faris kahwin lain. Akhirnya bekas mertua tampil bersuara bongkarkan Alasan Syed Faris untuk berpisah. Rupa rupanya ini sebabnya.
loading...


Menerusi satu laporan, Hidayu berkata sebelum itu dia sedar perubahan mendadak suaminya apabila kerap pulang lewat dan adakalanya tidak pulang langsung ke rumah.Malah, suaminya juga tidak lagi memberi wang nafkah dan jika diberikan hanya mengikut sesuka hatinya. Lebih menyedihkan, ketika PKP dia dan anak beranak hampir terputus bekalan makanan namun bekas suaminya itu tidak pulang ke rumah.


Katanya lagi, adakalanya Imam Muda tersebut hanya tinggalkan makanan untuk anak-anak di luar rumah dan tidak masuk untuk menjenguk isteri dan anak-anaknya. “Masa PKP memang dia tak balik rumah, kalau dia balik pun suka hati dia nak balik. Hantar makanan pun kadang-kadang dia hantar dekat saya, dia letak dekat dalam kotak kasut dekat luar.

“Jiran rumah saya nampak, dia cakap dekat saya suami hantar makanan. Saya bawa masuk dalam anak saya makan, menangis saya tengok. Dia ada kunci rumah, dia boleh masuk dan hantar. “Tapi kenapa sampai tak boleh nak tengok. Tak boleh nak tengok dah ke muka kami?,” katanya.

Hidayu berkata lagi, ketika bulan puasa pun bekas suaminya itu pulang ke rumah sesuka hati. Ujarnya, dan Syed Faris mengatakan kepada isteri barunya itu boleh melayannya dengan lebih baik lagi. “Bulan puasa pun sama, balik ikut suka dia. Dia kata perempuan tu boleh layan dia macam raja. Ya Allah, sedihnya saya masa tu, 13 tahun saya kahwin. Bila suami kita cakap macam tu kita rasa macam dah tak ada apa dah untuk kita,” katanya.

Sebelum ini, Hidayu dedahkan Syed Faris memberitahu sudah berkahwin dengan wanita itu pada hujung Januari lalu ketika dia baru melahirkan anak kelima mereka.


loading...


Ibu mertua kesal anak berpisah dengan Imam Muda Syed Faris selepas nikah wanita lain – “Alasan dia kahwin lain sebab nak bantu kewangan keluarga”

Imam Muda Syed Farsi berpisah isterinya Nur Hidayu dengan talak satu. Sependakwah bebas PU Abu dan Dai Farhan, kali ini finalis Imam Muda 2014, Syed Mod Faris Syed Roslan pula dihmpit kontroversi rumah tangga. Syed Faris, 34, berpisah isterinya Nur Hidayu Rosly, 33, dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu.

Ibu kepada Nur Hidayu yang mahu dikenali sebagai Zainab, 60, mengesahkan perkara itu dan menyifatkan bekas menantunya sebagai tidak bertanggungjawab. Wanita itu turut menyatakan Syed Faris sudah beberapa kali kantoi berlaku menduakan terutamanya ketika Hidayu sedang hamil.


Apa yang dikesalkan kata Zainab apabila mengetahui Syed Faris berpoligami dengan alasan untuk membantu kewangan keluarga. “Alasan yang dia bagi pada saya apabila saya tanya kenapa kahwin dengan perempuan tu, dia kata untuk menjana ekonomi dan bantu kewangan keluarga. “Dia kata perempuan tu pandai buat bisnes online selain untuk elak berlakunya perkara yang negatif,” ujarnya.

Bagaimanapun, Zainab reda dengan ketentuan dan ujian berat yang dilalui oleh anaknya itu sepanjang 13 tahun perkahwinan. Nur Hidayu menerusi sebuah laporan dedahkan sudah berpisah dan menyatakan dilukai oleh madunya selepas Syed Faris bercadang untuk berpisah dengan salah seorang daripada mereka.

Alasan dia kahwin dengan perempuan itu adalah untuk bantu kewangan keluarga.

Dalam laporan itu, Nur Hidayu dedahkan Syed Faris hanya memaklumkan dia berkahwin lain hujung Januari lalu ketika dia baharu melahirkan anak kelima mereka. Dia turut menyedari perubahan mendadak suaminya yang sering pulang lewat malah tidak pulang langsung ke rumah selain Syed Faris juga dikatakan tidak lagi memberikan wang nafkah.

Bagaimanapun, Nur Hidayu berkata Syed Faris pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin lagi namun tidak diizinkan Nur Hidayu kerana memikirkan anak-anak mereka. Syed Faris dan Nur Hidayu berkahwin pada 2007 dan dikurniakan lima orang anak iaitu Sharifah Aisyah, 12, Syed Husayn, 10, Sharifah Fatimah, 5, Syed Muawiyyah, 3, dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan. Sepanjang perkahwinan mereka, Nur Hidayu pernah mengalami kehilangan kandungan sebanyak empat kali.

Nur Hidayu reda kena pisah, Imam Muda Faris terus membisu

“SAYA pernah tanya dia, apa kekurangan atau salah saya? Dia cakap, saya tidak ada apa-apa salah pun. Ini kerana dia berkeinginan dan mampu untuk berkahwin lagi,” kata bekas isteri Imam Muda Syed Faris iaitu Nur Hidayu Rosly mengenai tempoh 13 tahun perkahwinan mereka.

Nur Hidayu yang juga ibu kepada lima anak berkata, dia pernah menghantar gambar perkahwinan mereka ketika masih dalam tempoh edah tetapi kecewa dengan jawapan diberikan bekas suami. “Dalam tempoh edah boleh rujuk. Jadi, tak ada masalah pun sebab bukan hantar gambar tak tutup aurat. Namun, lima minit selepas itu dia balas meminta saya menjaga akhlak dan adab. Dia cakap kecantikan saya itu sekejap saja. Saya fikir mungkin sebab saya sudah melahirkan lima anak, jadi nampak lain.

“Saya reda. Bukan kata sudah lama dengan dia atau apa, tapi saya fikir di akhirat nanti. Kita tak tahu kita boleh hidup sampai bila. Daripada saya ada dosa dengan suami, lebih baik tak bersama supaya antara kami saling tak ada dosa. Andai masih bersama pun dan teruskan poligami, belum tentu lagi dia dapat berlaku adil,” katanya.

Nur Hidayu berkata, dia reda dengan apa yang berlaku dan menganggap ia ujian buat Allah untuk dirinya. Menurutnya, ketika ini ibu bapa, keluarga dan anak-anak menjadi penguat dirinya. “Mak pernah berang saya dan suami, tapi saya tak boleh kalau orang berkata tidak baik kepada suami saya sebab sudah 13 tahun kami bersama. Memang ada berlaku masalah dengan emak. Katanya, jika saya datang berhari raya ikut pintu depan, dia akan keluar ikut pintu belakang.

“Daripada saya hilang keluarga, baik saya reda suami kahwin lain. Ini kerana emak ada satu saja di dunia. Saya cerita masalah rumah tangga kepada keluarga pun selepas Januari lalu ketika suami beritahu sudah kahwin lain. “Keluarga kedua belah pihak pun sudah berjumpa, tapi dia masih bertegas dengan keputusan dibuat. Saya cakap pada anak-anak mungkin jodoh kami sudah tiada. Anak ada tanya saya tak sayang abah merekakah? Saya cakap sayang, sebab sudah 13 tahun,” katanya.

Nur Hidayu juga berkongsi, dia merancang untuk menunaikan umrah bersama suami pada hujung tahun ini. “Saya berharap nak pergi umrah dengan suami dan merancang nak pergi hujung tahun ini. Saya cakap nak pimpin tangan dia, tapi tak kesampaian hajat saya. Dah tidak ada jodoh,” katanya.

Terdahulu, Nur Hidayu mendedahkan kepada Harian Metro yang Syed Faris atau nama sebenarnya Syed Mohd Faris Syed Roslan, 34, berpisah dengannya selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Syed Faris bagi mendapatkan reaksinya sejak semalam tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej WhatsApp. Syed Faris yang juga finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014 itu berpisah dengan Nur Hidayu dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan mereka. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lima anak iaitu Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------