Isu anak. Bekas isteri imam muda Syed Faris cerita kisah di sebalik semua ini berlaku dan ini jawapannya bila dipersoalkan tentang penjagaan anak

Business

Isu anak. Bekas isteri imam muda Syed Faris cerita kisah di sebalik semua ini berlaku dan ini jawapannya bila dipersoalkan tentang penjagaan anak

KUALA LUMPUR: Kisah Imam Muda Syed Faris, 34, berpisah dengan isterinya, Nur Hidayu Rosly, 33, selepas berkahwin dua menjadi bualan hangat.

Isu anak. Bekas isteri imam muda Syed Faris cerita kisah di sebalik semua ini berlaku dan ini jawapannya bila dipersoalkan tentang penjagaan anak
Bukan sekadar tinggalkan isteri bersama lima cahaya mata, malah bekas finalis program realiti dakwah, Imam Muda musim kedua itu dikatakan memberi nafkah tidak mencukupi.

ARTIKEL MENARIK: Iman muda Syed Faris dedah kenapa dia berkahwin satu lagi cetus perbualan ramai
loading...


Guru sekolah tadika di Puchong itu mendkwa, bekas suami mahu mengambil lima cahaya mata sekiranya dia berhasrat mahu berkahwin lain.

Dkwanya, bekas suami menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui gerak gerinya. Malah, Imam Muda Syed Faris atau nama sebenarnya, Syed Mohd Faris Syed Roslan memberitahu teman rapatnya, tiada siapa sanggup mengahwini ‘janda’ anak lima sepertinya.


Nur Hidayu membuat pendedahan selepas Syed Faris berpisah dengannya dan berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu. Mereka berpisah talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan.

Katanya, bekas suami mula menunjukkan perubahan sikap selepas menyertai program Imam Muda pada 2014. “Bekas suami membuat pengakuan mahu berkahwin lain selepas saya pulang menunaikan umrah, tiga tahun lalu. Saya reda sekiranya hidup bermadu, tetapi saya tahu sejauh mana kemampuannya menanggung dua keluarga.

“Saya juga merahsiakan kep1ncangan rumah tangga walaupun daripada pengetahuan ibu sendiri. Masalah rumah tangga, buat apa hendak cerita kepada orang,” katanya ketika ditemui BH Online. Ibu kepada lima cahaya mata berusia 8 bulan hingga 12 tahun itu berkata, apa yang membuatkan dirinya membulatkan tekad untuk berpisah dengan bekas suami kerana enggan kehilangan keluarga.


Tidak tahan sikap bekas suami, Nur Hidayu berkata, dia akhirnya menceritakan segala-galanya kepada ibu. “Syed Faris ada berjumpa ibu dan membuat pengetahuan sudah berkahwin lain. Mendengarnya, ibu tidak bersetuju hasrat saya untuk mempertahankan rumah tangga.

“Ibu tidak mahu saya terus mend3rita, jadi tiada gunanya terus mempertahankannya. Ia menimbulkan konflik antara saya dan ibu. “Hingga ibu mengeluarkan kata sanggup keluar ikut pintu belakang sekiranya saya datang ke rumahnya. Apabila fikir kembali, daripada hilang ibu, saya lebih rela hilang suami. Ibu tiada pengganti dalam dunia ini,” dkwa Nur Hidayu.


loading...


Nur Hidayu mendkwa, untuk menutup pergolakan rumah tangganya, bekas suami memintanya menandatangani perjanjian hitam putih yang tidak mendedahkan apa yang berlaku. Bagaimanapun, Nur Hidayu berkata, dia tidak sanggup menyembunyikan sikap bekas suami.

“Bekas suami mendkwa mampu berkahwin lebih satu, sedangkan nafkah saya dan anak-anak pun diabaikan. Syed Faris pernah tidak memberikan nafkah hingga saya dan anak-anak hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, dia malu sekiranya kisahnya tersebar. “Sebagai isterinya ketika itu, saya setuju mahu menutup aibnya. Tetapi, tiada guna saya mempertahankannya apabila dia mengh4lau saya daripada rumah ketika tempoh PKP,” dakwanya.

Katanya, dia tak mampu mempertahankan rumah tangga apabila bekas suami bertindak sedemikian. “Saya hidup susah senang dengannya selama 13 tahun. Tiada apa yang boleh dikenang lagi. “Saya setia dengannya selama ini. Jika ikutkan, kami memiliki sembilan cahaya mata, bagaimanapun empat kali alami kehilangan kandungan. Jadi, saya terlalu kecewa,” dedah Nur Hidayu.

Nur Hidayu mendkwa, dia mengetahui perkahwinan kedua bekas suami pada Januari lalu, selepas hampir setahun disorokkan daripada pengetahuannya. “Saya kenal isteri baharunya itu. Dia pernah datang menumpang tidur di rumah kami. “Saya mengenali wanita berkenaan ketika menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai bekas suami selama seminggu.

“Dalam penerbangan pulang, saya pelik wanita berkenaan menaiki pesawat sama dengan suami, sedangkan saya penerbangan lain. Dari situ, saya rasa seperti ada yang tidak kena,” dkwanya. Dkwanya, bekas suami jarang pulang ke rumah, malah langsung tidak pulang menjenguk anak sepanjang tempoh PKP sejak membuat pengakuan berkahwin.

“Paling menyedihkan, bekas suami pernah menghantar makanan, tetapi diletakkan dalam kotak atas tempat letak kasut. Air mata saya menitis melihat anak-anak menjamah makanan pemberian bapanya,” dkwanya.Katanya, biarpun bekas suami memberikan nafkah, tetapi ia tidak mencukupi dengan tanggungan lima anak yang masih kecil. “Anak keempat dan kelima masih menyusu. Kos membeli susu sahaja sudah berapa? Dengan wang nafkah sebanyak RM300 tentunya tidak mencukupi. Bekas suami ada menambah dengan memberikan RM500, bermaksud setiap anak mendapat RM100.

“Mungkin bekas suami ingat jumlah RM500 banyak hingga minta saya menyenaraikan keperluan dibeli dengan wang yang diberikan. “Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak, bekas suami mahu mengambil dua anak yang masih kecil,” dkwanya. Nur Hidayu berkata, dia tampil mendedahkan kepncangan rumah tangganya bukan mahu mengaibkan sesiapa, sebaliknya mahu masyarakat tahu dirinya tidak bersalah.

“Ini kerana ramai memandang ser0ng terhadap saya selepas kami bercerai. Selain itu, saya mahu bangkit memperjuangkan ibu tunggal yang senasib,” katanya. Sementara itu, Syed Faris ketika dihubungi enggan mengulas lanjut atas alasan sedang bekerja. Hasil perkahwinan Syed Faris dan Nur Hidayu, mereka dikurniakan lima cahaya maya, Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.

Sumber:berita harian  via Era Kini
-----------------------------------------------------------------