Watak Nurul Ain buat ramai geram serta tinggal kesan buat orang ramai. Satu sisi menarik ini ramai tak tahu

Business

Watak Nurul Ain buat ramai geram serta tinggal kesan buat orang ramai. Satu sisi menarik ini ramai tak tahu

Watak seorang gadis bernama Nurul Ain dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaku 2 mendatangkan amarah penonton setianya.

Watak Nurul Ain buat ramai geram serta tinggal kesan buat orang ramai. Satu sisi menarik ini ramai tak tahu
Di sebalik wajah ayu nan manis, Nurul seakan mempunyai agenda tersendiri dan mahu mendekatkan dirinya dengan Khuzairi. Menerusi tinjauan di laman Twitter, karakter Nurul sangat tidak disukai oleh peminat naskhah terbabit.

ARTIKEL MENARIK: Sungguh mengejutkan ramai mengenai keadaan terkini Yusof Kelana setelah lama berdiam diri. Dia bersuara rungkai persoalan ramai
loading...


Itu menjadi petanda watak Nurul berjaya dilakonkan dengan baik dan tinggalkan kesan di hati peminat. Menerusi sesi temu bual dengan Gempak, mari kita kenali gadis manis di sebalik watak Nurul. Watak Nurul dijayakan oleh pendatang baru bernama Wafariena Roslan. Lebih selesa dengan nama panggilan Wafa, gadis berusia 25 tahun ini berasal dari Pulau Pinang.


Sebenarnya, Wafa telah terlebih dahulu terlibat dalam bidang muzik. Selepas tamat persekolahan, Wafa bekerja sebagai penyanyi secara freelance dan pernah mengikuti pancaragam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Wafa merupakan artis di bawah naungan MAP Music dan kini sedang mempromosikan single terbarunya yang berjudul Carilah Aku.

Wafa juga mempunyai kebolehan dan turut fasih bertutur serta menyanyi dalam bahasa Mandarin. Karya 7 Hari Mencintaku 2 merupakan drama bersiri pertama lakonan Wafa. Sebelum ini, Wafa pernah membawakan watak tambahan dalam drama bersiri Chandelier. Sebelum ini, Wafa pernah membintangi filem Buntat serta tiga telefilem iaitu Kisah Seram Hostel, Rinding dan Main Kahwin Kahwin.Saksikan drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 yang boleh ditonton di platform IQIYI dari episod pertama. Malah, pelanggan berpeluang menonton semula 7 Hari Mencintaiku musim pertama secara percuma di IQIYI.

Video muzik penuh komen yang berlebihan, Wafariena tak patah semangat –

“Komen seperti itu tidak akan jadi penghalang untuk saya” .Wafariena Roslan memberitahu dia tidak kisah dengan kata negatif dan kata kata yang tak enak di ruang komen video muzik terbaharunya, Carilah Aku di YouTube. Menurut Wafaiena, 24, dia mengambil segala kata kata negatif tersebut secara positif memandangkan ia adalah asam garam dalam dunia hiburan. “Saya sentiasa terbuka menerima semuanya, dalam masa sama saya akan cuba perbetulkan mana yang tak kena.

“Namun sejujurnya komen-komen seperti itu tidak akan jadi penghalang untuk saya terus bergiat aktif dalam industri seni. Antara komen negatif yang dilemparkan kepada Wafariena. “Apa-apa pun saya berharap sangat single pertama ini mendapat sambutan yang baik,” katanya kepada mStar.


Wafariena diminta mengulas mengenai komen berunsur kurang baik di video muzik Carilah Aku yang dilancarkan pada 22 November lalu. Dalam pada itu, pendatang baharu ini mengakui turut meminati bidang lakonan. Saya sentiasa terbuka menerima segala komen warganet, dalam masa sama saya akan cuba perbetulkan mana yang tak kena. Bercerita mengenai bakat lakonan, Wafariena berkata dia teruja apabila berpeluang berlakon di dalam sebuah telefilem seram berjudul Kisah Seram Hostel. “Susah juga nak jayakan watak dalam telefilem ini kerana ia memerlukan saya menangis. “Jadi bagi tahun 2020, saya mengharapkan lebih banyak tawaran lakonan supaya saya dapat mencuba pelbagai watak hingga menjadi artis serba boleh,” katanya.


loading...


Wafariena Roslan Perkenalkan Bakat Nyanyian Menerusi Lagu Carilah Aku

Penyanyi baru, Wafariena Roslan mencari tapak untuk memperkenalkan bakat dalam bidang nyanyian menerusi single pertama yang berjudul Carilah Aku. Mesra disapa dengan panggilan Wafa, Carilah Aku merupakan sebuah lagu balada yang dicipta oleh komposer otai, Johari Teh dan liriknya pula hasil nukilan Aryan.

Selain berbakat dalam nyanyian, gadis cantik tinggi lampai yang berasal dari Pulau Pinang ini juga bergiat aktif dalam bidang permodelan di samping berlakon dalam beberapa buah muzik video dan pernah membintangi filem Buntat. Berusia 24 tahun, Wafa juga mempunyai kebolehan dan turut fasih bertutur serta menyanyi dalam bahasa Mandarin.

Lagu Carilah Aku mengisahkan tentang kisah percintaan yang terpisah oleh jarak jauh. Baginya, berjauhan dengan pasangan adalah begitu perit. Wanita tersebut berharap dapat bertemu kembali dengan kekasihnya dan kekal bahagia. Single pertama yang sudah mula dilancarkan pada November lalu boleh dengarkan di semua rangkaian muzik.

Makin Menjadi-Jadi Perangai Nurul! Siapa ‘Nurul Ain’ Sebenarnya Sampai Buat Ramai Geram?

Siapa yang setia mengikuti drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 pasti kenal dengan watak Nurul Ain. Di dalam drama tersebut, watak Nurul Ain sangat disukai oleh Mak Leha lakonan Liza Abdullah sehingga mencetuskan perbalahan dalam hubungan rumah tangga Khuzairi (Shukri Yahaya) dan Mia Adriana (Siti Saleha).

Mungkin ada tertanya-tanya, siapa ‘Nurul Ain’ sebenar yang ‘tak disukai’ oleh penonton drama ini. Rupanya, ‘Nurul’ pernah datang uji bakat Dewi Remaja tahun 2019 dulu. Memang cantik manis! Nama sebenar pemegang watak Nurul Ain ialah Wafariena Binti Roslan yang berusia 25 tahun. Dia berasal dari Pulau Pinang dan dilahirkan pada tanggal 19 Julai 1995.

Fakta lebih menarik mengenai Wafariena, dia pernah melancarkan single pertama berjudul Carilah Aku pada November 2019. Drama 7 Hari Mencintaiku bukan drama lakonan pertamanya. Sebelum ini dia pernah berlakon menerusi filem Buntat dan telefilem Kisah Seram Hostel. Fasih berbahasa Mandarin. Gadis tinggi lampai ini mula berjinak di dalam bidang lakonan sejak berusia 8 tahun lagi dan membintangi beberapa muzik video. Bukan itu sahaja, dia juga mempunyai kebolehan bercakap dan bernyanyi dalam pelbagai bahasa termasuk Mandarin, Filipina, Bollywood dan Thailand selain Inggeris. Dia juga fasih bertutur dalam bahasa Mandarin tau! Pernah ke uji bakat Dewi Remaja.Malah, dia pernah mencuba nasib apabila menghadiri uji bakat di program Dewi Remaja edisi 2019.

Watak Nad cakap straight forward dekat Nurul dipuji warganet, “Setepek…”

Drama 7 Hari Mencintaiku musim kedua nampaknya semakin membuatkan penonton emosi dengan episod-episod yang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Jumaat menerusi siaran di TV3. Dalam satu babak menerusi episod 25 ini pula ternyata undang gelak tawa penonton apabila watak Nad yang dilakonkan oleh Jaja Iliyes apabila dia yang seorang bersuara lantang dan bercakap straight forward menjadi perhatian umum.

Video yang dikongsikan menerusi laman sosial instagram  Malaysia ini juga undang pelbagai komen warganet yang turut senang melihat perwatakan Nad. Kelihatan, babak ketika makan bersama ini membuatkan Nad memberikan ayat win kepada watak Nurul dan video ini ternyata meraih ribuan tontonan sehingga mencecah lebih 369,000.

Huru-Harakan Rumah Tangga Anak Sendiri, Moga Dijauhkan Mentua Macam Mak Leha

Faktor ibu mentua yang banyak ‘peel’ menjadikan golongan wanita agak gusar untuk mendirikan rumah tangga. Bukan sahaja perlu memenuhi expectation menjadi isteri yang ‘super perfect’ buat anak lelaki mereka, malahan sedikit sahaja kekurangan atau kesilapan akan diungkit-ungkit bagaikan tiada hari esok. Realiti sama juga cuba ditunjukkan dalam tayangan drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’ iaitu melalui watak Mia yang sering ‘bertekak’ mulut dengan Mak Leha.

Kehadiran Nurul Ain tambah minyak dalam rumah tangga Mia & Khuzairi

Dari musim pertama lagi, hubungan kedua-kedua individu ini dilihat sangat dingin tak ubah seperti tiada kesudahan . Mia pula terkenal dengan perangai panas barannya manakala Mak Leha seakan-akan terus tidak menyukai menantunya sendiri. Tidak ketinggalan, kewujudan watak Nurul Ain (lakonan Wafariena Roslan) dalam beberapa episod kebelakangan ini turut tambah minyak dalam rumah tangga Mia dan Khuzairi.

Moga dijauhkan mentua macam Mak Leha

Tak padan dengan wajah polos serta imej sopan santun, sebenarnya gadis berkenaan mempunyai agenda tersembunyi untuk merebut cinta lelaki berkenaan. Lebih mengeruhkan keadaan apabila Mak Leha sudah mula ‘berkenan’ hati dan seperti merancang mahu menjodohkan Nurul Ain dengan Khuzairi. ‘Geram’. Itulah kata-kata paling banyak dilemparkan oleh penonton ketika menyaksikan jalan cerita drama ini yang semakin menguji kesabaran. Selain berang akan watak Nurul Ain, mereka berharap agar dijauhkan dengan mentua yang berperangai seperti Mak Leha.

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------