Hampir sebulan mendirikan rumah tangga, baru-baru Mira Filzah berkongsikan momen menarik apabila dia bersama suaminya, Wan Emir Astar pulang ke kampung bagi menyambut ulang tahung kelahiran dauk serta opahnya.
Menerusi perkongsian itu juga, Mira kemudian di bawa oleh Wan Emir pulang ke kampung halamannya pula untuk menziarahi bapa mentuanya serta bertemu dengan datuk dan neneknya.
ARTIKEL MENARIK:Setelah lebih tiga tahun berusaha nak tambah zuriat. Mengejutkan bila tiba tiba Fadzil Zahari dedahkan Yana Samsudin bakal timan ank kedua. Pandai dia sorok perut. Dalam diam rupa rupanya ini usia kandungan Yana Samsudin.
Apa yang menjadi perhatian adalah perkongsian Wan Emir yang cukup menyentuh hati warganet apabila pasangan itu ke ke psra bapa Emir sebelum bergegas ke Masjid Ubudiah, Bandar Diraja Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis tahlil.
Lebih sebak Wan Emir bermonolog memperkenalkan Mira sebagai isterinya dan mengatakan bahawa dia akan menyayangi isterinya sebagaimana bapanya mencurahkan rasa cinta pada ibunya. “Salam Papa yang tersayang, Emir kenalkan, Nur Amirah, anak perempuan Papa. Yang telah Dia pilih untuk saya dan saya untuknya. Emir akan menyayanginya seperti mana Papa mengasihi Ibu, dengan tanggungjawab,” tulisnya.
Diruangan komen rata-rata tumpang gembira melihat pasangan tersebut pulang ke kampung bertemu insan tersayang dan mendoakan semoga mahligai perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Rotikaya
Baru Je Kahwin Mira Filzah Dah Banyak Berubah. Mengejutkan Rupa Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Dia Berubah Bila Lepas Kahwin.
PELAKON dan pengacara Mira Filzah, 27, yang mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar atau Emir, 30, baru-baru ini mengakui secara automatik rajin memasak disebabkan suaminya seorang yang kuat makan.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, dia bukanlah handal memasak, tetapi mahu memikul tanggungjawab menjaga suaminya serta rumah tangga sebaiknya. “Saya secara automatik jadi sangat rajin (selepas kahwin). Rajin ini dan rajin itu. Tanggungjawab diri sendirilah. Saya kena lakukannya kerana ia tanggungjawab saya sekarang untuk menjaga rumah dan suami.
“Selalu masak sebab Emir suka makan. Taklah handal sangat masak, tapi masak itu senang, cari di Google dan YouTube saja, insya- Allah jadi. Selain itu buat panggilan video dengan emak untuk resipi ringkas. “Sebelum ini jarang masak. Sibuk dan duduk rumah sendiri tak berbaloi masak untuk satu orang. Adalah masak sekali-sekala,” katanya.
Pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu turut mengakui dia banyak memanfaatkan masanya meningkatkan kemahiran memasak sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini. “Sewaktu PKP, saya kerap memasak. Saya rasa PKP benar-benar membantu saya untuk meningkatkan kemahiran memasak saya,” katanya.
Pada 3 September lalu, Emir dan Mira sah bergelar suami isteri di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam. Pasangan itu dinikahkan bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media
Sumber : HM
Mira Filzah Baru Je Habis Honeymoon Dengan Suami. Sekali Mengejutkan Abah Mira Filzah Tampil Bongkarkan Sesuatu Tentang Mira Filzah. Warganet Tergamam Sampai Macam Tu Sekali Abah Mira Filzah Cakap.
Pada 3 September lalu, pelakon Mira Filzah selamat diijabkabul dengan pasangannya, Wan Emir Astar. Walaupun sudah seminggu berumah tangga, rata-ratanya masih menanti perkembangan pasangan kesayangan ramai ini
Di Instagram, Mira Filzah kongsi beberapa keping foto dia dan suami sedang ‘honeymoon’ di Langkawi. Rata-rata teruja melihat pasangan ini dan tak sabar menantikan Mira dan Emir Junior. Abah Mira tegur pasal pakaian.
Sempena hari jadi Abah, Mira Filzah telah berkongsi wassap masej teguran dari Abah mengenai pakaian beliau yang di lihat kurang sopan. Berikut sebahagian masej dan nasihat yang di kongsi bersama peminat. “Jeans tu ketat and ur blouse at ur thigh Kalau baju sampai aras lutut is not that bad. At any event when it will be published on media, try to avoid those outfit.Possibly becoz its shining and enhance the look” tegur Abah Mira Filzah
Sangat menghargai teguran tersebut, Mira meluahkan perasaan sayang tidak terhingga kepada Abah beliau sempena hari jadi 56 tahun “Abah is a very unique man. He don’t talk much. But he has his own ways to express his love and care. Thank you for all the love and care since 2nd April 1993 Abah. I love you so much. You’re irreplaceable. Happy 56th Birthday first love! May Allah protect you always, every second, every minute, every hour of every day. *hugs” tulis Mira Filzah
Tidak pasti pakaian mana yang di tegur oleh Abah Mira, tapi hasil carian ada beberapa gambar Mira yang mengenakan pakaian seluar jeans sebelum ini
Apa-apa pun, Mira telah pun mempunyai suami dan imam yang mampu menegru dan membimbang beli mencari arah syurga.
Berikut sedikit info mengenai suami Mira Filzah
Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki. Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di @wanemirastar. Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
artikal by: http://trendingsangat.pw/
Baru Je Bernikah Mira Filzah Muatnaik Sesuatu Di Laman IG Nya. Tak Sangka Wan Emir Macam Ni. Warganet Tergamam Dengan Apa Yang Dimuat Naik Mira.
Semenjak mendirikan rumah tangga, pelakon, Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar dilihat sering berkongsi momen mereka bersama di media sosial. Terbaru, Mira ada memuat naik beberapa buah video di ruangan IG Story memaparkan dirinya sedang menyediakan masakan untuk makan malam.Pada masa sama, Emir juga dilihat sangat ringan tulang membantu isterinya itu ketika di dapur.
Dalam pada itu, pelakon drama, Biadari Kiriman Tuhan itu meluahkan rasa gembira melihat Emir makan dengan penuh selera. “Yeay habis tulisnya,” tulisnya.Malah, Emir juga turut memuji masakan yang disediakan oleh isteri tercinta itu. “Seriously, deliciously good!” kongsinya.
Menjengah pula di laman Twitter, rata-rata warganet dilihat begitu teruja selain turut memuji pasangan tersebut yang saling bantu membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah. Malah, mereka turut mendoakan semoga pasangan pengantin baru itu kekal bahagia hingga ke jannah.
Sumber: Instagram Mira Filzah & Wan Emir Astar
Kredit:MediaHiburan
Mira Filzah Muatnaik Gambar Pergi Bulan Madu. Tapi Wan Emir Pulak Yang Jadi Buah Mulut Warganet. Rupa Rupanya Ini Yang Warganet Nampak Dalam Gambar Tersebut.
Selamat diijabkabulkan minggu lalu, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar kini sedang menikmati bulan madu mereka di Langkawi. Malah, Mira juga tidak lokek berkongsikan momen romanstis mereka di Instagram untuk tatapan peminat.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah gambar pasangan itu apabila ramai yang terkejut melihat gambar Wan Emir dari dekat apabila kelihatan rambutnya seolah ada helaian berwarna putih. Apa yang tidak sedapnya apabila ada yang mengata rambut suami kepada bintang popular itu sudah beruban dan apabila pasangan itu bergambar bersama seperti anak dan bapa.
Meskipun ramai yang mengata mengenai rambut Wan Emir, namun ada yang mempertahankan dengan mengatakan bahawa rambut beruban adalah perkara biasa. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka yang mengutuk sebenarnya dengki kerana Wan Emir berjaya menawan hati Mira Filzah.
Kata warganet lagi, jangan menghina seseorang daripada paras rupa dan usia kerana apa yang paling penting adalah seseorang lelaki itu boleh membimbing dan menjaga Mira Filzah.
Sumber: rotikaya
Rezeki Mira Filzah. Terkejut Baru Seminggu Nikah Mira Filzah Dan Suami Terima Berita Gembira. Warganet Tergamam Dgn Berita Gembira Tersebut.
Tidak hanya dikurniakan rupa paras cantik, berbakat dan santun, artis popular Mira Filzah juga harus diakui antara wanita jelita yang pintar atau disebut ‘beauty with brain’. Berjaya mencipta pengaruh dan impak tersendiri, si cantik kelahiran Ipoh Perak ini mempunya pesona dan aura yang bukan calang-calang.
Pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah Badioezaman ini pernah menjadi pelajar cemerlang menerusi peperiksaan SPM pada tahun 2010. Jadi tidak hairanlah Mira dilantik menjadi duta dan ikon PTTI selaku pusat peningkatan akademi yang memberi fokus membantu pelajar SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat keputusan cemerlang sejak awal tahun ini
“Kolaborasi PTTI dan Mira ini secara jelas mendokong aspirasi yang mahu membantu lebih ramai pelajar berjaya mendapatkan keputusan terbaik untuk SPM. Malah Mira dan PTTI juga optimis nak membantu lebih ramai lagi calon SPM mencipta jaya. Mira selama ini iuga terus berperanan menyuntik semangat untuk pelajar lebih fokus dengan hal akademik.
“Kehadiran Mira sebagai ikon PTTI juga menjadi nilai tambah kepada visi dan misi yang ingin dicapai,” kata Cikgu Fana yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PTTI Group Sdn Bhd. Cikgu Fana juga berpandangan Mira dilihat perlambangan tepat yang mampu memberi inspirasi kepada semua golongan termasuk pelajar.
“Peranannya sebagai ikon PTTI juga banyak memberi aspirasi, inspirasi dan cetusan semangat kepada ramai pelajar. Dengan apa yang dilalui dan dicapainya kini, dia boleh dianggap sebagai wanita berjaya. Tanpa perlu terlalu beriya iya nak kelaskan dia sebagai itu ini mahupun menyebut dirinya selaku individu yang banyak memberi inspirasi dan simbolik semangat, kita memang tahu dirinya cukup menginspirasikan ramai,” kata Cikgu Fana lagi.
Sekalipun tahun ini, Malaysia diuji dengan pandemik Cov1d 19 hingga sesi persekolahan terbantut beberapa bulan, perjuangan menempuhi SPM tetap diteruskan. Tinggal sekitar tiga bulan lagi peperiksaan SPM akan menjelma yang dijadualkan pada 6 Januari 2020. Peperiksaan percubaan SPM pula dijangka berlangsung Oktober depan.
Lalu, PTTI dengan berbesar hati serta komited mahu membantu sertak membuka tawaran secara terhad kepada hanya 3000 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM di seluruh Malaysia untuk menyertai seminar Last Ultra 100% pada 26 dan 27 September ini. Bimbingan persediaan secara dalam talian ini dibuka berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Gempak
Mengejutkan Mira Filzah Bongkarkan Sesuatu Tentang Suami Sendiri Lepas Mereka Nikah. Rupanya Tanggapan Mira Meleset. Tergamam Sampai Macam Tu Sekali Perangai Sebenar Suami Dia.
Pelakon Mira Filzah selamat menjadi isteri kepada pasangannya Wan Emir Astar. Detik bersejarah pasangan itu disaksikan oleh keluarga tercinta, kenalan rapat dan rakan media di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.
Menerusi Drama Sangat, pelakon Lelaki Kiriman Tuhan kongsi detik pertemuan pertama dengan suaminya. Menurutnya pertemuan ini bermula atas gesaan ibu dan ayahnya. Karakter Emir sangat kuat. Karakter, karakter dan karakter. Keseluruhan karakter sangat kuat dan disenangi. Mira sangat selesa dengan dia. Dia sangat soft spoken. Dia tak pernah meninggikan suara. Mira sangat selesa dengan dia. Di hati rasa senang.
Menurut Mira Filzah, dia jatuh cinta dengan Wan Emir kerana karakternya yang sangat kuat. Walaupun pada awalnya dia merasakan Wan Emir seorang yang bosan namun segalanya berubah selepas pertemuan kali pertama. Dia kejar-kejar tapi Mira tak layan sebab malas nak layan. Kalau tengok dia di Instagram, dia suka tulis kapsyen panjang-panjang macam nampak boring. Dia suka ekspresi melalui penulisan.
Mak abah bertanggungjawab dalam pertemuan mereka..
Mak kenal papa dia, Abah pun kenal dia secara indirectly. Mak dengan Abah orang bertanggungjawab yang push Mira. Pergilah jumpa sekejap. Jumpalah sekali pun takpa. Kalau tak suka takpe. Ternyata buat pertama kali dia tidaklah seperti di Instagram.Dia tidaklah boring. Dia seorang kelakar juga. Dia aktif dalam seni, dalam drama dan lakonan. Tapi dia tidak menonjol seperti orang lain.
Tambahnya lagi, ibu dan bapa adalah orang yang bertanggungjawab membawa mereka kepada pertemuan pertama. Dari situ dia beranikan diri untuk berjumpa dan akhirnya membawa kepada beberapa pertemuan sebelum merancang untuk berkahwin.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Drama Sangat via Oh Bulan
Lepas Kecoh Tentang Perkahwinan Mira Filzah Kali Ni Heboh Pulak Tentang Lokasi Bulan Madu Mira Filzah Dan Suami. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Lokasi Pilihan Mira Dan Suami Untuk Berbulan Madu.
Minggu lalu berita hiburan tertumpu kepada perkahwinan Mira Filzah dan jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar. Malah, satu demi satu didedahkan oleh pasangan itu dari saat perkenalan mereka sehinggalah ke jinjang pelamin.
Meskipun sudah majlis pernikahan dan dua majlis resepsi kedua-dua belah pengantin, namun sehingga kini kisah perkahwinan mereka masih menjadi bualan ramai warganet. Malah, ramai yang tertanya-tanya lokasi manakah menjadi pilihan pasangan itu berbulan madu. Difahamkan, Mira dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.
Terdahulu, pasangan ini sepatutnya diijabkabulkan pada Oktober depan namun terpaksa mempercepatkan pernikahan berikutan kakak sulung yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), pulang ke sini untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.
Berkongsikan pertemuan pertamanya dengan jejaka itu pada Oktober tahun lalu sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini yang mengatakan Emir adalah teman sekolahnya. Mira berkata dia tidak menyangka, hatinya terpaut kepada jejaka berkelulusan dari United Kingdom (UK) dan bertugas sebagai arkitek sejak pertemuan pertama.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: rotikaya@Teh Tarik Kaw
Datang Untuk Buat Persembahan Masa Majlis Mira Filzah. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Naiim Daniel Tampil Buka Mulut Bongkarkan Sesuatu Yang Jadi Masa Dia Buat Persembahan.
Sama cantik sama padan, itulah yang boleh digambarkan apabila melihat pasangan merpati dua sejoli Mira Filzah dan Wan Emir Astar. Selepas majlis resepsi berkonsepkan The Midnite Sky pada 4 September, kali ini majlis resepsi kedua diadakan pula di Puchong, Selangor. Kelihatan cantik dengan busana biru muda, persalinan pasangan ini direka khas oleh pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi. Jom tengok foto di sekitar majlis resepsi ini.
Menerusi Instagram, pereka fesyen bagi majlis kali ini memuat naik sekeping gambar memaparkan Mira Filzah di dalam busana yang direka khas olehnya. Tampil berbeza berbanding dua majlis sebelum ini, pasangan pengantin ini dilihat berseri-seri sekali.
Terlihat juga naim daniel sebagai artis jemputan untuk majlis mira filzah dan wan emir, beliau membawakan lagu seribu tahun untuk pasangan ini. Menerusi hantaran di instagram naim daniel, beliau nampak sesuatu yang terjadi antara pasangan pengantin ketika salah satu lirik dalam lagu tersebut dinyanyikan beliau.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini telah pun sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada Khamis. Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.
Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media
Sumber : OhBulan/IGNaimDaniel
Selamat Bergelar Isteri Orang Malam Tadi. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Mira Filzah Dedahkan Ada Hantaran Istimewa Yang Dia Bagi Dekan Wan Emir. Rupa Rupanya Individu Ini Yang Buat Hantaran Yang Istimewa Tu.
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, 30, dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 8.58 malam. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya Badioezaman Ab. Khalik.
Bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah. Pasangan pengantin sedondon memakai busana putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media.
Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid. Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.
Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarganya di Bangi, Jumaat lalu. Pasangan mepati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media. Sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada Ahad. Sementara itu, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.
Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pihak lelaki juga menyerahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 daripada pihak perempuan.
Hantaran Istimewa
Antara hantaran istimewa Mira kepada Emir adalah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran ‘nota pendek’ Mira kepada suami tercintanya. Tidak hanya itu, lima daripada 11 hantaran daripada Mira dibuat sendiri neneknya yang kini berusia 81 tahun.
Antaranya adalah kek fondant, tepak sirih, halwa dan biskut serta sirih junjung. Selain itu, kek pernikahan Mira juga dibuat oleh air tangan nenek Mira. Majlis pernikahan itu bertemakan Mihrab Cinta yang berkongsepkan kubah berbentuk Islamik kerana mengikut citarasa Emir.
Ini memandangkan dia seorang artikek yang minat akan struktur dan ciptaan bangunan. Memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mira berkata, walaupun sudah bergelar isteri dia akan terus menumpahkan sepenuh kecintaan terhadap kerjaya lakonannya.
“Saya akan terus menyambung kerjaya lakonan seperti biasa dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas segala sokongan yang dibrikan sejak awal kerjaya saya sehingga hari ini. Doakan yang terbaik untuk saya dan Emir,” katanya.
Sumber : TV3
Sumber : TerengganuTv
Sudah Memasuki Fasa Baharu Dalam Hidupnya. Mira Filzah Buat Permohonan Maaf Dengan Sesetengah Pihak Ini Dan Harap Semua Urusan Dipermudahkan
BAKAL memasuki fasa baharu dalam hidupnya, pelakon Mira Filzah mengambil kesempatan memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terluka dengan dirinya. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, menerusi Instagram iaitu beberapa jam sebelum diijab kabul dengan jejaka pilihan hatinya Wan Emir Wan Astar ini berkata, dia mahu memasuki alam perkahwinan dengan hati yang bersih dan tenang.
“Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasr bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira.
Mira dan Emir bertunang pada Disember lalu. “Mira minta maaf. InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, ” ujarnya.
Mira bakal disatukan dengan tunangnya Emir di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara Kuala Lumpur pada malam Khamis. Dalam pada itu, Mira turut meminta maaf kerana hanya mengadakan majlis secara kecil-kecilan dan tidak dapat menjemput tetamu lebih ramai.
Dia juga mengakui bimbang jika ada saudara mara atau kawan-kawan yang terasa hati disebabkan tidak mendapat jemputan sebagai tetamu hari bahagianya itu. Mira mohon maaf kepada yang tidak dapat jemputan majlis pernikahannya.
Majlis pernikahan Mira dan Emir akan disiarkan secara langsung di program Mbuzz di TV3 pada pukul 9 malam dan turut boleh disaksikan di YouTube TV3 pada pukul 8.30 malam. Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini Sumber:mstar
Wedding of the year! Mira Filzah selamat bergelar isteri Wan Emir Astar
Mira dan Emir selamat bergelar suami isteri pada malam Khamis. PELAKON Mira Filzah menitiskan air mata kegembiraan sebaik saja selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.58 malam, Khamis.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya iaitu Badioezaman Ab. Khalik bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah.
Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan. Pasangan ini selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.
Antara barang hantaran istimewa Mira kepada Emir, 30, ialah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses ukiran nota pendek. Majlis pernikahan yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) gara-gara penularan Covid-19 itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat dan petugas media.
Pada majlis yang bertemakan Mihrab Cinta, pasangan pengantin memakai busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah. Mira dan Emir mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini.
Majlis pernikahan Mira dan Emir turut disiarkan secara langsung melalui program MBuzz TV3 pada pukul 9 malam selama 10 minit selain di saluran YouTube TV3, mulai pukul 8.30 malam. Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarga mereka di Bangi.
Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu. Mira bersama ibu, Faizatul Akmar Hisan dan bapanya Badioezaman Ab. Khalik.
Pasangan merpati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat yang bakal dipancarkan secara langsung TV3. Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada Ahad yang akan turut disiarkan secara langsung menerusi program Melodi.
Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi. Emir ialah anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.-mstar
Mengejutkan Wan Emir Astar tidak putus asa. Rupa rupanya ini caranya mengambil hati Mira Filzah. Pendedahan mengenai cerita itu disini.
Akhirnya terjawab teka-teki mengenai pernikahan Mira Filzah dengan Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid. Ia susulan pelakon itu mengesahkan mereka diijabkabul di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, malam semalam. Mira berkata, pertemuan pertamanya dengan jejaka berkelulusan dari United Kingdom dan bergelar arkitek itu pada Oktober tahun lalu dan sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini yang mengatakan Emir adalah teman sekolahnya.
” Sebelum itu pada Ramadan tahun lalu, Emir ada menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram dengan berkongsi mesej kerohanian tetapi saya tak layan. ” Percubaannya tidak terhenti di situ apabila menghantar pula DM kepada emak. ” Kebetulan emak memang mengenali bapa Emir dulu, jadi mereka saling berkomunikasi. ” Sehinggalah emak minta saya supaya mengenali Emir dan minta saya berjumpa dengannya. Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu dan bapa.
” Jadi saya pun membalas DM daripada Emir dan hubungan itu kemudiannya berlanjutan ke aplikasi WhatsApp,” katanya. Mira berkata, pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Oktober depan itu dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat berada di sini untuk tempoh yang panjang. ” Sebenarnya pemilihan tarikh perkahwinan yang dilaporkan media sebelum ini adalah betul. Saya dan Emir memang merancang untuk bernikah Oktober depan. ” Namun, disebabkan kakak tidak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya ambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan.
” Manakala adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahannya supaya kakak boleh menyaksikan hari bahagia kami berdua,” katanya. Majlis pernikahan pasangan itu boleh disaksikan selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3 jam 9 malam ini, manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam pula boleh disaksikan di saluran YouTube TV3.
Mira berkata, selain majlis pernikahan hari ini, dia bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini. ” Ketiga-tiga majlis ini saya keluarkan bajet sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza. ” Jujur saya rasa lebih berbaloi keluarkan wang sendiri kerana saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup ini,” katanya.
Mira berkata, majlis resepsinya itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, manakala majlis resepsi pada Ahad akan disiarkan melalui program Melodi. Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki. Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di @wanemirastar.
Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Mastura bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2016 bagi Parlimen Kuala Kangsar mengambil tempat suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar. Julai lalu, Harian Metro melaporkan Mira sudah bertunang dengan Emir, – LIMAU MANIS
Adik Mira Filzah dah bagi ‘hint’
UCAPAN hari jadi daripada adik pelakon popular, Mira Filzah iaitu Aina Fadhilah dengan menggunakan gelaran abang ipar kepada lelaki yang dikaitkan dengan pelakon itu, Wan Emir Astar menarik perhatian peminat. Ia sekali gus mengukuhkan lagi spekulasi yang mengatakan Mira dan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid itu bakal berkahwin tidak lama lagi.
Ucapan ringkas berbunyi ‘Happy Birthday BIL’ (brother-in-law) itu mendapat lebih 160 tanda suka daripada pengikut di Instagram Wan Emir. Dalam masa sama, status dimuat naik Wan Emir beserta gambar wanita yang ditanda (tag) nama Mira Filzah dan ibunya itu dengan cincin di jari manis turut mengundang teka teki.
Pada gambar itu juga, tertera beberapa perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘thankful’, ‘grateful’ dan ‘blessed’. Bagaimanapun, status yang ditulis Wan Emir itu lebih kepada ucapan terima kasih kepada keluarga terutama kepada ibu dan Allahyarham bapanya sempena hari jadinya.
“Maafkan saya, semua orang, atas semua kelemahan dan kekurangan saya. Dan terima kasih yang kepada semua untuk segalanya. “Terima kasih atas segala ucapan dan doa. Semoga Allah memberkati kita semua,” tulisnya. Kisah pasangan ini mula menjadi perhatian selepas Mira mengakui sedang berkawan dengan lelaki bukan dalam kalangan penggiat industri kepada Harian Metro tahun lalu. Malah, awal tahun ini dan beberapa bulan lalu bertiup kencang Mira dan Wan Emir bakal berkahwin pada Oktober ini.