Dikatakan punca Ashraf Muslim dan Puteri Sarah disahkan positif COVID19. Pengarah Rahila Ila dedah terima ribuan mesej kritikan dan dia jelaskan situasi yang berlaku kepada dirinya

Business

Dikatakan punca Ashraf Muslim dan Puteri Sarah disahkan positif COVID19. Pengarah Rahila Ila dedah terima ribuan mesej kritikan dan dia jelaskan situasi yang berlaku kepada dirinya

Pengarah dedah terima mesej kritikan selepas beberapa kru produksi drama dijangkiti Covid-19.DISAHKAN positif Covid-19 dan menerima rawatan di hospital pada awal April lalu, pengarah Rahila Ali mendedahkan dia menerima pelbagai mesej kritikan daripada warganet di laman sosial.

Dikatakan punca Ashraf Muslim dan Puteri Sarah disahkan positif COVID19. Pengarah Rahila Ila dedah terima ribuan mesej kritikan dan dia jelaskan situasi yang berlaku kepada dirinya

 


Menurut Rahila, ada yang megatakannya sengaja mengabaikan soal keselamatan pelakon dan kru produksi kerana mengadakan penggambaran di luar negara ketika seluruh dunia sedang berdepan peningkatan kes wabak berkenaan.”Selepas saya dan beberapa pelakon serta kru disahkan positif Covid-19, saya menerima ribuan mesej di media sosial… setiap hari orang mendoakan saya untuk pergi dulu

ARTIKEL MENARIK:Muat naik foto bawa Mira Filzah ziarah papa tiba tiba Lisa Surihani komen. Mengajutkan sampai macam ni sekali Lisa Surihani komen bila Wan Emir muat naik gambar tu.
loading...


“Saya terima pelbagai mesej kritikan, saya tunjuk mesej itu dekat pesakit sebelah… mereka hentam saya macam mereka malaikat, tak jaga hati orang lain. Saya hanya mampu istigfar sendiri dan senyum sajalah!”Yang menyalahkan saya mungkin mereka ini tak faham situasi dalam sesebuah produksi. Sejujurnya saya tak sedih atau kecil hati pun! Kami semuanya positif sahaja dan anggap apa berlaku pasti ada hikmahnya,” katanya kepada mStar.


Rahila merupakan pengarah filem Aku Bukan G1la yang dibintangi oleh Fasha Sandha, Beto Kusyairy dan Wanna Ali.Rahila ditemui semasa pelancaran filem Aku Bukan Gila yang diadakan di Hotel Flamingo, Ampang, Kuala Lumpur pada Selasa.Filem terbitan Pencil Pictures and Records itu ditayangkan secara eksklusif menerusi platform penstriman WETV iflix.

Alhamdulillah sekarang dah sembuh sepenuhnya cuma saya dapat rasa tahap kecergasan saya sudah berubah, saya cepat rasa letih.

Pada 7 April lalu, Rahila dan empat kru produksi drama Demi yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland disahkan positif Covid-19.Turut positif penyakit itu ialah tiga pelakon drama tersebut iaitu Puteri Aishah, Ashraf Muslim dan pelakon kanak-kanak, Puteri Rayyana Rayqa.

Rahila pastikan pelakon dan kru mengikuti prosedur operasi standard (SOP) di set penggambaran.Sementara itu, Rahila mengakui kondisi tubuhnya berbeza selepas dijangkiti virus tersebut, dia mudah berasa letih dan masalah rabun yang semakin teruk.”Alhamdulillah sekarang dah sembuh sepenuhnya cuma saya dapat rasa tahap kecergasan saya sudah berubah, saya cepat rasa letih dan tidak seaktif dulu.

“Masalah rabun pun semakin teruk, dulu pakai cermin kalau membaca sahaja tapi sekarang memang perlu pakai sentiasa.”Saya akui trauma, nak keluar rumah pun takut! Malah, dekat set penggambaran pun saya paksa semua team produksi jaga jarak dan cuci tangan sentiasa!,” ujarnya.

Pernah Disahkan Positif Covid19. Ashraf Muslim Buat Satu Perkongsian Mengenai Anaknya Dan Ternyata Ucapan Tersebut Mengundang Sebak Di Kalangan Warganet

Pelakon Ashraf Muslim ada memuat naik beberapa keping foto dan rakaman video di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri berkenaan, Ashraf berkongsi momen ketika menyambut ulang tahun kelahiran permata hati yang diraikan baru-baru ini.

Pelakon drama bersiri Dia Menantu Rahsia itu juga memberi pesanan buat anak tersayang.“My hero! Adam dan Anas.. ingat pesan ayah selalu.. nanti bila ayah takde jaga mama, ibu, kakak Sarah dan adik Safiyyah baik-baik..“dan jadi anak lelaki yg berakhlak yang mulia dan beriman yer. Allah selalu sayang kita semua. @ashrafslegacy,” tulisnya.


Untuk rekod, Ashraf telah mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Anas AshrafDua tahun kemudian, Ashraf mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah Wan Subari sebagai isteri kedua dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata bernama Sarah Ashraf, Adam Ashraf dan Safiyyah Ashraf.Foto : Instagram Ashraf Muslim



loading...


Pernah Disahkan Positif COVID19. Ashraf Muslim Dan Puteri Aishah Bongkarkan Perasaan Mereka Dan Cerita Keadaan Sebenar Yang Berlaku Ke Atas Diri Mereka

“Adakah saya akan pergi buat selamanya?” Siapa saja yang tak cuak kalau tiba-tiba doktor mengesahkan dijangkiti COVID-19! Sudah tentu akan risau dan takut. Macam tu lah perasaan beberapa individu yang pernah dijangkiti wabak pandemik ini.

Tak terkecuali dua rakan artis kita iaitu Ashraf Muslim dan Puteri Aishah yang turut dijangkiti dan berkongsikan pengalaman mereka semasa dijangkiti virus ini pada April lalu. Alhamdulilah sekarang dah sembuh sepenuhnya. Walaupun dah sembuh, tapi pengalaman yang mereka lalui takkan dapat dilupakan. Puteri Aishah pernah berkongsi pengalaman dia semasa dirawat di Hospital Sungai Buloh. Doktor dan nurse yang melayan sangat baik.


Macam tu juga dengan Ashraf Muslim yang dirawat di hospital sama. Layanan yang doktor dan nurse berikan sangat baik dan dia bersyukur wabak itu hilang selepas dirawat di sana. Malah dia rasa sayu nak tinggalkan rakan-rakan yang ada di sana yang dianggap macam keluarga dah.

Komitmen Doktor & Nurse A++

Kalau kita nak tengok komitmen yang frontliner bagi pada kita sejak COVID-19 ni terjadi, memang tak terungkap dengan kata-kata. Semangat mereka dan tanggungjawab yang mereka bagi pada pesakit COVID-19 tak pernahnya kurang walau sikit pun.

Bayangkan, kita pakai topeng muka pun rimas, ni kan pula mereka yang terpaksa memakai peralatan perlindungan diri (PPE) untuk tempoh lama. Mau berbekas gais. Anda tengok sendiri berapa lapis yang mereka perlu pakai.

Satu lagi, mereka pun menggadaiikan nyawa dengan tugas berbaahaya itu. Dalam pada mereka dok uruskan pesakit COVID-19 tu tak mustahil kalau mereka tak mudah dijangkiti. Sebab tu mereka kena sentiasa dalam mod berwaspada dan hati-hati.

Macam Puteri Aishah pernah cakap, dia rasa insaf bila tengok mereka ni depan mata. Jadi, kita patut patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuat kuasa kerajaan hingga Disember ni okay. Kasihanilah petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus membendung pandemik ini. Kita jangan pula dok tambah bilangan pesakit tu.

Sebenarnya ramai pesakit yang dijangkiti dengan COVID-19. Ada yang sudah tiada dan ada yang sembuh sepenuhnya. Bagi mereka yang pernah dijangkiti dan sembuh, tak mudah juga nak kembali pada kehidupan normal. Ada jer yang pandang serong pada mereka. Ye lah, takut dijangkiti sedangkan mereka dah pulih sepenuhnya. Jadi, kalau anda ada teman-teman rapat dengan bekas pesakit COVID-19 ni jangan pandang serong pada mereka, tapi bagi semangat untuk mereka ni teruskan hidup macam biasa okay.

Follow 6 Langkah Ini Kalau Tak Nak Dijangkiti COVID-19

Okay gais, kalau anda nak jadi rakyat yang prihatin dan bertanggungjawab, anda kena ikut 6 langkah ni untuk membasmi penularan wabak COVID-19 ini. Beri masa pada geng frontliner untuk rehat dan tak busy untuk jaga ‘pendatang baru’ pesakit COVID-19.

1. Lakukan Saringan. Jika anda ada gejala tidak sihat seperti simptom-simptom seperti demam, batuk, sesk nafas, sesak nafas, kesukaran bernafas, sakit otot, menggiigil dan keletihan, anda perlu pergi membuat saringan kesihatan. Bantu diri anda dan juga kerajaan untuk datang dengan sukarela dan bukannya mengharapkan kerajaan yang dapat ‘detect’ anda untuk datang buat saringan.

2. Kuarantin Diri. Kalau anda baru balik dari luar negara, anda perlu ke pusat kesihatan dan melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut. Jangan degiil dan pentingkan diri.Jadikan kes kluster Sivagangga yang berlaku di Kedah sebagai satu pengajaran. Jangan ‘biakkan’ virus COVID-19 ini okay! Pergi ke klinik atau hospital terdekat kalau anda mendapat gejala simptom COVID-19.

3. Memakai Topeng Muka. Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng muka dan segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Jangan menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali. Anda perlu kerap tukar topeng muka dari masa ke semasa. Jangan ‘kedekut’ duit untuk belikan mask yang baru. Biar habis duit untuk mencegah daripada anda kena tanggung kos yang lebih tinggi jika dijangkiti wabak ini.

4. ‘Stay at Home’. Kalau anda kekal berada di rumah, ianya dapat mengelakkan anda dari dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Mungkin sebelum ni kita sibuk dengan kerja sampaikan tak sempat nak luangkan masa dengan keluarga, jadi inilah peluang itu. Walaupun dalam tempoh PKPP, kita dilonggarkan untuk bergerak, namun anda kena sentiasa patuhi SOP yer.

5. Tingkatkan Kebersihan Diri. Jangan malas mandi! Anda perlu kerap mandi dan cuci tangan dengan cara yang betul. Ataupun anda boleh jer gunakan hand sanitizer untuk cegah daripada virus COVID-19 ini. 6. Jaga Jarak 1 Meter. Ini sangat penting. Sentiasa jaga jarak 1 meter antara satu sama lain kalau anda berada di luar. Penjagaan dan langkah-langkah ini dapat mengelakkan anda daripada senang dijangkiti COVID-19.-rotikayya

Ashraf Muslim positif COVID-19

KUALA LUMPUR: Pelakon, Ashraf Muslim mengesahkan positif COVID-19, sekembali menjalani penggambaran drama bersiri, Demi di Inverness, Scotland, penghujung bulan lalu. Sekian lama berdiam mengenai keadaan dirinya, Ashraf akhirnya berkongsi luahan hati menerusi entri Instagram (IG), tengah hari ini.

Ashraf memohon maaf kepada semua pihak termasuk rakan media kerana memilih tidak memberikan sebarang kenyataan. “Tanggal 12 April lalu menjadi jawapan bagi saya mengenai keputusan ujian COVID-19. “Ya, saya dijangkiti virus COVID-19. Sewaktu itu walaupun sebak mendapat tahu jawapannya, tetapi saya reda dengan pilihan Allah.

“Ada hikmah di sebaliknya. Datang ‘nervous’ dan macam-macam perasaan apabila masuk ambulans. “Maafkan saya ahli keluarga, sahabat dan rakan,” kongsinya. Dalam entri itu, Ashraf turut memohon doa orang ramai untuknya dan mereka yang disahkan positif COVID-19.

Bagaimanapun, Ashraf tidak mendedahkan secara terperinci lokasi hospital menjalani rawatan dan kuarantin. “Tolong doakan yang baik untuk saya dan pesakit COVID-19. Semoga Allah jauhkan wabak ini, tidak berterusan dan menyihatkan semua.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada rakan wartawan yang menghubungi saya. Harap faham dengan situasi saya sekarang. “Tak lupa kepada petugas barisan hadapan seperti doktor, pembantu perubatan, jururawat dan mereka yang terbabit. Terima kasih, kalian adalah hero kami,” tulisnya.

Pelakon filem Aku Masih Dara dan Bukan Cinta Malaikat itu berkata, dia berharap keluarganya mendoakannya dijauhi segala kesulitan. “Kepada Mama, Ibu, Sarah, Adam, Anas dan Safiyyah, doakan ayah supaya pulih daripada virus ini dengan cepat. Supaya kita dapat berjumpa beramai-ramai.

“Ayah rindu sangat, tetapi jangan risau ayah okay, sihat, boleh solat dan baca al-Quran seperti biasa.“Berprasangka baik pada Allah. Hanya Allah memberikan sakit dan memberikan kesembuhan,” tulisnya.Kumpulan produksi drama Demi berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu, sebelum kes penularan COVID-19 ketara dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) belum dikuat kuasa.

Seramai 18 tenaga kerja termasuk pengarah, pelakon dan kru yang menjalani penggambaran drama 26 episod siaran RTM itu tiba di Kuala Lumpur pada 31 Mac lalu. Sebelum ini, lapan tenaga kerja pasukan produksi termasuk pengarah, Rahila Ali dan pelakon, Puteri Aishah dan Puteri Rayyana Rayqa disahkan positif COVID-19.-bh

Puteri Aishah positif Covid-19 selepas pulang dari Scotland 31 Mac lalu

Puteri Aishah baru pulang dari menjalani penggambaran di Scotland. SELEPAS pelakon dan pendakwah PU Riz disahkan positif Covid-19, kali ini aktres Puteri Aishah turut dijangkiti virus bahaaya itu. Menurut pengurusnya, Iman Tang, Puteri Aishah menerima panggilan pengesahan daripada pihak hospital pada petang Selasa.

“Assalamualaikum… Puteri Aishah telah diuji positif Covid-19 beberapa jam lalu. “Dia pulang dari menjalani penggambaran drama di Scotland pada 31 Mac lalu dan telah menjalani kuarantin sendiri. Perkongsian pengurus Puteri Aishah di Instagram mengejutkan peminat.

“Sekarang menunggu pihak hospital mengambilnya di rumah. Tolong doakan supaya dia cepat sembuh. Stay strong Puteri,” katanya kepada mStar. Difahamkan Aishah bersama beberapa pelakon lain dan kru penggambaran berangkat ke Scotland pada 15 Mac lalu.

Selain Puteri Aishah, pelakon lain yang turut menyertai rombongan itu ialah Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa. Sementara itu, menerusi ruangan komen di foto terakhir yang dimuat naik di Instagram, rata-rata pengikut mendoakan kesihatan pelakon drama Terima Aku Seadanya ini.

Ini termasuklah rakan artis antaranya Lisa Surihani, Sherry Ibrahim dan Adeline Tsen.Pengarah drama Rahila Ali.Dalam perkembangan lain, pengarah drama tersebut iaitu Rahila Ali mengesahkan dirinya termasuk pelakon dan kru produksi disahkan positif Covid-19.Rahila memberitahu, dia berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bersama 18 orang kru termasuk pelakon. Bagaimanapun, penggambaran terpaksa dihentikan dan mereka pulang ke Malaysia selepas diarahkan berbuat demikian. Drama berjudul Demi sebanyak 26 episod itu untuk siaran RTM.-mstar

“Macam masuk summer camp… hari-hari baca Al-Quran, solat jemaah” – Ashraf Muslim seronok bergaul dengan kluster tabligh dalam wad

Ashraf Muslim berkata ada hikmah dia dijangkiti Covid-19 kerana mendekatkan dirinya dengan agama.DIMASUKKAN ke Hospital Sungai Buloh, Selangor kerana dijangkiti Covid-19 sejak Ahad lalu, pelakon Ashraf Muslim berkata banyak hikmah dipolehi sepanjang menerima rawatan di wad hospital berkenaan.Menurut Ashraf, 38, sepanjang berada di wad, dia dapat menunaikan solat secara berjemaah dan mengisi waktu dengan pelbagai aktiviti keagamaan bersama pesakit lain.

“Selama ni saya tak tahu, apabila dah kena baru saya faham kenapa Allah pilih saya sebagai orang yang kena Covid-19. Banyak saya belajar benda menarik di sini, banyak hikmah Allah berikan. Setiap hari dapat solat berjemaah tepat waktunya dan ada ceramah… macam-macam aktiviti di sini.

“Kalau di rumah, tak sempat itu semua, duduk seorang tengok televisyen sahaja. Dekat sini kawan-kawan semua baca Al-Quran, cerita fasal agama dan kebesaran Allah. Senang cerita datang sini macam masuk summer camp, kem bina semangat.”Di sini ramai pesakit daripada kalangan jemaah tabligh, mereka tunjuk cara dakwah dan buat hati kita tenang. Sebab itu Allah pilih mereka sebagai golongan terawal dapat Covid-19,” katanya menerusi siaran langsung di Instagram pada malam Khamis.

Ashraf telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan Covid-19 sejak Ahad lalu.Sementara itu, Ashraf turut memperbetulkan tanggapan negatif warganet mengenai pesakit dalam kalangan kluster jemaah tabligh.”Saya selalu fikir kenapa Covid-19 bermula dalam kalangan jemaah tabligh, ramai orang salahkan mereka… ini jawapan saya nak beritahu!”Di wad ini ada berpuluh pesakit daripada jemaah tabligh dan mereka ini menghidupkan hospital dan wad dengan nilai Islam… tunjuk kepada kita cara dakwah.

Nasib baik saya pergi buat saringan, kalau tak buat ujian jalan sana sini dah banyak tempat saya bawa virus!

“Setiap wad diazankan oleh pesakit. Ada tabligh, ada pelajar madrasah. Kalau orang dah solat jemaah depan mata, mestilah kita ikut sekali… banyak benda yang kita belajar di sini,” ujarnya.Bercerita mengenai tanda-tanda sebelum dia disahkan positif Covid-19, pelakon drama Geng Tadarus ini memberitahu tidak mengalami sebarang simptom sehinggalah hari ke-12 jangkitan.

Ashraf tidak mengalami sebarang simptom semasa di awal jangkitan.Katanya selepas empat hari dimasukkan ke hospital, baharulah dia mula mengalami sakit tekak dan sesak nafas.”Sekarang ini saya mula sakit tekak, nafas kadang-kadang on off macam susah sikit… nak makan sakit tapi semua orang lain-lain simptom. Saya ni selepas 14 hari baru ada simptom sakit.

“Hari kelima dimasukkan ke wad baru rasa pedih-pedih di tekak, sesak nafas… macam itulah, perut pun rasa macam ada angin, sebu, lepas tu hilang, ada masa dia datang semula.”Nasib baik saya pergi buat saringan, kalau tak buat ujian jalan sana sini dah banyak tempat saya bawa virus… boleh dikatakan 25 peratus di sini tak ada simptom, jadi semua ikutilah saranan kerajaan, kuarantin dan terus duduk di rumah,” ujarnya.-mstar

 



-----------------------------------------------------------------