Pencari Ketam Temui Mayat Terapung Di Celah Pokok Nipah.

Business

Pencari Ketam Temui Mayat Terapung Di Celah Pokok Nipah.

TUMPAT: Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui terapung dalam sungai di Kampung Mentua, di sini tengah hari tadi.

Pencari Ketam Temui Mayat Terapung Di Celah Pokok Nipah.

 


Mayat lelaki itu ditemui seorang pencari ketam yang hanya mahu dikenali sebagai Amir, 20, ketika turun ke sungai untuk memeriksa bubu ketam.

ARTIKEL MENARIK:Kecoh pasal pengeluaran duit kwsp akaun 1 sampai ada yang nak saman kerajaan gara gara tak bagi keluarkan. Sekali Peguam ni tampil jawab soalan individu tersebut.
loading...


Amir berkata, ketika berada di jeti untuk turun ke sungai kira-kira jam 12.45 tengah hari, beliau ternampak satu objek terapung di celah pokok nipah.

“Objek itu kelihatan seperti badan manusia namun saya tidak begitu mengendahkannya dan naik bot menuju ke lokasi bubu ketam yang terletak kira-kira satu kilometer.

“Selepas mengambil bubu itu, saya kembali semula ke jeti dan lihat objek itu masih berada di situ dan mendapati ia adalah mayat seorang lelaki.

“Saya segera naik ke darat dan menghubungi polis untuk memaklumkan penemuan itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.



loading...


Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat terbabit dan pihaknya menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti identiti lelaki itu.

Mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba Raja Arisan Raja Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan daripada polis pada jam 1.07 tengah hari bagi membantu menaikkan mayat terbabit.

“Saya dan lima anggota bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa yang berpakaian lengkap terapung di tepi sungai di celah pokok nipah dalam keadaan meniarap.

“Kami mengangkat mayat lelaki itu ke dalam bot dan membawanya ke Kampung Kebun kira-kira satu kilometer dari lokasi ditemui bagi memudahkan urusan menaikkannya ke darat,” katanya.

Mereka yang kehilangan ahli keluarga diminta tampil ke mana-mana balai polis.

Sumber : BH  via KHALIFAH MEDIA NETWORKS.

 
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

-----------------------------------------------------------------