Gelar Penerima Vaksin ‘Lembu’, PU Syed Mohon Polis Ziarah Suhaimi Saad

Business

Gelar Penerima Vaksin ‘Lembu’, PU Syed Mohon Polis Ziarah Suhaimi Saad

Pendakwah bebas terkenal Pencetus Ummah (PU) Syed memohon kepada Polis untuk menziarahi penyanyi Suhaimi Saad yang menggelarkan individu yang menerima vaksin sebagai “lembu”.

Gelar Penerima Vaksin ‘Lembu’, PU Syed Mohon Polis Ziarah Suhaimi Saad



“Jangan Dilembukan Orang Yang Menerima Vaksin”-PU Syed

ARTIKEL MENARIK:“Siap Buat Ujian Kesuburan,Mampu Bagi RM1 juta Sebulan”-Bekas PA Vida dedah hampir kahwin
loading...




Menerusi laman Instagram, pendakwah bebas ini memuat naik tangkap layar sebuah artikel mengenai Suhaimi  yang memberi pendapat mengenai guru-guru di Johor yang telah menolak vaksin seperti dilaporkan media.

“Mohon @pdrmsia_official ziarah beliau..jauh sangat dah ni..jika kurang sihat, dapatkan segera rawatan..jika taknak vaksin jangan dilembukan orang yang menerima vaksin.. hiduplah dalam dunia kamu yang penuh kesenian itu.”- tulis PU Syed




Sebelum ini,Murai.my melaporkan Suhaimi menerima kecaman ramai setelah memberitahu bahawa dia berbangga dengan 779 guru di Johor yang menolak vaksin.

“Aku respek 779 cikgu Johor tu. Moga Allah bantu dan permudahkan urusan diorang. Cikgu bukan orang bodoh macam kebanyakan netizen lembu.”- kongsi Suhaimi


Apa pendapat anda?


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------