Nur Sajat Sedih Kedai Emas Dipecah Masuk

Business

Nur Sajat Sedih Kedai Emas Dipecah Masuk

Usahawan sensasi, Nur Sajat meluahkan rasa sedih apabila kedai emas miliknya telah dipecah masuk baru-baru ini.

Nur Sajat Sedih Kedai Emas Dipecah Masuk



Tidak menyatakan secara terperinci mengenai kejadian tersebut, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman tidak menyangka ia akan berlaku pada kedainya sendiri.

ARTIKEL MENARIK:Gelar Penerima Vaksin ‘Lembu’, PU Syed Mohon Polis Ziarah Suhaimi Saad
loading...


Sajat Doakan Si Pelaku

Dalam hantaran di laman Instagram, difahamkan ketika itu pekerja nya baru sahaja ingin membersihkan kedai tersebut sebelum kelihatan serpihan kaca bertaburan di atas lantai akibat kesan pecah masuk. Meletakkan tanda pagar #semangathilang, Sajat bagaimanapun mendoakan agar Allah SWT mengampunkan dosa pelaku itu. Menerusi carian Murai.my terkini mendapati Sajat telah pun memadam hantaran tersebut.

“Sampai hati. Baru nak bersihkan kedai, tiba-tiba macam ini jadi..Memang time PKP ini banyak yang orang terdesak. Semoga Allah mengampunkan apa yang berlaku pada si pelaku itu” tulis Sajat






Nafi Jadi Pelarian 

Pada Selasa lalu (24 Ogos 2021), Sajat menafikan bahawa dirinya adalah pelarian seperti yang dianggap oleh sesetengah netizen. Menerusi sebuah video berdurasi satu minit di laman Facebook nya, Sajat berkata dia masih enggan untuk pergi ke Jabatan Agama Islam (JAIS) selepas waran tangkap kepadanya dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah. Tambahnya lagi, kisah mengenai dirinya disensasikan hanya kerana dia berstatus seorang selebriti.

“Pasal apa aku nak kena jadi pelarian? Sebab kes JAIS ke?

“Aku ini bukannya bunuh anak orang ke, apa ke..pasal kes JAIS je.

“Pernah tangkap basah juga kan? pernah pergi JAIS kan? Aku tak nak pergi JAIS”

“Tak payah asyik nak mempersoalkan kenapa JAIS kejar, minta tolong polis tangkapkan lah. Pasal kes tak nak pergi JAIS sahaja. Sebab aku ni retis (artis), pasal itu benda ini jadi kecoh,” katanya.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Sajat kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab. Susulan itu, Sajat sehingga hari ini dikatakan telah bersembunyi di sebuah lokasi kerana enggan memberikan kerjasama terhadap kesnya berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan Agama Islam dipandang hina dalam majlis bacaan Yassin dan solat hajat.Kesalahan itu dilakukan di Nursajat Beauticion, Seksyen 16 di sini pukul 7.30 malam pada 23 Februari lalu.


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------