“Sushi King Apa Ni? Tak Bertanggungjawab!”- Sweet Qismina

Business

“Sushi King Apa Ni? Tak Bertanggungjawab!”- Sweet Qismina

Pelakon, Sweet Qismina memberi responnya setelah melihat video yang tular di Twitter semalam. Menerusi video terbabit, seorang wanita telah menunjukkan beberapa ekor lipas di makanannya yang berlaku di salah satu francais Sushi King.

“Sushi King Apa Ni? Tak Bertanggungjawab!”- Sweet Qismina



Terkejut Dengan Servis Sushi King 



ARTIKEL MENARIK:‘Syukur Alhamdulillah’- Mawar Rashid Terharu Ustaz Ebit Lew Sudi Bantu Suami
loading...


Di Instagram, Sweet memuat naik kembali video tersebut dengan menyatakan perasaan terkejut dan marahnya. Ujar pelakon genit ini, dia merupakan salah seorang peminat makanan Jepun itu dan sering membeli daripada cawangan berkenaan.


Foto – @sweetqismina (Instagram)

“@sushikingmalaysia, apa ni? Saya adalah peminat sushi ye. @sushikingmalaysia, saya pun kadang-kadang ada beli makanan daripada kedai awak melalui Grab. Ini tidak lawak!”, tulis Sweet sambil meletakkan emoji tahan muntah.


loading...


“Sangat Tak Bertanggungjawab!”- Sweet

Yang membuatkan pelakon ini menjadi lebih marah, francais terbabit telah menyekat akaun wanita berkenaan daripada menyebut nama akaun media sosialnya. Sweet mengklasifikasikan tindakan ini sebagai tidak bertanggungjawab dan profesional.


Foto – Twitter

“Dan awak sekat individu yang tag awak? Sangat TAK BERTANGGUNGJAWAB”, ujar Sweet.

Sekadar info, seorang pengguna yang dikenali sebagai @ShaffiPotter di Twitter telah memuat naik video seorang wanita yang merakam beberapa ekor lipas di makanannya setelah berada di salah satu francais Sushi King.

Hi guys, last night i posted a video from tiktok about this woman went to sushi king and had cockroaches on her meals. Then i tag sushi king on ig. What they do? They blocked me. Very bad customer service! pic.twitter.com/mBcwF02PaO

— syaf (@ShaffiPotter) August 26, 2021

 “Hi guys, semalam saya ada muat naik video dari TikTok mengenai seorang wanita ini pergi ke Sushi King dan ada lipas di makanannya. Kemudian saya tag Sushi King di IG. Apa yang mereka lakukan? Mereka telah menyekat akaun saya. Perkhidmatan pelanggan sangat teruk!”

Murai MY berharap pihak Sushi King Malaysia dapat tampil berikan penjelasan tentang video yang tular itu. 


Kredit -Murai MY.



-----------------------------------------------------------------