Ada pula yang tak senang duduk bila Asif menang kategori artis komedi popular. Terkejut bila dia komen macam ni buat ramai yang panas hati.

Business

Ada pula yang tak senang duduk bila Asif menang kategori artis komedi popular. Terkejut bila dia komen macam ni buat ramai yang panas hati.

Bagi anda penggemar laman Youtube, nama Asif pastinya tidak asing lagi dan kerap beraksi di saluran Youtube milik sepupunya, Syahmi Sazli.

Ada pula yang tak senang duduk bila Asif menang kategori artis komedi popular. Terkejut bila dia komen macam ni buat ramai yang panas hati.



Telatah bersahajanya dalam slot ‘Drama Spontan’ berjaya menambat hati rakyat Malaysia hingga apa sahaja vdeo yang membabitkannya pasti dengan mudah meraih jutaan tontonan.

ARTIKEL MENARIK:Dah puas melancong ke Switzerland dengan keluarga. Kali ni Ebit Lew nekad bawa isteri tunai umrah pulak.
loading...


Disebabkan lawak spontan beliau itu juga membolehkan beliau tercalon kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34. Kemuncaknya Asif Suhaimi mencipta kejutan menewaskan calon ‘senior’ apabila diumumkan pemenang Artis Komedi Popular ABPBH tahun 2021.

Namanya mula ‘trending’ melalui filem bajet rendah, Mael Totey The Movie arahan sepupu, Syahmi Sazli yang mencetuskan fenomena pada era pndemik COVlD-I9, Asif mencuit hati dengan gelagat bersahaja dan dialek Kelantan. Asif yang mengalami autisme, menewaskan artis nama besar iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce yang bersaing dalam kategori sama.

” Terima kasih kepada peminat dan penyokong yang tidak lokek mengundi saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan sanak-saudara… Semualah. Kalian terbaik!. ” Saya gembira terima anugerah ini. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan kejayaan ini,” katanya yang ditemani sepupunya, Syahmi pada Malam Kemuncak ABPBH 34.

Ditanya apakah kemenangan itu akan mengubah sikapnya, Asif menafikan perkara itu. ” Sama sahaja… Tiada yang berubah. Saya masih Asif yang dahulu. Kejayaan ini menjadikan saya lebih bersemangat berkongsi kelebihan yang ada di sebalik kekurangan diri.

” Saya tidak akan lupakan jasa dan kebaikan Syahmi yang membuka jalan selama ini,” katanya yang akan memulakan penggambaran filem baharu, 35 MM arahan Syahmi, tidak lama lagi. Ketika tampil mengambil trofi secara langsung, Syahmi di lihat mengiringi Asif dan mengigatkan Asif untuk memberi ucapan kerana masa yang di berikan hanya 5 saat sahaja.

“Selamat pete, selamat male”

Tampak gugup, Asif terus spontan memberi ucapan berikut kepada peminat beliau. Kemenangan yang penuh kejutan itu menyaksikan Asif mengalahkan empat calon lain iaitu Ain Edruce, Atu Zero, Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu. Selain kemenangannya, ucapan lima saat yang disampaikan pemilik nama penuh Mohd Asyiff Suhaimi, 19, itu turut jadi perhatian warganet.

” Assalamualaikum selamat petang dan selamat malam terima kasih banyak-banyak, mari sini, atas pentas” katanya yang turut ditemani aktor Syahmi Sazli malam ini. Paling jadi tumpuan apabila Asif dilihat berjalan agak laju di atas pentas dan terus menuju ke arah tempat mikrofon tanpa mengambil trofi terlebih dahulu. Keadaan menjadi agak kelakar ketika itu sehingga memaksa Syahmi Sazli menarik tangan Asif.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah atas kemenangan Asif

“Tahniah asif n syahmi yg byk membantu,ank2 istimewa ni” “Samat pete, samat malee. Terima kasih datang majlis ini” “Hahaha. Lucu bah dia ni. Tahniah Asif. Molek” “Alhamdulillah thniah rezeki Asif”

Komen Biad4p Lelaki Ini Buat warganet Naik Angin

Namun begitu, terdapat satu komen dari warganet yang tinggalkan komen lebih bersifat menghina terhadap Anak Istimewa tersebut sehingga membangkitkan perasaan tidak puas hati dari orang ramai


‘Asif, anak istimewa layak menang’

“Tahniah Asif Suhaimi. Terima kasih banggakan rakyat negeri Kelantan.” Itu antara ucapan warganet yang paling banyak membanjiri media sosial malam ini selepas Asif Suhaimi memenangi kategori Pelakon Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular ABP ke-34 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Rata-rata warganet terutama peminat pelakon filem Mael Totey menyifatkan Asif layak memenangi anugerah tersebut. Bahkan ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada Syahmi kerana menjadi individu penting membawa Asif ke layar perak.

“Rezeki anak istimewa, terima kasih Syahmi kerana mencungkil bakat Asif,” ucap seorang pengguna Facebook. “Tahniah buat Asif, anda wakil kepada semua anak istimewa,” kata seorang lagi warganet. Sebagai info, Asif merupakan seorang penghidap austime dan bakatnya mula dicungkil sebagai pelakon dalam video pendek, Drama Spontan juga arahan Syahmi sehingga tular. “Dia lawak bukan kerana dia seorang pelawak. Tp keistimewaan dia membuat kita terhibur. Setiap apa yg dia lakukan sgt jujur dan ikhlas ” balas seorang pelayar

“Terima Kasih Semua”- Syahmi

Dalam pada itu Syahmi mewakili Asif mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengundi Asif sehingga berjaya merangkul Artis Komedi Popular. “Terima kasih semua yang mengundi Asif sehingga berjaya merangkul trofi Artis Komedi Popular ABPBH34.”

“Terima kasih juga yang mengundi Mi sehingga dapat Top 5 Pelakon Filem Lelaki Popular & Gandingan Serasi Filem. Walaupun tak menang, kita cuba lagi nanti.” “Tak lupa juga yang mengundi Yoe ketika pencalonan Top 20 walaupun Yoe tak berjaya lepasi Top 5. Tahun depan, kita cuba untuk Yoe pula.”

“Insyaallah, kita jumpa di Anugerah Meletop Era bulan 1 ni pula kalau ada rezeki. Mi tercalon 3 kategori dalam AME. Artis Baharu Meletop, Bintang Filem Meletop & Filem Meletop.” “TERIMA KASIH SEMUA!” Terdahulu, filem Mael Totey The Movie meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan di platform Astro First.

Filem yang mula ditayangkan pada 22 Oktober tahun lalu itu dilaporkan memecah dominasi rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris untuk tayangan platform itu. Pembikinan filem berkenaan juga menarik perhatian kerana kos menghasilkannya hanya kira-kira RM400,000 yang dibiayai Syahmi sendiri.

Kenali siapa Asif

1) Pemilik nama sebenar Mohd Asyiff Suhaimi. 2) Berasal dari Kelantan. 3) Berumur 17 tahun (2019). 4) Merupakan anak sulung yang mempunyai seorang adik lelaki bernama Asyraff yang berusia 16 tahun, hasil daripada perkahwinan keempat bapanya. Keseluruhannya, beliau mempunyai tujuh adik-beradik berlainan ibu.

5) Penghidap masalah mild autisme. 6) Kesempitan hidup memaksa Asif dan adiknya untuk menamatkan persekolahan lebih awal (berhenti sekolah). Kehidupan mereka sekeluarga pula hanya bergantung pada gaji harian ibunya yang juga merupakan sumber pendapatan utama mereka.

7) Bagaimanapun nasib Asif berubah apabila menempa populariti luar biasa sebagai pelakon dalam slot ‘Drama Spontan’ yang dihasilkan oleh sepupunya, Syahmi Sazli, 24, menerusi Youtube. 1) Asif Terkenal dengan trademarknya yang berbunyi, “Tak gurau Mi”.

2) Hanya mengenali nilai wang kertas RM1. 3) Kebiasaannya tidur di siang hari. 4) Dibayar RM200 bagi setiap video lakonannya. Bagaimanapun Syahmi turut membantu beliau dalam menyediakan keperluan barang harian dan pakaian. 5) Akaun Instagram Asif yang menggunakan nama @asifsuhaimi02 kini di bawah seliaan kakaknya, Siti Nurul Atina Suhaimi.

Sumber:bharian dan iluminasi

Berjaya Menewaskan Calon Senior Sekali Gus Banggakan Rakyat Kelantan. Ucapan Asif Suhaimi Buatkan Warganet Terhibur.

PETALING JAYA – “Tahniah Asif Suhaimi. Terima kasih banggakan rakyat negeri Kelantan.” Itu antara ucapan warganet yang paling banyak membanjiri media sosial malam ini selepas Asif Suhaimi memenangi kategori Pelakon Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular ABP ke-34 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Kemenangan yang penuh kejutan itu menyaksikan Asif mengalahkan empat calon lain iaitu Ain Edruce, Atu Zero, Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu. Selain kemenangannya, ucapan lima saat yang disampaikan pemilik nama penuh Mohd Asyiff Suhaimi, 19, itu turut mencuri perhatian warganet. “Assalamualaikum selamat petang dan selamat malam,” katanya yang turut ditemani aktor Syahmi Sazli malam ini.

Rata-rata warganet terutama peminat pelakon filem Mael Totey menyifatkan Asif layak memenangi anugerah tersebut. Bahkan ada juga yang mengucapkan terima kasih kepada Syahmi kerana menjadi individu penting membawa Asif ke layar perak.

“Rezeki anak istimewa, terima kasih Syahmi kerana mencungkil bakat Asif,” ucap seorang pengguna Facebook. “Tahniah buat Asif, anda wakil kepada semua anak istimewa,” kata seorang lagi warganet. Sebagai info, Asif merupakan seorang penghidap austime dan bakatnya mula dicungkil sebagai pelakon dalam video pendek, Drama Spontan juga arahan Syahmi sehingga tular. – Sumber: K! ONLINE

Janna Nick Dikritik Dapat 86 Juta Undian. Sekali Ada Yang Tampil Jelaskan Mengapa Dia Boleh Dapat Jumlah Undian Sebanyak Itu.

Dengan 86,374,777 undi, trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, milik artis serba boleh, Janna Nick. Terdahulu, pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah popular berusia 26 tahun ini membolot trofi Pelakon Filem Wanita Popular mengetepikan Sherry Alhadad, Nelydia Senrose, Zahirah MacWilson dan Aprena Manrose.




Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Muner juga meraih trofi Pengacara TV Popular menewaskan Azira Shafinaz, Mira Filzah, Sherry dan Jihan Muse. Selain trofi, Janna menerima sebuah kereta dan telefon pintar Xiaomi 11T Pro (8GB + 256GB) bernilai RM2,099 sumbangan penaja utama ABPBH 34, Xiaomi.

“Saat nama saya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, perasaan bercampur baur dan air mata mula mengalir. “Kemenangan ini membuatkan saya terharu kerana tahu saya bukanlah seorang artis disayangi dan sering dilanda kontroversi.

“Apa sahaja dilakukan semuanya tidak kena pada mata warganet. Keadaan ini membuatkan saya memutuskan untuk tidak mahu berada di depan kamera. “Namun, sokongan dan kepercayaan diberikan peminat membuatkan saya kembali rasa dihargai. Mungkin selepas ini saya mahu hadkan kemunculan saya dan lebih aktif di belakang tabir,” katanya.

Sejak sembilan tahun lalu, Janna menjadi antara selebriti yang tidak pernah lekang dihimpit kontroversi. Ada sahaja cerita negatif menghambat dirinya, baik dalam aspek kerjaya, peribadi mahupun imej. Semua ini mengheret bekas pengacara Melodi itu dalam kemelut tidak berkesudahan.

Mei lalu, gadis kelahiran Alor Setar, Kedah itu berkongsi menjalani rawatan dengan pakar psikiatri untuk mengubati gangguan bipolar disorder. Dalam satu lagi pengakuan mengejutkan, Janna mendedahkan pernah dua kali cuba membunuh diri sepanjang hidupnya.

Terbaru, Janna terguris dilabelkan ‘orang gla’ oleh warganet apabila berkongsi sering mengalami situasi otak yang didakwa sangat ‘bising’ kerana mendengar lima suara sepanjang hari. Biarpun terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada program hiburan sensasi, Melodi terbitan TV3 yang dikendalikan selama empat tahun berakhir 25 Julai lalu, minat Janna dalam dunia pengacaraan tidak pernah padam.

Baru-baru ini, Janna mengendalikan program ilmiah, Banteras COVID-19 terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS). ABPBH 34 yang berakhir malam tadi, dianjurkan secara hibrid tanpa penonton dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN). ABPBH 34 bertemakan #KITABERSAMA dibawakan oleh Xiaomi.

Jumlah undian 86,374,777 di perolehi Janna Nick di pertikai oleh warganet

Menurut warganet, dengan jumlah penduduk terkini di Malaysia yang tak sampai 40 juta, ada yang mempersoalkan bagaimana Janna Nick mampu memperoleh undian sehingga 86 juta. “86juta undian ..rakyat malaysia rasanya dlm 36,38 juta je..selebihnya mane dtgnya..”


“Rakyat ada 32 juta lebih je… tp tu la undi ABP x ada limit kan… kena upah org …. bahagian klip undi saja… sorang kna undi sejuta kali… Maaf x tengok ABP tngk jibam je” “Kalau dulu-dulu undian dikira berdasarkan jumlah borang Abpbh dlm akhbar berita harian. Tiada had undi utk sorang. Boleh undi seberapa byk..yg penting beli akhbar bh hantar borang ori dlm tu.so maknanya 86 juta tu bukan jumlah pengundi”



Menjawab pertanyaan tersebut, seorang pegguna media sosial Zamzila Zamri tampil menjelaskan jumlah sebenar undian yang boleh di buat oleh setiap orang terhadap artis kegemaran mereka. “Ramai pelik nape 86 juta… “1 undi= 20 undian.” Boleh undi 10 minit sekali…. “Harap clear la ye..rezeki dia…Xsuka dia menang, next time Undi Artis fav korang byk2..


Hasil pencarian pihak Kecoh Ape, nampaknya apa yang di beritahu oleh pegguna media sosial Zamzila Zamri ini ada kebenarnya. Berikut merupakan tangkap layar di portal laman sesawang https://www.abpbh.com.my/cara-mengundi/manual untuk cara undian di lakukan bagi edisi ABPBH kali ini. Setiap undian percuma terhad kepada 20 undian dalam 10 minit sahaja, maka tidak mustahil la Janna Nick berjaya mengumpul 86 juta undian walaupun rakyat Malaysia sekarang ini hanyalah 32.7 juta!


‘Kerja keras peminat saya’ – Janna Nick

Janna Nick tidak menjangka meraih kemenangan dalam kategori Pengacara TV Popular pada Anugerah Bintang Popular BH 34 (ABPBH 34). Janna menewaskan empat calon hebat lain iaitu Azira Shafinaz, Jihan Muse, Mira Filzah dan Sherry Alhadad.

Menurut Janna, kejayaan itu hasil kerja keras kelab peminatnya Jannanickers yang mengundinya. “Pesaing saya hebat semuanya termasuk Sherry. Ini kali pertama saya menang kategori pengacara. Dengan rendah hati saya mengakui ada yang lebih layak menang dan saingan sengit pastinya dari Sherry.

“Tapi yang lain pun hebat juga termasuk Azira yang kini memulakan langkah dalam bidang pengacaraan,” katanya. Kemenangan itu turut diraikan bersama kekasihnya Dini Schatzman yang hadir menemaninya ke malam kemuncak ABPBH 34. Dini mengakui berbangga dengan kejayaan kekasihnya itu. Apa-apa pun, pihak Kecoh Ape mengucapkan tahniah kepada Janna Nick di atas kemenangan besar tersebut!

Jumlah penduduk Malaysia kini 32.7 juta

SHAH ALAM – Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2021 dianggarkan sebanyak 32.7 juta berbanding 32.6 juta pada tahun 2020 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 0.2 peratus. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, penurunan kadar pertumbuhan itu disebabkan bilangan penduduk bukan warganegara yang lebih rendah iaitu daripada 3.0 juta (tahun 2020) kepada 2.7 juta (tahun 2021).

“Ini adalah selari dengan penutupan pintu sempadan negara dan pergerakan pulang warga asing ke negara masing-masing berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia. “Kadar pertumbuhan penduduk warganegara kekal stabil pada 1.0 peratus dengan pertambahan daripada 29.7 juta pada tahun 2020 kepada 30.0 juta pada tahun 2021,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, komposisi penduduk warganegara pada tahun 2021 meningkat kepada 91.8 peratus iaitu peningkatan sebanyak 0.7 peratus berbanding tahun 2020 (91.1 peratus). “Komposisi penduduk bukan warganegara pula terus menurun daripada 8.9 peratus kepada 8.2 peratus bagi tempoh yang sama,” ujar beliau.

Mohd Uzir berkata, pada tahun 2021, penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing seramai 16.8 juta dan 15.9 juta. “Nisbah jantina ialah 106 lelaki bagi setiap 100 perempuan. Bagi tempoh tahun 2020 dan 2021, nisbah jantina bagi warganegara dan bukan warganegara masing-masing kekal pada 102 dan 156 lelaki bagi setiap 100 perempuan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, komposisi penduduk berumur 0 hingga 14 tahun (umur muda) bagi tahun 2021 menurun kepada 23.0 peratus berbanding 23.3 peratus pada tahun 2020. “Komposisi penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (umur bekerja) juga menurun daripada 69.7 peratus pada tahun 2020 kepada 69.6 peratus pada tahun 2021.

“Ini disebabkan oleh penurunan penduduk bukan warganegara yang kebanyakan terdiri daripada pekerja asing,” ujarnya. Tambah beliau, peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 7.0 peratus kepada 7.4 peratus bagi tempoh yang sama.

“Umur penengah turut meningkat daripada 29.3 pada tahun 2020 kepada 29.6 tahun pada tahun 2021,” katanya. Beliau berkata, peratusan penduduk yang berumur 60 tahun ke atas di negara ini mencatatkan peningkatan tahun ke tahun. Berdasarkan unjuran penduduk 2010-2040, beliau berkata, Malaysia dijangka mengalami penuaan penduduk pada tahun 2030 dengan penduduk berumur 60 tahun ke atas mencecah 15.3 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk.

Jumlah penduduk Malaysia pada tahun 2021 dianggarkan sebanyak 32.7 juta berbanding 32.6 juta pada tahun 2020 dengan kadar pertumbuhan penduduk tahunan 0.2 peratus. “Pada tahun 2021, penduduk berumur 60 tahun dan lebih meningkat kepada 3.6 juta (11.2 peratus) berbanding 3.5 juta (10.7 peratus) pada tahun 2020,” katanya.

Beliau dalam masa sama turut berkata, daripada 30.0 juta penduduk warganegara, komposisi bumiputera meningkat 0.2 peratus kepada 69.8 peratus pada tahun 2021 berbanding 69.8 peratus pada tahun 2020. “Bagaimanapun, komposisi penduduk Cina menurun kepada 22.4 peratus (2020: 22.6 peratus) manakala India dan lain-lain masing-masing kekal pada 6.8 peratus dan 1.0 peratus,” katanya.

Mohd Uzir berkata, tiga negeri yang mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada tahun 2021 ialah Selangor (20.1 peratus) diikuti Sabah (11.7 peratus) dan Johor (11.6 peratus). “Sebaliknya, Labuan dan Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu masing-masing 0.3 peratus dan 0.4 peratus. “Bagaimapaun, Putrajaya mencatatkan kadar pertumbuhan penduduk tahunan tertinggi bagi tempoh 2020-2021 iaitu 5.4 peratus,” jelasnya.




Kredit - Era Kini



-----------------------------------------------------------------