Selepas bercuti bersama keluarga di Switzerland, Paris dan United Kingdom (UK), pendakwah bebas iaitu Ustaz Ebit Lew sekali lagi membawa isterinya ‘terbang’ dan menunaikan umrah bersama.
Perjalanan cinta dan rindu. Ya Allah betapa rindunya. Syukur pada Allah sebaik sampai Madinah terus dapat menziarahi Baginda Nabi Sallallahu alaihi wasallam.
ARTIKEL MENARIK:Selepas hampir 2 bulan bersalin. Akhirnya Izreen Azminda dedah wajah anak.
Tiada manusia paling banyak berkrban berjuang demi kebaikan kita melebihi Nabi Muhammad Salallahu alaihi wasallam. Tiada manusia dicintai Allah melebihiNya. Ya Allah satu hari nanti temukanlah kami dan keluarga kami dengan Baginda Nabi Muhammad Sallalahu alaihi wasallam dan Keluarga Baginda.
Menurut Ebit Lew, dia bersyukur kerana sebaik sahaja sampai di Madinah, beliau berkesempatan menziarah mkm baginda Nabi Muhammad S.A.W. Ujar Ebit lagi, perjalanannya kali ini merupakan perjalanan cinta dan rindu terhadap Nabi Muhammad memandangkan sudah berapa lama tidak dapat menunaikan umrah ekoran pandemik Covid-19.
“Ya Allah sampaikanlah seluruh keluarga kami dan kawan-kawan kami semuanya untuk menziarahi Baginda Sallahu alailhi wasallam. Berilah kami sentiasa mencintaiNya, mengikutinya dan menyambung kerja dakwah Nabi Muhammad Sallalahu alaihi wasallam.”
Semoga dijemput ke sana lagi
Menerusi perkongsian dua buah video yang dimuat naik oleh Ebit Lew di Instagram, rata-rata warganet berdoa semoga mereka diberikan rezeki untuk melakukan umrah pada tahun ini. Rata-rata warganet turut meluahkan rasa rindu yang teramat terhadap baginda Rasulullah.
Sumber: Ebit Lew
Selepas Main Salji Di Switzerland. UEL Kongsi Video Sambung Bercuti Bersama Bidadari Dan Anak Anak Ke Paris.
Meskipun terpalit dengan kontroversi panas, namun pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew dilihat tetap tenang meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Minggu lalu, Ebit Lew berkongsikan beliau membawa isteri dan anak-anak makan angin ke Switzerland. Nampaknya, selepas Switzerland, Ebit membawa keluarganya bercuti ke Paris pula.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ebit membawa keluarganya ke Disneyland. Melihatkan foto dikongsikan, Ebit dilihat sangat gembira menghabiskan masa bersama keluarga.Dalam entri tersebut, Ebit turut menitipkan nasihat supaya mengutamakan keluarga kerana doa anak-anak adalah anugerah terbesar apabila kita sudah tiada nanti.
Dalam pada itu, Ebit berkata ciptalah kenangan bersama keluarga kerana meggembirakan keluarga juga adalah sunnah Nabi Muhammad.
“Dunia sementara akhirat selamanya. Satu hari kita dah tiada. Doa anak-anak ialah anugerah Allah yang terbesar. Berillah masa untuk anak-anak. Bagi anak-anak cinta sayang ialah masa. Masa ini akan berlalu.
“Tetapi kenangan bersama mereka akan menjadi amal dan pahala di akhirat nanti. Menggembirakan keluarga sunnah Baginda Nabi Muhammad Solallahu alaihi wasallam,” tulisnya.
Perkongsian Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada neteizen yang turut mendoakan dipermudahkan perjalanan serta kesejahteraan ketika bercuti.
Sumber: Rotikaya.
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Lepas Langkawi kali ni Ebit Lew bawa isteri dan anak bercuti ke luar Negara. Sekali ini komen warganet.
Meskipun menjadi bualan hangat warganet sejak beberapa bulan lalu, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew memilih untuk berdiam diri dan mengambil peluang bercuti bersama keluarga di Swiss. Menerusi posting di laman Facebook, pendakwah berusia 36 tahun berkongsi sekeping foto beliau bersama isteri dalam penerbangan kelas pertama
Bawa bidadari dan anak-anak ke swiss
“Doakan yer. Bawa bidadari dan anak-anak ke swiss. Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga. Peneman di dunia dan di sana insyaAllah. Semoga setiap langkah ini mendapat Redha dan kasih sayangNya”
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa teruja serta mendoakan agar urusan pendakwah bebas itu dipermudahkan. “Tahniah ustaz. Smoga berbahagia bersama bidadari ustaz hingga ke jannahNya. Aamiin”
“Selamat bercuti, semoga ustaz n family sentiasa dlm jagaan Allah s.w.t..aamiin.” “Alhamdulillah..semuga ustaz sekeluarga sentiasa bwh peliharaan Allah.Aamin.” “Semoga sentiasa dlm perlindungan Allah SWT dimana pun ustaz dan keluarga berada Aamiin”
Nama terpalit kontroversi, Ebit Lew tenang bercuti dengan ‘bidadari’ di Langkawi
Meskipun menjadi bualan hangat warganet sejak beberapa hari lalu, pendakwah popular Ustaz Ebit Lew memilih untuk berdiam diri dan mengambil peluang bercuti bersama keluarga di Langkawi, baru-baru ini. Menerusi posting di laman Facebook, pendakwah berusia 36 tahun berkongsi sekeping foto beliau bersama isteri selepas Langkawi diumumkan sebagai destinasi gelembung pelancongan negara sebelum meneruskan perjalanan bagi misi bantuan.
“Selalu sibuk. Beberapa hari ni dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan misi dan keluar di jalan Allah. Doakan ye. Hidup hanya nak redha Allah,” tulisnya. Selain itu, beliau juga memuat naik satu video di laman Instagram memaparkan dirinya dan isteri yang dipanggil sebagai ‘bidadari’ itu sedang menikmati aktiviti menaiki jet ski di pulau peranginan tersebut.
Menerusi kapsyen, Ebit menitipkan kata-kata indah yang bersyukur apabila dipertemukan dengan pasangan terbaik dalam hidupnya selain menasihati agar menghargai orang sekeliling kerana Allah SWT.
“Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana.
“Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini. Terima kasih ya Allah. Dialah Rab pemilik segala-galanya. Bahagia dihati bila kita bersyukur. Syukur hadir bila kita kenal tuhan. Kenal Allah. “Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga. Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat Redha Allah.
“Hidup hanya untuk Allah sayang. Redha Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan. “Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat 8bilion manusia seluruh Alam. Kita tak datang dalam dunia. Kita dihantar oleh Allah sebagai sebaik-baik umat. Sambung kerja Nabi saw. Bawa Islam dan kasih sayang,” tulisnya.
Ebit Lew luahkan rasa sebak bila dapat ziarah Elyana. Terkejut ini keadaan terkini Elyana.
Pendakwah bebas & dermawan terkenal, Ebit Lew sebak apabila dapat menziarahi penyanyi Elyana yang kini diduga dengan penyakit sakit limfoma. Kata Ebit, Elyana seorang yang kuat dan sentiasa mengucapkan syukur disamping suaminya yang setia ada menemaninya.
“Sebak rasa ziarah @elyanaofficial1 suami dan anak-anak. Beliau ceria dan senyum walau sakit yang dilaluinya berat. Subhanallah. MasyaAllah betapa kekuatan dan kebaikan elyana dan keluarga. “Suaminya seorang yang baik dan kuat.
Katanya syukur mendapat suami baik yang sudi menemannya dalam keadaan senang dan susah. “Katanya setelah melaluinya ini semua ustaz. Saya rasa bahagia dan menikmati ujian ini. Rupanya syukur ubat paling mujarab.
Terima kasih pada Allah,” katanya.Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video ketika membuat kunjungan tersebut malam tadi. Tambah Ebit lagi, Elyana menjadi asbab kekuatan rakyat Malaysia yang turut hadapi dugaan sakit teruk ni.
“Syukur pada Allah. Beliau menjadi asbab kekuatan buat ramai rakyat Malaysia yang diuji dengan sakit dan ujian hidup. “InsyaAllah kita sama-sama doakan buat Elyana Allah beri sihat sembuh padanya. Kekuatan dalam melaluinya.
Semua ujian hanya kerana Allah sayang,” ujarnya. Dalam pada itu menerusi IG Elyana pula dia bersyukur kerana menerima kunjungan istimewa Ebit yang didakwa memberi semangat kepada dirinya. “Alhamdulillah… Rezeki saya dan keluarga malam ini dapat kunjungan istimewa dari ustaz @ebitlew .
“Kunjungan ustaz ini menambah kan semangat dan aura positive kepada saya. Banyak ilmu yang saya dapat malam ni. Terima kasih ustaz @ebitlew kerana sudi menziarahi saya..“Semoga ustaz dan keluarga selalu dalam lindungan Allah SWT, diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan bahagia di dunia dan akhirat,” kongsinya. Elyana yang menghidap sakit limfoma baru sahaja menjalani kemoterapi kali kedua baru-baru ini.
Mohon doa dari orang ramai. Terkini Elyana buat rawatan kimoterapi untuk kali kedua hari ni.
Penyanyi, Elyana sedang menjalani rawatan kimoterapi kali kedua hari ini di sebuah hospital swasta di sekitar Selangor. Seperti sebelum ini, Elyana memohon doa daripada semua pihak agar urusannya dipermudahkan.
Menurut Elyana, dia akan menjalani beberapa sesi kimoterapi lagi selepas ini memandangkan keadaan kesihatannya kurang baik. Menerusi video yang dikongsikan, Elyana turut tinggalkan kata-kata semangat buat pesakit yang lain.
Ujar Elyana, setiap pesakit harus menjalani ujian ini dengan senyuman. Meskipun terpaksa menanggung kesakitan, Elyana yakin senyuman mampu mengubah segalanya.
Di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan yang terbaik buat Elyana. Mereka yakin bahawa pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ itu akan kembali sihat seperti individu lain. Difahamkan, Elyana hadir di hospital bersama suami tercinta iaitu Khairul.
Sumber: Elyana
Kredit -Era Kini