Seperti yang dimaklumkan semasa Sesi Penggulungan Kementerian Kewangan Peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-undang Perbekalan 2022 pada 24 November 2021, proses permohonan Bantuan Keluarga Malaysia BKM pada tahun 2022 akan dipermudahkan untuk kesejahteraan semua.
Kerajaan kekal komited untuk membantu golongan yang memerlukan terutamanya golongan rentan dengan menyediakan bantuan tunai sebanyak RM 8.2 bilion di bawah BKM pada tahun 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta penerima.
ARTIKEL MENARIK:Sentiasa peka terhadap keluh kesah rakyat. Akhirnya PM umum tarikh bayaran Bantuan Khas Covid Fasa 2.
Bagi memastikan tiada yang tercicir, penerima Geran Khas Prihatin GKP yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat BPR atau Bantuan Khas C0VID BKC B40, akan dipertimbangkan untuk BKM secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.
Di samping itu, data penerima BPR dan BKC B40 bersama-sama dengan data daripada agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA.
Gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang juga akan dimasukkan ke dalam data permohonan BKM.
Permohonan Baharu BKM
Rakyat negara ini yang berasa layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia BKM boleh mengemukakan permohonan baharu mulai 1 hingga 31 Januari depan. Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, permohonan baharu itu bagi memastikan mereka yang layak dan tiada dalam pangkalan data kerajaan menerima bantuan itu. Katanya, tempoh sebulan itu diharap dimanfaatkan bukan sahaja permohonan baharu, malah kemas kini data untuk memastikan tiada yang tercicir daripada menerima BKM.

Untuk makluman pembayaran BKM akan dilaksanakan empat kali setahun dan tarikh pembayaran BKM yang pertama dijangka pada Mac 2022. Maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk di laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN,” katanya.
Beliau berkata kepada media selepas merasmikan majlis penutup Karnival Usahawan dan Koperasi Malaysia di Dewan Besar Paya Besar, di sini, hari ini. Mohd Shahar berkata, kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia. “Bagi BKM 2022, sejumlah RM 8.2 b.ilion diperuntukkan yang akan memberi manfaat kepada 9.6 j.uta penerima,” katanya.
Kredit : HM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : https://kisahbena.com
Ini Golongan Yang Sah Dapat Bantuan BKM. Dan Ada Golongan Yang Perlu Kemaskini Mulai 1 Januari.
Sejak pembentangan Belanjawan 2022 pada bulan lalu, mesti ramai yang masih keliru atau tertanya-tanya mengenai inti pati dalam pembentangan tersebut, terutama mengenai bantuan baharu yang diperkenalkan. Adakah ia berbeza daripada bantuan-bantuan yang terdahulu? Jangan keliru kerana bantuan yang diberikan oleh kerajaan ini hampir sama dengan bantuan terdahulu, namun ia telah ditambah baik dengan jumlah bantuan yang lebih tinggi. Menerapkan semangat ‘Keluarga Malaysia’, kerajaan melalui Kementerian Kewangan telah menyediakan bantuan yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi pembentangan Bajet pada 29 Oktober lalu, mengumumkan sejumlah RM 8.2 bilion diperuntukkan dalam Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bakal memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima. Bagi yang masih tertanya-tanya, jom luangkan masa sekejap untuk baca dan faham mengenai BKM ini, terutamanya mengenai jumlah bayaran dan cara semak status pembayaran.
Apa itu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Untuk pengetahuan anda, BKM merupakan bantuan tunai langsung yang menggantikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan diberikan lebih tumpuan. Menariknya, pembaharuan yang diterapkan di dalam BKM telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat.
Kategori dan jumlah bayaran BKM
Menerusi BKM, isi rumah termasuk ibu tunggal dan warga emas yang terkesan turut mendapat manfaat. Jumlah pemberian BKM ini meningkat berbanding RM1,800 iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini.
Kategori : Isi rumah
1. Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 ; Tiada anak: akan menerima RM1,000; Ada satu hingga dua orang anak: akan mendapat RM1,500; Ada tiga anak atau lebih: akan mendapat sebanyak RM2,000
2. Pendapatan isi rumah atas RM2,500 ; Tiada anak: akan mendapat RM400 ; Ada satu hingga dua anak: akan mendapat RM600 ; Ada tiga atau lebih anak: akan mendapat RM800
3. Ibu bapa tunggal yang ada anak tanggungan berpendapatan bulanan sehingga RM5,000 ; Akan mendapat RM500
4. Warga emas yang mempunyai pendapatan RM5,000 dan ke bawah ; Isi rumah: akan mendapat RM300 ; Bujang/ tiada pasangan: akan mendapat RM600
Kategori: Bujang
Bujang yang berpendapatan RM2,500 ke bawah ; Akan mendapat RM350
Perlu ke buat permohonan baharu?
Tidak perlu bersusah payah membuat permohonan baharu kerana data penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, penerima Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan pemohon BPR yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin (GKP) juga akan dimasukkan secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disahkan kelayakan.
Namun, permohonan baharu bagi BKM perlu dibuat jika anda tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM.
Penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat pula perlu melakukan kemas kini dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu dari 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022 (1 bulan). Bagaimanapun, tarikh itu tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa yang akan diumumkan kelak.
Tarikh pembayaran
Setakat ini, tarikh pembayaran BKM tidak dimaklumkan lagi, bayaran akan dilakukan 4 kali setahun. Anda boleh menyemak status permohonan di laman web yang akan dilancarkan oleh Kementerian Kewangan kelak.
Kaedah bayaran BKM
Sama seperti kaedah pembayaran bantuan-bantuan sebelum ini, penerima akan menerima wang menerusi dua cara iaitu: Ada akaun bank ataupun tuntutan tunai.
Bagi yang ada akaun bank akan dikreditkandi bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM. Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR/BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat. Gagal kredit ( akaun tidak aktif dan akaun tutup). Anda perlu lakukan tuntutan tunai di mana-mana cawangan BSN. Jadi anda hendaklah kemaskini maklumat akaun bank semasa tempoh permohonan/ kemas kini BKM.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia. Selain itu, anda juga boleh mengikuti Facebook, Instagram dan Twitter Kementerian Kewangan untuk mendapatkan info-info terkini mengenai bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Sumber : Awatsyeikhhnetwork
Alhamdulillah Ada Lagi Berita Baik. PM Umum Kerajaan Setuju Naikkan Kadar Bantuan Bagi Setiap Ketua Isi Keluarga Golongan Ini.
Kerajaan bersetuju menaikkan kadar bantuan wang ihsan (BWI) daripada RM 500 kepada RM 1,000 bagi setiap ketua isi rumah yang terjejas ketika m.onsun Timur Laut atau b.encana lain yang diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP). Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif melibatkan peruntukan RM 39.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah B.antuan B.encana Negara itu dijangka meringankan beban lebih 39,100 ketua isi rumah.
“Pemberian b.antuan ini bukanlah satu bentuk p.ampasan atau ganti rugi terhadap kerosakan rumah dan harta benda yang dialami, tetapi untuk mengurangkan beban yang ditanggung. Ini antara pendekatan baharu yang diambil oleh kerajaan dalam usaha menambah baik pengurusan dan kesiapsiagaan menghadapi m.onsun Timur Laut yang dijangka berlaku pada awal Nov sehingga penghujung Mac 2022, melibatkan negeri-negeri Pantai Timur, Johor, Sabah, dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, keputusan itu dimuktamadkan dalam mesyuarat JPBP yang dipengerusikannya pada 13 Sept. Ismail berkata, pendekatan lain yang turut diputuskan dalam mesyuarat berkenaan adalah pembangunan sistem e-sumbangan NGO sebagai platform penyelarasan bantuan antara penderma dan NGO kepada m.angsa b.encana.
“B.antuan perlu melalui Jawatankuasa Pengurusan B.encana Pusat negeri daerah supaya penyelarasan b.antuan dapat dilakukan lebih lancar dan sistematik,” katanya. Katanya, badan sukarela yang ingin melakukan pergerakan menghantar b.antuan, perlu mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan B.encana Pusat negeri daerah terlebih dahulu memandangkan jawatankuasa peringkat tempatan lebih arif dengan kehendak dan keperluan mmangsa di kawasan terjejas.
“Saya menasihatkan agar semua pihak yang terlibat supaya konsisten dalam merancang dan melaksanakan penambahbaikan pengurusan b.encana melalui program dan projek yang bermanfaat di negeri masing-masing. Bersesuaian dengan semangat Keluarga Malaysia juga, orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa peka dan prihatin dengan persekitaran termasuk terhadap jiran dan rakan selain ahli keluarga sendiri ketika musim tengkujuh nanti, untuk mengelak sebarang keja.dian tidak diingini,” katanya.
Kenaikan Kadar
Dalam lawatan saya ke Kota Kinabalu hari ini, saya telah mengumumkan Peruntukan Agensi Pengurusan B.encana Negara (NADMA) berjumlah RM 18,241,250 kepada Negeri Sabah bertujuan untuk melancarkan proses tindak balas b.encana supaya kebajikan rakyat terus terpelihara.
Saya berharap agar sebahagian daripada peruntukan ini dapat digunakan untuk membantu individu yang terlibat dengan tanah r.untuh di Penampang, Sabah semalam. Saya ucapkan takziah dan sangat bersimpati kepada individu yang terlibat. Saya turut mengumumkan kenaikan kepada B.antuan Wang Ihsan dari RM 500 ke RM 1,000. Keadaan pasca b.anjir memang membebankan bagi setiap isi rumah yang terjejas ak.ibat M.onsun Timur Laut (MTL).
Justeru, saya juga mengumumkan Peruntukan Perbelanjaan Operasi dalam MTL 2021/2022 berjumlah RM 9.5 j.uta yang akan disalur menggunakan Kumpulan Wang Amanah B.antuan B.encana Negara. Sudah menjadi satu tanggungjawab ke.rajaan untuk sentiasa berusaha meringankan beban mereka yang diuji dengan b.encana, apatah lagi yang diuji ini warga Keluarga Malaysia. Sumber : Media Viral
Selepas Tular Kejadian Yang Libatkan LRT Tersebut. Kini Ada Pihak Tampil Dan Umumkan Akan Beri Bantuan Khas Sebanyak Ini.
Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mengesahkan sebanyak RM1,000 b4ntuan khas akan diberikan kepada 213 individu yang terlibat dalam kejadian yang tak diingini di LRT malam tadi. Beliau berkata demikian ketika lawatan ke lokasi kejadian di stesen KLCC pagi ini.
Semalam, seramai 213 penumpang dilaporkan luka dengan 47 daripadanya teruk apabila dua gerabak LRT bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC. Susulan itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) dilaporkan akan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas bagi mengenalpasti punca kejadian tersebut.
Khidmat tren diteruskan seperti biasa hari ini. Dalam perkembangan yang sama, beliau juga berkata Prasarana beri jaminan akan menambah baik SOP perkhidmatan LRT.Sumber: Bernama via Era Kini