Sentiasa peka terhadap keluh kesah rakyat. Akhirnya PM umum tarikh bayaran Bantuan Khas Covid Fasa 2.

Business

Sentiasa peka terhadap keluh kesah rakyat. Akhirnya PM umum tarikh bayaran Bantuan Khas Covid Fasa 2.

Bayaran Fasa 2 bagi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai Khamis ini, membabitkan peruntukan sejumlah RM300 juta.

Sentiasa peka terhadap keluh kesah rakyat. Akhirnya PM umum tarikh bayaran Bantuan Khas Covid Fasa 2.



Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dengan peruntukan itu ia akan memberi manfaat kepada 700,000 penerima termasuk isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

ARTIKEL MENARIK:Timbalan Menteri kewangan dedah caruman baharu buat pengeluar i sinar dan i citra. Ianya bakal dikreditkan sepenuhnya ke akaun 1 KWSP
loading...


“Ingin saya tegaskan kerajaan sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Bagi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kerajaan juga akan terus komited memastikan bantuan yang disediakan dapat disalurkan secara berkesan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 28 Jun lalu, kerajaan mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik COVID-19.

Beliau berkata, pembayaran Fasa 1 BKC selesai dibuat pada September yang lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.1 bilion dan memanfaatkan hampir 10 juta penerima.

Ismail Sabri berkata, bayaran seterusnya bagi Fasa 3 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada Disember ini yang membabitkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

“BKC adalah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi,” katanya.

Menerusi jadual yang dilampirkan, bagi bayaran Fasa 2 ia hanya membabitkan kategori miskin iaitu sebanyak RM500 diberikan kepada isi rumah dan masing-masing menerima RM300 bagi individu bujang dan warga emas bujang atau

PM Memuat naik status di Facebook beliau

“Sukacita saya umumkan, bayaran Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Fasa 2 akan dibuat bermula esok, 25 November 2021.

” Bantuan ini dijangka akan memanfaatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas.

“Semakan status kelulusan boleh dibuat di portal rasmi BKC.

https://bkc.hasil.gov.my/SemakanStatusBKC.aspx?


Sumber: Trendingsangat.

Alhamdulillah Kali Ni Kwsp Bagi Bantuan Suri Rumah RM480. Rupanya Ini Cara Nak Mohon Dan Buat Semakan Yang Ramai lagi Tak Tahu.

Insentif i-Suri KWSP yang diperkenalkan pada 2018 telah memberi manfaat kepada golongan surirumah di mana ia memberi jaminan masa depan kerana suri rumah diberikan bantuan dalam bentuk skim KSWP sama seperti ahli lain yang bekerja. Kini suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan, layak untuk bantuan hilang upaya, bantuan kemtn, pengeluaran simpanan dan pelepasan cukai tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai insentif i-Suri beserta cara untuk membuat pendaftaran dan semak status kelayakan bantuan suri rumah.


INSENTIF ISURI KWSP

Insentif i-SURI adalah program yang berbentuk usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri ICU, JPM dan Kementerian Kewangan MOF.

Fasa pertama skim ini telah dilancarkan pada Ogos 2018 dan telah mula berkuatkuasa pada tahun tersebut yang dilaksanakan oleh KWSP, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan. Skim ini adalah skim bantuan bagi menggalakkan para suri rumah untuk mula menabung bagi kegunaan semasa, hari tua atau ketika menghadapi kesusahan dan ditimpa m.usibah seperti perpisahan, kemtian suami, suami hilang upaya dan lain-lain.


FAEDAH I-SURI

Menerima sumbangan kerajaan sebanyak RM 200 pada tahun 2018, dan RM 480 pada setiap tahun yang berikutnya. Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Menerima dividen tahunan KWSP. Bantuan Kemtian: RM2,500 dan Bantuan hilang upaya.


SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu suri rumah penuhi untuk membuat pendaftaran Bantuan Suri Rumah i-Suri. Warganegara Malaysia. Belum mencapai umur 60 tahun dan golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional eKasih setakat 30 November 2019.

Isteri kepada Ketua Isi Rumah KIR atau Wanita KIR. Mencarum sekurang-kurangnya RM 5 sebulan atau RM 60 setahun ke dalam akaun KWSP. Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa. Jika telah berdaftar dengan Insentif Persaraan i-Saraan, anda perlu membatalkannya terlebih dahulu sebelum membuat permohonan baru i-Suri.

SIAPA YANG BOLEH MENCARUM Individu yang boleh mencarum adalah, suami kepada pasangan yang layak, suri rumah isteri. CARA PENDAFTARAN SKIM I-SURI. Pendaftaran boleh dibuat oleh kumpulan sasar yang berkelayakan dan tersenarai di dalam senarai eKasih. Pendaftaran sebagai ahli KWSP dan Skim i-Suri boleh dibuat di mana-mana kaunter KWSP seluruh Malaysia.


KAEDAH PEMBAYARAN CARUMAN. Pembayaran caruman boleh dibuat melalui kaedah-kaedah berikut. Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP. Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP iaitu Maybank, Public Bank, Bank Simpanan Nasional dan RHB Bank. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik iaitu Maybank dan Public Bank.

BAGAIMANA SUMBANGAN KERAJAAN DIKREDITKAN KE DALAM AKAUN KWSP. Sumbangan kerajaan akan dikreditkan ke Akaun KWSP pencarum sebanyak 2 kali bagi tempoh Januari hingga Jun dan Julai hingga Disember setiap tahun.

Sumbangan kerajaan akan dikreditkan seperti berikut. Akaun 1 dan Akaun 2, peserta yang berumur bawah 55 tahun. Akaun Emas, peserta yang berumur 55 tahun ke atas. Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai caruman suri rumah, i-Suri KWSP, anda boleh layari laman rasmi KWSP atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan.


Kredit : KWSP/Edu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!



Baru Je Rakyat Desak Kerajaan Beri One Off KWSP RM10 Ribu. Ini Respond Mengejutkan Dari Pihak KWSP Kenapa Susah Nak Bagi.

Kemudahan pengeluaran bersifat luar biasa seperti i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra berikutan pandemik COVID-19 telah mengakibatkan sejumlah RM101 bilion telah dikeluarkan dan disalurkan kepada 7.4 juta ahli.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam satu kenyataan memaklumkan, meskipun kemudahan itu telah memberi kelegaan kepada ahli terlibat, namun ia telah menyebabkan seramai 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripadan RM10,000 dalam akaun mereka.

6.1 juta ahli KWSP mempunyai baki kurang RM10,000, majoriti ahli Bumiputera.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000, seterusnya menjadikan mereka lebih rentan dan tanpa perlindungan persaraan.

“Ia meskipun pengeluaran tersebut telah memberikan sedikit kelegaan kewangan kepada ahli semasa pandemik dan pelbagai peringkat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kejatuhan dalam jumlah simpanan ini ternyata lebih merisaukan untuk ahli bumiputera, memandangkan seramai 78 peratus, atau lebih tiga perempat telah memohon untuk fasiliti pengeluaran tersebut.

“Akibatnya, seramai 4.4 juta, atau 54 peratus, ahli bumiputera kini mempunyai kurang daripada RM10,000, dan 2.0 juta, atau 25 peratus, mempunyai kurang daripada RM1,000,” jelas kenyataan tersebut pada Ahad.

Lantaran itu, KWSP kini fokus dalam membantu ahli membina semula simpanan demi masa depan persaraan mereka.

“Berikutan keperluan untuk melindungi masa depan ahli dan membina semula dana persaraan mereka, sebarang pengeluaran luar biasa tambahan pada masa hadapan perlu dipertimbangkan dengan teliti.

“KWSP berharap langkah-langkah yang dilaksanakan untuk menyokong pemulihan ekonomi dan merangsang pekerjaan akan membantu ke arah memenuhi keperluan rakyat,” tambah kenyataan itu lagi.

Sumber: KWSP via Astro Awani.

Baru Je Umumkan Pasal Bajet 2022. Terkejut Bila Ini Yang Terjadi Dekat Laman Facebook Ismail Sabri .

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.

Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera mendokong tiga paksi utama iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan.

Sebanyak RM 332.1 b.ilion disediakan dalam Bajet 2022, tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.

Kerajaan perkenal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) salur bantuan RM 2,000 kepada isi rumah mempunyai tiga anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM 2,500. Di bawah BKM kerajaan beri bantuan tambahan RM 500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan sehingga RM 5,000.

Bantuan tambahan RM 300 diberikan kepada warga emas menerusi BKM.

Syarat kelayakan kebajikan dinaikkan kepada Paras Garis Kem.iskinan Makanan 2019 iaitu RM 1,169, berbanding RM 980.Kerajaan sediakan RM 25 j.uta kepada Yayasan Keluarga Malaysia untuk pimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak.

Sebanyak RM 32.4 b.ilion diperuntukkan kepada Kementerian Kes.ihatan. Kerajaan bercadang beri pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan v.aksin penggalak yang dibiayai sendiri.

Kerajaan bercadang meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula, perluaskan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi n.ikotin.

Kerajaan setuju sambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi maksimum empat tahun selepas tempoh khidmat wajib dua tahun.

Kerajaan meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM 100 j.uta yang memberi manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian. RM 70 j.uta diperuntukkan untuk pastikan i.su kes.ihatan m.ental diberi keutamaan.

RM 52.6 b.ilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, manakala RM 14.5 b.ilion diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Kerajaan setuju sediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM 150, dijangka manfaatkan 3 j.uta murid yang layak.

RM 1 b.ilion disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah, termasuk RM 140 j.uta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.

RM 120 j.uta disediakan untuk manfaat 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. RM 746 j.uta diperuntukkan untuk naik taraf sekolah-sekolah daif, sebilangan besar di Sabah 112 projek dan Sarawak 165 projek.

RM 50 j.uta diperuntukkan untuk memperkasa agenda pendidikan khas termasuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.

Kerajaan teruskan penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukkan RM 400 j.uta. Lebih 400,000 guru sekolah bawah Kementerian Pendidikan dapat manfaat Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM 100.

Setiap pelajar B40 di IPT dibekalkan sebuah tablet menerusi inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia, libatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM 450 j.uta. Pelepasan khas cukai pendapatan individu hingga RM 2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet hingga 31 Disember 2022.

Diskaun bayaran balik PTPTN antara 10 hingga 15 peratus bermula 1 November hingga 30 Apil 2022. RM 6.6 bilion diperuntukkan untuk memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.

RM 4.8 diperuntuk bagi melaksanakan inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia JaminKerja, jamin penyediaan 600,000 ribu peluang pekerjaan. Kerajaan beri insentif 20 hingga 30 peratus daripada gaji bulanan kepada majikan yang ambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif berkerja.

Kerajaan beri insentif 30 hingga 40 peratus daripada gaji bulanan RM 1,200 ke atas kepada majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU, Orang Asli dan b.anduan.

80,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan swasta ditawarkan menerusi inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme MySTEP RM 1.1 b.ilion diperuntuk untuk pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dengan sasaran 220,000 pelatih.

Pelepasan cukai bagi perbelanjaan hadir kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan daripada RM 1,000 kepada RM 2,000 hingga 2023.Potongan cukai dua kali kepada syarikat beri biasiswa kepada pelajar IPT dalam semua bidang pengajian.

Program Baucar Perlindungan Tenang untuk B40 dinaikkan kepada RM 75, boleh diguna untuk beli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Jan 2022.

Skim MySalam diperluas kepada semua penerima BKM, manfaat tuntutan kos peranti perubatan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima.

Inisiatif i-Saraan diperluas kepada individu berumur 55 sehingga 60 tahun, babitkan peruntukkan RM 30 j.uta. RM 80 j.uta diperuntuk di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia.

Inisiatif perlindungan sosial negara di bawah Perkeso diteruskan dengan nilai caruman 80 peratus, manfaat diperluas kepada sembilan kategori termasuk artis.

Kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan Perkeso dinaikkan kepada RM 550 akan bantu 56,000 isi rumah.

Pelepasan cukai hingga RM 4,000 kepada pencarum KWSP meliputi caruman secara sukarela. Had pelepasan cukai dinaikkan kepada RM 350 untuk galak pekerja swasta mencarum dengan PERKESO.

RM 11.4 b.ilion diperuntuk bagi memperkasa Bumiputera. RM 1.5 b.ilion diperuntuk bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam. Pemberian khas sekali bayar RM 500 kepada 70,000 imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kafa.

RM 200 j.uta diperuntuk untuk kaum Cina, RM145 bagi kaum India dan RM 274 j.uta kepada komuniti Orang Asli.

RM 10 j.uta disediakan untuk galakkan anak-anak Sabah dan Sarawak mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan. Kadar wang saku pelajar Sekolah Menengah dalam kalangan Orang Asli dinaikkan kepada RM 4 sehari.

Geran RM 6,000 untuk setiap Kawasan Rukun Tetangga libatkan peruntukan RM 50 j.uta, manakala RM 50 j.uta untuk kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan PBT.

Semua syarikat senaraian awam wajib lantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita. RM 30 j.uta diperuntuk untuk sediakan taska di bangunan kerajaan, pinda garis panduan benarkan taska beroperasi di aras melebihi tingkat satu pejabat.

Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM 3,000 bagi bayaran yusan taska dan tadika hingga tahun taksiran 2023. RM 13 juta diperuntuk bagi memperkasa Bahagian D11 PDRM, 100 perjawatan baharu akan diwujudkan.

Kredit : BH/OM via Era Kini


-----------------------------------------------------------------