Buat majlis cukur rambut dan Tahnik Ayash Affan. Sekali benda ni yang warganet perasan pada Ayash Affan.

Business

Buat majlis cukur rambut dan Tahnik Ayash Affan. Sekali benda ni yang warganet perasan pada Ayash Affan.

Petaling Jaya – Sebelum ini pelawak Shuib Sepahtu berkongsi wajah anak bongsunya iaitu Ayash Affan selepas hampir dua bulan dilahirkan.

Buat majlis cukur rambut dan Tahnik Ayash Affan. Sekali benda ni yang warganet perasan pada Ayash Affan.



Menerusi Instagram, Shuib atau nama sebenar Shahmira Muhamad, 37, memuat naik rakaman video bayi tersebut untuk tatapan peminat di laman berkenaan.

ARTIKEL MENARIK:Tampil dedah wajah bakal isteri dan bakal langsungkan majlis pada 19 November. Sekali Haqiem Rusly jawab isu nikah gadis umur 19 tahun.
loading...


“Assalammualaikum, nama saya Ayash Affan Shahmira. Terima Kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” tulis Shuib pada ruangan kapsyen. Dalam video berdurasi dua minit lapan saat itu, Ayash dilihat sedang tidur lena di atas katil bayi. Perkongsian Shuib itu mengundang sebak dalam kalangan peminat tatkala mengenang Siti Sarah yang pergi menghadap illahi selepas melahirkan puteranya itu.

Shuib turut mengimbau perbualan dengan isteri yang berulang kali meminta menjaga anak keempat apabila dilahirkan, tanpa mengetahui petanda isteri akan tinggalkan mereka sekeluarga buat selama-lamanya. “Alhamdulillah, hari ini jumpa Ayash. Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali. Baby keempat ini u jaga tau. U jaga tau, u jaga ok.

“Insya-Allah sayang, i akan jaga dia macam mana jaga u. Sampailah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan u, dunia dan akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah, cuma i mohon u doakan. “Perjalanan i masih jauh. Doakan i selalu kuat. I love u sayang,” tulisnya.

Malah rakan artis juga tidak ketinggalan menuliskan komen dan mendoakan semoga bayi itu diberikan kekuatan melalui kehidupan tanpa seorang ibu di sisi. Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur a.kibat C0vid 19.

Sarah menjalani operasi bagi mengeluarkan Ayash ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu. Selain Ayash, Sarah tinggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Majlis Cukur, Aqiqah Ayash Affan Dan Tahlil Hari Ke 100 Siti Sarah Raissuddin

Menerusi perkongsian terbaru di IG, hari ini merupakan majlis buat ayash affan serta tahlil hari ke 100 buat Siti Sarah.


Reaksi Orang Ramai

Moga ayash affan.sehat hendak nya dn menjadi ank yg soleh. berjaya dunia akhirat. Shuib kuat dn tabah. Demi anak2. Alhamdulillah. Semoga Ayash membesar sihat dn dipermudahkm segala urusan…Aamiin. Terus rasa sebak bergelinangan air mata. terbayang siti sarah. Ya Allah kuatkan hati keluarga ini dan jdkan la anak2 mereka anak yg memudahkan urusan ayahnya. Sedih nye ya allah..semoga baby ayash membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh.


Kenapa aku lak rasa nak menangis tgok syuib pegang ayash, Allahuakbar sebaknya.. Nampak kesedihan dimuka Shuib. Muka ib sedih..mungkin terkenang kan Sarah klu lah ada menyaksikan..allahu.


Kredit : MH/IG/OM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Ada Pula Pihak Yang Mengusik Shuib Masih Belum Move On. Sekali Shuib Akui Masih Tunggu Sarah Hadir Dalam Mimpi Dan Ini Penjelasannya.

Usikan nakal segelintir pihak kononnya Shuib Sepahtu masih belum ‘move on’ dengan kehilangan Allahyarham Siti Sarah tidak menghalang pelawak itu untuk terus berkongsi perasaannya di media sosial. Kata Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhammad, 37, sebagai suami yang kehilangan isteri secara mengejut, dia punya hak untuk berbuat demikian.

“Saya tak berani cakap bila akan move on. Malah saya tak hairan pun orang nak cakap apa. Masing-masing ada dia punya jalan cerita sendiri. Itu hak saya untuk mengingati dia. Semua ada kehidupan masing-masing,” katanya ketika ditemui mStar pada majlis tahlil sempena 100 hari pemergian Siti Sarah pada Selasa.

Turut diadakan majlis tahnik dan cukur jambul anak bongsu mereka iaitu Ayash Affan yang kini berusia hampir tiga bulan. Upacara diketuai pendakwah terkenal, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman. Sebelum ini muncul komen-komen tidak menarik di media sosial apabila Shuib dilihat kerap berkongsi status dan foto kenangan bersama Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada 9 Ogos lalu.

Sampai hari ke-100 ni pun… minta la macam mana pun tak dapat nak jumpa dia (dalam mimpi), rindu sangat.

Namun kata Shuib dia tidak perlu melatah dengan pandangan segelintir pihak berkenaan hal itu. “Saya terfikir juga mungkin dengan posting di media sosial, boleh sampai lagi sedekah al-Fatihah untuk dia. Lagi pun media sosial ni bukanlah semata-mata tempat nak meluahkan perasaan. Ia juga menjadi tempat berkongsi sesuatu… mungkin orang nak baca dan kita just nak share,” katanya lagi.

Dalam pada itu Shuib memberitahu sejak pemergian Sarah dia tidak pernah berhenti berharap semoga arwah muncul dalam mimpi. “Dia tak pernah datang dalam mimpi saya, hanya datang dulu dalam mimpi Matin. Sampai hari ke-100 ni pun… minta la macam mana pun tak dapat nak jumpa dia, rindu sangat,” katanya. Sementara itu bercerita tentang anak-anak dan tanggungjawabnya sebagai bapa tunggal, Shuib berkata dia bersyukur apabila urusannya dipermudahkan.

“Alhamdulillah Ayash bayi yang sangat luar biasa. Terasa la kesusahan tu sikit tapi Alhamdulillah saya ada keluarga yang tak pernah tinggalkan saya. Selalu bantu jaga anak-anak,” ujarnya. Untuk rekod Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011. Selain Ayash, mereka turut memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun. Sumber : Mstar

Shuib Selimut Badan Dengan Tudung Isterinya Untuk Lepaskan Rindu Yang Tersimpan. Sekali Ada Yang Perasan Sesuatu Pada Wajah Shuib.

Satu hantaran yang dikongsikan oleh pihak pengurusan penyanyi Allahy4rhamah Siti Sarah di Instagram baru-baru ini menarik perhatian ramai. Di dalam entri berkenaan, suami kepada 4rwh yang juga pelawak dan usahawan, Shuib dilihat mengenakan helaian tudung jenama isteri, Loveta pada bahagian badannya.

Bengkak mata tu

Serentak dengan perkongsian yang sudah pun menerima hampir 70,000 tanda suka itu, para peminat turut menitipkan doa buat kebahagiaan Shuib sekeluarga. “Allahuakbar seb4k… moga Allah SWT angkat kerinduan, kesedihan Shuib. Tak tergambar perasaan, cuma mampu berdoa,” tulis seorang warganet. Bengk4k mata tu. Wajah Jelas menggambarkan kerinduan terhadap isteri,” tulis warganet lain.

“Susah senang senantiasa bersama bila pergi dijemput Illahi rindunya tak terkira. Semoga Shuib tabah. Insyaallah arw4h sedang terseyum gembira di syurga,” antara komen yang diberikan. “Owh ye….patutlah Dek Ta buat mcm tu juga. Ya Allah memang rasa perit kehilangan orang yang paling kita sayangi. Walau pun kita redho, kehilangan tetap kita rasai sehinggalah akhir hayat,” seorang warganet berikan pendapat.






Komen Warganet:


“Aamin. Allah ada dan kami semua ada. Sentiasa mendoakan keluarga ini,” antara kata semangat yang diberikan. Allahyarhamah tinggalkan empat cahaya iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan sebelum pemergiannya. Sumber : MH

Lama Menyepi Shuib Bongkarkan Jalani Pemeriksaan Mental Setiap Minggu. Terkejut Rupanya Sebab Ini.

Hampir tiga bulan pemergiaan isteri, Siti Sarah Raissuddin, pelawak Shuib Sepahtu mengakui masih sukar untuk meneruskan kehidupan sebagai bapa tunggal. Bagaimanapun Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad bersyukur melihat keadaan emosi anak-anaknya masih terkawal.

“Saya akui kesukaran yang saya hadapi sepanjang bergelar bapa tunggal ini adalah emosi. Saya rasa itu yang paling susah untuk saya. “Saya tengok anak-anak saya, Alhamdulillah emosi mereka terkawal tapi saya berbeza sebab saya buat hampir semua benda dengan Sarah.

“Jadi bila dia tiada, saya tak rasa hilang separuh, sebaliknya hilang hampir semua. Maksudnya, dari segi kerjaya dan juga perniagaan sebab kami selalu kongsi banyak perkara. “kalau ada masalah dalam bisnes atau peribadi, saya rujuk pada dia dan begitu juga dengan dia. Jadi bila dia tiada, saya tak tahu mahu rujuk pada siapa,” katanya kepada mStar.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat CVD 19. Sarah menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu yang diberi nama Ayash Affan.

Selain Ayash, Sarah tinggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6. Dalam pada itu, Shuib berkata dia akan menziarahi psra isterinya setiap Isnin dan Jumaat, untuk berkongsi perasaannya.

Dedah Shuib yang masih lagi mengambil tempoh berehat, dia sudah lima bulan tidak masuk ke pejabatnya dan dua bulan tidak bekerja. “Sampai sekarang, bila saya ada masalah, saya tak cakap dengan orang, walaupun dengan mak atau mentua saya, saya hanya boleh pergi ke psra dan berkongsi dengannya.

“Disebabkan itu, setiap minggu saya akan berjumpa doktor peribadi yang menjaga Sarah dulu, untuk memeriksa kesihatan saya. “Lebih kurang pakar psikiatri, ia juga bagi memastikan kesihatan mental saya. Sebab kesihatan mental ini berkait rapat juga dengan emosi dan badan kita.

“Tapi saya bersyukur saya ada keluarga yang sangat baik, yang membantu menjaga anak-anak saya,” ujarnya. Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : mStar

Baru Je Muat Naik Perkembangan Terkini Ayash Affan Untuk Pergi Ke Check Up. Sekali Shuib Ditegur Lepas Muat Naik Foto Tersebut.

Pelawak dan juga pelakon, Shuib Sepahtu, 37, memuat naik hantaran terbaru bersama anak bongsunya, Ayash Affan, akan tanggungjawabnya menjaga anak kecil itu yang tidak sempat merasai kasih sayang seorang ibu kandung.

Perkongsiannya sering mendapat perhatian warganet termasuklah kata-kata semangat daripada pengikutnya yang prihatin akan nasib Ayash. “Jangan cakap kerana anak itu ibunya pergi, tapi cakap, dengan izin Allah, asbab anak itu ibunya kesyurga. Moga membesar dengan baik Ayash.”


Terdapat komen pengikutnya yang mendapat reaksi positif dari warganet yang lain. Rata-rata bersetuju dengan komen itu dan menerima ratusan tanda suka. Sumber : Terengganutv

Comel je Ayash pegang tasbih macam tu. Shuib muat naik video usap Ayash buat ramai yang tersentuh.

Menerusi halaman instagram Shuibsepahtu, beliau ada berkongsi satu klip durasi pendek bersama dengan anak bongsu nya, Ayash Affan. Rata rata pengikut halaman instagram Shuib memberikan kata kata positif buat nya agar sentiasa kuat dalam menempuhi kehidupan.

Namun, Ayash Affan juga dilihat sedang tidur dan dikejutkan oleh Shuib. “Bangun sayang, nanti malam jaga, asyik tido je..” – Shuib

Jom lihat juga apa kata warganet:



Baru sahaja Shuib berkongsi wajah anak nya, beliau sempat berkongsi sedikit kata kata, dan berterima kaskh pada semua yang mendoakan nya. Terima kasih doakan kesejahteraan saya” – Shuib kongsi wajah Ayash Affan.

“Assalamualaikum, nama saya Ayash Affan bin Shamira. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” coretnya ringkas di Instagram. Terdahulu, arwah isteri tercintanya yang juga penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang, pada 6 Ogos lalu. Sumber:IG Shuib

Ini yang satu dunia nantikan. Akhirnya Shuib dedahkan muka Ayash Affan buat ramai yang teruja.

Pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu sebelum ini pernah mengambil keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak bongsunya, Ayash Affan kepada umum setelah mendengar pandangan beberapa kenalan dalam kalangan ahli agama.

Namun pada hari ini, Setelah anak bongsunya itu cukup sebulan,Shuib membuat pengumuman bakal berkongsi wajah  Ayash Affan di media sosial. Sudah pastinya para warganet ternanti-nanti akan kemunculan wajah Ayash Affan yang setelah ditingalkan Siti Sarah.

Assalammualaikum, Nama Sy AYASH AFFAN BIN SHAHMIRA. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya. #AYASHAFFAN

KOMEN WARGANET:


Sumber: Instagram Shuib

Tidur pun ada gaya. Shuib muat naik video gelagat Matin tidur buat ramai yang terhibur.

Cahaya mata ketiga Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enam tahun, kini mendapat perhatian warganet. pelawak Shuib Sepahtu,yang sering berkongsi rutin harian anak-anak dirumah kini sering menjadi perhatian ramai.

Shuib berkongsi satu video yang cukup comel saat Matin sedang lena tidur. Namun apa yang lebih menarik, Cara Matin tidur sungguh pelik dan ianya telah dirakam Shuib. Ade yg tido mcm ni tak? Tak pelikkan tido mcm ni???

KOMEN WARGANET:


Sumber: Instagram Shuib

Ayash sensitif dengan asap dan habuk. Terkini Shuib dedahkan terpaksa undur diri seketika demi Ayash.

KUALA LUMPUR: Pelawak Shuib Sepahtu, 37, berehat seketika daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada anak bongsu, Ayash Affan yang dilahirkan pramatang. Shuib berkata, sejak Ayash pulang ke rumah selepas 38 hari dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, rutin hariannya berubah.

“Sampai bila saya berehat, perkara itu belum pasti lagi. Buat masa ini, saya enggan terbabit dengan komitmen seni kerana tdak mahu menyusahkan syarikat produksi andai terpaksa tarik diri pada saat-saat akhir.

“Selain itu, saya perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal. Ayash pula berkehendakkan penjagaan rapi. “Ayash sihat dan tdak banyak ragam. Tetapi sebagai bayi pramatang, saya sangat berhati-hati kerana paru-parunya belum kuat.

“Ayash sensitif kepada asap dan habuk. Apatah lagi dengan keadaan pandemlk membuatkan saya trauma untuk keluar rumah kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya selepas majlis bacaan Yasin secara maya sempena 40 hari pemergian isteri, Siti Sarah Raissuddin akibat covid 19 pada 9 Ogos lalu, malam tadi.

Selain Ayash, Shuib dan Siti Sarah dikurniakan tiga zuriat iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, yang turut memerlukan perhatian. Shuib bersyukur mendapat bantuan ibu bapa mentua serta ipar duai yang banyak meringankan kerjanya.

Selain itu, tambah Shuib, dia bersyukur tiga anak yang lain meringankan beban menguruskan Ayash biarpun mereka juga memerlukan perhatian. Ditanya apakah dia bercadang mengupah jururawat terlatih untuk mengasuh Ayash, Shuib berkata, dia masih belum bercadang berbuat demikian biarpun beberapa hospital swasta menawarkan khidmat mereka.

Mengenai tindakannya yang belum menunjukkan wajah Ayash melalui foto dimuat naik di media sosial, Shuib berkata, setakat ini dia masih belum bersedia mendedahkan wajah bayinya atas nasihat ustaz. Sumber : Bharian via Era Kini







-----------------------------------------------------------------