Ex Wife PU nekad takkan tuntut banglo. Siap sempat cat rumah sebelum berpisah dan ini yang dia dedahkan.

Business

Ex Wife PU nekad takkan tuntut banglo. Siap sempat cat rumah sebelum berpisah dan ini yang dia dedahkan.

Sebelum ini, kisah pertikaian sebuah rumah banglo milik seorang bekas Pencetus Ummah dan bekas isterinya, Ain telah menjadi perhatian ramai.

Ex Wife PU nekad takkan tuntut banglo. Siap sempat cat rumah sebelum berpisah dan ini yang dia dedahkan.



Bukan itu sahaja, pertikaian tersebut nampaknya tidak berakhir dengan baik kerana masing-masing dikatakan mengambil keputusan untuk membiarkan begitu sahaja rumah banglo milik mereka berdua.

ARTIKEL MENARIK:Inai dijari dan berpakaian serba putih. Video tiktok mirip Tauke Jambu jadi tanda tanya warganet.
loading...


Dah janji tak nak nangis


Baru-baru ini, Ain menerusi IG Story miliknya mendakwa dia telah kembali ke rumah banglo tersebut setelah 9 bulan tidak menjejakkan kaki ke sana. Difahamkan, tujuan Ain ke banglo tersebut adalah untuk mengambil beberapa barang malah wanita ini juga sudah berjanji pada dirinya bahawa dia tidak akan mengalirkan air mata saat berada di rumah itu. Ain mengakui meskipun rumah itu sudah lama tidak dihuni namun segala barangan di dalamnya masih elok kecuali lantai sedikit kotor.

Saya yang cat, saya yang pasang lantai ni. Semua lah saya buat sendiri sebab nak bahagia diri sendiri dan dia. Tapi rupa-rupanya sia-sia. Tak apa lah, Allah nilai semua usaha saya. Saksi adalah anak kami.

Yang paling sebak, sehari sebelum lafaz saya masih sibuk mengemas mengecat ruang ini untuk anak-anak. Allah dah kata sia-sia tapi saya buat juga sebab saya tak tahu benda nak jadi.

Dakwa Ain lagi, meskipun ramai berpendapat bahawa banglo itu wajar dituntut di mahkamah, namun dia mengakui tidak sampai hati menganiaya bekas suaminya. Sebaliknya dia bersyukur kerana bekas suami tidak mengabaikan nafkah terhadap anak-anaknya.

Luahan Ain



Dakwa pihak sana enggan sewakan rumah


Menerusi hantaran terbaru, Ain mendkwa pernah mencadangkan kepada ‘pihak sebelah sana’ supaya menyewakan banglo tersebut. Wang hasil sewaan itu kemudian diberikan kepada anak-anak mereka tapi sayangnya cadangan itu ditolak. Alasannya mereka minta saya balik hujung-hujung minggu untuk tinggal di sini. Kami dah tak ada apa-apa hubungan. Tak logik kan untuk terus tinggal di rumah penuh kenangan buruk ni? Adakah mereka nak koyakkan mental saya?

Dalam kesempatan itu, Ain mendkwa tidak pernah ‘mengharamkan’ bekas suaminya itu masuk ke banglo berkenaan. Sebaliknya, dia hanya tidak membenarkan bekas suaminya itu menetap di rumah itu bersama ‘si dia’. Dakwa Ain, rumah tersebut merupakan hasil titik peluhnya sendiri, oleh itu adalah tidak wajar apabila orang ‘asing’ menetap di situ.

‘Ini last saya cerita pasal rumah tu’







Sumber: Oh Bulan

Mawar Rashid Sebak Suami Beli Rumah Idaman. Sekali Bila Tengok Harga Rumah Buat Ramai Yang Terkedu.

Pelakon, Mawar Rashid tersentuh hati apabila suaminya Raf Yaakob melakukan kejutan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat, semalam. Sempena ulang tahun perkahwinan keempat, pelakon Mawar Rashid menerima kejutan istimewa apabila suaminya menghadiahkan rumah banglo berharga hampir RM2 juta.

Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, dia bersyukur akhirnya dapat memiliki sebuah rumah baharu selepas bekerja keras dalam industri hiburan dan perniagaan selama ini. Ujar Mawar, rumah tersebut merupakan rumah idamannya.

Sangat bermakna

Happy 4th anniversary abang. Thank you buat surprise kat Anje. Tak pernah terfikir abang akan buat surprise macam ni. Sangat meaningful. Ada hikmah rumah yang dulu bukan rezeki kita, Anje lagi happy dapat beli rumah yang ni sebenarnya sebab rumah ni hasil titik peluh kita berdua. Kita saja faham betapa strugglenya kita, kerja siang malam, ups & down kita, struggle nak bahagikan masa lagi, struggle benda lain lagi.

Tapi Syukur Alhamdulillah impian kita dah tercapai nak rumah idaman kita. Pelakon berusia 26 tahun itu memuat naik satu video kejutan di laman Instagramnya yang memaparkan dia dibawa oleh suaminya ke rumah tiga tingkat berkenaan sebelum dihadiahkan sejambak bunga.

Lebih tersentuh, Mawar teringat momen Raf melutut sambil menghulurkan sebentuk cincin kepadanya ketika hari melamar pada tahun 2017. Anje appreciate sangat effort abang. Thank you abang buat Anje happy sangat. Kenangan yang Anje tak akan lupa. Abang ni romantik betul dari dulu sampai sekarang tak berubah. Anje macam biasa la. Akan speechless sebab terkejut plus happy.

Dulu tu masa propose memang la sweet tapi Anje macam tak ada perasaan sangat, dia macam blur sebab baru kenal abang beberapa bulan kan. Tapi surprise yang ni perasaan Anje tak macam dulu, sekarang ni dia macam feeling lebih sikit, cepat tersentuh sebab dah makin kenal abang, dah makin sayang abang.

Kita pun dah go through macam-macam together. Ujar Mawar, kejutan yang dilakukan oleh suaminya itu tidak akan boleh dilupakan sampai bila-bila. Tambahnya, dia berasa sangat tersentuh selepas melihat hasil usaha dan kerja keras suaminya selama ini. I just want you to know that I Love you so much and I wanna grow old with you. Thank you sebab sentiasa nak jadi suami, ayah dan insan yang terbaik to all of us. Sumber: Mawar Rashid

Walaupun Umur 2 Tahun Dia Dah Mula Belajar Macam Macam. Mawar Rashid Hantar Anak Ke Tadika.

Mawar dan Raf sudah menghantar anaknya yang berusia dua tahun ke tadika. Sama seperti ibu bapa yang lain, pelakon Mawar Rashid mengakui berasa bimbang untuk menghantar anak sulungnya ke tadika dikala pandemik Covid-19. Namun perasaan itu hilang selepas Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid memastikan keselamatan di tadika tersebut terjaga.

“Syukur anak saya dah mula masuk ke tadika semula… sejujurnya memang risau tapi saya memang akan pastikan keselamatan di tadika itu. Sebelum itu, saya ada bertanyakan pihak tadika macam mana keadaan dan mereka pun ikut SOP yang ditetapkan. Mereka pun tak campurkan ramai murid. Selain itu, saya akan pastikan dalam kelas tak ramai. Dalam satu kelas pun hanya ada dalam tiga orang budak sahaja dengan seorang cikgu,” katanya. Sebelum ini, Mawar ada berkongsi video anak lelakinya iaitu Raden Muhammad Rafael yang berusia dua tahun teruja untuk kembali ke tadika.

Saya percaya pendidikan untuk anak-anak sangat penting.

Dalam pada itu, pelakon filem Bu, Kasih Suci ini memberitahu biarpun anak masih kecil namun baginya tidak salah untuk menghantar anaknya belajar pada usia baharu dua tahun. “Bagi saya, usia dua tahun itu bukan lagi kecil sebab anak saya dah mula nak belajar macam-macam. Saya percaya pendidikan untuk anak-anak sangat penting. Sebab itu saya mula hantar dia ke tadika. Sebagai ibu bapa, tak ada rasa membazir pun hantar anak ke tadika walaupun baru berusia dua tahun.

“Kalau belajar secara online itu berbeza… kalau pergi tadika, dia datang juga rasakan suasana di sekolah,” ujarnya. Mawar berkahwin dengan Raf Yaakob pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua anak iaitu Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun. Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6. Sumber : Mstar

Ibu Dedah Anak Lari Ketakutan Semata Mata Sebab Kening. Rupanya Ini Yang Berlaku Sampaikan Ibu Tidak Tahu Nak Respon Apa.

Kanak-kanak berusia enam tahun ini mencukur keningnya beberapa hari sebelum sambutan Aidilfitri. Bayangkan hanya tinggal beberapa hari lagi nak raya, tapi kening hilang sebelah! Itulah yang terpaksa dihadapi Nur Auni Saffiya Kameri yang berusia enam tahun apabila sifat ingin tahu akhirnya memberi pengajaran dalam dalam hidupnya.

Berkongsi kisah ini, ibu kanak-kanak berkenaan, Nur Farhana Kathan, 25, berkata kejadian berlaku dua minggu sebelum Aidilfitri baru-baru ini apabila anaknya itu sedang mandi bersendirian. “Saya panggil dia suruh mandi cepat sikit, dia jawab ya kejap, lepas tu tiba-tiba dia keluar bilik air lari dengan muka pucat ketakutan,” ceritanya yang menetap di Melaka. Menurut Nur Farhana yang juga seorang suri rumah, anaknya itu rupa-rupanya berjaya memanjat mangkuk tandas di bilik air untuk mengambil pisau cukur milik bapanya serta mencukur licin kening sebelah kiri.

“Bila saya tengok, Ya Allah Auni, terkejut sebab kening sebelah kiri memang habis kena cukur, saya tak tahu nak gelak ke nak menangis. Saya ada tanya dia kenapa dia cukur kening tapi dia jawab tak tahu, memang dia tak nak beritahu kenapa. Saya cakap dekat dia tengok apa dah jadi bulu kening dah hilang, awak tu perempuan, lepas tu dia menangis, terus saya tak jadi nak marah,” katanya.

Menurut Nur Farhana keadaan keningnya yang ‘botak’ itu menyebabkan anaknya berasa malu untuk ke sekolah atau keluar bermain bersama rakan-rakannya. “Dia nak pergi sekolah tapi malu, jadi dia asyik menangis je sampai saya dah tak tahu nak pujuk macam mana. Saya beritahu cikgu, dia segan takut kena ejek kemudian cikgu suruh lukis kening dia.

“Bila saya dah lukis kening baru dia senyum dan nak pergi sekolah tapi dia tak sedar bila balik sekolah selalunya kening saya lukis tu dah hilang, nasib baik juga kawan dia tak ejek. Dekat rumah, dia tak nak keluar walau depan rumah sebab malu… dia tengok je kawan-kawan main melalui tingkap. Lepas tu dia tengok cermin sambil menangis cakap nak kening dia balik,” katanya.

Menyesali perbuatannya serta-merta, Nur Farhana berkata anaknya berjanji untuk tidak bermain dengan barangan tajam lagi. “Lepas hilang kening ni dia menyesal, katanya tak nak main benda tajam lagi sebab nak keluar rumah pun dia malu. Memang murung betul dia sepanjang kening dia tak ada tu,” katanya.

Saya panggil dia suruh mandi cepat sikit, dia jawab ‘ya kejap’, lepas tu tiba-tiba dia keluar bilik air dia lari dengan muka pucat ketakutan. Menurut Nur Farhana kening anaknya kini telah tumbuh semula seperti sediakala selepas lebih kurang sebulan. “Mula-mula tu saya letak Vaseline, menjadi juga… dalam seminggu dah nampak bulu-bulu halus tumbuh, mula-mula risau juga ingat kening dia dah tak akan tumbuh lagi,” katanya. via Era Kini


-----------------------------------------------------------------