Hati wanita mana yang tidak hancur apabila suami yang diharapkan dapat menjadi ketua keluarga pergi meninggalkan pasangan ketika sang isteri sarat mengandung anak mereka.
Lebih menyedihkan apabila lelaki tersebut sedang hanyut bersama skandal baru sedangkan isteri bersusah payah menjaga anak yang masih kecil dalam keadaan hamil.
ARTIKEL MENARIK:Isteri terpaksa kuat untuk tanggung makan minum suami selama 3 tahun. Sekali terkejut bila terjumpa akaun suami ada RM100k dan ini jawapan suami bila ditanya.
Suami didakwa check-in hotel dengan skandal
Hal ini diluahkan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Eliya Syafira apabila memuat naik gambar suaminya bersama seorang perempuan lain sehingga didakwa ke bilik hotel.
Eliya turut menyertakan beberapa bukti sang suami bersama perempuan lain. Tak hanya itu, skandal suaminya juga mengikutinya di media sosial.


Selepas perkongsian dari Eliya Syafira itu tular, lelaki tersebut telah tampil mempertahankan dirinya apabila membuat ‘penjelasan’ berkenaan isu rumah tangganya.
Suami kata dif1tn4h isteri.
Menurut lelaki berkenaan, dia sudah berpisah dengan isterinya buat kali pertama kira-kira 3 bulan lalu dan sekali lagi melafazkan t4l4k 3 pada 4 November 2021.
Dalam pada itu, dia menafikan dirinya menduakan dengan wanita lain kerana berkenalan dengan wanita tersebut selepas berpisah. Dia juga mendakwa isterinya membuat fitnah terhadap dirinya dan memaklumkan Eliya ‘9il4 mer0yan’ kerana mereka sudahpun tidak mempunyai sebarang hubungan lagi.

Dah buat laporan polis
Dalam pada itu, lelaki berkenaan juga telah membuat laporan polis berhubung ‘fitnah’ yang didakwa dilakukan isteri sehingga membuka aib rumah tangga.
Tak hanya itu, di juga memuat naik perbualan bersama selepas isu ini viral di Facebook.

Makwe tak ada niat nak rampas hak orang
Selain dari lelaki tersebut, wanita yang dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pasangan berkenaan juga tampil membuat penjelasan di media sosial.
Wanita itu menafikan sekerasnya telah check-in bilik hotel bersama suami orang dan menganggap perkara tersebut adalah fitnah yang berat.
Walau bagaimanapun, dia mengaku mengenali suami Eliya namun hanya mengenali lelaki tersebut selepas pasangan berkenaan didakwa berpisah.

Diakhir penulisan ‘skandal’ lelaki itu, dia sama sekali tidak berniat mahu merampas hak orang dan sedar kesilapannya berkawan tanpa menyelidik status individu tersebut.
Jadi dia memohon agar Eliya Syafira supaya memadam status berkenaan akaun media sosialnya kerana sudahpun membuat laporan polis bagi melindungi keselamatan diri.
Tunjuk bukti, baru sahaja dit4l4k tiga
Bengang dengan kenyataan dari suaminya, wanita hamil tersebut sekali lagi memuat naik kenyataan dengan memaklumkan yang sebelum ini mereka bahagia sahaja dan baru kelmarin (4 November 2021) dia dit4lak tiga oleh lelaki itu.
Dia juga menjelaskan hubungan perkahwinan mereka baru sebulan dua berantakan dan media sosialnya disekat oleh suami sehingga terpaksa menghubungi orang lain untuk memintanya membelikan susu anak.


Muat naik pertama Eliya Syafira itu telah mendapat lebih daripada 3 ribu tanda suka dan 7 ribu perkongsian semula di Facebook kerana ramai yang geram dengan sikap buruk yang dilakukan oleh suaminya.
Lebih membuatkan netizen sakit hari adalah wanita tersebut dalam keadaan hamil 6 bulan dan telah dipisahkan disamping perlu menjaga anak sulung yang baru berusia 11 bulan.
Sumber: Facebook Eliya Syafira.
Kredit -Era Kini

