Ramai Syak Jihan Tengah Hamilkan Anak Kedua. Sekali Ini Jawapan Tuan Punya Badan.

Business

Ramai Syak Jihan Tengah Hamilkan Anak Kedua. Sekali Ini Jawapan Tuan Punya Badan.

“Jihan ada baby ker tu?” demikian persoalan segelintir warganet apabila melihat perubahan badan hos Gegar Vaganza 8 (GV8), Jihan Muse ketika mengacarakan rancangan terbabit pada Ahad.

Ramai Syak Jihan Tengah Hamilkan Anak Kedua. Sekali Ini Jawapan Tuan Punya Badan.



Turut menciap kenyataan sama adalah produser drama Tikam, Michael Ang. Tulisnya di Twitter; “Jihan Muse mengandung ke?” Tambah mengukuhkan spekulasi apabila dres hijau yang dipakai seakan-akan cuba menyembunyikan saiz perutnya.

ARTIKEL MENARIK:Lama menyepi sekali ada yang bongkarkan Mira Filzah kini sedang berbadan dua. Terkejut tengok ini yang individu ini bongkarkan.
loading...


Menjawab spekulasi itu, kata Jihan dia belum lagi hamil namun sedang merancang untuk menimang cahaya mata kedua. “Kita nak, doakanlah kita pregnant. Tapi sebab look a like kan? Nak buat macam mana, naiklah (badan) PKP ni. Tak ada. “Belum lagi… Tak betullah, tapi kita nak doa tu sebab memang nak (hamil). Kita aminkan je lah. Kalau iya, sayalah orang pertama canang. Kita tengoklah mana yang terbaik, insya-Allah. Akan kongsi… Cuma belum lagi. Yang ni bukan…,” katanya.


Tambah Jihan lagi, dia pernah mengambil pendekatan untuk tidak ghairah berkongsi perihal kehamilannya ketika kali pertama hamil empat tahun lalu. “Masa hamil kali pertama dulu ketika empat bulan pertama tu saya tak umum. Sebab kita tak tahu kan, masih di peringkat awal,” ujarnya. Disebabkan cakap-cakap orang berdasarkan penampilannya pada malam konsert pertama GV8, Jihan juga enggan menyalahkan pereka fesyennya yang mungkin mencetuskan bualan ramai. “Saya tak nak salahkan designer. Tapi kita cuba carry semampu kita, kadang-kadang tak boleh carry dik. “Di patung dan gambar cantik… Tapi tak nak salahkan orang, salahkan badan sendiri. Tapi saya menantikan cahaya mata baharu, anak sulung dah masuk empat tahun dan saya pun dah nak masuk 40 tahun. Kita tunggulah, belum rezeki lagi. Doakanlah… Saya tak terasa pun sebab mengandung tu benda baik. Mana tahu ramai-ramai yang tweet tu lebih 40 orang menjadi satu doa, saya aminkan saja. Kita dah kahwin aminkanlah, kalau kita tak kahwin seram,” tambahnya sambil berseloroh.


Jihan telah mendirikan rumah tangga bersama Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama Ungku Arsalan Haq, 4 tahun. Sementara itu, konsert pertama GV8 membuka tirai pada 21 November dengan menampilkan 13 persembahan setiap bintang yang bertanding. Aliff Aziz diumumkan sebagai bintang yang menduduki tangga pertama manakala Datuk Fazley Yaakob berada di kedudukan terakhir. Sumber : Gempak

Macam Terlupa Tengah Hamil. Tidak Dapat Rehat Secukupnya. Ernie Zakri Alami Masalah Kesihatan.

Penyanyi popular Ernie Zakri mengakui dia kadangkala terlupa dirinya kini sedang hamil. Akibat terlalu sibuk menyelesaikan tuntutan kerja, dia tidak mendapat rehat yang cukup hingga menjejaskan kesihatan dan kandungannya.

Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri berkata kini kandungannya sudah mencecah usia lima bulan, alahan sudah tidak ada cuma bila terlalu penat, badannya akan beri warning agar berehat.


Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Ku Bersuara itu memaklumkan sudah dua hari dia berehat di rumah dan berasa lega dan makin pulih, mungkin kerana kepenatan bekerja. Ernie yang sebelum ini berkata dirinya sangat aktif, boleh membuat dua tiga kerja dalam sehari dan boleh duduk di set berbelas jam. Saya dah macam terlupa yang saya tengah mengandung dan masih in denial rasa boleh aktif macam dulu… jadi selepas ini saya kena beringatlah. Ernie, 29, berkata keadaan kesihatannya kurang baik kerana tidak mendapatkan rehat yang secukupnya.

Menerusi hantaran InstaStory, Ernie yang baru pulang dari Kuala Lumpur dari Pulau Pinang perlu bekerja keesokkan harinya. Dia mengakui dia perlu perlahan-lahan menerima keadaannya tidak sama seperti dulu. Sekarang dia perlu memilih kerja bagi menjaga kandungannya. Rasanya saya patut dengar badan saya, mesti baby pun sedih ibu tak rest semalam.

Dalam pada itu, Ernie memberitahu dia sudah membuat pemeriksaan dan mendapatkan nasihat doktor mengenai keadaan kesihatannya. Justeru itu, dia akan lebih berpada-pada bekerja dan akan mengutamakan kesihatan bayi dalam kandungan. Sumber: Beautifulnara.

Belum lagi mengidam benda pelik pelik. Tapi ada satu benda yang jadi rutin Ernie.

Penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri mendedahkan yang dia tidak mengalami sebarang rasa alahan melampau atau mengidam makanan serta benda yang pelik. Namun, pelantun lagu Gundah itu mengakui lebih kerap mendengarkan lagu-lagu sedih sepanjang empat bulan kehamilannya ini.

“Saya sendiri tidak pasti kenapa saya kerap mendengarkan lagu-lagu sedih sepanjang kehamilan. Benar, lagu-lagu saya kebanyakannya bergenre balada yang sedih. Tetapi, tidaklah saya dengar lagu sedih dengan kerap sewaktu sebelum hamil,” katanya kepada Gempak sambil tertawa kecil.




Begitupun, Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, berkata, emosinya tidak terganggu walaupun selera muziknya berubah. “Walaupun suka mendengar lagu-lagu seperti itu, tetapi saya dan kandungan tidak dipengaruhi dengan emosi sedih. Semuanya baik-baik belaka, alhamdulillah,” tutur Ernie positif.


Dalam perkembangan lain, Ernie memberitahu yang dia kini sudah bersedia untuk kembali bekerja. “Saya sudah mula beli baju dan seluar baharu sebab pakaian lama sudah tidak muat. Lagipun, saya akan kembali bekerja semula untuk melunaskan segala projek yang tertangguh sebelum ini. Selain itu, saya akan memasuki studio rakaman untuk merakamkan single terbaharu. Insya-Allah kalau ikut jadual, lagu yang masih belum diberi judul tersebut akan dilancarkan beserta klip video pada Disember kelak. Saya harap, lagu tersebut boleh menjadi ubat rindu peminat yang menantikan buah tangan terbaharu sejak single Boneka,” ujar Ernie.

Ditanya adakah Ernie risau jika kemampuan untuk menyanyi akan berkurang saat selepas dia melahirkan anak kelak, jawab Ernie: “Jujurnya, penyanyi perlu sentiasa berlatih agar kemampuan nyanyian sentiasa berada pada tahap yang baik. Bagi saya, tempoh berpantang selama 40 hari merupakan masa yang agak lama buat seseorang penyanyi itu ‘berehat’. “Tapi saya yakin, dengan adanya teknik latihan yang betul, seseorang penyanyi itu mampu menyanyi dengan baik walaupun selepas bersalin,” katanya lagi.

Ernie mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Syamel pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam Selangor. Jika mengikut perkiraan, Ernie dijangka akan melahirkan cahaya matanya pada Mac tahun depan. Sumber : Gempak

Lama meneyepi akhirnya Ernie Zakri umum berita. Rupanya dalam diam Ernie dah hamil.

Ernie Zakri-Syamel umum berita gembira, Tahniah Buat Ernie Zakri dan Syamel. Lama meneyepi akhirnya Ernie Zakri umum berita. Rupanya dalam diam Ernie dah hamil.

Pasangan sama cantik sama padan, Ernie Zakri dan Syamel sememangnya antara pasangan selebriti yang mempunyai peminat tersendiri. Selamat bergelar pasangan suami isteri pada Mac lepas, ramai yang menanti ‘khabar gembira’ daripada mereka supaya dapat menambah ahli baru dalam keluarga.

Selepas beberapa ketika bermain teka-teki, akhirnya Ernie dan Syamel seolah ingin memaklumkan yang mereka bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi menerusi perkongsian masing-masing di Instagram.


Keduanya menulis kapsyen ringkas dengan mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T diatas rezeki yang diberikan kepada mereka. Pasangan ini juga memohon agar segala urusan mereka dipermudahkan. Susulan daripada perkongsian tersebut, Intagram Ernie dan Syamel ini telah menuai ucapan tahniah daripada rakan selebriti, kenalan rapat serta peminat yang sentiasa mendoakan mereka.


Tahniah Ernie Zakri dan Syamel. Sebelum ini, penyanyi Ernie Zakri pernah menafikan desas-desus yang mendkwa dia kini sedang berbadan dua. Nampak baby bump?

Bagaimanapun lain pula cerita hari ini. Hantaran video yang dimuat naik di Instagram (IG) Ernie seakan mengukuhkan dkwaan tersebut benar apabila jelas memperlihatkan ‘baby bump’. Walaupun dalam rakaman itu pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri memilih mengenakan pakaian warna hitam namun ia tidak dapat menutupi sosok tubuhnya.

Kawan selebriti pecah lubang. Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mula tinggalkan komen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar urusan Ernie dan suami, Syamel dipermudahkan Allah.

@elfiraloy: I can see already, ahhh cute! @idayuofficial: Jalan slow slow adik ye. “@adeldraadell: Baby bump ke tu? “@azreennnnnnnn_: Kalau kata buncit tipulah.. Sis Erni ni kecik molek orangnya.. Takkan buncit macam tu.. mesti ada something ni.

Sehingga artikel ini d

Terdahulu, menerusi satu temu ramah pada 26 Ogos, pasangan sejoli ini menyatakan mereka tidak akan berahsia sekiranya mempunyai khabar gembira. Untuk rekod, Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncah Alam, Selangor. Sumber : https://livenewszone.com via Era Kini


-----------------------------------------------------------------