Lebih 10 hari ibu dan ayah pergi menghadap ilahi. Ini keadaan terkini anak Allahyarham Vanessa Angel dan suami.

Business

Lebih 10 hari ibu dan ayah pergi menghadap ilahi. Ini keadaan terkini anak Allahyarham Vanessa Angel dan suami.

ANAK tunggal Allahyarham Vanessa Angel dan Febri Andriansyah iaitu Gala Sky Andriansyah dilaporkan berada dalam keadaan baik selepas 10 hari insiden yang meragut nyawa kedua ibu bapanya itu.

Lebih 10 hari ibu dan ayah pergi menghadap ilahi. Ini keadaan terkini anak Allahyarham Vanessa Angel dan suami.



Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh adik Febri iaitu Fuji di aplikasi TikTok, kanak-kanak lelaki berusia setahun itu kelihatan ceria dan sudah boleh menari bersama ibu saudaranya.

ARTIKEL MENARIK:Dikritik oleh ustaz dan ustazah jadian kerana berpurdah. Linda Rafar mohon beri ruang dan jangan mudah menghukum.
loading...


Dalam video berdurasi kurang 20 saat itu, Gala memakai baju merah sambil menghisap puting dipangku oleh Fuji menari mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Meskipun balutan luka di bahagian mata sudah dibuka, namun masih terlihat jelas kesan bengkak pada wajah Gala.

Video terkini yang dikongsi oleh Fuji itu menerima lebih 30 juta tontonan di aplikasi TikTok.

Rata-rata pengikut meluahkan rasa lega dan senang melihat perkembangan terkini kanak-kanak lelaki itu.

Video:

https://www.instagram.com/tv/CWSaHUWp6nN/?utm_source=ig_web_copy_link


“Alhamdulillah Gala sudah mula ceria, senang sangat tengok Gala happy macam ini.

“Gala anak yang kuat, semoga membesar sihat meskipun tanpa ibu dan ayah di sisi,” antara komen netizen.

Pada 4 November lalu, pasangan selebriti Vanessa Angel dan suami Febri atau Bibi terbabit kejadian yang tidak diingini di Tol Jombang-Mojokerto.

Kedua-dua pergi menhadap ilahi di tempat kejadian, manakala Gala Sky, pengasuh dan pemandu kenderaan selamat.-Sumber: Mstar

Ramai Yang Tampil Tawar Diri Nak Jaga Anak Vanessa. Sekali Datuk Pulak Tampil Beri Amaran Macam Ni.

Ramai mahu jadikan cahaya mata Vanessa dan Febri sebagai anak angkat. Ibu mentua kepada Allahyarham Vanessa Angel iaitu Dewi Zuhriati mendedahkan ramai pihak tampil menyatakan hasrat untuk menjadikan cucunya Gala Sky Andriansyah sebagai anak angkat. Ibu Febri Andiansyah ini bagaimanapun berkata dia menolak tawaran tersebut kerana mahu membesarkan sendiri cucu lelakinya itu.

“InsyaAllah kita sanggup membesarkan Gala, kami akan mengasuhnya hingga dia dewasa. InsyaAllah sampai mavt kami menjemput, Gala akan bersama kami,” kata Dewi seperti dilapor portal Tabloid. Dalam pada, Dewi berkata semua harta peninggalan dan wang simpanan milik 4rwh dan suami akan digunakan untuk masa depan Gala.

“Kita sangat berterima kasih dengan orang ramai yang bersimpati dengan cucu saya. Seandainya ada peninggalan (harta) dari 4rwh ibu dan ayahnya, kita akan guna untuk tabungan masa depan Gala… semua orang sayang Gala,” ujarnya.

Sementara itu, bapa Vanessa iaitu Doddy Sudrajat meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak mengambil kesempatan menjadikan Gala sebagai konten media sosial. Justeru itu, dia memohon orang ramai tidak lagi memuat naik foto atau video Gala tanpa kebenaran.

“Saya mohon jangan eksploitasi anak kami. Saya tidak ingin anak dan cucu menjadi sorotan kamera dan media. Dia masih belum tahu apa-apa,” katanya. Vanessa dan Febri atau Bibi pergi buat selamanya dalam satu kejadian yang tak diingini jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu. Jasad kedua-duanya diuruskan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan. Sumber : Mstar

Bapa Luah Kecewa Dengan Sikap Pemandu Vanessa Yang Jadi Punca Kejadian. Sekali Ini Yang Dia Buat Lepas Kejadian Sampai Bapa Vanessa Doakan Macam Ni.

Bapa kepada Allahyarham Vanessa Angel, Doddy Soedrajat meluahkan rasa kecewa terhadap pemandu kenderaan yang menyebabkan kejadian tersebut sehingga mengambil nyawa anak dan menantunya. Menurut Doddy, pemandu tersebut yang dikenali sebagai Tubagus Joddy langsung tidak menghubunginya selepas kejadian itu berlaku. Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab itu, Doddy berharap pemandu tersebut menerima hukuman yang setimpal.


“Tiada apa yang boleh saya katakan untuk dia. Biarlah dia mendapat hukuman yang sewajarnya nanti. Benda dah jadi, saya kena terima. Dia tidak pernah menghubungi saya… tapi saya tidak mahu fokus tentang perkara itu,” kata Doddy kepada media menerusi video rakaman di YouTube.






Sebelum ini, media melaporkan pemandu itu didakwa menggunakan telefon bimbit ketika memandu sehingga menyebabkan kejadian tersebut berlaku. Vanessa dan Febri pergi buat selamanya dalam satu kejadian jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu. Anak kepada pasangan tersebut iaitu Gala Sky Andriansyah yang turut berada dalam kenderaan itu mengalami luka pada bahagian wajah dan keadaannya dilaporkan semakin baik. Sumber – Liputan6

Baru Je Tular Vanessa Dan Suami Telah Pergi Buat Selamanya. Kini Bapa Mentua Vanessa Tampil Dedahkan Keadaan Terkini Anaknya.

Jakarta: Anak lelaki 4rwh Vanessa Angel iaitu Gala Sky Ardiansyah yang berusia setahun, masih dirawat akibat mengalami lebam serta kelopak matanya perlu dijahit susulan nahas jalan raya, baru-baru ini.  Hal itu dimaklumkan bapa mentua Vanessa iaitu Faisal yang berkata Gala masih ditahan di sebuah hospital di Surabaya untuk rawatan selanjutnya.

“Masih terdapat kesan lebam pada bahagian wajah Gala dan belum sembuh sampai sekarang. Kelopak matanya juga mungkin akan perlu dijahit sedikit. Menurut doktor, bengkak itu boleh hilang dan rawatan lanjut akan diteruskan. Apapun, semuanya mengikut pertimbangan daripada pihak doktor juga,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan pergi buat selamanya selepas terbabit dalam kejadian yang tak diingini jalan raya pada tengah hari, 4 November lalu. Menurut portal berita CNN Indonesia, kejadian itu berlaku di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur.

Di Instagram Vanessa dan suaminya, ramai selebriti terkenal Indonesia memuat naik ucapan takziah atas pemergian mengejut pasangan berkenaan. Antaranya, Ivan Gunawan, Ayu Ting Ting, Ruben Onsu dan ramai lagi. Peminat-peminatnya juga turut meluahkan rasa kesedihan atas berita sedih itu dan ramai yang tidak percaya bahawa Vanessa sudah pergi buat selamanya. Sumber : Hmetro

Sebak Bila Ada Yang Kongsikan Pesanan Terakhir Suami Vanessa Angel Untuk Anaknya. Ini Pesanan Bibi Buat Hari Lahir Pertama Anaknya.

Vanessa Angel dan Bibi Andriansyah pergi buat selamanya dalam satu kejadian yang tak diingini di Tol Jombang arah Surabaya, Khamis (4/11). Ambulans yang membawa jasad Vanessa dan Bibi telah tiba di rumah jasad di Jakarta Barat setelah menempuh perjalanan kurang lebih 11 jam dari Surabaya.

Vanessa dan Bibi diuruskan hari ini di Tempat Persemadian Melaka di kawasan Swadarma, Ulujami. Ketika kejadian itu berlaku, nama Vanessa dan Gala menjadi trending topik di Twitter. Orang ramai turut bersedih atas kehilangan Vanessa dan Bibi buat selama-lamanya dan tinggalkan Gala yang kini baru berusia 15 bulan.


Malah, salah satu klip video ketika Bibi dan Vanessa menjadi bintang jemputan di saluran YouTube CURHAT BANG Denny Sumargo kembali viral. Dalam video itu, Bibi nampaknya telah tinggalkan mesej untuk Gala pada hari lahirnya yang pertama. Mesej itu akhirnya disampaikan oleh Denny Sumargo kerana Bibi tidak dapat bercakap.

“Om Densu mewakili, ya. Dia kata, ‘Gala, nak, orang baik ada masa lalu, orang jahat ada masa depan. Hidup tak boleh berdasarkan apa yang selalu kita fikirkan’,” kata Denny mengikut kata-kata Bibi. Namun, yang lebih menyedihkan warganet apabila mendengar Denny berkata Bibi akan sentiasa ada untuk menemani Gala walaupun sudah tiada di dunia. “Tapi, Gala, kalau terjadi apa-apa dekat kamu, mungkin saya tak boleh ada dan mungkin saya tak akan sentiasa ada, tapi percayalah papa akan sentiasa menemani kamu walaupun papa sudah tiada di dunia ini,” kata Denny.

Seperti yang dilaporkan, terdapat lima orang dalam Pajero Sport berwarna putih ketika terlibat dalam kejadian yang tak diingini. Tiga orang termasuk Gala Sky Ardiansyah, anak tunggal Vanessa Angel dan Bibi Ardiansyah terselamat.
Dua lagi yang turut terselamat iaitu pengasuh bernama Siska Lorenza dan pemandu bernama Tubagus Joddy. Siska luka teruk, manakala Joddy dilaporkan tidak luka. Sumber : Murai.my

Terkejut tengok keadaan kereta Haneesya remuk terkena lori 3 tan. Sekali ini keadaan terkini Haneesya Hanee.

Kereta dinaiki Haneesya Hanee dirmpvh sebuah lori. Pelakon Haneesya Hanee berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kejadian yang tidak diingini di jalan raya ketika menuju ke Bukit Fraser, Pahang pada Sabtu.

Menurut Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan, 21, kereta yang dinaikinya bersama beberapa individu lain dirempuh sebuah lori seberat tiga tan ketika melalui kawasan selekoh tajam.

“Kami dalam perjalanan ke Fraser Hill sebab ada penggambaran. Siapa yang pernah ke Bukit Fraser pasti tahu keadaan jalan nak ke sana. Kejadian tu berlaku ketika di selekoh tajam, jadi ada blind spot… tak nampak kenderaan dari depan,” katanya menerusi perkongsian dia Instagram.

Haneesya turut berkongsi foto keadaan kenderaan jenis Myvi dinaikinya yang remuk di bahagian sisi kanan hadapan. Bercerita lanjut tentang kejadian berkenaan, Haneesya mendkwa lori berkenaan dipandu dalam keadaan laju dan merbahaya. “Lori tu laju, jadi makan jalan ke laluan kami. Bukan sikit-sikit dia makan jalan,” katanya.

Tak ada luka teruk yang berlaku hanya sakit kaki sikit je tapi dah okay

Bagaimanapun Haneesya bersyukur kerana mereka yang turut sama berada di dalam kereta berkenaan tidak mengalami sebarang luka. Dalam pada itu dia turut menasihatkan orang ramai yang mahu melalui lokasi sama agar berhati-hati.

“Sekarang kami sewa kereta satu lagi sebab barang banyak nak bawa. Tak ada luka teruk yang berlaku hanya sakit kaki sikit je tapi dah okay. Kepada anda semua hati-hati kalau lalu kawasan ini sebab keadaan jalan yang tak berapa selamat. Terima kasih kepada yang ambil berat,” ujarnya. Sumber : Mstar

Kredit -Era Kini







-----------------------------------------------------------------