Pesara bingung bank tak dapat jejak status simpanan tetap RM32k yang telah hilang. Sekali jawapan Maybank ni buat ramai tak puas hati.

Business

Pesara bingung bank tak dapat jejak status simpanan tetap RM32k yang telah hilang. Sekali jawapan Maybank ni buat ramai tak puas hati.

Simpanan tetap selalunya dipromosikan sebagai kaedah pelaburan yang mudah dan selamat, tetapi pengalaman yang dihadapi pesara Goh Gaik Siah adalah jauh berbeza.

Pesara bingung bank tak dapat jejak status simpanan tetap RM32k yang telah hilang. Sekali jawapan Maybank ni buat ramai tak puas hati.



Sepanjang tujuh tahun lalu, Goh, 73, telah cuba menjejaki status simpanan tetapnya berjumlah RM32,380, yang didkwanya telah hilang. Pada Jun 2014, dia diberitahu Maybank bahawa tidak ada rekod FD yang dibukanya dengan Maybank Finance Bhd pada 1998, dan bahawa dia mungkin telah mengeluarkan simpanan itu dan terlupa mengenainya.

ARTIKEL MENARIK:Alhamdulillah kali ni kwsp bagi bantuan suri rumah RM480. Rupanya ini cara nak mohon dan buat semakan yang ramailagi tak tahu.
loading...


Sejak Jun 2014, Goh telah beberapa kali bertanyakan mengenai hal itu tetapi gagal mendapatkan maklumat berkenaan status simpanannya, atau sama ada ia telah diisytiharkan sebagai wang tidak dituntut. Goh menulis secara rasmi kepada Maybank pada September 2014 bagi meminta kemas kini, tetapi tiada jawapan bertulis diterimanya daripada bank itu.

“Ini berlanjutan untuk satu tahun lagi. Akhirnya, pada Oktober 2015, saya membuat permohonan kepada bank sekali lagi untuk memeriksa jika FD saya telah diisytiharkan sebagai wang tidak dituntut. Bank memberitahu saya bahawa ia masih tidak dapat mengesan FD saya. Bagaimanapun, saya tidak pernah mendapat sebarang jawapan bertulis daripada Maybank,” katanya kepada Malaysiakini.

Masalah dihadapi Goh mendapat perhatian selepas seorang peguam dilaporkan mendapati RM1 juta simpanan hayat yang disimpan dalam bentuk FD di sebuah bank terkemuka antarabangsa telah hilang. Wang itu didapati dipindahkan ke akaun individu tidak dikenali tanpa pengetahuan atau izin peguam itu, dan portal berita The Vibes melaporkan mengenainya. Ia tidak berkaitan dengan masalah dihadapi Goh, tetapi menyerlahkan isu-isu yang mungkin wujud dalam sistem FD.

‘Tiada makluman pengeluaran’

Kata Goh, selepas 2015, suaminya mengambil alih tugas berurusan dengan pihak bank berhubung perkara itu, tetapi suaminya pergi buat selamanya pada 2019. Dua tahun kemudian, dia sekali lagi cuba mendapatkan kemas kini daripada bank.

“Saya jumpa pegawai bank lain. Setelah memeriksa pada sistem, saya diberitahu mereka masih tidak dapat mengesan FD saya. Eksekutif itu memberitahu saya bahawa mungkin saya terlupa bahawa saya telah membuat tuntutan kepada FD saya atau anak lelaki saya yang mungkin telah berbuat demikian,” katanya.

Goh berkata bahawa anak lelakinya merupakan pemegang akaun bersama FD itu. Bagaimanapun, dia tidak pasti apakah dia atau anak lelakinya boleh membuat pengeluaran daripada akaun itu secara sebelah pihak. Bergantung pada perjanjian yang dipersetujui pihak-pihak, akaun bersama mungkin memerlukan kebenaran kedua-dua pemegang akaun untuk pengeluaran atau hanya salah seorang.

Anak lelaki Goh nafi keluarkan wang dalam akaun FD itu.

“Bagaimana seseorang boleh keluarkan wang saya tanpa sebarang makluman daripada bank? Setelah bertahun-tahun lamanya, bank masih tidak dapat memberitahu saya apa-apa pun,” keluh Goh. Bank harus menyimpan rekod sehingga tujuh tahun. Ini bermakna, mungkin tidak ada sebarang rekod pengeluaran yang berlaku sebelum November 2014.

Maybank: Salah satu dari empat FD di bawah nama Goh dikeluarkan

Ketika dihubungi, jurucakap Maybank berkata mereka masih dalam proses mengesan rekod empat FD Goh, yang ditempatkan di Maybank Finance 20 tahun lalu. Tambahnya, ia telah memulakan penyiasatan untuk menentukan status FD berkenaan, dan telah mengesan salah satu daripadanya. Berdasarkan siasatan, FD berkenaan telah dikeluarkan.

“FD yang dikatakan itu telah ditukarkan kepada FD Maybank (daripada Maybank Finance) dan seterusnya telah di-uplift oleh pelanggan. Memandangkan kekangan kerahsiaan yang dikenakan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, bank tidak dapat mendedahkan lebih banyak perincian tetapi telah memberikan kemas kini yang diperlukan kepada pelanggan,” kata jurucakap itu.

Dalam istilah perbankan, uplift bermaksud mengeluarkan wang daripada FD. Maybank mengambil alih operasi unit perniagaan yang ia miliki sepenuhnya, Maybank Finance pada 2004. Jurucakap itu menambah bahawa ia kini sedang berusaha untuk mengesan dokumen untuk simpanan-simpanan lain dan akan terus mengemas kini pelanggan dengan perkembangan berhubung tiga lagi FD berkenaan.

“Kami menasihati Goh untuk mengingat kembali sekiranya dia mungkin ada membuat uplift FD secara sendiri, dan untuk turut memeriksa dengan pemegang akaun FD lain tentang perkara tersebut”. Maybank berkata ia akan memaklumkan kepada Goh secara bertulis berhubung penyiasatan berkenaan setelah ia siap nanti.

Meskipun proses panjang untuk mengesan wangnya yang didkwa hilang, Goh tidak membuat laporan polis berhubung perkara itu. “Kalau mereka masih tidak memberi kemas kini, maka langkah seterusnya adalah membuat laporan polis,” kata Goh. Sumber: mkini

Ada Yang DM Minta Nombor Akaun Bank. Elyana Pilih Tidak Mahu Menyusahkan Orang Lain.

KUALA LUMPUR: Biarpun belum berjaya mengumpul RM50,000 bagi membeli ubat yang dikatakan berupaya menguatkan antibodi, penyanyi, Elyana, 34, meneruskan sesi kedua rawatan kimoterapi di sebuah pusat perubatan, semalam.

Elyana mengaku sejak berita dirinya buntu hendak membiayai kos rawatan kimoterapi yang mencecah RM250,000 tersebar, dia menerima banyak mesej langsung (DM) daripada pengikut Instagram (IG) yang mahu menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun, kata Elyana, setakat ini dia masih belum berkongsi nombor akaun bank kepada pengikut IG, namun, mengakui membaca setiap DM dilayangkan.

“Saya tidak tahu bagaimana hendak membalas kebaikan pengikut.

“Kebanyakan daripada mereka yang melayangkan DM sama ada ingin menghulurkan sumbangan atau mahu mengambil inisiatif mewujudkan tabung bantuan, tidak dikenali.

“Saya sangat terharu melihat sambutan rakyat Malaysia yang sangat baik. Saya tidak meminta sumbangan daripada mereka, tetapi peminat yang ikhlas hati menawarkan diri membantu.

“Saya tidak mahu menyusahkan orang lain. Sejujurnya, saya malu untuk meminta-minta. Bagi saya, ini adalah ujian hidup saya, jadi biarlah saya hadapi sendirian.

“Namun, saya amat berbesar hati dan bertuah dikelilingi orang yang baik-baik,” kata penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu yang menderita kanser limfoma tahap empat.

Disahkan menghidap penyakit itu kira-kira 10 tahun lalu, Elyana atau nama sebenar, Erneelya Elyana Emrizal, berkata dia hanya berkongsi nombor akaun bank kepada bekas pengurus syarikat rakaman, Sam Samin.

“Sam menghantar pesanan meminta nombor akaun bank daripada saya untuk dikongsi kepada kenalan. Sam kata mana tahu dalam kalangan teman atau orang terdekat, mungkin ada yang ingin menghulurkan sumbangan.




“Namun, setakat ini, saya masih belum memeriksa baki akaun bank terbabit. Kebetulan, saya terlupa kata laluan untuk akaun berkenaan. Saya masih belum sempat pergi ke bank menguruskan perkara itu.

“Berapa banyak sumbangan diberi, secara jujur, saya tidak tahu. Namun, saya teruskan rawatan kimoterapi tanpa ubat itu. Jika kos mencukupi, saya akan gunakan untuk sesi rawatan akan datang.

“Besar atau kecil sumbangan yang diberi, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang atas niat baik mereka,” katanya.

Beberapa hari lalu, melalui IG Story, Elyana merayu ejen insurans tidak mengambil kesempatan atas kesakitan untuk melariskan polisi insurans.

Mengulas perkara itu, Elyana berkata, dia berbicara mengenai kepentingan insurans perlindungan diri sekadar berkongsi pengalaman sendiri.

Namun, Elyana tidak sangka ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan.

“Bagi saya, tidak salah jika ada yang ingin tahu mengenai insurans. Apa yang saya tahu, serba sikit saya kongsi. Tidak sangka pula ada yang merakamkan sesi saya itu dan sebarkan.

“Mereka sanggup sunting dan memasukkan lagu. Seolah-olah saya menjadi jurucakap syarikat insurans.

“Bagi saya, sikap mereka sangat tidak bertanggungjawab. Mereka menggunakan modal saya sakit untuk kesenangan mereka tanpa meminta kebenaran.

“Sudahlah rakaman dibuat dalam keadaan saya tidak bersedia iaitu di atas katil hospital. Saya tidak benarkan sama sekali mereka gunakan saya untuk mengaut keuntungan.

“Mereka yang berbuat demikian tidak sensitif langsung dengan keadaan saya,” katanya.

Elyana juga meminta peminta agar tidak berkongsi kisah individu yang tewas akibat kanser di ruang komen pada akaun IG.

Faham niat mereka berkongsi pengalaman ahli keluarga atau teman rapat yang menjadi korban penyakit itu, namun, ibu kepada dua cahaya mata, Cinta Sumayyah,10, dan Cahaya Ramadhani yang berusia dua tahun ini, menganggap sekarang bukan masa yang sesuai.

Semuanya kerana Elyana sedang menjalani rawatan kimoterapi dan menanggung kesakitan daripada proses itu.

“Saya tahu niat mereka baik. Mungkin sekadar ingin berkongsi mengenai ahli keluarga atau rakan yang tidak mampu bertahan ketika menjalani rawatan kimoterapi.

“Tetapi dalam keadaan saya sekarang, tindakan itu mengganggu semangat dan mempengaruhi emosi saya.

“Ada masanya saya dalam dilema apakah langkah diambil untuk menjalani rawatan kimoterapi betul atau tidak? Apakah selepas ini giliran saya pula tewas ketika menjalani kimoterapi?

“Jadi, kepada orang ramai, nasihat saya, jika ada orang sekeliling sedang sakit, janganlah bawa unsur negatif. Sebaliknya, pupuklah semangat mereka, bukan menjatuhkannya,” katanya. Sumber: Bharian.

Doktor sarankan ambil ubat berharga RM50k untuk kuatkan antibodi. Sekali ada satu benda yang buat Elyana terharu dengan orang ramai.

Penyanyi, Elyana mengakui terharu dengan keperihatinan yang ditunjukkan oleh pelbagai pihak yang ingin membantunya untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung kos perubatan barah limfoma yang dihadapinya ketika ini.

Memetik laporan Kosmo Online, Elyana memaklumkan dia sebenarnya segan untuk menerima sebarang bantuan memandangkan selama ini dia tidak pernah berbuat sedemikian lebih-lebih lagi untuk meraih simpati daripada orang ramai diatas penderitaan yang dialami itu.

“Jujur saya terharu dan tidak tahu nak kata apa. Ramai mesej (DM) saya dalam Instagram nak hulur bantuan selepas berita mengenai kos ubat yang perlu saya tanggung disiarkan. Saya pada awalnya memang tak pernah terfikir atau terlintas apatah lagi mahu meminta belas ihsan daripada orang lain. Tapi malam tadi saya dihubungi bekas pengurus syarikat rakaman sebelum ini, Sam Samin yang meminta kebenaran untuk saya untuk mereka siarkan nombor akaun bank bagi mengumpul dana meringankan beban kos perubatan,” katanya seperti yang dipetik.


Dalam pada itu, penyanyi lagu Tak Tercapai Diakalmu ini turut menambah, dia kini harus menyediakan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil ubat khas secara berkala sebagai salah satu ikhtiar untuk merawat penyakitnya itu.

“Kalau ikutkan, Jumaat ini saya dah kena mula ambil ubat khas berupa antibodi berharga RM50,000 itu. Doktor sarankan kena ambil lima kali ikut jadual ditetapkan. Jujur buat masa sekarang, saya memang tidak ada sumber kewangan sebanyak itu. Jika dana yang dikumpul dan disumbangkan orang ramai itu mencukupi, saya terus akan dapat ubat tersebut. Sebaliknya jika kewangan masih tidak menginzikan, saya tetap akan menjalani rawatan kem0tr4pi seperti biasa dan terpaksa menangguh dulu hasrat untuk mengambil ubat khas tersebut,” katanya lagi.


Sementara itu, Elyana turut memaklumkan ubat khas yang disarankan oleh pihak doktor itu akan bertindak sebagai antibodi hang mampu untuk membina daya ketahanan sehingga 98 peratus.

“Doktor beritahu saya, ubat khas itu berfungsi untuk ketahahanan antibodi hingga 98 peratus dan peluang untuk sembuh daripada barah amat cerah. Ada orang jenis kem0terapi berbeza-beza, macam saya doktor sarankan dan sesuai untuk guna ubat tersebut. Insya-Allah peluang untuk sembuh tu ada,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Elyana ada meluahkan kerisauan mengenai kos rawatan sesi kedua kemoterapi yang menelan belanja hingga RM250,000 bagi keseluruhan lima sesi yang akan dimulakan Jumaat ini.


Sekadar informasi, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mendedahkan tentang penyakit barah limfoma tahap empat yang dihadapinya itu ketika siaran langsung konsert Gegar Vaganza musim keempat pada 2017.

Sepanjang tempoh tersebut, Elyana telah pun melalui pelbagai sesi rawatan sebagai ikhtiar untuk melawan sakitnya itu. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun bank Maybank milik Elyana 114254214344. Sumber: Kosmo Online via Era Kini


Kredit -







-----------------------------------------------------------------