Tak serik untuk berkahwin. Adam AF akui cari pasangan hidup setelah 6 tahun duda.

Business

Tak serik untuk berkahwin. Adam AF akui cari pasangan hidup setelah 6 tahun duda.

Adam akui tidak serik untuk berkahwin walaupun enam tahun bergelar duda. Enam tahun bergelar duda, penyanyi Adam akui tidak pernah menutup pintu hati atau serik untuk mencari pasangan hidup. Adam,38, yang kini mahu dikenali sebagai Pengiran Adam berkata, dia kini sudah bersedia untuk bergelar suami dan menyerahkan soal jodoh itu kepada ketentuan Allah SWT.

Tak serik untuk berkahwin. Adam AF akui cari pasangan hidup setelah 6 tahun duda.



“Tak ada istilah serik, kalau ada jodoh esok pun saya boleh kahwin. Tapi tengoklah dari 2016 saya masih duda sampai sekarang masih tengah mencari.

ARTIKEL MENARIK:Sedang mengupah peguam untuk proses perpisahan anak. Bapa Nynaa Harizal akhirnya tampil mengaku tidak bersalah.
loading...


Memang tak ada serik, jodoh aj4l mavt di tangan Allah,” katanya. Ujar Adam, dia pernah berkenalan dengan seorang wanita namun cinta tersebut putus di tengah jalan.


Adam akui tak serik untuk berkahwin selepas gagal dalam perkahwinan lepas.

“Sebelum ini saya ada berkawan dengan orang lain yang saya berkenan… tapi tak jadi. Ada yang saya minat tapi dia pula tak minat dengan saya, nak buat macam mana kena jujur je la. Adam ​​ ditemui pada majlis pelancaran program realiti TV AlHijrah pada Isnin yang diadakan di sebuah restoran di Oakwood Hotel. Sementara itu, mengulas tentang hubungan dengan bekas isterinya iaitu Fiza Halim, Adam berkata mereka masih mengekalkan hubungan baik.

Tak ada istilah serik, saya kalau ada jodoh esok pun boleh kahwin

“Saya masih berhubung dengan bekas isteri yang mana kami saling bertanya khabar. Cuma ketika dia berkahwin itu, kami berhenti berkomunikasi kerana tidak manis memandangkan dia sudah menjadi isteri orang. Ada sesekali komunikasi, kami akan berkongsi rasa dan bertanya khabar. Malah, anak dia pun pernah menjadi anak saya juga suatu ketika dahulu,” ujarnya.


Adam berkahwin dengan Fiza pada September 2013 dan berpisah pada April 2014.

Sementara itu, mengulas tentang nama baharu Pengiran Adam, katanya, dia mahu memulakan sesuatu yang baharu dan segar dalam industri seni. “Bagi saya Adam sudah tiada dalam industri seni, saya mahu sesuatu baharu dan fresh. Oleh itu saya kini mahu gunakan nama dan keturunan keluarga saya” ujarnya pemilik nama sebenar Mohd Aizam Mat Saman. Untuk rekod, Adam berkahwin dengan Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 39, pada September 2013 dan bercerai pada April 2014. Namun rujuk pada tahun yang sama kemudian pada 28 Disember 2015, pasangan ini bercerai kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam. Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Sumber : Mstar

Cincin Dan Rantai Nikah Dah Beli Lebih Setahun. Lelaki Ini Akhirnya Beranikan Diri Sapa Jodoh Dengan DM.

SIAPA sangka bermula dengan ucapan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ (bermaksud Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang), dua insan dipertemukan jodoh.

Ungkapan pertama itu dihantar seorang jejaka menerusi mesej secara langsung (DM) kepada seorang pengguna akaun Instagram yang kini sah bergelar isterinya.

“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Nurin,” demikian mesej pertama yang dikirim jejaka berkenaan.


Wanita itu, Nurin Syazwani Mohd Rozi berkata, dia dan suaminya bernikah pada 22 Julai lalu selepas empat bulan berkenalan.

Berkongsi pengalaman di awal perkenalan, dia menerima DM pertama daripada suaminya pada 23 Mac lalu yang merupakan rakan sekerja kepada seorang rakan perempuannya.

“Kawan saya yang bekerja satu tempat dengan suami beritahu dia ada kawan lelaki yang dah lama single. Kawan tu juga beritahu suami yang kenalannya iaitu saya juga single.

“Pada mulanya suami teragak-agak bila tengok akaun Instagram saya ada ramai followers sedangkan dia rasa diri dia biasa-biasa je,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Nurin, katanya, dia juga pada mulanya agak keberatan untuk berkenalan memandangkan usianya yang begitu muda baru 22 tahun, manakala suaminya berumur 29 tahun.


“Sebelum kenal suami, saya tak pernah kenal dan rapat dengan orang yang jauh lebih tua. Kawan saya tu kata, kenal-kenal dulu kalau selesa, baru teruskan.

“Saya mula-mula segan nak chat dengan dia. Perjumpaan pertama kami pun beramai-ramai pada 29 Mac, seminggu selepas tu baru first date,” ujarnya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, ketika janji temu pertama mereka dia turut membuat panggilan video dengan ibu bapanya yang berada di kampung.

“Masa saya buat video call dengan mak ayah, dia perkenalkan diri. Secara kebetulan ayah saya kenal ayah dia. Ayah beritahu ayah dia orang baik-baik,” katanya sambil menambah suaminya berasal dari Kota Bharu.

Nurin berkata, dalam diam-diam suaminya mengambil hati ibunya selepas meminta izin utnuk mendapatkan nombor telefon bagi menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

“Sebelum ni kalau saya cakap pasal kahwin, mak tak bagi. Bila dia dan mak dah selalu bermesej, mak beritahu saya dia budak baik… jangan permainkan perasaan dia,” katanya yang dirisik oleh keluarga suaminnya beberapa minggu sebelum mereka bernikah.

Dia lelaki pertama mesej saya dengan ucapan Bismillah dan Assalamualaikum. Bila dah jodoh, kejap je kenal. Allah permudahkan.

Suaminya Mohamad Zdiadu Syukran Abdul Halim yang merupakan jurujual di sebuah kedai emas di Bangi, Selangor disifatkan sebagai seorang yang matang, penyayang dan merendah diri serta mudah bergaul sekali gus membuatkan dirinya mudah berasa selesa.

“Suami rajin membuat simpanan sebelum kahwin sebab tu boleh kahwin secepat itu. Cincin dan rantai tangan nikah pun dah beli lama lebih setahun, cuma dia tunggu siapa jadi isteri dia,” katanya sambil menambah suaminya juga seorang pemalu.


Walaupun tempoh perkenalan singkat, Nurin yang kini bergelar suri rumah bersyukur segala urusan dipermudahkan sehingga mereka sah bergelar suami isteri.

“Dia lelaki pertama mesej saya dengan ucapan Bismillah dan Assalamualaikum. Bila dah jodoh, kejap je kenal. Allah permudahkan bila kita berusaha perbaiki diri dan mendekatiNya.

“Kalau Allah tak izin kita kahwin, mungkin ada kurang kat mana-mana pada diri kita. Kalau kita dah bersedia, perjalanan untuk berkahwin itu dipermudahkan insyaAllah,” katanya. Sumber:Mstar.

Zakir Naik Cari Jodoh Untuk Anak Tapi Kriteria Calon Pula Buat Warga Perempuan Turn Off.

Dr Zakir Naik merupakan tokoh ilmuwan yang sangat disegani. Beliau juga amat aktif dalam aktiviti dakwah dan siapa sangka menerusi dakwahnya, ramai yang mula terpaut hati untuk mengenali Islam lebih dekat.

Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu bahawa Zakir naik mempunyai anak lelaki bernama Fariq Naik yang juga merupakan seorang penceramah hebat seperti bapanya. Bak kata pepatah Melayu, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.



Zakir Naik cari calon isteri untuk anak

Namun, apabila anak bujangnya telah menginjak dewasa, Zakir Naik berhasrat untuk mencarikan calon bakal isteri pula untuk Fariq yang mana hasrat itu juga telah diwar-warkan di media sosial.




Kriteria calon buat warganet tepuk dahi

Dalam hantaran yang dikongsikan oleh pemilik akaun Twitter bernama @JalalMisai_2 menyaksikan beberapa kriteria yang digariskan oleh tokoh ilmuwan itu.

Disusuli dengan risalah tersebut, Zakir Naik turut berharap agar orang ramai tidak keberatan untuk terus menghubungi nombor tertera atau mengantar ‘resume’ sekiranya berminat.

“Terlalu hebat bakal isteri”

Susulan perkara tersebut, tak dinafikan rata-ratanya mula meninggalkan komen seperti mengeluh dengan kriteria tersebut. Barangkali terasa seperti memikul batu yang berat.



 Bagaimanapun, tiada yang mustahil kerana apabila sudah sampai serunya, jodoh itu pasti akan hadir pada waktu yang telah ditentukan. Selain itu, rata-ratanya turut berharap agar hasrat murni tokoh itu dipermudahkan.


Kredit -Era Kini







-----------------------------------------------------------------