Penyanyi Datin Alyah sudah terbiasa dengan rutin kesibukan suaminya, maestro muzik Datuk Ramli MS yang akan terbatas ruang waktunya setiap kali tiba musim Gegar Vaganza (GV). Jelas Alyah,
program realiti hiburan tahunan itu sudah menjadi sebahagian rutin dalam kehidupan rumah tangganya bersama Ramli. Malah, Alyah turut menyokong rakan seperjuangan yang turut sama bertanding dalam program itu.
ARTIKEL MENARIK:Lepas 3 bulan pemergian Siti Sarah Shuib kongsikan perbualan terakhir isteri sebelum dia diturkan. Sarah sempat minta ni pada Shuib.
Jarang dapat makan luar sama-sama. Iyelah, kata orang ia acara tahunan. Jadi jadual Tok Ram agak padat sebab bermula Selasa, dia akan sibuk untuk persiapan konsert minggu seterusnya. “Saya sedia maklum dengan situasi itu. Malah Aqil (anak saudara) yang sering isi masa bersama kami pun sudah faham. Bila ada sahaja iklan GV di kaca TV, dia akan cakap ‘uncle’ sibuk, tak boleh bawa jalan-jalan. Untuk ubati rasa rindu, mereka akan ‘video call’.
“Tapi saya percaya bukan Tok Ram saja yang sibuk, artis bertanding dan produksi pun turut sama beri komitmen yang tinggi. Masing-masing cari rezeki,” katanya. Alyah ditemui pada majlis memeterai perjanjian antaranya dan Kamya Glow di Kamya Glow di Bukit Jelutong, Selangor, pada Jumaat.
Sesi tersebut dilihat sebagai satu langkah mengembangkan kolaborasi perniagaan Datin Alyah bersama Kamya Glow di dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Bintang asal Johor ini juga percaya semua orang sukakan kecantikan. Oleh itu, kandungan ekstrak dan organik yang baik menerusi Kamya Glow serta kolagen marin di dalamnya dapat membantu menyelesaikan masalah kulit kusam, jeragat, jerawat, parut hitam dan sebagainya.
Sementara itu, majlis sama turut melancarkan kempen ‘Mencari Wajah Kamya’ yang mana 30 pengguna baik lelaki atau wanita akan dipilih untuk menggunakan produk Kamya Glow selama sebulan secara percuma. Lalu, 10 pengguna bertuah akan memenangi hadiah berbentuk emas (gold bar), voucher membeli-belah dan hadiah utama berupa percutian ke Langkawi.
Informasi lanjut mengenainya boleh diikuti menerusi laman Instagram dan website rasmi mereka. Alyah bersama pihak Kamya Glow turut membuka peluang kepada mana-mana pengguna untuk mengambil peluang meningkatkan pendapatan menerusi program ‘dropship’ dan ejen yang sedia ada. Lebih menarik, pihaknya juga bakal mengadakan promosi jualan akhir tahun pada Disember ini bersama pelbagai kejutan yang menanti pembeli.
Sumber : GEMPAK
Datin Alyah Sambut Hari Jadi Tok Ram. Tapi Ucapan Alyah Buat Tok Ram Memang Romantis Betul.
Penyanyi Datin Alyah menyambut ulang tahun kelahiran suaminya, Datuk Ramli MS pada Selasa. Malah, video serta foto kandid sekitar majlis turut dikongsikan penyanyi Jutaan Purnama ini menerusi Insta Stories. Sementara itu di dalam platform sama, Alyah turut menitipkan doa serta dedikasinya buat suami tercinta. Disambut secara sederhana tetapi meriah, sambutan berkenaan turut dihadiri rakan terdekat termasuk penyanyi, Ayu Damit.
“Happy birthday. Semoga sentiasa berada dlm Rahmat Allah SWT dan sihat selalu. Terima kasih jaga dan sayang saya, selalu masakan untuk saya sampai gemok saya,” tulisnya seloroh sambil memberikan kredit. Meninjau ke ruangan komen terhadap video yang awalnya dikongsikan menerusi Tik Tok itu, para peminat turut mengucapkan selamat ulang tahun selain mendoakan yang baik-baik buat Ramli seisi keluarga.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: MH
Bukan Calang Calang Individu Yang Beri Ucapan Buat Pak Nil Ni. Sekali Pak Nil Kongsi Ucapan Dari Seseorang Ini Sempena Hari Jadi Ke 59.
Pengacara tersohor negara Datuk Aznil Nawawi berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila memberikan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya hari ini. Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nik berkongsi video ucapan daripada Ismail Sabri sempena hari jadinya yang ke-59 tahun. “Hai Pak Nik, selamat hari jadi. Semoga panjung umur, murah rezeki dan terus cemerlang. Okay Pak Nil selamat hari jadi,” ucap Ismail Sabri dalam video tersebut.
Menganggap ucapan itu sebagai satu kenangan istimewa, Aznil memuat naik video tersebut dalam media sosial miliknya sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan. Bahkan, bekas pengacara program reality Akademi Fantasia itu juga berseloroh apabila meminta stesen televisyen untuk membuat liputan tentang ucapan daripada Perdana Menteri itu.
“Buletin Utama (TV3) dan Astro Awani tak nak buat liputan pasal video ini ke? Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri atas ucapan,” tulis Aznil. Sekadar info, Aznil yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya dilahirkan pada 6 November 1962 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Aznil memulakan kerjaya penyiarannya pada tahun 1990 sebagai penyampai berita dan wartawan di TV3. Sepanjang berada di bawah bumbung stesen penyiatan swasta itu, Aznil pernah mengendalikan beberapa rancangan hiburan popular, antaranya Melodi dan Pop Kuiz. Sumber – K! ONLINE
Baru Je Umumkan Pasal Bajet 2022. Terkejut Bila Ini Yang Terjadi Dekat Laman Facebook Ismail Sabri .
KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen hari ini.
Bajet 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera mendokong tiga paksi utama iaitu Memperkukuh Pemulihan, Membina Daya Tahan dan Memacu Pembaharuan.
Sebanyak RM 332.1 b.ilion disediakan dalam Bajet 2022, tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.
Kerajaan perkenal Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) salur bantuan RM 2,000 kepada isi rumah mempunyai tiga anak atau lebih dengan pendapatan kurang RM 2,500. Di bawah BKM kerajaan beri bantuan tambahan RM 500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan sehingga RM 5,000.
Bantuan tambahan RM 300 diberikan kepada warga emas menerusi BKM.
Syarat kelayakan kebajikan dinaikkan kepada Paras Garis Kem.iskinan Makanan 2019 iaitu RM 1,169, berbanding RM 980.Kerajaan sediakan RM 25 j.uta kepada Yayasan Keluarga Malaysia untuk pimpin usaha melindungi kebajikan, pendidikan dan masa depan anak-anak.
Sebanyak RM 32.4 b.ilion diperuntukkan kepada Kementerian Kes.ihatan. Kerajaan bercadang beri pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan v.aksin penggalak yang dibiayai sendiri.
Kerajaan bercadang meluaskan kenaan duti eksais ke atas produk minuman bergula, perluaskan duti eksais ke atas produk cecair atau gel mengandungi n.ikotin.
Kerajaan setuju sambung pelantikan secara kontrak lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi maksimum empat tahun selepas tempoh khidmat wajib dua tahun.
Kerajaan meluluskan penajaan program kepakaran dengan peruntukan RM 100 j.uta yang memberi manfaat 3,000 pegawai kontrak perubatan dan pergigian. RM 70 j.uta diperuntukkan untuk pastikan i.su kes.ihatan m.ental diberi keutamaan.
RM 52.6 b.ilion diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan, manakala RM 14.5 b.ilion diperuntukkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi. Kerajaan setuju sediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM 150, dijangka manfaatkan 3 j.uta murid yang layak.
RM 1 b.ilion disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah, termasuk RM 140 j.uta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM.
RM 120 j.uta disediakan untuk manfaat 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. RM 746 j.uta diperuntukkan untuk naik taraf sekolah-sekolah daif, sebilangan besar di Sabah 112 projek dan Sarawak 165 projek.
RM 50 j.uta diperuntukkan untuk memperkasa agenda pendidikan khas termasuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.
Kerajaan teruskan penyediaan bekalan susu harian di bawah Rancangan Makanan Tambahan dengan peruntukkan RM 400 j.uta. Lebih 400,000 guru sekolah bawah Kementerian Pendidikan dapat manfaat Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar sekali bayar sebanyak RM 100.
Setiap pelajar B40 di IPT dibekalkan sebuah tablet menerusi inisiatif Peranti Siswa Keluarga Malaysia, libatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM 450 j.uta. Pelepasan khas cukai pendapatan individu hingga RM 2,500 ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet hingga 31 Disember 2022.
Diskaun bayaran balik PTPTN antara 10 hingga 15 peratus bermula 1 November hingga 30 Apil 2022. RM 6.6 bilion diperuntukkan untuk memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional.
RM 4.8 diperuntuk bagi melaksanakan inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia JaminKerja, jamin penyediaan 600,000 ribu peluang pekerjaan. Kerajaan beri insentif 20 hingga 30 peratus daripada gaji bulanan kepada majikan yang ambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif berkerja.
Kerajaan beri insentif 30 hingga 40 peratus daripada gaji bulanan RM 1,200 ke atas kepada majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU, Orang Asli dan b.anduan.
80,000 peluang pekerjaan secara kontrak dalam sektor awam dan swasta ditawarkan menerusi inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme MySTEP RM 1.1 b.ilion diperuntuk untuk pelbagai program latihan dan peningkatan kemahiran dengan sasaran 220,000 pelatih.
Pelepasan cukai bagi perbelanjaan hadir kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dinaikkan daripada RM 1,000 kepada RM 2,000 hingga 2023.Potongan cukai dua kali kepada syarikat beri biasiswa kepada pelajar IPT dalam semua bidang pengajian.
Program Baucar Perlindungan Tenang untuk B40 dinaikkan kepada RM 75, boleh diguna untuk beli polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Jan 2022.
Skim MySalam diperluas kepada semua penerima BKM, manfaat tuntutan kos peranti perubatan dipanjangkan kepada anak tanggungan penerima.
Inisiatif i-Saraan diperluas kepada individu berumur 55 sehingga 60 tahun, babitkan peruntukkan RM 30 j.uta. RM 80 j.uta diperuntuk di bawah Program Kasih Suri Keluarga Malaysia.
Inisiatif perlindungan sosial negara di bawah Perkeso diteruskan dengan nilai caruman 80 peratus, manfaat diperluas kepada sembilan kategori termasuk artis.
Kadar pencen minimum di bawah Skim Keilatan Perkeso dinaikkan kepada RM 550 akan bantu 56,000 isi rumah.
Pelepasan cukai hingga RM 4,000 kepada pencarum KWSP meliputi caruman secara sukarela. Had pelepasan cukai dinaikkan kepada RM 350 untuk galak pekerja swasta mencarum dengan PERKESO.
RM 11.4 b.ilion diperuntuk bagi memperkasa Bumiputera. RM 1.5 b.ilion diperuntuk bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam. Pemberian khas sekali bayar RM 500 kepada 70,000 imam, bilal, siak, noja, marbut, guru takmir dan guru Kafa.
RM 200 j.uta diperuntuk untuk kaum Cina, RM145 bagi kaum India dan RM 274 j.uta kepada komuniti Orang Asli.
RM 10 j.uta disediakan untuk galakkan anak-anak Sabah dan Sarawak mendalami ilmu berkaitan budaya dan warisan. Kadar wang saku pelajar Sekolah Menengah dalam kalangan Orang Asli dinaikkan kepada RM 4 sehari.
Geran RM 6,000 untuk setiap Kawasan Rukun Tetangga libatkan peruntukan RM 50 j.uta, manakala RM 50 j.uta untuk kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan PBT.
Semua syarikat senaraian awam wajib lantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita. RM 30 j.uta diperuntuk untuk sediakan taska di bangunan kerajaan, pinda garis panduan benarkan taska beroperasi di aras melebihi tingkat satu pejabat.
Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM 3,000 bagi bayaran yusan taska dan tadika hingga tahun taksiran 2023. RM 13 j.uta diperuntuk bagi memperkasa Bahagian D11 PDRM, 100 perjawatan baharu akan diwujudkan.
Baru Lepas Umum, Ramai Luahkan Perasaan Dekat FB Perdana Menteri
Kredit : BH/OM
Lepas je Pm Ismail Sabri umumkan pasal bantuan kerajaan Rm500. Sekali warganet mula minta Pm buat ni juga.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM 500 secara sekali beri kepada individu yang hilang pendapatan, akan dibayar mulai esok. Bantuan ini adalah sebahagian daripada pakej PEMULIH yang telah diumumkan pada Jun lalu dan merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara.
Perdana Menteri berkata, bantuan itu akan diberikan kepada hampir 870,000 individu yang hilang pendapatan sepanjang tahun ini bagi meringankan beban mereka.
“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik C0VID 19 sentiasa terbela. “Bagi membantu rakyat yang terkesan, Bantuan Kehilangan Pendapatan BKP sebanyak RM 500 akan diberikan secara one-off mulai Selasa, 26 Oktober 2021.
“Semua bantuan ini membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM 434 j.uta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Dalam satu kenyataan pada 26 September lalu,
Ismail Sabri memaklumkan beberapa bentuk bantuan, antaranya BKP, akan diberikan kepada penerima yang layak dan dijadual akan disalurkan pada bulan ini hingga Disember depan.
RAMAI YANG MINTA PM BUAT INI PULA
Menjenguk di ruangan komen Facebook rasmi Ismail Sabri, di posting mengenai bantuan kerajaan one off RM500 rata rata meminta Perdana Menteri, Ismail Sabri meluluskan pula one off KWSP RM10 Ribu.
Rata rata meluahkan dengan pengeluaran KWSP secara one off itu dapat membantu mereka yang dalam kesusahan terutama hutang sepanjang PKP sebelum ini.
Berikut adalah beberapa komen warganet:
“10k one off kwsp sy perlukan duit yb dgr la keluhan sy yb” “Harap PM luluskan pengeluaran KWSP 10k dgn sekali gus pengeluaran utk rakyat membayar ape2 yg tertunggak selama PKP lepas”
“Mcm mana pula dgn peniaga datuk sri. Kitorang peniaga paling susah nk dpt bntuan sejak trima gkp .. kmi peniaga pun terjejas teruk sejak pkp hrintu . Hrp ada lh bntuan buat pniaga mcm kami..x dpt bantuan. Dpt bagi keluar 1off 10kwsp pun dah ok . Dpt lah byar hutang2 yg tertunggak”
Mengulas lanjut, Perdana Menteri memaklumkan pemberian BKP kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan adalah berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tahun ini.
Katanya, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai esok, melalui Portal BKP iaitu. “Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan. Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” katanya. Sumber : BHARIAN ONLINE / FB ISMAIL SABRI via Era Kini