Terkejut bila nampak pemuda ini dengan wanita berpakaian macam ni atas kapal. Sekali ramai yang tanya adakah tu Harith Iskander.

Business

Terkejut bila nampak pemuda ini dengan wanita berpakaian macam ni atas kapal. Sekali ramai yang tanya adakah tu Harith Iskander.

Tidak dinafikan, pelawak dan pengacara Harith Iskander lantang bersuara di media sosial selain turut menjayakan segmen “What’s Going On Malaysia” bersama tetamu jemputan bagi mengupas pelbagai isu semasa.

Terkejut bila nampak pemuda ini dengan wanita berpakaian macam ni atas kapal. Sekali ramai yang tanya adakah tu Harith Iskander.



Bagaimanapun baru-baru ini, terdapat seorang warganet di laman Twitter @therealzahrin memuat naik satu video memaparkan seorang lelaki mirip pelawak berusia 55 tahun itu.

ARTIKEL MENARIK:Karl Shafek dedah pernah simbah petrol pada badan dan bawa kereta tanpa sedar gara gara sakit ini. Sekali ini yang dia harapkan.
loading...


Harith Iskander, awak ke tu?

Rakaman video berdurasi 21 saat itu memperlihatkan personaliti media sosial, Nadira Isaac yang mengenakan pakaian seperti bikini sedang ‘berposing’ sambil menggunakan sebuah krim produk. Berdasarkan laporan portal Cari Forum, ada yang berkata Harith sedang bercuti dengan isterinya Dr Jezamine Lim Iskander dan mungkin tidak sengaja termasuk dalam video wanita seksi berkenaan.

Menerusi pemerhatian di laman Instagram Harith atau nama penuhnya Harith Iskander Musa, terdapat juga foto dirinya bersama isteri yang dilihat seperti atas kapal sama. Seperti biasa, ciapan tersebut menerima pelbagai reaksi warganet. Ada yang melakukan sindiran, malah tidak kurang segelintir individu musykil apa manusia yang dinobat paling kelakar di dunia itu berada di lokasi berkenaan.

Kantoi apa pula?

Hari tu beria ‘backup’ Karen Dior?

Dia buat apa kat situ?


Percutian dengan member2 kot?


Takde masalah pun kalau cuti bersama pasangan masing-masing, bukannya berdua kan! Warganet ni memang laju buat spekulasi, ada sahaja yang tak kena di mata… Sumber: Twitter @therealzahrin , Cari Forum , Instagram Harith Iskander & Nadira Isaac

Hampir Satu Malaysia Kritik Minah Salleh Ini. Tapi Ini Pula Kata Pelawak Harith Iskander.

PETALING JAYA – Pelawak Harith Iskander menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyalahkan seorang wanita berstatus pelancong asing yang didakwa enggan memakai pelitup muka ketika memasuki butik mewah di sebuah pusat beli-belah ibu kota baru-baru ini.

Harith atau nama lengkapnya, Harith Iskander Musa berkata, wanita itu mungkin tidak sihat dan sedang berperang dengan gejolak jiwa sendiri.

“Kita patut berhenti ‘demonizing’ (mengutuk) wanita (warga asing) yang menyebabkan kekecohan di luar butik Dior itu.

“Dia kelihatan ‘tidak sihat’ dan secara terangnya, sedang berdepan dengan demons (suara jahat) dirinya sendiri,” katanya menerusi satu ciapan dalam Twitter.

Sekadar berkongsi pendapat peribadi, Harith yang pernah dinobatkan sebagai Funniest Person In The World pada Disember 2016 berharap, wanita tersebut berada dalam keadaan selamat dan dilindungi.

“Saya percaya dia ada anak (keluarga) dan dengan itu, saya berharap mereka semua selamat dan dilindungi. Move on (teruskan hidup),” coretnya seraya menyelitkan tanda pagar #JustMyOpinion dalam ciapan yang dimuat naik.

Terdahulu, seorang wanita kulit putih yang digelar sebagai ‘Karen’ oleh warganet mengundang rasa marah orang ramai selepas dia dilihat cuba mencabar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh kerajaan.

Kononnya, hak dirinya sebagai pengguna dan pembeli untuk memasuki jenama butik terkemuka dinafikan kerana keengganannya memakai pelitup muka sedangkan di Malaysia, memakai ‘mask’ di tempat awam merupakan satu kemestian bagi membendung penularan Covid-19.

Tindakannya yang tular dalam media sosial mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Ciap Khairy menerusi Twitter: “Bila berada di Rome, ikut cara Roman. Bila di Malaysia, tolong ‘mask up’ tanpa mengira peraturan di tempat lain.”

Sekadar info, perkataan Karen merujuk slanga mencemuh seorang wanita kulit putih pertengahan umur menjengkelkan, pemarah dan rasis yang menggunakan keistimewaannya untuk mendapatkan apa diinginkan dan suka mengawasi tingkah laku orang lain. – K! ONLINE




Selepas Butik Dior. Minah Saleh Karen Tanpa Pelitup Muka Ini Buat Hal Pula Di BSC. Ini Kata Warganet.

Sekitar Rabu lalu, tular di media sosial apabila terdapat seorang minah salleh yang membuat kecoh di butik Dior, KLCC gara-gara tidak dihalang untuk memasukinya kerana tidak memakai pelitup muka.

Tindakan beliau yang mendakwa mereka yang memakai pelitup mula sebagai komunis dan meminta keistimewaan sebagai individu berkulit putih diberikan kepadanya sekaligus telah membuat para warganet berang.

Bukan itu sahaja, tindakan beliau nampaknya turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin yang menyuruh wanita ini mengikut SOP yang ditetapkan.


Di sangka telah mengambil iktibar terhadap insiden yang berlaku, beliau nampaknya sekali lagi menjadi perhatian warganet selepas terdapat pengguna seorang Twitter yang sempat merakam telatah beliau di Bangsar Shopping Centre (BSC).


Menerusi video yang tular, beliau dilihat bertengkar dengan pihak pengawal selepas dihalang memasuki pasar raya berkenaan gara-gara tidak memakai pelitup muka.

Tindakan beliau yang penting dengan diri sendiri sekaligus turut membuatkan para warganet berpendapat untuk meminta wanita ini pulang ke negaranya. Terdapat juga warganet yang memuji dengan tindakan pihak pengawal yang penuh tenang mengawal situasi serta meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan.




Melihatkan kepada kali kedua dalam seminggu beliau menjadi perhatian warganet, diharap beliau dapat mengikut SOP yang ditetapkan dalam memudahkan beliau untuk memasuki sebarang premis sekaligus memudahkan urusan individu lain.

Sumber: thevocket





Kredit - Era Kini



-----------------------------------------------------------------