Terkena strok akibat tidak mendapat rehat yang cukup. Ini keadaan terkini bekas anggota Nasyid Raihan.

Business

Terkena strok akibat tidak mendapat rehat yang cukup. Ini keadaan terkini bekas anggota Nasyid Raihan.

Kuala Lumpur: Isteri kepada penyanyi nasyid solo Ah Fad iaitu Nurul Sakinah Ibrahim meminta semua pihak agar turut mendoakan suaminya yang terkena strok agar kembaIi sembuh seperti biasa.

Terkena strok akibat tidak mendapat rehat yang cukup. Ini keadaan terkini bekas anggota Nasyid Raihan.



Sakinah, 34, berkata, keadaan suaminya kini stabiI seIepas dipindahkan dari zon merah ke wad biasa Hospital Selayang, semalam.

ARTIKEL MENARIK:An4k2 Digel4r Mal4ng Seb4b Ibu Tak V4ks1n, Rita Rud4ini Syukur Dip1lih Jadi ‘B0doh’
loading...




“Apabila sudah masuk wad biasa tiada siapa dapat meIawat termasuk saya. Jadi agak susah untuk mendapatkan perkembangan terkini suami. Cuma, semalam doktor hubungi saya untuk beritahu keadaan suami. Ia sama juga seperti saya tengok di zon merah pada Jumaat lalu.

“Tekanan drahnya dah menurun cuma beIum paras normaI. Bacaannya masih 140 ke atas dan dikira masih tinggi,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, doktor akan mengawaI bacaan (BP) kerana akan ada penda rahan lebih teruk di bahagian otak sebelah kiri.

“Semasa hari kejadian pada Khamis, dia mengadu tangan dan kaki kanan tiada rasa apa-apa serta tak boIeh nak angkat. Tapi semasa jumpa Jumaat lalu, alhamdulillah dia sudah boleh angkat tangan kanan tapi tidaklah kuat.


“Namun kira ada keajaiban kerana kalau ikutkan proses untuk pulih agak Iambat sebab baru dua hari dah ada perubahan begitu. Percakapannya sudah boleh difahami walaupun sebutannya tidak berapa jeIas sangat,” katanya.

Nurul Sakinah berkata, suaminya terkena strok akibat tidak mendapat rehat yang cukup.


“Dia memang banyak urusan. Khamis lalu dia agak sibuk dan tiada rehat. Petang itu saya ikut dia ambil anak baIik sekolah. Semasa isi minyak di Bandar Tasik Puteri, dia mula mengaIami kebas kaki tangan kanan serta tidak boleh bergerak.

Saya hubungi bapa yang tinggaI di situ dan seIepas itu kami hubungi ambuIans yang membawanya ke Hospital Selayang,” katanya.


Ah Fad, 37, atau nama sebenarnya Zulfadli Mustaza pernah menganggotai kumpulan Raihan.

Sumber: hm

Fazli Zainal Tampil Umum Otaknya Bengkak Sedikit. Sekali Ini Yang Bakal Dia Alami Dan Ini Keadaan Terkininya.

Penyanyi, Fazli Zainal memberitahu, doktor memaklumkan otaknya bengkak sehingga mengalami kehilangan memori jangka pendek (short term memori loss). Fazli, 43, mendedahkan tentang perkara tersebut menerusi laman sosial Instagram (IG)nya semalam.

“Doktor bagitahu otak saya bengkak sikit semalam (Jumaat). Mungkin stress fikir fasal banyak kerja tiba-tiba.“Tapi Alhamdulillah saya tak apa-apa. Insya-Allah doktor akan merawat saya dengan baik. Semalam saya hilang ingatan sekejap,” katanya.

Penyanyi lagu Harapan itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pusat perubatan di Shah Alam selepas tekanan dr4hnya naik mendadak, pada malam Jumaat. Tambah Fazli, doktor turut memberitahu dia mengalami simptom awal angin ahmar. “Tanda-tanda mild stroke peringkat awal kalau tak dikawal. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang keadaan diri saya,” katanya. Sebelum ini Fazli pernah dirawat di Hospital Ampang pada 31 Julai lalu selama 29 hari. Sumber : Gempak

Fazli Zainal Fikir Dirinya Dah Tak Ada Harapan. Sekali Dia Dedah Ada Satu Benda Yang Dia Risaukan Sepanjang 29 Hari Di Hospital.

Tempoh 29 hari bert4rung ny4wa di hospital akibat C0vid-19 cukup membuatkan penyanyi Fazli Zainal insaf dan mengingatkannya tentang hari kehilangan. Menurut Fazli, 44, tahap kesihatan dan paras oksigennya semakin mer0sot selepas mengetahui penyanyi Siti Sarah telah pergi buat selamanya akibat j4ngkitan yang sama pada 9 Ogos lalu.

“Semasa dalam wad itu ramai orang tag saya di Instagram memberitahu berita 4rwh Siti Sarah telah pergi buat selamanya, masa tu terfikir mungkin giliran saya beberapa jam lagi. Saya sukar nak tidur… terpaksa meniarap dan ses4k naf4s dengar berita berkenaan, iyalah masa tu hanya kami berdua menjadi tumpuan. Bayangkan tahap oksigen saya menurun 55 peratus ketika saya pergi tandas dalam tempoh seminit. Saya fikir saya dah tak ada harapan. Saya cuma fikir satu sahaja… lepas tak seksa ku.bvr saya nanti, sangat-sangat t4kut! Saya minta maaf pada semua orang ketika itu,” katanya.

Fazli dimasukkan ke hospital pada 31 Julai lalu.

Fazli ditemui semasa sidang media pelancaran single baharu nyanyiannya berjudul Mantan Yang Terluka yang diadakan secara maya pada Isnin. Pada 31 Julai lalu, penyanyi lagu Harapan itu dimasukkan ke Hospital Ampang selepas tahap oksigen dalam badannya menurun setelah seminggu dij4ngkiti C0vid-19.

Ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati kira-kira 75 peratus paru-parunya dalam keadaan kurang memuaskan. Saya boleh kata sepanjang 44 tahun saya hidup, 29 hari itulah saya diberikan kesakitan yang amat s4kit! Fazli kemudian dimasukkan ke unit rawa4tan rapi bagi meningkatkan tahap oksigen dalam tubuh badannya.

Bercerita pengalamannya semasa di wad, Fazli berkata dia menyaksikan sendiri pesakit pergi buat selamanya. Fazli juga mendedahkan dia tidak mandi selama 29 hari kerana paras oksigen turun mendadak setiap kali dia bergerak ke bilik air.

Fazli terima rawatan selama 29 hari di hospital.

“Selama 29 hari di hospital saya tak mandi sebab tak boleh masuk tandas kerana oksigen drop teruk, dalam 20 minit saya boleh pergi buat selamanya kalau tak cukup 0ksigen. Saya boleh kata sepanjang 44 tahun hidup, 29 hari itulah saya diberikan kesakitan yang amat sakit…. sejujurnya memang banyak amazing experience saya lalui di hospital. Saya nampak seorang pak cik di katil sebelah telah pergi, masa tu saya masuk toilet ambil wuduk sebelum solat subuh… saya sempat tegur dia. Tapi lepas habis solat dan mengaji saya tengok jururawat dah masuk dan pak cik itu sudah tiada.

Fazli bakal muncul dengan lagu baharu September ini.

“Nyawa kita ni bila-bila masa saja boleh pergi, jadi sekarang ini saya terpanggil untuk sebarkan segala kebaikan,” ujarnya. Meskipun belum sembuh sepenuhnya, Fazli memberitahu dia tetap meneruskan hasrat melancarkan single baharu berjudul Mantan Yang Terluka.

“Kita memang dah rancang nak lancar tahun ni cuma kebetulan sebulan lepas saya masuk hospital, jadi ini la waktu sesuai untuk keluarkan lagu. Kerjaya seni saya tak boleh berhenti… cuma saya masih teringat semasa di Unit Rawatan Rapi dulu saya fikir ini lagu terakhir saya, Wallahualam,” katanya. Mantan Yang Terluka ciptaan Ajai dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya boleh didengari di semua platform digital bermula 10 September depan.

Berikut sedikit info mengenai beliau

Fazdli bin Zainal atau lebih dikenali sebagai Fazli Zainal (lahir 26 Disember 1977) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Bakat beliau dicungkil menerusi Malaysian Idol musim pertama dan terkenal melalui lagu “Harapan” ciptaan Hazami dan juga lagu berjudul “Sejuta Nafas Cinta” dari album solo 2005 beliau bertajuk sama. Pada tahun 2014, beliau merupakan peserta Gegar Vaganza musim pertama. Sumber : Komedi Media

Hael Husaini Fikir Masa Depan Anak. Mengakui Dia Berasa Paranoid Melihat Angka Peningkatan Kes Covid19 Setiap Hari.

MEMPUNYAI tiga orang anak angkat yang masih kecil, penyanyi Hael Husaini mengakui dia berasa paranoid melihat angka peningkatan kes Covid-19 setiap hari. Pemilik nama Hal Husaini Razmi, 33, memberitahu dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan negara belum mempunyai inisiatif atau rawatan untuk kanak-kanak di bawah usia lima tahun.


“Secara jujurnya, paranoid itu memang ada tapi bukan saya saja, semua orang di luar sana rasa perkara yang sama terutama mereka yang ada keluarga dan anak kecil.

“Sebab kita tahu masih tiada lagi inisiatif atau rawatan untuk anak-anak di bawah usia lima tahun. Disebabkan itu saya mengambil langkah berhati-hati,” ujarnya.





Penyanyi lagu Nuraga itu ditemui di sesi Chillax Program Amal Covid-19 #BaikSemula secara maya pada baru-baru ini.

Antara rakan artis yang turut hadir memeriahkan sesi Chillax itu adalah Amir Masdi, Naim Daniel, Hujan, Meer Nash, Dolla, Shalma Eliana, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah.

Untuk rekod, Hael mengambil anak angkat perempuan iaitu Helena pada tahun pada 2017 dan sepasang bayi lelaki kembar, Haelmy serta Haelman pada Mei lalu.

Dalam pada itu, Hael mengakui menjadi seorang bapa bukanlah satu tugas yang mudah namun pengalaman itu membuatkan dirinya semakin matang.


Memikul tanggungjawab yang lebih besar, Hael berkata dia sanggup melakukan apa saja demi melindungi keluarga kecilnya.

“Jujurnya tugas bapa bukanlah mudah, tapi ia membantu saya daripada banyak segi antaranya seperti mematangkan diri saya.

“Kini saya ada komitmen yang lebih besar daripada diri sendiri. Saya lebih memikirkan masa depan mereka, tambah lagi dalam keadaan sebegini.

“Jadi saya sebagai bapa saya perlu melakukan apa yang penting dahulu dan mereka menjadi keutamaan saya pada ketika ini,” katanya.

Sumber: Mstar.

Hael Husaini Tambah Anak Angkat, Kembar Lelaki.


PETALING JAYA – Seiring kemuliaan Syawal, penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini memperkenalkan sepasang bayi lelaki kembar yang kini diambil sebagai anak angkat terbaharunya.

Menerusi hantaran beberapa keping foto dalam Instagramnya, pelantun lagu Jampi itu memuat naik gambar sambutan hari raya berpakaian sedondon berona ungu dengan anak angkat sulungnya, Nur Helena bersama bayi kembar tersebut.


“Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin daripada kami Hael, Helena dan kenalkan bayi kembar saya, Healmy dan Healman,” tulisnya dalam Instagram.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya termasuk dalam kalangan selebriti turut melahirkan rasa gembira dengan meninggalkan komen-komen positif antaranya Nabil Mahir, Sherry Alhadad, Wany Hasrita, Abby Abadi dan Indah Ruhaila.

“Alhamdulillah syukur dan pakai baju Melayu,” komen pelakon dan penyanyi Abby Abadi.

“Dah besar dah Helena. Dulu bayi kecil. Selamat hari raya adik kacak Heal Husaini,” kata pelakon Zarina Zainuddin.


Dalam pada itu, ada juga komen ‘nakal’ yang ditinggalkan pengikutnya sekadar untuk mengusik penyanyi berusia 34 tahun itu.

“Haelmummy tak ada lagi,” tulis salah seorang pengikutnya merujuk kepada bakal isteri penyanyi itu.

Terdahulu, Hael atau nama sebenarnyan Hael Husaini Razmi mempuyai seorang anak angkat perempuan iaitu Helena yang kini berusia empat tahun pada 2017. Sumber: K! ONLINE.

Lepasni Akan Lebih Berhati Hati Suapaya Tidak Berulang Peristiwa Sama. Lagi Beberapa Tahun Usia Nak Masuk 40. Sebak Ini Luahan Siti Elizad Pasal Anak.


Barangkali ramai masih ingat peristiwa sedih yang berlaku kepada pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin yang mengalami keguguran pada awal November tahun lalu. Elizad, 37, yang menjalani proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) pada 21 Oktober tahun lalu, ternyata hanya dapat merasai perasaan dan pengalaman sebagai wanita hamil buat seketika.

Bagaimanapun, dia bersangka baik terhadap ujian Allah kepadanya dan kembali menjalani proses IVF sekali lagi pada tahun ini.“Tahun lalu saya keguguran. Namun, saya takkan berputus asa dengan apa yang berlaku. Saya selalu positif dan akan terus berdoa.

“Jadi, tahun ini harapnya datang semangat semula untuk terus mencuba. Tengok kawan-kawan seangkatan serta yang sebaya ramai dah jadi ibu, buat saya teruja. “Saya risau lagi dua, tiga tahun usia nak masuk 40-an dan saya masih tiada zuriat. Doakan saya,” katanya yang bertemu jodoh dengan Shamsul Baharin Rahman pada 2015.

Menurutnya, kali ini dia akan lebih berhati-hati supaya peristiwa lalu tidak berulang kembali. “Selepas buat IVF nanti, saya nak lebihkan berehat dan tak nak terlalu banyak bergerak. Malah, saya akan cuba kurangkan aktiviti lasak. “Dulu, mungkin kerana saya banyak bergerak. Sekarang saya dah ada pengalaman, Insya-Allah saya ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Berbicara juga mengenai aktiviti terkini, Elizad berkata, sama seperti orang lain, dia sekarang duduk rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0). “Bagaimanapun, alhamdulillah kontrak saya sebagai penyampai radio Sinar FM disambung lagi untuk tahun ketiga. “Alhamdullillah ini yang dikatakan rezeki. Saya amat gembira dengan berita ini.

“Saya berjanji akan terus tampil dengan persembahan terbaik untuk menghiburkan peminat dan penyokong saya,” katanya. Sebagai pelakon, Elizad mengakui tetap berminat untuk turun ke lokasi penggambaran. Akuinya dia sudah mempunyai beberapa projek drama terbaharu yang kini menanti lampu hijau untuk penggambaran.

“Apa pun kena tunggu PKP selesai kerana projek saya banyak tertunda sama macam orang lain juga. Kena sabar dahulu. “Alhamdullillah, walaupun berdepan pandemik Covid-19, satu perkara yang saya belajar iaitu dapat menghabiskan masa dengan keluarga. “Kalau dahulunya sibuk, sekarang saya dapat luangkan banyak masa bersama keluarga. Masing-masing makin sangat menghargai dan ia adalah memori terindah,” katanya.

Tidak terkecuali, dia juga banyak menghabiskan masa mencari ilmu agama dan motivasi diri menerusi YouTube. “Saya tonton mana-mana ceramah dan kaunseling untuk perbaiki diri,” katanya yang baru-baru ini tampil dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang dan Kampong Pisang Musical Raya Istimewa di Astro First. -CARI Sumber:Harian Metro via cari via Era Kini


-----------------------------------------------------------------