Terpaksa tarik diri menyanyi bersama penyanyi idola di ABPBH. Rupanya Zizi Kirana dimasukkan ke hospital atas sebab ini.

Business

Terpaksa tarik diri menyanyi bersama penyanyi idola di ABPBH. Rupanya Zizi Kirana dimasukkan ke hospital atas sebab ini.

KUALA LUMPUR: Zizi Kirana terpaksa menarik diri beraksi bersama penyanyi idolanya, Fauziah Latiff dalam segmen persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, esok.

Terpaksa tarik diri menyanyi bersama penyanyi idola di ABPBH. Rupanya Zizi Kirana dimasukkan ke hospital atas sebab ini.



Tempat Zizi digantikan dengan Wani Kayrie yang kebetulan tidak terikat dengan komitmen seni dan baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Tahyul di Perlis bersama Fauziah atau lebih mesra disapa Jee.

ARTIKEL MENARIK:Ini keadaan terkini Harun Hashim dan isteri di hospital. Sekali Betty dedah Harun pernah minta bantuan untuk bayar sewa rumah.
loading...


Keputusan menarik diri dimaklumkan kepada pihak TV3 pada Rabu lalu disebabkan Zizi dimasukkan ke hospital. Namun, puncanya tidak diketahui.

Usaha menghubungi Zizi gagal apabila panggilan tidak dijawab, mesej tidak dibalas.

Namun, pengurusnya, Farahrizan Razak atau Farah mengesahkan penarikan diri Zizi berikutan faktor kesihatan tidak mengizinkan.

Katanya, Zizi amat ralat tidak dapat meneruskan persembahan yang dipersetujui awal, apatah lagi, berkongsi pentas dengan penyanyi idolanya sejak kecil.

“Zizi bekerja tanpa henti selepas sektor industri kreatif diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Sehari selepas mendirikan rumah tangga, Zizi terus menyambung kerja. Isnin lalu, kami ada bersembang kosong kerana masing-masing sudah kepenatan,

“Saya menemani Zizi menghadiri sesi latihan untuk sebuah program televisyen.

“Keesokannya, Zizi memaklumkan tidak sihat dan sakit perut. Saya mendapat tahu Zizi ke hospital pada hari berkenaan untuk membuat pemeriksaan, seterusnya ditahan masuk wad,” katanya.

Bagaimanapun, Farah berkata, dia juga gagal menghubungi Zizi untuk punca dimasukkan ke hospital.

“Jika berdasarkan apa yang kami sembang, Zizi memang penat bekerja tanpa henti. Cuma, jika ada penyakit lain diberitahu doktor, saya memang tidak tahu.

“Semalam, Zizi sempat menghantar mesej memaklumkan risau dan ralat tidak dapat membuat persembahan serta menyusahkan penganjur ABPBH 34,” katanya.

Terdahulu, Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil mengakui teruja bergandingan dengan Jee yang disifatkan sebagai idolanya.

ABPBH 34 dibawa penaja utama, Xiaomi dan bakal disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), jam 9 malam, esok, tanpa penonton.

Sibuk Menjalankan Tanggungjawab Sebagai Isteri Setiap Hari. Aktiviti Harian Zizi Kirana Berubah Lepas Berkahwin.

GENAP sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Zizi Kirana berkata dia bahagia melayari alam perkahwinan bersama suami yang juga pelakon Yusuf Bahrin.

Menurut Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, aktiviti hariannya berubah selepas berkahwin kerana perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.


“Sekejap sahaja dah sebulan kami berkahwin, sejujurnya memang seronok. Sebelum ini urus diri sendiri saja, sekarang ni kena buat semua kerja berdua, dah jadi rutin sediakan bekal makanan untuk Yusuf. Pagi-pagi dah sibuk di dapur.

“Alhamdulillah Yusuf tak cerewet tentang makanan, apa sahaja yang saya masak dia makan. Lagipun dia makan makanan diet, tak susah nak sediakan. Ada hari yang saya sibuk dan perlu bergegas untuk bekerja, dia pula yang masak.

“Sebelum ini kami hanya saling mengenali menerusi video call, bila dah kahwin baru saya tahu Yusuf ni rajin orangnya. Kalau saya kerja dan dia pula cuti, dia akan selesaikan semua kerja rumah,” katanya kepada mStar.

Sekarang ini pun tengah intai-intai travel agensi yang boleh uruskan dengan cepat!

Zizi dan Yusuf Bahrin, 29, dengan sekali lafaz di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 19 September lalu.

Pernah meluahkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah selepas disatukan sebagai suami isteri, penyanyi lagu Eh ini memberitahu dia sedang mencari waktu sesuai untuk merealisasikan impiannya itu.


Zizi dan Yusuf lakukan kerja rumah bersama-sama.

“Alhamdulillah seronok dengar dah boleh buat umrah, memang ada perancangan nak pergi… sekarang ini pun tengah intai-intai travel agensi yang boleh uruskan dengan cepat.

“Bestnya kalau dapat pergi umrah dalam masa terdekat ni… InsyaAllah kalau ada rezeki, kami pasti akan ke sana juga.

“Apa-apa pun kami mahu selesaikan dahulu kerja di sini, Yusuf pun tengah sibuk dengan penggambaran sehingga Disember depan… bila dah selesai semua tu barulah boleh buat umrah,” katanya.




Diva Azwan Ali Perli Zizi Kirana Kuat Drama Di Twitter. Sekali Ini Jawapan Dari Zizi Kirana.

Penyanyi Zizi Kirana memaklumkan bahawa dia tidak berasa kecil hati atau tersinggung dengan hantaran twit yang dibuat pengacara popular, Azwan Ali yang mempersoalkan sama ada dia kini sudah berbadan dua.

Kata isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini lagi, dia menganggap status Azwan Ali itu sebagai satu doa buat dirinya agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.


Malah, ujarnya lagi, dia menganggap Azwan sebagai seorang yang kelakar apabila pengacara itu menulis “Kau dah lekat ke nyah? Kuat drama hot kau! Kannz? Dapat pucuk muda? Laju ek ko? Ko ghase??” di laman sosial Twitter miliknya.

Sejujurnya,saya tak ada pun terasa hati atau kecil hati dengan status Diva AA itu, Malah saya rasa dia seorang yang kelakar. Tak ada apa pun nak dimarahkan dengan kata-kata dia. Lagipun bagi saya kata-kata itu satu doa. Mungkin dia mendoakan saya untuk dikurniakan zuriat.

Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan bahawa Yusuf Bahrin melarang isterinya itu mengangkat benda-benda berat selepas mereka mendirikan rumah tangga sehingga membuatkan Zizi berasa kekok.


Ia kemudian menjadi tumpuan peminat termasuklah Azwan Ali.

Zizi dalam pada itu tampil menafikan dirinya kini hamil berikutan Yusuf melarang dia membuat perkara-perkara tersebut.

“Berkenaan saya tak boleh nak buat kerja berat itu bukanlah fasal mengandung saja. Hamil atau tidak, Yusuf memang tidak benarkan saya angkat benda berat..” jelas Zizi yang dihubungi sebuah media, hari ini.

Sumber: Beautifulnara.

Hampir Tiga Minggu Bergelar Pasangan Suami Isteri . Zizi Kirana Dedah Sikap Yusuf Bahrin.

Sudah hampir tiga minggu bergelar pasangan suami isteri, pasangan Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana tegar melayari bahtera rumah tangga dan melewati fasa perkenalan antara satu sama lain.

Berkongsi sedikit kisah menerusi wawancara di saluran radio Singapura, Ria 897 baru-baru ini, dedah Zizi, suaminya punyai cara sendiri untuk menyantuninya sebagai isteri dan wanita.”Dia tak bagi saya buat kerja berat-berat…Katanya tak payah.

“Sampaikan dia sanggup turun bawah jemput saya dan tolong angkatkan barang. Jadi, saya pula rasa tak biasa…”Sebab sebelum ini pun saya tinggal seorang, jadi dah terbiasa buat sendiri semuanya,” katanya.

Dalam wawancara itu juga, Yusuf sempat berseloroh mendedahkan ayat pertama yang diucapkannya ketika mula berkenalan dengan Zizi.”Saya DM dia saya cakap; ‘Hai Zizi, lawa kasut!’.Mengimbas semula, kedua-duanya mulai menyulam perasaan ketika terbabit dalam rakaman program hiburan, All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.

Ditanya tentang siapa lebih cerewet menguruskan rumah tangga, akui Yusuf isterinya merupakan individu yang kerap memastikan kediaman mereka terurus dengan baik.”Saya jenis yang suka campak tapi Zizi ada perangai yang ‘sakit mata’ bila tengok barang bersepah. Tapi kalau saya sepahkan saya akan kemas semula,” ujar Yusuf.Tambah Zizi; “Kalau makan pun dia akan cuci pinggan sendiri.”

Adat berumah tangga, pasti perlu bertoleransi dan menerima kekurangan pasangan. Bersetuju dengan frasa terbabit, kata pasangan merpati dua sejoli itu, perkahwinan bersifat saling melengkapi.

“Apa paling penting sabar. Kalau tak ada sabar boleh gaduh, cerai. Saya kena pegang dan belajar, biar betul-betul sabar, bila kena ujian.

Bertolak ansur, jangan nak tunjukkan ego masing-masing dan jumpa di tengah-tengah setiap masalah.Sementara itu, tambah Zizi; “Apa saya belajar dengan Yusuf, kami baru kenal bila dah kahwin.

“Sebelum kahwin jarang jumpa dan sekadar Facetime. Dia selalu pesan pada saya, kalau ada apa-apa kena cerita, kena beritahu jangan simpan.Sebab dia tahu saya sejenis orang tak suka bercerita malah dengan keluarga sendiri.

“Tambah Yusuf, sebelum berkahwin lagi dia kerap menghubungi ibu Zizi bagi mengenali keperibadian pelantun lagu Eh itu.

“Sebelum kahwin, saya call mak dia dulu. Mak dia cakap kalau marah pun dia, sedih pun diam. Susah nak luahkan perasaan dia. Jadi, saya kena sabar, bila sampai masa macam tu…,” ujarnya.

Pasangan berjodoh ekspres itu telah selamat mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu dalam majlis ringkas di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Sumber: Mediacorp Ria897

Zizi Kirana Sakan Mengusik Waktu Bergambar. Warganet Terhibur Melihat Pasangan Pengantin Baru.

Siapa sangka cuti hujung minggu semalam bakal membawa berita penyatuan yang amat mengejutkan. Mana tidaknya, semalam penyanyi rap kesayangan ramai iaitu Zizi Kirana akhirnya menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan iaitu Yusuf Bahrin yang juga seorang pelakon.


Dinikahkan dalam satu majlis akad nikah tertutup…Zizi Kirana terima mas kahwin rm300

Menerusi portal Harian Metro, pasangan berkenaan selamat dinikahkan dalam satu majlis akad nikah tertutup mengikut SOP dan hanya dihadiri keluarga terdekat. Dalam pada itu, Zizi telah menerima mas kahwin sebanyak RM300, sebentuk cincin, seutas gelang serta senaskhah Al-Quran.

Video:

https://v16-web.tiktok.com/video/tos/useast2a/tos-useast2a-pve-0037-aiso/29d03bf379134a8e872f84e01a9fd449/?a=1988&br=4854&bt=2427&cd=0%7C0%7C1&ch=0&cr=0&cs=0&cv=1&dr=3&ds=3&er=&expire=1632125791&ft=9wMeRexg4kag3&l=202109200216110102450190692D205EA8&lr=tiktok&mime_type=video_mp4&net=0&pl=0&policy=3&qs=0&rc=M3FoOmU6Zm1pODMzZjgzM0ApOTk5ZTQ7ZzxkNzo3ZTU5ZWc2LzQzcjQwMjBgLS1kL2Nzc2MxNjMzYjEtMS0vMGNeNDY6Yw%3D%3D&signature=7f7f876aa51269986e0bdee3c2f47c00&tk=0&vl=&vr=

Cinta hatiku yang ku sayang, yang ku rindu…Oh yang ku perlu dalam hidupku

Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Zizi Kirana yang dikenali dengan sifat ‘nakal’ itu sempat mengusik suaminya sewaktu sesi bergambar diadakan. Lebih menariknya lagi, Yusuf pula kelihatan tersipu-sipu malu di hadapan rakan yang lain. Terdahulu dilaporkan mereka berdua serius berkenalan sejak 2 bulan lalu terus membuat keputusan ke fasa serius tanpa perlu bercinta lama-lama.

Video:

https://v16-web.tiktok.com/video/tos/useast2a/tos-useast2a-pve-0037-aiso/a95b682b575541a59c228b2361cbb418/?a=1988&br=2014&bt=1007&cd=0%7C0%7C1&ch=0&cr=0&cs=0&cv=1&dr=3&ds=3&er=&expire=1632125799&ft=9wMeRexg4kag3&l=20210920021611010245144131332038FD&lr=tiktok&mime_type=video_mp4&net=0&pl=0&policy=3&qs=0&rc=anl1d2k6ZjVoODMzZjgzM0ApZjk3NDM1OzxmN2Q4OGczOmcyMzMtcjRfbTBgLS1kL2NzczIzXy80YjM1NDReNWBjLy46Yw%3D%3D&signature=b767da567f21c398cf18d4aab148c4be&tk=0&vl=&vr=

Alahai baru semalam je lepas tengok lelaki tu terlepas cakap sayang dekat Zizi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat pasangan pengantin baru berkenaan. Malah ramai pula berseloroh kononnya cemburu serta broken heart  dengan penyatuan dua artis tersebut.




Sumber: Portal Harian Metro, TikTok asyrafislm & _fvz




Kredit -Era Kini



-----------------------------------------------------------------