LAPORAN berita dari Indonesia mendakwa kononnya Baby Shima mahu berpindah ke negara itu sedikit sebanyak menambahkan lagi tekanan kepada penyanyi dangdut ini.
Menurut Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, 29, dia tidak bermaksud ingin menukar status warganegara dan kenyataannya itu hanyalah salah faham.
ARTIKEL MENARIK:Lumrah kalau pentas berhantu sekalipun. Fazley Yaakob dapat markah terendah. Akhirnya dia tampil bongarkan apa yang jadi.
“Kritikan warganet mengenai berita itu membuatkan saya lagi depresi… selalunya memang portal akan tulis headline macam itu walaupun tiada pun kenyataan saya mengatakan mahu pindah ke luar negara.
“Ya saya mengakui gembira berkarya di Indonesia kerana rasa lebih dihargai di sana tapi tak ada niat pun nak pindah warganegara.
“Jangan risau, saya masih mencintai tanah air saya ini. Cuma saya ada beritahu tak sabar nak balik ke Indonesia secepatnya sebab banyak projek tergendala di sana, saya pun dah ada rumah di sana,” katanya kepada mStar.
Sebelum itu, menerusi Instagram penyanyi lagu Lalai ini berkongsi paparan skrin laporan berita daripada beberapa portal hiburan di Indonesia.
Tajuk artikel berkenaan menyebut Baby Shima tertekan kerana dibuli warganet Malaysia dan mahu berhijrah ke Indonesia.
Semasa buat konsert di sana, peminat lebih menghargai, mereka sanggup datang dari jauh walaupun perjalanan mengambil masa berbelas jam, ujarnya.
“Baby Shima depresi akibat dibuli warganet Malaysia, mahu pindah menjadi warganegara Indonesia,” tulis tajuk tersebut.
Mengakui layanan diterima warganet Malaysia dan Indonesia berbeza, Shima berkata dia cukup menghargai sokongan peminat daripada negara berkenaan.
“Boleh tengok dari komen YouTube, Instagram atau Facebook perbezaan warganet dua-dua negara macam mana… kebanyakan mereka mendoakan saya, boleh nampak perbezaan tu.
“Semasa buat konsert di sana, peminat lebih menghargai, mereka sanggup datang dari jauh walaupun perjalanan mengambil masa berbelas jam.
“Apa-apa pun saya sangat hargai peminat di kedua-dua negara, sokongan dan kata-kata semangat mereka itulah membuatkan saya lebih kuat,” ujarnya. Sumber: Mstar.
Tertekan Sebab Dikritik Teruk Oleh Warganet. Sekali Ini Yang Terjadi Pada Baby Shima Sampai Doktor Terpaksa Bagi Ubat.
Sejak kebelakangan ini, nama Baby Shima menjadi panas di media sosial gara-gara terpalit dengan kontroversi. Paling terbaru tular gambar Shima sedang bermesra dengan seorang lelaki di sebuah pusat hiburan di ibu kota. Jelas penyanyi dngdut itu, ia sebenarnya adalah salah satu babak dalam penggambaran muzik video terbaharunya yang berjudul Lalai.
Makan ubat penenang
Tertekan dengan kutukan warganet yang tidak pernah habis, Shima mendedahkan dia terpaksa mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan bagi menenangkan diri dari kekusutan. Ceritanya kepada OhBulan!, Shima berkata dia mengalami sakit kepala yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
Saya terlampau stres sampai sakit kepala yang tak pernah saya rasa sebelum ini. Saya pergi jumpa doktor dan diberi ubat penenang. Ubat tu bukan semua orang boleh dapat. Doktor pun suruh saya relaks, tenangkan fikiran sebab boleh mengundang bahaya.
saya tak kacau orang
Dalam pada itu, pemilik nama Nor Ashima Ramli menegaskan dia tidak akan ‘berehat’ daripada media sosial biarpun sering menjadi target warganet. Katanya, dia berhak untuk berkongsi apa sahaja kerana warganet yang mengganggu kehidupannya.
Saya tak akan diam dari media sosial sebab itu ‘kawasan’ saya. Jadi saya berhak untuk kongsi apa saja. Saya bukan nak tarik perhatian orang tapi warganet yang cari perhatian. Saya tak kacau orang. Saya tak buat pape pun. Susah nak tutup mulut orang. Buat la apa pun tetap salah di mata warganet. Kalau ada satu kebaikan pun buat, warganet tak akan ingat. Jadi itulah warganet selamanya.
Sebelum ini, Shima ada memuat naik foto ubat penenang yang tertera namanya di Instagram dengan kapsyen; ‘senyum selalu belum tentu bahagia.’ Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: OHBULAN!
Baby Shima Tampil Jelaskan Foto Tular Di Kelab . Sekali Dia Dedah Rupanya Hanya Untuk Babak MV Dan Ini Respon Orang Ramai.
Penyanyi, Baby Shima menerusi sebuah hantaran di laman Instagram tampil menjelaskan mengenai penularan gambar yang dikatakan miripnya bersama seorang lelaki di pusat hiburan. Lebih mengejutkan, gambar itu juga kononnya seperti seakan mencium lelaki berkenaan selain turut memegang segelas cawan.
Babak Dalam MV Lalai
Menurut Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, dia akui bahawa wanita di dalam gambar berkenaan adalah dirinya namun ia hanya sekadar menjayakan muzik video lagu terbaharunya akan datang yang berjudul Lalai. Katanya lagi, penularan gambar tersebut seperti disifatkan sengaja oleh pihak tertentu yang cuba menjatuhkan nama baiknya.
“Terlebih dahulu saya nak minta maaf tentang gambar yang tersebar tu, tak tahu datang dari mana. Mungkin orang yang sebarkan itu cuba nak memburukkan nama Shima. Jadi Shima jelaskan dekat sini, gambar itu bertujuan untuk memburukkan nama, menjatuhkan dan memalukan Shima supaya dia buat orang benci lagi dekat Shima,” jelasnya sambil mengalirkan air mata
Menafikan ia adalah gimik semata-mata, Shima turut terkilan apabila menerima pelbagai kritikan yang melampau sehingga ada yang menyamakan dirinya sebagai seorang pl@cvr. Namun begitu, menerusi carian terkini mendapati hantaran tersebut telah pun dipadam sebelum Shima menyeru orang ramai untuk klik pada pautan yang disertakan untuk melihat foto tersebut.
Bagaimanapun, pautan tersebut adalah pautan video muzik terbaru Shima sekaligus membuatkan orang ramai sekali lagi mengandaikan ia adalah gimik untuk lagu terbarunya. Terdahulu,Shima mendedahkan dirinya berada dalam keadaan tertekan berikutan tidah tahu akan sebab orang ramai membenci dirinya.
Sumber : Murai.my
Tular Foto Baby Shima Bermesra Dan Pegang Gelas Minuman Di Kelab Dan Cetus Tanda Tanya Ramai. Sekali Baby Shima Minta Warganet Jangan Sibuk.
Foto Baby Shima dengan seorang lelaki di pusat hiburan tersebar. Tidak henti-henti terima kritikan… penyanyi dangdut Baby Shima sekali lagi dihimpit kontroversi apabila foto miripnya dengan seorang lelaki di sebuah pusat hiburan tersebar di media sosial. Tidak berselindung atau menafikan perkara itu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 29, berkata, apa yang dilakukan itu tidak menganggu orang lain.
“Saya rasa saya tiada kembar, iya itu memang saya… so kenapa ada masalah ke? Rasanya saya tak perlu nak beritahu siapa lelaki dalam gambar tersebut sebab tiada kepentingan pun untuk korang. Apa yang saya buat itu tak ganggu hidup orang lain,” katanya.
Menerusi beberapa foto yang dikirimkan, Shima dilihat sedang bermesra dengan seorang lelaki dipercayai di sebuah kelab di ibu negara. Lebih menimbulkan tanda tanya ialah menerusi foto berkenaan kelihatan Shima seperti sedang mencium lelaki berkenaan sambil memegang gelas minuman.
Apa saya rasa saya nak buat saya akan buat, Shima tak ganggu orang
Sementara itu, ketika ditanya sama ada kontroversi yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini sengaja dibuat bagi meraih perhatian, Shima sebaliknya menyalah warganet. Kata Shima dia tidak mampu untuk menutup mulut setiap orang agar berhenti bercakap tentang dirinya. “Sebenarnya apa yang berlaku pada Shima ni bukan nak tarik perhatian orang atau nak timbulkan kontroversi tapi semuanya disebabkan mulut orang. Daripada mulut orang la yang tarik perhatian dan media pick up,” ujarnya.
Selain itu, Shima berkata, dia juga kadang kala berasa tertekan dan menganggap dirinya seorang artis yang dibenci oleh warganet. Shima tidak pernah berniat ingin timbulkan kontroversi. “Tak dinafikan kadang-kadang ada rasa sedih apabila kena kritik sebab saya ni seorang tapi yang mengkritik ramai. Saya rasa down dan tertekan. Ada benda yang patut jawab ada benda tak patut jawab terutama hal peribadi saya. Ya saya memang nakal tapi tiada la sampai kacau suami orang, kacau rumah tangga orang atau minta duit mak bapa kau,” ujarnya. Sumber : Gempak
Hairan Mengapa Ramai Yang Benci Dirinya Walhal Tak Kacau Orang. Sekali Ada Warganet Bagi Komen Pedas Untuk Baby Shima.
Penyanyi dan selebriti media sosial, Baby Shima, 29, meluahkan isi hatinya dalam kehairanan tentang mengapa sehingga kini begitu ramai yang membenci dirinya. Menurut penyanyi dengan nama sebenarnya Nor Ashima Ramli ini, keadaan itu adakala sering bermain di fikirannya memandangkan dia tidak tahu apa kesalahan yang telah dilakukan sehinggakan ramai tidak menyukainya.
“Kadang terfikir juga kenapa ramai benci Shima. Sedangkan, Shima tak pernah kacau orang lain. Tak pernah kacau rumah tangga orang, keluarga orang. “Tak pernah juga minta duit mak ayah anda semua. Tak pernah!,”katanya. Shima berkata demikian dalam satu hantaran di akaun Instagram malam semalam yang kemudiannya mendapat perhatian ramai di media sosial.
Terdahulu, di ruangan Instagram Story (igs), Shima juga memberi bayangan mengenai kesedihannya itu menerusi perkongsian sebuah kata mutiara berbahasa Inggeris, ‘Anda boleh memalsukan senyuman, tetapi tidak perasaan’.
Tidak cuma itu, penyanyi yang juga bekas peserta program realiti D’Academy Asia musim ketiga ini turut meluahkan rasa sedih dan memberi bayangan sudah tidak sanggup bertahan dengan situasi seperti ini. “Terus-terang Shima cakap, Shima dah tak kuat dengan apa yang dilalui sekarang. Boleh tak kamu semua rasakan apa yang Shima rasa?”katanya.
Menerusi perkongsian tersebut, Shima menerima pelbagai respons daripada pengikut dan peminatnya yang dilihat menaruh harapan agar penyanyi ini terus kuat semangat dan bersabar dengan situasi. Namun, ada juga dalam kalangan pengikut yang berpandangan negatif dan sinis selain beranggapan antara punca dirinya dibenci kerana gelagatnya sendiri di media sosial.
“Kena berhenti jadi gedik-gedik. Jadilah seperti perempuan dan bukannya betina,” – tulis pengguna dengan nama sifu_luncai. “Warganet cuma tak suka Shima kerap dan kuat sangat goyang kot,” tulis pengguna mmhrostani.
“Kamu yang pilih jalan ini. Nak jadi artis. Dunia artis memang begitu. Ada yang suka, ada yang benci. Lumrahlah semua itu. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,” tulis pengguna eriezmann.
“Nilai diri sendiri dulu, cari salah diri bukan cari salah orang. Kalau orang benci, ada sebab dan salahnya terletak pada diri sendiri,” tulis pengguna sp_escobar.
“Penyelesaiannnya haya kembali pada agama dan sunnah Nabi SAW. InsyaAllah Allah akan bagi ketenangan pada awak” tulis pengguna azuanmazlam7. Dalam pada itu, terdapat juga kalangan rakan artis yang memberi respons terhadap luahan Shima itu di ruangan komen sambil memberi kata semangat.
Antara yang berbuat demikian ialah penyanyi Wani Kayrie, komposer dan penyanyi, Harry Khalifah atau Apak dan pelakon, Erry Putra. Sumber: Utusan
Tayang Badan Ada Tatu. Baby Shima Enggan Cakap Berlebihan. Apa Yang Penting Tidak Kacau Hidup Orang Lain.
KUALA LUMPUR: Tidak berhenti menerima kritikan, penyanyi Baby Shima, 29, sekali lagi terpalit sensasi apabila didakwa memiliki tatu tulisan namanya pada bahagian dada.
Ia selepas bintang kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di negara seberang itu memuat naik hantaran videonya bersama selebriti media sosial, Ammar Nazhan dalam laman Instagram (IG).
Bagaimanapun, Shima atau Nor Ashima Ramli tidak mengiyakan atau menafikan, malah terus membiarkan warganet untuk membuat spekulasi. “Bagi saya, bertatu nampak cantik, tetapi saya enggan cakap berlebihan. “Biarlah warganet menilai sebab kalau saya bercakap baik sekalipun tetap tidak diterima warganet.
“Jadi, saya buat apa yang saya suka. Apa yang penting, saya tidak kacau hidup orang lain,” katanya. Sementara itu, mengulas perancangan kerjaya di Indonesia selepas penularan COVID-yang semakin reda, Shima berkata, dia masih menunggu pintu sempadan dibuka.
“Jujurnya, saya mahu pulang ke Indonesia secepat mungkin. Saya masih menunggu Indonesia membuka pintu sempadan dan membenarkan rakyat Malaysia masuk. “Saya akan mengeluarkan single ciptaan Pasha Ungu untuk pasaran Indonesia, namun semua tergendala disebabkan penggambaran video muzik tidak dapat dilakukan.
“Saya terpaksa tunggu pulang ke Jakarta untuk menyiapkannya. Ini kerana Pasha sendiri akan mengarahkan video muzik berkenaan,” katanya. Penyanyi kelahiran Masai, Johor itu berkata, dia bukan sekadar mahu menyambung perancangan kerjaya nyanyian yang tergendala, malah sudah hampir dua tahun tidak menjenguk rumahnya.
“Saya tidak tahu apa yang terjadi pada rumah apabila hampir dua tahun ditinggalkan tanpa penghuni,” katanya yang kini sibuk menyiapkan kerja terbengkalai ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Selain itu, bekas finalis program D’Academy Asia musim ketiga itu juga sedang membuat persiapan memasuki studio merakamkan empat single ciptaan Ezra Kong, Harry Khalifah dan Achoi Floor 88 pada bulan depan.
Muat naik video di tiktok dengan pakai telekung. Sekali ada pula yang pertikaikan pasal solat. Tak boleh tahan ini respon dari Baby Shima.
Penyanyi Baby Shima mengakui berasa sangat kecewa dengan komen ditinggalkan oleh seorang individu di aplikasi TikTok yang mempersoalkan ibadah solatnya. Memetik penulisan Media Hiburan, individu berkenaan menyifatkan tiada gunanya untuk pemilik nama Nor Ashima Ramli menunaikan solat jika tidak menutup aurat dengan sempurna.
“Kalau orang bertutup litup bagai pun, fikiran kau tetap kotor” Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, pelantun lagu Pura-Pura Bujang berkenaan memuat naik sebuah video memberi reaksi kepada komen individu tersebut.
“Semalam saya ada post satu content di TikTok. Lepas tu ada seorang mamat ni dia cakap, ‘Apa guna solat tapi tayang body’. Seakan-akan kau sorang je yang boleh solat dan kau boleh tentukan siapa yang sah dan tak sah solat.
“Disebabkan pemikiran kau yang selalu berfikiran kotor, kalau orang bertutup litup bagai pun, fikiran kau tetap kotor. Kau kutuk-kutuk aku tapi aku tengok kau punya following (Tik Tok) tu banyak dengan perempuan-perempuan tak menutup aurat,” ujarnya.
Tegur tak salah tapi…
Selain itu, Shima turut menegaskan bahawa memberi teguran bukanlah satu kesalahan tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul. “Cukuplah kau judge orang tu. Kau hanya tengok dari luarannya sahaja. Tapi kau tak tahu niat seseorang itu. Kau takkan tahu. Cuma Allah je tahu,” jelasnya lagi.
Perkongsian penyanyi berusia 29 tahun itu dibanjiri dengan kata-kata semangat serta nasihat daripada pengikutnya.
Terdahulu, Baby Shima berkongsi sebuah video memperlihatkan dirinya memakai telekung di aplikasi TikTok. Namun begitu, dia terkilan apabila menerima komen negatif daripada salah seorang individu yang mempertikaikan ibadah solatnya secara terang-terangan. Sumber: Instagram Baby Shima via Era Kini