Bakal menamatkan zaman bujang tahun depan. Usop dedah lepas bertunang sikap berubah jadi panas baran dan cepat naik angin.

Business

Bakal menamatkan zaman bujang tahun depan. Usop dedah lepas bertunang sikap berubah jadi panas baran dan cepat naik angin.

Selepas mengikat tali pertunangan pada 4 November lalu, penyanyi Usop, 24, mengumumkan dia bakal menamatkan zaman bujang bersama tunangnya,

Bakal menamatkan zaman bujang tahun depan. Usop dedah lepas bertunang sikap berubah jadi panas baran dan cepat naik angin.



Nur Fatihah Md Hashim,25, pada Februari tahun hadapan. Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor juga mengakui rasa teruja dan gementar pada masa sama untuk menggalas tanggungjawab sebagai suami selepas ini. Usop yang terkenal sebagai seorang yang kelakar mula berubah sikap menjadi pemarah.

ARTIKEL MENARIK:Lepas Rumah Dhanyutkan Banjlr, EbbyYus MasukH0spital , Ini Keadaan Terkini Beliau
loading...


Usop memberitahu dia bukanlah seorang yang pemarah.

Akui bimbang dengan hal itu, Usop berkata perubahan itu mula dirasai sejak bertunang dengan Nur Fatihah Md Hashim pada 4 November lalu.

“Tetapi kena kawal la sebab bagi pendapat saya… apabila kita nak menghalalkan hubungan dengan seseorang, waktu itu la banyak dugaan datang.

“Kita sebagai pasangan kena banyak bersabar dan bertolak ansur. Sebab nak berkahwin ni bukan untuk sehari dua tetapi selama-lamanya,” katanya kepada mStar.

Usop ditemui selepas konsert minggu keenam Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Usop memberitahu kehadiran Fatihah dalam hidupnya banyak memberi perubahan daripada segi penampilan dan pembawakkan diri. Malah persiapan kahwin penyanyi lagu Sejarah Cintaku ini juga sudah hampir selesai.

“Alhamdulillah setakat ini persiapan lebih kurang 85 peratus. Syukur alhamdulillah ada juga pihak yang sudi menaja bersempena hari bahagia kami selain mengeluarkan belanja sendiri,” katanya.

Menyingkap soal perjalanan hubungannya bersama Nur Fatihah pula, Usop tidak menafikan ia ada pasang surutnya.

“Normallah dalam sesebuah perhubungan itu akan ada turun naik. Apa yang boleh saya cakap, dugaan dalam tempoh bertunang memang kuat.

“Tipulah kalau ada pasangan bercinta atau bertunang yang tidak pernah gaduh kan? Cuma alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Doakan yang baik-baik buat kami, Insya-Allah,” katanya lagi.

Tinggal sikit je lagi benda nak kena buat. Orang kata tinggal menunggu hari ijab kabul sahaja.


Ujar Usop, tunangnya banyak mengajar untuk memperbaiki diri lebih-lebih lagi apabila menjadi seorang selebriti.

“Fatihah banyak menegur saya, dulu penampilan saya selekeh berbanding sekarang. Dia kata saya kena menjaga penampilan sebagai seorang artis dan saya pun mula berubah sikit-sikit.

“Lepas tu kadang-kadang saya ni jenis blur. Jadi apabila saya ada slow je Fatihah akan tegur cakap tak boleh macam itu dan ini, dia banyak mengajar saya juga,” katanya.

Setelah dua tahun menjalinkan hubungan persahabatan, pasangan ini mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di sebuah dewan berdekatan kediaman keluarga Fatihah terletak di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang pada 4 November lalu. Usop dan Fatihah bakal mendirikan rumah tangga pada Februari 2022.

Dikatakan Terima Usop Sebab Dia Artis. Tak Boleh Berdiam Sekali Tunang Tampil Bersuara Buat Ramai Yang Tergamam.

Kira-kira sebulan yang lalu, penyanyi terkenal Usop membuat ramai terkejut apabila memuat naik gambar pertunangan bersama seorang gadis kelahiran Pulau Pinang. Paling menjadi tarikan adalah kecantikan yang dimiliki oleh Nur Fatihah Md Hashim saat mengenakan persalinan berwarna biru muda pada majlis berkenaan.




Sering disoal kenapa pilih Usop sebagai pasangan…Konon terima cuma sebab seorang artis

Walau bagaimanapun, terbaru Fatihah tampil menyuarakan isi hatinya apabila sering disoal soalan sama tentang sebab utama memilih Usop sebagai pasangan. Malah ada yang mengatakan gadis berusia 24 tahun ini menerima pemuda tersebut hanya kerana dia adalah seorang artis terkenal.

https://www.tiktok.com/@teharicher/video/7037544179441962266?referer_url=http%3A%2F%2Fwww.komedimedia.com%2F&referer_video_id=7025229809567534363&refer=embed&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=6990217675675272705

Yes muka memang macam perempuan belaan, tapi maaf ya bukan style saya

Meskipun wajahnya sering disebut seperti seorang yang ‘high demand’, namun dirinya mengaku hanyalah gadis biasa. Dalam pada itu, Fatihah menegaskan mempunyai kerja serta bisnes online sendiri dan tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk bergaya.

Jangan sampai kata-kata orang jejaskan hubungan…Pedulikan apa orang bercakap pasal diri kita

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong tindakannya yang tidak hanya berdiam apabila menerima tohmahan. Bukan itu sahaja, ramai juga mendoakan pasangan tersebut untuk terus cekal dengan pelbagai dugaan sebelum bergelar suami isteri.



Sumber:TikTok Teha Richer

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.dnq.pw/

Dua Tahun Menjalinkan Hubungan Persahabatan. Usop Dan Teha Dah Selamat Bertunang. Akhirnya Usop Dedah Bila Rancang Nak Berkahwin.

DUA tahun menjalinkan hubungan persahabatan, penyanyi Usop Mentor membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya Nur Fatihah Md Hashim pada Khamis. Bersyukur majlis berjalan lancar seperti dirancang, Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Mohd Nor, 24, berkata dia sudah bersedia bergelar suami kepada model sambilan berusia 25 tahun itu.

“Sejak semalam saya memikirkan tentang majlis ini, gementar juga… tapi Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar dan selesai dengan jayanya. Selepas ini saya kena fikir fasal majlis perkahwinan pula. “InsyaAllah ikut perancangan Februari depan kami akan bernikah… kalau ikutkan saya memang nak cepat-cepat kahwin tapi ada beberapa tugasan dan komitmen kerja yang belum selesai,” katanya kepada mStar.

Pasangan ini mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di sebuah dewan berdekatan kediaman keluarga Fatihah terletak di Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang. Berkongsi perkenalan awal, Usop berkata dia mengenali Fatihah yang juga merupakan kakitangan di sebuah syarikat swasta ketika menghadiri majlis rumah terbuka sahabatnya di Kedah pada tahun 2019.

“Saya jumpa dia di majlis rumah terbuka seorang sahabat. Pertama kali tengok dia hati saya dah terpikat… cantik dan tinggi orangnya. Saya minta akaun Instagram dia, masa itu hanya sekadar nak berkawan sahaja. “Kalau nak tahu Tehah juga yang ajar saya dress up dan penampilan macam sekarang ni.”katanya.

“Kemudian kami bertukar nombor telefon dan saya luahkan hasrat nak ajak kahwin… sebenarnya saya pun tak sangka hubungan kami sampai ke fasa serius. “Bulan puasa tahun lalu kami mula serius rancang untuk mendirikan rumah tangga. Dalam tempoh pertunangan ni, orang kata darah manis jadi saya kena banyak bersabar melalui fasa ini,” ujarnya.

Ditanya mengenai sisi peribadi tunangnya, penyanyi lagu Selamanya ini berkata Fatihah atau lebih mesra disapa Tehah seorang gadis yang menyenangkan dan banyak memberi sokongan kepadanya. “Sepanjang perkenalan Fatihah memang banyak menyokong saya… kerjaya, perniagaan dan sebagainya.

“Dia menerima saya seadanya dari zaman tak ada apa-apa sampailah sekarang ini. Dia tak pandang harta, awal perkenalan dulu saya tak ada apa-apa, kereta pun tak ada. “Dia ada ketika susah dan senang saya, sentiasa ada untuk bagi sokongan. Kalau nak tahu Tehah juga yang ajar saya dress up dan penampilan macam sekarang ni,” ujarnya.

Sumber: Mstar.

Bukan Main. Doakan Hubungan Ini Cepat Halal. Sweet Qismina Dan Adam Lee Selamat Bertunang Pada Tarikh Hari Lahir.

PETALING JAYA – Tiga tahun menyulam percintaan, pasangan sama cantik sama padan, Sweet Qismina dan Adam Lee hari ini selamat mengikat tali pertunangan. Majlis yang berlangsung petang tadi di sebuah rumah persendirian di Ampang, Selangor dihadiri 20 orang tetamu dalam kalangan ahli keluarga dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Bertemakan putih dan songket, majlis pertunangan turut memberi makna bahagia buat Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi yang turut menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-24 tahun hari ini.

“Alhamdullilah kami selamat bertunang. Terima kasih atas doa semua,” kata Sweet ringkas ketika dihubungi Kosmo Online!. Pada majlis tersebut, Adam Lee menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan. Tambah Sweet, mereka mengikat tali pertunangan selama setahun dan akan mengumumkan tarikh perkahwinan kelak.

“Perancangan atau keputusan untuk nikah belum ada lagi. Kita selesaikan yang ini dulu (bertunang),” katanya. Terdahulu, pasangan itu menjalinkan cinta sejak 2018 selepas Sweet mempelawa Adam atau nama Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee, 27, menemaninya ke sebuah anugerah berprestij. –Sumber: K! ONLINE

Dalam diam Azzam dan Sheryl Shazwanie dah selamat bertunang. Akhirnya Azzam dedah bila dia rancang nak berkahwin.

SELEPAS dua tahun menyulam cinta, hubungan pasangan penyanyi Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie Shamsulbahri kini memasuki fasa baharu apabila mereka mengikat tali pertunangan pada Khamis malam. Lebih istimewa apabila Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 24, memilih tarikh 30 September sebagai hari bersejarah mereka iaitu sempena ulang tahun kelahiran Sheryl yang ke-24.

“Alhamdulillah saya rasa lega dan happy. Sebenarnya kami dah rancang awal nak tunang pada bulan Mei, tapi tertangguh sebab PKP. “Kami kenal each other pun dah lama dan Alhamdulillah hubungan direstui keluarga. Kami harap sampai ke jenjang pelamin.

“Sebenarnya ayah yang pilih nak buat majlis tunang sama dengan tarikh lahir Sheryl,” katanya kepada mStar. Pasangan itu segak mengenakan pakaian sedondon berwarna turquoise. Majlis yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri keluarga Azzam dan Sheryl dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat. Ujar Azzam, majlis pertunangan itu dilangsungkan di rumah keluarga Sheryl di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.

“Majlis berlangsung malam tadi selepas Isyak. Kami buat malam sebab nak memudahkan urusan kerana keluarga semua tak perlu ambil cuti. “Mereka yang datang hanya keluarga terdekat sahaja iaitu keluarga Azzam ada lapan orang dan pihak Sheryl 10 orang.

“Kebetulan rumah Sheryl di Taman Medan tak jauh dari rumah datuk saya,” katanya. Tambah Azzam, mereka merancang untuk melangsungkan pernikahan pada tahun depan. “Apa yang saya boleh cakap kalau ada rezeki InsyaAllah kami rancang akan berkahwin pada tahun hadapan.

“Kalau ada apa-apa perubahan kami akan maklumkan awal,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://www.mstar.com.my

Tular masih ada yang degil sampai nak anjurkan majlis kahwin ketika PKP. Sekali ini tindakan polis.

Semalam kec0h di media sosial apabila polis mengenakan kompaun terhadap penganjur sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang. Komp4un tersebut dikeluarkan kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dalam PKP 3.0. Pemeriksaan ke atas rumah itu mendapati 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar dalam kediaman berkenaan.

Difahamkan juga, majlis itu diadakan bagi meraikan anak lelaki tuan rumah itu tetapi tindakan itu tidak bertepatan dalam keadaan semasa. Perkara itu sekali gus mengundangan kem4rahan warganet kerana masih ada yang berani dan degil mengadakan majlis ketika orang ramai sedang menjalani ‘total l0ckdown’.

“Kau boleh sabar tak. nak buat majlis kahwin pun. Dah kenapa degil sangat”. Inilah masalah rakyat Malaysia memang degil dan suka ingkar PKP. Takkanlah tak tahu tak boleh buat majlis kahwin. Ingatkan time Cov1d jimat, rupanya tak…sebab kena k0mpaun,” tulis beberapa warganet.

Sekadar info, sebarang penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi sama ada oleh kerajaan dan swasta tidak dibenarkan bagi semua kawasan yang dikenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, majlis sosial seperti kenduri, majlis pertunangan dan perkahwinan, resepsi, majlis aqiqah, doa selamat dan lain-lain majlis sosial juga tidak dibenarkan.

Sumber : gempak viaEra Kini



-----------------------------------------------------------------