Baru nak masuk taska tak kan nak kena pinjam ptptn. Terkedu bila warganet mula luah rasa kecewa bila harga penjagaan di taska mahal.

Business

Baru nak masuk taska tak kan nak kena pinjam ptptn. Terkedu bila warganet mula luah rasa kecewa bila harga penjagaan di taska mahal.

Tidak dinafikan kos sara hidup semakin meningkat saban hari membuatkan ramai terkesan, khususnya golongan B40. Bukan itu sahaja, pandemik Covid-19 yang melanda menyebabkan ramai kehilangan kerja serta berlakunya pemotongan gaji.

Baru nak masuk taska tak kan nak kena pinjam ptptn. Terkedu bila warganet mula luah rasa kecewa bila harga penjagaan di taska mahal.



Menurut laporan, perbelanjaan isi rumah bulanan purata menunjukkan peningkatan pada kadar 4 peratus sahaja dalam tempoh 2016 sehingga 2019.

ARTIKEL MENARIK:Tular tiktok famous sanggup berlakon jadi OKU sebab tempat parking penuh. Sekali wanita ini bagi amaran buatnya.
loading...


Jika harga makanan terus meningkat jika dibandingkan dengan barangan yang lain dan memandangkan isi rumah B40 lebih cenderung untuk berbelanja untuk makanan, peningkatan harga makanan yang konsisten akan menyebabkan kumpulan isi rumah ini terkesan daripada kadar inflasi yang lebih tinggi.


Seperti satu ciapan seorang warganet yang menarik perhatian ramai mengenai harga taska yang dikatakan begitu mahal dan membuatkan rata-rata ibu bapa berada dalam dilema. Menerusi ciapan tersebut, wanita ini mend4kwa kadar yuran yang dikenakan oleh taska adalah sebanyak RM400 hingga RM450 di kawasan Semenyih, Selangor dan terdapat taska yang mengenakan caj sebanyak RM600.

Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan ibu khususnya berada dalam dilema sama ada perlu berhenti kerja bagi menjaga anak atau pun bekerja seperti biasa dan membayar caj taska yang begitu mahal. Ujar wanita ini lagi, kos penjagaan kanak-kanak semakin tinggi dan setiap pasangan perlu memainkan peranan yang tinggi.

Rancang keluarga pun penting juga.


Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet juga bersetuju ‘terkesan’ dengan caj taska yang dikatakan begitu mahal ditambah pula gaji minimum bagi seorang pekerja hanyalah RM1,200. Bukan itu sahaja, warganet juga turut menekankan aspek family planning berikutan kos sara hidup yang semakin tinggi bagi mengelakkan anak mereka ‘terkesan’.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Ohbulan

Haqiem Dan Isteri Akui Belum Bersedia Untuk Timang Anak Pada Usia Sekarang. Sekali Ini Penjelasan Haqiem.

Haqiem berkata dia belum bersedia untuk menimang cahaya mata pada usia muda. Sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat, soalan tentang cahaya mata pasti akan muncul sebaik terhadap pasangan yang baharu berumah tangga. Penyanyi Haqiem Rusli yang baru memperisterikan Anis Sofea sejak dua minggu lalu tidak terkecuali menerima pertanyaan seperti itu. Bagaimanapun Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli,23, memilih untuk merancang keluarga memandangkan dia dan isteri masih muda.

“Saya tak menolak rezeki, kalau dah perjalanan hidup saya dan Sofea akan ada cahaya mata dalam masa terdekat kami terima… itu rezeki Allah. Tapi untuk masa sekarang bukan kami taknak cuma kami masih nak memantapkan lagi hubungan daripada segi kesefahaman. (Perlu bincang) adakah kami sudah bersedia (timang anak) dalam umur sekarang ni. To be honest saya tak bersedia lagi, saya masih buat research macam mana nak jadi suami yang baik, masih cari pengalaman la. belum sedia ada anak dalam usia muda ni,” katanya.

Haqiem dan Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 19 November lalu di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. Dalam pada itu penyanyi lagu Tergantung Sepi ini berkata dia dan isteri masih dalam proses untuk mengenali antara satu sama selain belajar menjadi pasangan yang baik.

Saya tak menolak rezeki cuma kalau dah perjalanan hidup saya dan Sofea akan ada cahaya mata dalam masa terdekat kami terima

Akui Haqiem dia sendiri agak kekok selepas memikul tanggungjawab sebagai suami terutamanya perlu mengambil tahu hal berkaitan isterinya. “Dalam hal berkaitan rumah tangga kami akan bertanya kepada ibu bapa saya dan Sofia, mereka yang membantu mematangkan lagi hubungan kami. Mereka yang lebih berpengalaman dalam rumah tangga. Kalau nak bercakap soal perbezaan selepas berkahwin, pada mulanya memang rasa berbeza sebab saya perlu memikul tanggungjawab yang lain. Apa sahaja urusan Sofea saya turut perlu ambil tahu.

Ketika ditanya tentang perancangan untuk berbulan madu, Haqiem berkata dia masih terikat dengan beberapa program yang perlu diselesaikan. “Hari tu sempat babymoon je kat Port Dickson. Buat masa sekarang saya ada komitmen setiap hari Ahad untuk Suara Viral. InsyaAllah tahun depan nak pergi umrah dulu dan mungkin nak bercuti ke London atau Korea,” katanya. Sumber : Mstar

Tengah Sedap Menyanyi Ramai Yang Terkejut. Haqiem Rusli Tiba Tiba Sebak Dan Menangis Masa Tengah Menyanyi.

CYBERJAYA: Dengan dua kali lafaz, penyanyi popular, Haqiem Rusli, 24, sah bergelar suami kepada pilihan hati, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, pada majlis tertutup patuh prosedur operasi standard SOP di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, di sini, pada jam 3.40 petang tadi.

Segak mengenakan persalinan baju Melayu rona kelabu, Haqiem atau nama sebenar, Ridzuan Haqiem Rusli dan Wan Anis Sofea selamat diijabkabulkan Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Ustaz Zamzuri Ruslan dengan disaksikan keluarga dan rakan terdekat.

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan wang hantaran bernilai RM 100,000 dan mas kahwin RM 300 serta lima dulang hantaran berbalas lima dulang daripada pengantin perempuan. Berkongsi perasaan sebaik bergelar suami, Haqiem meluahkan rasa syukur kerana Tuhan menghadirkan peneman hidupnya hingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah, sayalah lelaki paling bahagia ketika ini kerana ada seseorang yang bukan sahaja menjadi peneman hidup, malah, berkongsi suka dan duka bersama. Haqiem tertawan dengan sikap, budi pekerti dan ketrampilan Wan Anis Sofea yang dianggap calon isteri tepat. “Dia Anis Sofea amat sempurna. Saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilannya berjaya menambat hati saya untuk memilikinya,” katanya.

Sementara itu, Wan Anis Sofea atau lebih mesra disapa Sofea mengakui penyanyi lagu Mimpi dan Tergantung Sepi itu memiliki kriteria yang tepat untuk dijadikan suami. “Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” katanya.

Malam ini, pasangan mempelai ini akan diraikan pada majlis resepsi bertemakan Raikan Cinta di Langit Asmara di skyGlass Cyberjaya, di sini. Majlis resepsi berkonsepkan perkahwinan dalam taman yang dibuat secara tertutup itu bakal dihadiri 200 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat, rakan selebriti serta media.




Perkenalan pasangan sama cantik sama padan ini bermula sebagai rakan kongsi perniagaan dua tahun lalu apabila mereka membuka restoran steam bot sebelum pemenang trofi Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Anugerah Bintang Popular BH ABPBH Ke 34 itu memutuskan untuk membawa hubungan itu ke fasa seterusnya.

Mei lalu, pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 33 ini mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga menerusi siaran langsung di Instagram IG pada jam 2 pagi. Pada malam kemuncak ABPBH 34 Sabtu lalu, Haqiem mengumumkan pernikahannya hari ini bagi mengambil keberkatan Jumaat sebagai penghulu hari. Dengan dua kali lafaz, Haqiem sah bergelar suami kepada Wan Anis Sofea pada majlis tertutup patuh SOP di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, pada jam 3.40 petang tadi.

Kredit : BH/HotFM

Betul Betul Wedding Of The Year Ni. Terkejut RM7 Juta Kos Majlis Kahwin Haqiem Rusli.

Laksana bulan dengan matahari… Dengan dua kali lafaz, penyanyi Haqiem Rusli selamat menjadi suami kepada gadis pilihannya iaitu Anis Sofea, 19, di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya kira-kira pukul 3.40 petang, Jumaat. Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga tercinta dan kenalan rapat mereka. Bersyukur acara akad nikah berjalan lancar, Haqiem atau nama sebenar Ridzuan Haqiem Rusli, 23, berkata Anis sudah cukup sempurna di matanya dan sikap lemah lembut serta keterampilan gadis itu berjaya menambat hatinya.

“Dia amat sempurna buat saya, dan saya sangat senang dengan sikap, budi pekertinya yang lemah lembut dan keterampilan dia yang menambat hati saya untuk memilikinya,” kata Haqiem. Pasangan yang bagai pinang dibelah dua ini menjalin percintaan sejak dua tahun lepas, berkenalan semasa menjalankan urusan perniagaan mereka. Dalam pada itu, Anis Sofea mendedahkan hatinya terpikat dengan Haqiem kerana memiliki sifat seorang yang bertanggungjawab serta mempunyai cita-cita tinggi.

“Sifatnya yang penyayang, prihatin, bertanggungjawab, bercita-cita tinggi dan berbudi pekerti menjadikan saya jatuh hati kepadanya,” ujar Anis.

Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, wang hantaran berjumlah Rm100,000 dan selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri.

Bagi meraikan hari bahagia, pasangan tersebut memilih untuk mengadakan majlis resepsi secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta di Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis yang diberikan nama The SOFEA berinspirasikan Floral Garden persis taman di kayangan dalam rona pastel merupakan ilham dan sentuhan daripada Primadona Events atas permintaan Anis Sofea yang minat kepada fesyen dan drama Korea.

Pasangan ini menggayakan rekaan busana yang direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dan Razman Razmi bagi majlis indah ini. Turut meraikan detik bersejarah pasangan ini ialah Habib Jewels, jenama barang kemas tempatan bagi menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis. Haqiem memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia kepada isterinya. Nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan lebih RM7 juta. Sumber : mStar

Tampil Dedah Wajah Bakal Isteri Dan Bakal Langsungkan Majlis Pada 19 November. Sekali Haqiem Rusly Jawab Isu Nikah Gadis Umur 19 Tahun.

Sebelum ini, penyanyi Haqiem Rusly telah mengejutkan para peminat apabila mengumumkan dirinya bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihannya pada 19 November (Jumaat) ini.

Bakal bernikah pada 19 November

Menerusi temu bual di Melodi pada Ahad, pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli bakal melangsungkan pernikahannya pada petang dan pada sebelah malam pula akan diadakan satu resepsi secara kecil-kecilan untuk keluarga serta beberapa rakan artis sahaja. Saya akan bernikah pada 19 November. Saya akan buat nikah petang tu dan malam kita akan buat resepsi secara kecil-kecilan. Saya hanya buat jemputan untuk keluarga dan rakan artis pun tak banyak yang boleh datang.

Setelah dua tahun bersulam cinta, pelantun lagu ‘Mimpi’ ini menyatakan bahawa dia ingin menjaga privasi hubungannya. Lebih menarik lagi apabila wanita yang berjaya memikat hati Haqiem adalah rakan kongsi dan bukan seorang artis. Saya jenis menjaga privasi sebab dahulunya saya bukan seorang yang menjaga privasi dan itu memakan diri saya.

Dia seorang rakan bisnes saya. Kami berjumpa dalam bisnes dia bukan seorang artis dan kenal-kenal dari situ lah. Dia sangat sempoi. Pada pandangan saya dia sangat lengkap untuk saya. Untuk menemani saya, hidup dengan saya selama-lamanya. Saya sangat happy. Kedatangan dia dalam hidup saya banyak mengubah saya.

Haqiem Rusly gatal nak kahwin?

Apabila ditanya mengenai dirinya ‘gatal’ hendak berkahwin dengan gadis berusia 19 tahun, Haqiem mengatakan bahawa dirinya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami dan tidak ada istilah ‘gatal’ untuk berkahwin bagi dirinya. Saya ni bukan buat benda yang salah. Saya war-warkan benda ni. Kalau saya senyap-senyap tu ye lah. Tak ada istilah gatal nak kahwin sebab saya rasa saya dah bersedia tapi dalam masa yang sama saya nak menjadi seorang suami ni saya masih belajar apa yang sedang buat.

Dalam pada itu, Haqiem turut memberitahu bahawa tema perkahwinannya adalah bertemakan sky glass, namun dia memberi bakal isterinya untuk memilih tema bagi resepsi mereka. Untuk baju pernikahan kita ada Razman Razmi. Malam tu respesi kita pakai baju dari Rizman Ruzaini. Sumber : Oh Bulan

Betul Ke Sarah Suhairi Yang Bakal Bergelar Isteri Haqiem Rusli. Ini Jawapan Haqiem Rusli.

Ramai yang tahu bahawa penyanyi Haqiem Rusli bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, namun identiti bakal isterinya masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini. Macam-macam nama para peminat telah sebutkan tetapi pelantun lagu Tergantung Sepi itu masih lagi mengambil pendekatan untuk mengunci mulutnya dari mendedahkan identiti wanita itu.

Di sebalik keghairahan ramai mencari siapakah wanita bertuah itu, ada pula yang bertanya adakah penyanyi Sarah Suhairi yang bakal mendirikan rumah tangga bersama jejaka itu

Sarah ke yang akan kahwin dengan Haqiem?

Namun jawab penyanyi yang digilai ramai wanita terutamanya dikalangan remaja itu, Sarah Suhairi bukanlah gerangan identiti bakal isteri yang dirahsiakan olehnya. Apa-apa pun, harap peminat-peminat Haqiem dapat bersabar sikit ye. Nanti mesti Haqiem bagitahu punya! Sumber:Beautifulnara  via Era Kini


-----------------------------------------------------------------