Boleh pulak kata tuhan juga merupakan makhluk halus. Sekali Pengasas Mamasab tampil mohon maaf dan sedar akan kesilapannya.

Business

Boleh pulak kata tuhan juga merupakan makhluk halus. Sekali Pengasas Mamasab tampil mohon maaf dan sedar akan kesilapannya.

Tular di media sosial mengenai video pengasas kek terkenal Mamasab, Sabrina Norin mengatakan Tuhan merupakan makhluk halus menerusi aplikasi Zoom bersama ahli Mamasab yang lain mendapat perhatian orang ramai. “Tuhan juga adalah makhluk halus” ujarnya.

Boleh pulak kata tuhan juga merupakan makhluk halus. Sekali Pengasas Mamasab tampil mohon maaf dan sedar akan kesilapannya.





ARTIKEL MENARIK:Terkejut tengok bilangan murid berhenti sekolah sejak Mac 2020. Bekas menteri pendidikan luah rasa terkilan.
loading...


Sabrina Mohon Maaf Salah Guna Perkataan

Berikutan ada yang memberi teguran dalam platform Zoom dan video tersebut juga tersebar di media sosial, pengasas kek ini segera mengeluarkan penjelasan serta memohon maaf atas ketelanjurannya dalam berkata-kata dan berterima kasih kepada mereka yang memberi teguran.


“Assalamualaikum dan selamat pagi semua anak-anak Mama.. Selamat pagi dunia yang penuh dengan magik dan kebahagiaan dan rahmat dari Nya. Setiap manusia tak lepas buat salah.. Kadang-kadang ada perkataan yang kita guna untuk jelas satu kekuasaan yang sangat luar biasa menjadi ayat yang salah dan tak sepatutnya di gunakan.. Minta maaf atas kesilapan penggunaan nama makhluk. Mama ambil penyalahgunaan perkataan untuk terangkan sesuatu yang tak nampak sebagai khilaf Mama untuk orang yang baru nak belajar mengenalpasti kekuasaan yang luar biasa. Terima kasih untuk yang ambil berat untuk mengelakkan salah faham dalam beragama. Alhamdulillah.. Atas teguran… Mama selalu cakap dengan anak-anak Mama. Bila ada orang menegur itu bukan bermaksud dia benci.. Tapi dia sayang.. Sebab dia tak nak kita buat salah lagi. Alhamdulillah.. Syukur.. Terima kasih ambil berat.. Sangat luar biasa ukhwah rakyat Malaysia.. Saling ingat mengingati supaya semua ke arah kebaikan dan capai matlamat kehidupan yang di tuntut. Sayang dan peluk dari Mama ya.” Jelasnya di Facebook

Pasukan Mamasab Beri Penjelasan Dan Akan Lebih Berhati-Hati

Selain pengasas kek, pasukan Mamasab juga memohon maaf dan beri penjelasan di akaun Instagram rasmi Mamasab serta mengatakan mereka akan lebih berhati-hati di masa akan datang. Video : Klik link


“Salam semua.. Baru-baru ni tular satu video tentang pengasas Mamasab. Saya selaku salah seorang keluarga Mamasab.. Nak kongsi sedikit pagi ni. Sebenarnya, melalui platform Mamasab saya belajar kenal Tuhan dengan rapat. Untuk yang tak tahu.. Pengasas Mamasab selalu ulang-ulang.. Bahawa… Tanpa tuhan, kita tak kan mampu berjaya di dunia. Dia selalu ulang-ulang yang Tuhan itu Maha Berkuasa… Tuhan itu Maha Memberi Rezeki. Tuhan tak boleh di lihat… Tapi kena di rasa. Melalui zat kasih sayang dan kekuasaannya. Saya masih ingat ayat Mama Sabrina. Sebab Tuhan bantu Mama.. Dia yang bantu Mama dari zero sampai jadi jutawan. Tanpa Tuhan.. Mama is nothing” – Mama Sabrina, pengasas Mamasab. Kepada orang yang kongsi video dan menyuarakan teguran.. Terima kasih banyak. Pasukan Mamasab akan lebih berhati-hati selepas ini.” Jelasnya. Sumber : Murai.my

Makan Di Tepi Jalan Untuk Rasai Kesusahan Rakyat. Iqbal Dikritik Hingga Ada Yang Gelarkan Mr Bean.

Umum mengetahui, baru-baru ini usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli kini membawa diri ke Indonesia dan ada kemungkinan mahu berhijrah ke negara seberang itu untuk merawat hati.

Meskipun berada di negara seberang, namun usahawan itu tidak lekang daripada kontoversi. Terbaru, perkongsian Iqbal menjadi tumpuan apabila tampil merendah diri di sana.

Perkongsian usahawan yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli di Instagram sering mencuri perhatian wargamaya .Terbaru, Iqbal yang kini berada di Indonesia berkongsi video menaiki tuk tuk, katanya, dia meletakkan kereta Mercedes di hotel dan hanya menaiki kenderaan awam tersebut.Menurut Iqbal, dia berbuat demikian kerana mempelajari untuk menjadi seorang yang rendah diri.


“Saya rendah hati saja di Indonesia, betul kan? Lihat saja saya makan di tepi jalan. Mercedes saya parking di hotel sanggup naik bajaj (tuk tuk), tidak macam-macam.

“Ini saya belajar dari ramai orang, katanya ramai sayang kalau kita humble begini, mohon share untuk dijadikan teladan,” coretnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang meninggalkan komen sinin terhadap usahawan itu yang tidak habis-habis mahu meraih perhatian semata-mata.Malah, ada yang menyindir Iqbal memalukan diri sendiri dan kononnya dia anak raja kerana tidak pernah melakukan semua perkara itu.

“Bila orang dah banyak duit sampai jadi gila, sanggup memalukan diri memperb.d.hkan diri untuk mendapatkan perhatian,” tulis seorang warganet.

“Betul-betul nak attention gila la dia ni,” tulis pengguna Instagram yang lain.”Ya Allah, tak perlu kot nak menunjuk perlu ke cakap kereta Mercedes,” tulis seorang lagi warganet.

“Selama ni awak anak raja ya tak pernah buat semua tu,” soal warganet yang lain.

“Macam mr bean” tulis seorang warganet







Baru-baru ini, Iqbal mengakui hidupnya sunyi dan meluahkan hasrat untuk mengambil anak angkat.  Iqbal berkata dia bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan sudah tiba masanya dia memikirkan perkara itu.

Sumber: Gempak.

Lepas Iqbal Kali Ni Giliran Ds Vida Pula Bakal Lancarkan Single Terbaru. Terkejut Rupanya Lagu Tu Ditujukan Pada Iqbal.

Nampaknya selepas usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli melancarkan lagu Hujan, giliran jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida pula bakal melancarkan single baru. Menurut Vida, dia mengakui terkesan dengan lagu dikeluarkan oleh Iqbal yang menceritakan tentang kisah percintaan mereka dan memilih untuk berdiam.

“Sebenarnya bila Iqbal keluarkan lagu, saya berdiam je. Sekarang ni cakap banyak pun tak guna jadi saya nak keluar lagu dan menjawab segala apa yang kau (Iqbal) kata. “Apa yang kau lirikkan dalam lagu itu, kali ini dengar saya pula punya. Ini jawapan yang perlu ada dalam lagu saya sehingga orang menangis,” katanya.

Mengambil pendekatan untuk meluahkan isi hatinya dalam sebuah lagu yang ditujukan kepada Iqbal, Vida berkata dia mahu semua yang mendengar merasakan kesedihannya. “Saya akan membawa lagu balada kali ni penuh dengan sentimental with love yang akan mengungkap kesedihan saya, saya nak anda semua rasakan,” katanya. Terdahulu, Vida berkata dia yakin bahawa Iqbal tidak akan dapat cari pengganti sepertinya seorang wanita yang rupawan dan genit-genit manja.

Rindu DSV Tak? Ini Jawapan Padu Iqbal! – “Semestinya Tidak Mudah Untuk …”

Umum mengetahui kisah cinta tak jadi usahawan yang kini bergelar penyanyi Iqbal Zulkefli dan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV). Putus belum sempat ke jenjang pelamin, ramai yang turut berduka dan kecewa atas gagalnya hubungan yang cuba dibina pasangan itu. Bagaimanapun, kedua-duanya masih terbuka dan berlapang dada menerima ketentuan takdir yang tidak menemukan mereka bersama.

Buktinya, Iqbal tampil menjawab soalan yang diajukan pengikutnya mengenai DSV di Instagram pada Sabtu. Ditanya adakah Iqbal masih merindui DSV, ini jawapannya! “Semestinya tidak mudah untuk lupa namun saya mesti lakukan. Banyak pengalaman bersama. Saya serahkan kepada Allah.

“Cuma untuk toleh ke belakang, pasti tidak,” tegasnya. Iqbal juga mengakui akan membuka hatinya untuk mengenali lebih ramai wanita selepas ini tanpa meletakkan harapan tinggi. “Saya perlu bukakan hati untuk kenal dengan ramai orang tanpa menaruh harapan tinggi dan tidak memberi harapan.

“Usia saya sudah 27 tahun terasa mahu ada anak sendiri. Sekarang saya terbuka untuk kenal sesiapa sahaja. “Tetapi tidak mudah jumpa yang tepat kerana saya juga ada kekurangan,” tambahnya. Iqbal yang pernah menjadi pembantu peribadi DSV mula menjadi buah mulut ramai apabila kedua-duanya mula mengakui hubungan yang terjalin dan mendedahkan bakal berkahwin pada Disember tahun ini.

Selain membuat pemeriksaan kesuburan, DSV dan Iqbal juga sudah bersiap sedia menempah persiapan perkahwinan namun hubungan mereka mendapat tentangan daripada anak DSV, Cik B. Kontroversi terus berlarutan apabila DSV muncul ke kediaman Iqbal seawal 3 pagi bagi memujuk jejaka kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu serta menghadiahkan sebentuk cincin. Iqbal juga pernah mengeluarkan kenyataan memberitahu DSV merupakan wanita pertama dan terakhir yang ‘disentuhnya’, namun enggan memperincikan maksud kata-katanya itu.

Masih Belum Sedia Nak Terima Wanita. Iqbal Luahkan Rasa Sunyi. Terkejut Bila Tiba Tiba Dia Nak Ambil Anak Angkat.

Selepas mendedahkan jumlah gaji sebenar yang diterima daripada Datuk Seri Vida, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli kembali dengan episod baharu apabila meluahkan hasrat ingin mengambil anak angkat. Iqbal, 27, berkata, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa sekiranya diberi peluang untuk menjaga anak angkat.

“Saya dah lama nak ada anak tapi disebabkan belum ada peluang dan rezeki lagi. “Baru-baru ini ada orang hantar gambar wanita hamil yang tiada bapa, jadi saya rasa kasihan dan terfikir untuk ambil anak angkat. “Kehidupan saya sekarang sunyi dan sepi mungkin sudah tiba masanya untuk fikirkan tentang anak angkat,” katanya kepada mStar. Terdahulu, Iqbal menerusi Instastory berkongsi foto seorang wanita Indonesia yang s4rat mengandung.


Sementara itu, bercakap soal jodoh, Iqbal berkata, dia masih belum terbuka hati untuk mengenali mana-mana wanita selepas hubungan percintaannya dengan Vida terputus di tengah jalan. “Kalau fasal wanita tu, saya hanya nak mengenali dia. Yela nak jadi ayah angkat kena la kenal mak dia. “Tapi nak kenal bukan bermaksud nak kahwin saya hanya nak berkenalan sahaja. Tapi kalau memang dah jodoh saya, saya tak boleh nak tolak.

“Saya tak sampai hati tengok dia ditinggalkan suami. Jadi saya sanggup jaga anak dia sebab nampak air muka dia lembut dan baik,” ujarnya. Tambah Iqbal, soal kewangan dia yakin mampu untuk menyara dan membesarkan anak tersebut sehingga dewasa. Dari segi kewangan dan menyara hidup anak dan si ibu saya rasa mampu,” ujarnya. Sumber: Mstar

Ada Yang Pertikaikan Mampu Ke Ds Vida Nak Gajikan PA Baru 5k Sebulan. Sekali Ds Vida Terus Bongkarkan Berapa Gaji Iqbal Masa Jadi PA Dia Dulu.

PERKONGSIAN usahawan terkenal Datuk Seri Vida yang mencari pembantu peribadi dengan menawarkan gaji RM10,000 menarik perhatian warganet di laman sosial. Menurut Vida atau Hasmiza Othman, 50, sehingga kini dia menerima hampir 60 resume yang membuat permohonan menerusi emel.

“Setakat ini dalam emel dah ada lebih 50 atau 60 resume, kalau mesej peribadi (DM) ada lebih kurang 100. “Ia menyukarkan pihak kami kerana kriteria handsome memang datang yang kacak-kacak sudah macam nak buat pencarian Hero Remaja pula.

“Tapi perfomance sebagai PA itu tak tahu macam mana lagi,” ujarnya kepada mStar. Dalam pada itu, Vida berkata, dia berharap calon PA yang bakal bekerja dengannya perlu sentiasa bersedia dan berketrampilan kerana bakal menggantikan dirinya menghadiri mesyuarat.

Sementara itu, Vida berkata, jumlah RM10,000 yang diiklankan bukanlah hanya sembang kosong atau ‘scam’, sebaliknya dia boleh memberi jumlah yang lebih tinggi jika mampu melakukan tugas dengan baik. “RM10,000 tu sebagai geli-geli je bab gaji tu you kena perform lebih dari itu you boleh dapat tau. “Saya bukan ‘scam’, boleh dapat lebih daripada RM10,000… saya boleh beri RM50,000 tapi kenalah pandai buat kerja,” ujarnya.

DSV DEDAH BERAPA GAJI DIA BERI IQBAL DULU

Vida turut mendedahkan dia membayar gaji bekas PA terdahulu iaitu ahli perniagaan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli kira-kira RM50,000 hingga RM100,000 setiap bulan. Sebelum ini, Vida pernah merancang untuk berkahwin dengan Iqbal, namun percintaan mereka terputus di tengah jalan. Sumber : MSTAR ONLINE viaEra Kini



-----------------------------------------------------------------