Lewat tangani isu banjir. Ini antara jawapan Ahli Parlimen dan Menteri bila isu banjir dibahaskan dalam dewan rakyat.

Business

Lewat tangani isu banjir. Ini antara jawapan Ahli Parlimen dan Menteri bila isu banjir dibahaskan dalam dewan rakyat.

KUALA LUMPUR: Isunya bukan peruntukan, tetapi tentang kelewatan operasi menyelamat mangsa banjir.

Lewat tangani isu banjir. Ini antara jawapan Ahli Parlimen dan Menteri bila isu banjir dibahaskan dalam dewan rakyat.



Itu antara yang dibangkitkan sebilangan Ahli-Ahli Parlimen sewaktu persidangan Dewan Rakyat hari ini, yang menuntut penjelasan Kerajaan Persekutuan tentang bencana banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.

ARTIKEL MENARIK:Terkejut tengok kereta ada bawah lori treler. Suami dan bapa pada 9 keluarga ceritakan kembali apa yang berlaku.
loading...


Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu berkata, beliau sendiri telah terkandas selama lapan jam di stesen minyak, menyebabkan beliau sendiri tidak dapat pergi membantu penduduk di kawasannya yang terjejas.

“Ramai nelayan ingin menawarkan bot-bot mereka untuk tujuan menyelamat. Tetapi bot nelayan tak sesuai untuk operasi sebegitu. Saya sendiri tersangkut lapan jam di stesen minyak. Ramai tanya mana wakil-wakil rakyat, tetapi kami sendiri pun terkandas.

“Di mana bot penyelamat dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, dan yang lain-lain?” soal bekas Menteri Pertahanan itu lagi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bangkit meminta penjelasan Kerajaan tentang langkah-langkah segera menangani isu banijr, yang telahpun mengakibatkan kem4tian.

“Saya berharap agar ada menteri bertanggungjawab untuk memberi penjelasan tentang langkah-langkah segera kerajaan tentang isu ini, yang telah memberi kesan terhadap puluhan ribu rakyat.

“Walaupun ini adalah permintaan yang tergempar, tetapi saya harap ada seorang menteri bertanggungjawab, atau menteri berkaitan untuk jelaskan tentang jenis-jenis bantuan jangka pendek bagi membantu rakyat,” katanya lagi.

Sementara itu Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan pula mahu kerajaan untuk mendedahkan jumlah sebenar mangsa banjir yang layak untuk menerima bantuan yang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umumkan sebelum ini, dan bila mereka boleh menerimanya.

Dalam pada itu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, perkara itu tidak dapat dibahaskan kerana tidak disenaraikan dalam Aturan Mesyuarat hari ini.


“Agenda kita hari ini adalah Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021. Saya mohon maaf, kalau Yang Berhormat mahu penjelasan dari menteri, terpulang kepada menteri untuk menghantar notis kepada saya.”

“Kita tidak boleh melompat dari satu isu ke isu yang lain, tanpa mengambil kira isu utama dalam agenda kita. Itu adalah prosedur Parlimen,” katanya lagi.

Sumber : astroawani.

MB Tampil Dedahkan Punca Sebenar Banjir Teruk Di Selangor. Ini Penjelasannya.

Hujan luar biasa sejak pagi semalam dan berterusan sehingga kini ditambah dengan kejadian air pasang menyebabkan beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor memaklumkan bahawa taburan hujan telah mencecah 380mm.

“Jumlah ini adalah lebih dua kali ganda taburan hujan tertinggi yang dicatat sebelum ini iaitu kira-kira 180mm. Air pasang di kawasan-kawasan terlibat banjir pula mencecah hingga 4.5 meter,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor hari ini.

Beliau berkata susulan itu beberapa langkah sedang dan akan diambil termasuk membabitkan keselamatan individu yang terlibat dengan banjir di kawasan yang paling terkesan. Katanya setakat 5 petang tadi, daerah Klang, Petaling, Sepang, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah mengoperasikan 46 pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan 3,582 mangsa banjir.

Menurut Amirudin, kesemua mangsa di PPS akan melalui saringan CVDI9 secara berkala dan percuma untuk mengelak tercetusnya kes CVDI9 dan PPS khusus akan disediakan bagi mangsa yang dikesan positif CVDI9. Beliau berkata aset-aset kerajaan negeri serta agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia akan dikerah khususnya kenderaan redah banjir bagi pemindahan mangsa serta pengagihan barangan keperluan asas manakala Air Selangor diarah menyediakan tangki air bergerak di PPS. “Kesemua usaha ini akan dikoordinasi oleh Smart Selangor Operations Centre (SSOC) yang beroperasi 24 jam berpusat di Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam selain pasukan sukarelawan Team

Selangor dan Selangor Volunteer (SERVE) akan digerakkan bagi membantu proses penempatan penduduk di PPS, mengagihkan bantuan awal serta pembersihan selepas air pasang mula surut,” katanya.
Amirudin berkata 134 pintu air terpaksa ditutup akibat kejadian air pasang bagi mengelakkan air melimpah keluar ke kawasan-kawasan perumahan penduduk yang berdekatan kunci air.

“Sebanyak 93 pam turut beroperasi secara penuh untuk mempercepatkan aliran air ke sistem perparitan sungai bagi mengawal kejadian banjir,” katanya sambil menambah orang awam yang memerlukan pertolongan boleh menghubungi Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor di talian 03-50350920.

Air empangan Klang Gate dilepaskan berperingkat

Polis Daerah Ampang Jaya, kini dalam keadaan siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan susulan pelepasan air dari Empangan Klang Gate, Hulu Kelang, yang dilaporkan melepasi tahap bahaya. Setakat ini sebanyak 25 peratus dari jumlah keseluruhan air dalam empangan berkenaan sudah dilepaskan secara berperingkat.




Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, semua pegawai dan anggota di daerah Ampang Jaya diletakkan dalam keadaan siap sedia berhubung segala kemungkinan yang bakal berlaku susulan tindakan pelepasan air empangan.

“Pada masa ini keseluruhan kekuatan kita adalah membabitkan lima pegawai dan 32 anggota dari Balai Polis Melawati, Balai Polis Hulu Kelang, Balai Polis Ampang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, sendiri. Semua pegawai dan anggota itu akan terbabit dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya di Taman Melawati dan kawasan berhampiran,” katanya kepada BH.

Mohamad Farouk berkata, proses pertama pelepasan air dilakukan pada jam 11.50 malam. “Sehubungan itu, saya meminta orang ramai untuk tidak panik dan pelaksanaan proses melepaskan air empangan dilaksanakan secara berhati-hati mengikut prosedur ditetapkan,” katanya. Katanya, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini, semua pegawai dan anggota akan segera dikerahkan pada bila-bila masa untuk bantuan kepada orang ramai khususnya penduduk di kawasan pentadbiran IPD Ampang Jaya. “Ingin saya tegaskan di sini bahawa nyawa dan keselamatan diri serta keluarga anda menjadi keutamaan kami berbanding dokumen penting dan harta benda yang mungkin rosak akibat bencana,” katanya. Sumber : Bernama

Hujan Lebat Hingga Ramai Penduduk Terkandas. Ini Respon Dan Tindakkan Yang Dilakukan Oleh PM.

Keadaan cuaca yang masih hujan tidak menghalang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk turun padang melawat mangsa banjir. Menerusi satu hantaran di Twitter rasminya, Ismail dilihat meninjau kawasan sekitar Kampung Bukit Lanchong, Putra Height, Selangor.

“Ramai penduduk Kampung Bukit Lanchong tersekat akibat banjir di kawasan Putra Heights, Selangor.

“Saya sempat bertanya sendiri dengan mangsa banjir mengenai situasi yang mereka hadapi,” katanya.

Tambah beliau, Pasukan Bomba dan Penyelamat terus melaksanakan kerja-kerja memindahkan dan membantu penduduk yang terkandas di kawasan tersebut.

“Kita akan pastikan setiap mangsa banjir menerima bantuan dengan cepat dan pantas,” katanya.


Terdahulu, Ismail menegaskan keutamaan kerajaan kini ialah memindahkan mangsa banjir yang terperangkap demi menyelamatkan nyawa mereka.

Beliau berkata selain itu kerajaan juga akan memastikan bekalan makanan disediakan untuk mangsa-mangsa banjir terutama di sekitar Lembah Klang, yang paling teruk terjejas dalam bencana banjir kali ini.

“Kita tidak boleh tunggu lagi, (bantuan lain) akan bincang kemudian, yang penting sekarang selamatkan mangsa, yang terperangkap pindahkan dahulu ke tempat selamat.

“Kewangan, bantuan lain kita boleh uruskan kemudian,” katanya.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Tular Keadaan Banjir Di Beberapa Lokasi Shah Alam. Sekali Diana Danielle Suruh Hentikan Buat Macam Ni.

Kejadian banjir di beberapa lokasi di Shah Alam, Selangor semalam mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuklah Diana Danielle yang tidak ketinggalan melontarkan pendapat tentang kejadian tersebut. Menurut Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 30, kejadian banjir di Shah Alam berpunca daripada masalah perubahan iklim yang wujud disebabkan aktiviti penerokaan hutan.

“Kejadian banjir di Shah Alam, orang cakap ‘patut bina lebih besar ini, lebih baik itu’ tetapi saya mohon maaf kerana terpaksa mengecewakan kalian. Hal ini kerana perubahan iklim yang telah menyebabkan bandar dan pekan seluruh dunia berdepan masalah banjir tidak kira betapa bagus bandar dibangunkan,” ciapnya dalam Twitter semalam.

Tambah pelakon filem Gol & Gincu Vol. 2 itu, orang ramai sepatutnya bersuara agar aktiviti pembalakan di kawasan sekitar dihentikan bagi membendung kejadian sama berulang lagi. “Anda sepatutnya cakap, ‘kita patut hentikan aktiviti pembalakan’,” katanya lagi. Semalam, Kosmo! melaporkan sekitar kawasan Stadium Seksyen 13, Shah Alam ditenggelami air sedalam 1.2 meter dalam kejadian banjir kilat akibat hujan lebat semalam. Sumber– K! ONLINE

Kucing Tiba Tiba Ada Sakit Ini. Diana Danielle Kongsi Tips Bermanfaat Untuk Atasi Masalah Tersebut

Tanpa ragu Diana Danielle telah berkongsi tips buat pencinta kucing untuk tenangkan kucing sekiranya mereka didatangi sakit s4wan secara tiba tiba. Jelas Diana Danielle, “Kalau nampak kucing-kucing anda macam ni jangan panik. Dia terkena sawn. Pegang dia (dengan towel kalau takut kena ckar), pegang bahagian badan kucing tapi jangan letak tekanan.“Tekan badan dia, dia tengah meronta tanpa sedar, jadi hanya pegang sampai selesai episod sawn dia — supaya tak terlompat ke sana sini dan cederakan diri.

Tambah lagi“Kalau nampak dia bengkok-bengkokkan badan, pegang dengan lembut bahagian yang terlebih stretch tu supaya tak terpatah ke tersenggol.“Jangan letak jari kat mulut dia tau, diorang tak boleh kawal pergerakan jadi kalau dia gigit tak lepas tu itu hanya tindak balas sawn tu.

“Jauhkan jari dari bahagian mulut dia. Panggil nama dia dengan lembut, beritahu segalanya akan bertukar menjadi baik.“Dia akan dapat rasa kalau kita kalut jadi kekal tenang dan berbual dengannya. Dia akan tahu ada seseorang yang boleh selamat dirinya.“Bila dah settle down, belai dia dan bercakap dengan dia sebab dia mesti takut dan keliru. Just love them,” coretnya.

Justeru itu sebagai pencinta haiwan, Diana berharap perkongsiaan ini dapat memberikan manfaat.Diana juga turut mengucapkan terima kasih kepada Haziq Aiman kerana berkongsi ilmu pengetahuan yang sangat penting buat pencinta haiwan. Kredit - Era Kini



-----------------------------------------------------------------