Resort milik usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri iaitu Sugeh Hill Exclusive Eco Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang, terjejas teruk akibat banjir.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik Aliff yang kini bercuti bersama keluarganya di Istanbul, Turki, dia berasa begitu sedih melihat resort yang dibinanya hampir musnah. Selain jalan dan landskap resort yang rosak teruk, gazebo, perabot dan beberapa kelengkapan hanyut dibawa arus sungai yang melimpah.
ARTIKEL MENARIK:Rumah impian sejak 30 tahun musnah sekelip mata. Ini luahan Ebby Yus lepas kejadian rumah dihanyutkan air.
“Saya terlalu sedih dan tidak boleh fokus percutian saya kali ini kerana melihat apa yang berlaku di Malaysia terutama mangsa banjir amat menyedihkan. Saya juga mengalami benda yang sama. Resort saya hampir musnah kerana banjir. Tidak pernah saya menjangkakan seteruk ini. Jalan sudah tidak boleh dilalui, landskap semua habis rosak. Saya tidak dapat membayangkan apa anda semua lalui. Saya bersimpati dan mendoakan semoga semuanya dipermudahkan,” kata Aliff.
Aliff turut berjanji akan membantu individu yang terlibat dengan banjir sekembalinya di tanah air. “Insya-Allah sekembalinya di Malaysia, saya akan cuba membantu individu yang terlibat dengan banjir, sedaya upaya saya. Doakan semuanya dipermudahkan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, isterinya Datin Nur Shahida menerusi Instagram meluahkan kesyukuran pelanggan di resort tersebut selamat. “Seluruh Janda Baik banjir, tidak terkecuali Sugeh Resort. Tiada apa yang saya harapkan melainkan pelanggan saya selamat. Duit boleh dicari, nyawa sangat berharga,” tulisnya yang turut memahami andai pelanggan mahu menunda percutian di resort tersebut.
Sejak kelmarin, Lembah Klang khususnya di daerah Klang dan Shah Alam, Selangor dilanda banjir kilat sehingga menenggelamkan beberapa kawasan. Kini, bencana tersebut mula menerjah ibu kota sejak malam tadi selepas beberapa kawasan di Kuala Lumpur mula dinaiki air. Sumber – K! ONLINE
Hantar Isteri Buat Umrah. Aliff Syukri Sebak Nak Berjauhan Dan Ini Rupanya Impian Terbesar Isterinya.
Usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa sedih dan sebak sewaktu menghantar isterinya, Datin Nur Shahida di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan umrah, pada Khamis. Aliff atau nama lengkapnya, Aliff Syukri Kamarzaman menzahirkan rasa itu bersama para pengikut menerusi satu entri di akaun media sosial Instagram miliknya. Difahamkan, isteri kepada usahawan berusia 34 tahun itu telah berangkat bersama kedua ibu bapanya.

“Perjalanan mama untuk menunaikan umrah kenangan tahun ini amat berbeza dengan sebelum ini. Sebab sebelum ini saya menghantar @shahidadherbs menunaikan umrah selalunya bersama 4rwh nenek saya, tapi tahun ini saya hanya mampu menghantar mak mertua bapa mertua dan isteri saya menunaikan umrah,” tulisnya.
Dalam pada itu, Aliff memberitahu bukan satu perkara mudah apabila terpaksa berpisah seketika dengan permaisuri hatinya itu dalam satu jangka masa yang lama. Namun, Aliff sekeluarga tetap tabah demi merealisasikan impian isterinya yang ingin menunaikan umrah pada setiap tahun.

“Walau amat sedih, tetapi kami sekeluarga tabahkan juga..paling terasa adalah anak-anak kecil ini..tak sanggup sebenarnya nak menghantar isteri saya, tetapi apakan daya.. niat isteri saya memang dari dulu kalau ada rezeki duit lebih.. dia teringin menunaikan umrah setiap tahun. Alhamdulillah, syukur impian ini dapat saya tunaikan..kecuali ketika Cvd. Apapun, bukan mudah untuk kami sekeluarga melepaskan mama untuk jangka masa yang lama. Semoga mama gembira menunaikan umrah dan tenang di sana bersama ibu dan ayah beliau,” tulisnya lagi. Sumber : Media Hiburan
Warganet Terkejut Anak Aliff Syukri Naik Flying Fox. Ada Pula Yang Risau Pasal Keselamatan Yusoff.
Kalau korang suka main aktiviti lasak, aktiviti apa yang korang nak buat dengan kawan-kawan? Macam Admin, suka flying fox. Sejuk je rasa angin..
Macam yang kita semua tahu, aktiviti flying fox selalu menjadi salah satu pilihan aktiviti lasak dan boleh dikatakan menjadi satu aktiviti wajib dipilih untuk dilakukan. Ini kerana, adrenalin akan melonjak naik semasa melakukan aktiviti tersebut.
Tetapi tak semua orang mampu untuk naik flying fox kerana ada yang takut dengan ketinggian takpun ada yang menjerit kerana teruja untuk tiba ke penghujung. Kebanyakkan orang ambil masa untuk tidak merasa terlalu takut dan selalunya aktiviti ini popular di kalangan remaja atau orang dewasa.
Namun, lain pula certa yang menarik perhatian orang ramai. Masih lagi mengenai flying fox, tetapi ini melibatkan anak bongsu Dato’ Aliff Syukri iaitu Yusoff. Dalam satu perkongsian video TikTok oleh @Iwan_utaraa, Yusoff lengkap dengan peralatan keselamatan untuk aktiviti flying fox.
Lebih mencuri tumpuan, Yusoff yang baru sahaja berusia tiga tahun langsung tidak berasa takut untuk mencuba aktiviti itu malah siap boleh pandang ke kamera dan ‘bye-bye’ apabila disuruh. Wah, kecil-kecil cili padi betul lah adik Yusoff ni! Min waktu kecil dulu kuat menangis je.
“Beraninya dia… Kalau acik ni mau menjerit-jerit dah..” – warganet

Warganet di ruangan komen sangat terkejut dengan keberanian yang ditunjukkan oleh Yusoff kerana dia sedikit pun tidak mengeluarkan suara dan kelihatan sungguh tenang sambil menuju ke tempat penamat. Power lah Yusoff!
Tidak kurang juga yang risaukan keselamatan Yusoff kerana dia masih lagi kecil dan terlalu ringan untuk melakukan aktiviti lasak itu. Korang jangan risau, cuba tengok betul betul, Yusoff dah lengkap pakai semua alat keselamatan. Abang tu pun tolak slow je.
Pusat aktiviti lasak itu dikatakan terletak di Genting Highlands, Pahang dan ramai pengunjung yang telah datang untuk melakukan aktiviti flying fox sejak boleh rentas negeri untuk yang dah lengkap dua dos vaksin.
Sumber: Lobak Merah.
Video Aliff Syukri Cium Jenazah Nenek Buat Kali Terakhir Buat Ramai Sebak.
Pada petang Ahad semalam , jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi khabar duka apabila nenek kesayangannya, Hajah Aminah Binti Satar telah kembali ke rahmatullah.

Pergi buat selamanya Dalam Kereta Aliff
Dalam coretan yang ditulis di beberapa hantaran Instagram, Aliff berkata pada mulanya dia berasa terlalu gembira apabila neneknya dibenarkan pulang oleh pihak hospital. Namun begitu, kegembiraan tersebut hanyalah seketika apabila insan istimewa dalam hidupnya itu menghembuskan nafas yang terakhir beberapa jam selepas pulang ke rumah. Lebih menyedihkan, Allahyarhamah telah pergi dari dunia di dalam kereta yang sedang dipandu oleh Aliff.
“Saya terlalu happy ketika petang tadi(Sabtu) sebabnya nenek dibenarkan pulang oleh hospital KPJ.. selepas 7-8 jam nenek telah meninggalkan kami semua.. dalam kereta yang dipandu saya ketika jam 2 pagi.. doakan nenek saya ditempatkan oleh org yang beriman..
“Al-Fatihah..Kri sayang Nenek sampai syurga” tulis Aliff yang dikemaskini oleh pembantu peribadinya di Instagram
Kongsi Video Terakhir Kucup Allahyarhamah
Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi video detik-detik dia mengucup dahi serta memeluk jenazah Allahyarhamah neneknya buat kali terakhir sekaligus mencetus rasa sebak dikalangan pengikutnya.
Malah, dia turut menyifatkan pemergian neneknya sebagai perkara yang paling ditakuti dan ia telah pun terjadi.
Bagaimanapun menurut usahawan itu, meskipun berasa terlalu sedih namun dia redha dengan ketentuan-Nya dan dapat beri yang terbaik serta gembirakan neneknya sehingga ke akhir hayat.
“Selamat Jalan Nenek ku sayang ke negeri Abadi..yang saya anggap macam ibu saya sendiri..apa yang Syukri takut selama ini dah jadi kenyataan..Syukri takut hilang nenek… @bondarozitaibrahim @shahidadherbs banyak kuatkan saya…
“Syukri amat sedih tapi Syukri redha..Syukri dah beri yang terbaik untuk nenek…gembirakan usia hujung nenek dengan kasih sayang” kongsi Alif.
Untuk info, berdasarkan perkongsian ibu Aliff yang juga usahawan dikenali ramai sebagai Bonda Rozita memaklumkan Allahyarhamah Aminah meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas. Kongsinya, sebelum itu pihak hospital terlebih dahulu memaklumkan Aminah sudah tidak mempunyai harapan untuk hidup dan jantungnya juga hanya berfungsi 40% . Salam takziah dari kami. Sumber : Murai.my via
