Malaysia seringkali dilanda banjir terutamanya pada musim tengkujuh (monsun).Halangan fizikal di dalam kawasan aliran air seperti parit dan sungai boleh memperlahankan atau meyekat aliran air.
Sekatan air boleh menyebabkan banjir berlaku. Oleh itu, pastikan anda tidak membuang sampah sarap ke dalam longkang atau sungai.
ARTIKEL MENARIK:Muat naik story naik helikopter menantu PM teruk kena kritik. Sekali Jovian tampil jelaskan perkara sebenar.
Banjir yang teruk boleh dianggap sebagai sejenis malapetaka kerana ia boleh menyebabkan banyak kemusnahan harta dan juga merbahaya kepada pelbagai hidupan termasuk manusia. Walaupun kami tidak ada banyak yang kita boleh buat untuk menghalang banjir daripada berlaku, kita boleh bersedia untuk banjir dengan lebih berkesan jika kita tahu lebih tentang punca-punca fenomena ini.
Rumah Ebby Yus dihanyutkan air
Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Ebby Yus, 56, bersyukur Allah masih lagi meminjamkan nyawa kepadanya meskipun harus menanggung kerugiaan sebanyak RM200,000 akibat kediaman miliknya yang masih dalam pembinaan di Kuala Langat, Selangor musnah dihanyutkan banjir, semalam.
Menceritakan insiden itu, Ebby berkata, dia bersama pembantu peribadi pergi melihat kerja-kerja akhir pembinaan rumah dua tingkat itu termasuk proses memasang kertas hiasan dinding, tengah hari semalam.

“Sebenarnya, satu jam sebelum kejadian banjir besar itu, saya bersama pembantu ada di dalam rumah berkenaan untuk meninjau kerja-kerja memasang kertas hiasan dinding, sekitar tengah hari semalam.
“Bagaimanapun, saya mendapat panggilan perlu membuat agihan bantuan di Kapar, Klang dan bergegas pergi meninggalkan kawasan itu yang kemudiannya kontraktor pula hubungi saya maklumkan banjir berlaku dan kedudukan rumah semakin senget.
“Kesemua tiga orang yang bekerja membuat rumah saya itu panik dengan keadaan berlaku kerana amat pantas dan saya hanya mampu minta mereka lari menyelamatkan diri dulu kerana nyawa lebih penting,” katanya.
Rumah impian sejak 30 tahun dalam arena seni-Ebby
Ebby berkata kediaman dua tingkat dalam pembinaan akhir itu sudah mula dibina sekitar empat tahun lalu tetapi sering tertangguh kerana dia ditimpa sakit selama dua tahun termasuk pada masa sama tetap berdikit-dikit mengumpul wang hasil daripada kerjaya seninya.
“Tanpa disangka, musibah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu ‘lenyap’ dalam kejadian banjir, petang semalam.
“Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena seni… Saya akur dengan ketentuan ini,” ujarnya..
Ebby berkata, kerja pembinaan rumah itu dilakukan sedikit demi sedikit dan kerap terhenti kerana dia jatuh sakit selain sekatan akibat penularan pandemik COVID-19.

“Setiap kali dapat bayaran berlakon, saya peruntukkan untuk rumah itu. Kali terakhir selepas dapat bayaran daripada penerbit sitkom Jenaka Kampung Kalut ( JKK), saya lunaskan baki bayaran projek pembinaan rumah itu.
“Sebelum ini, projek pembinaan bertukar kontraktor kerana masalah tidak terduga… Biasalah, kerja bina rumah semuanya perlukan wang,” katanya.
“Allah mengatakan rumah itu bukan rezeki saya dan reda saja dengan apa yang sudah berlaku. Sesungguhnya semua ini milik Allah dan kita hanya sebagai peminjam saja. Jadi, Allah pentadbir seluruh alam,” katanya.
Sudah meninjau keadaan rumahnya petang tadi, Ebby berkata hanya tinggal suku saja tanah kediaman itu kerana selebihnya sudah dibawa arus deras air sungai dalam banjir yang berlaku semalam.
Menurut Ebby, kawasan banjir juga bukan kali pertama berlaku di kawasan itu, namun kali ini adalah kejadian besar yang tidak diduga. Katanya, dia juga akur dengan risiko membeli tanah berdekatan kawasan sungai.
Ebby yang berasal dari Negeri Sembilan kini difahamkan masih menyewa rumah di Kampung Baru di sini, sejak 20 tahun lalu. -Sumber: Hmetro
Dedah Dirawat Oleh Seorang Jururawat Masa Dalam Perjalanan Tunaikan Umrah. Sekali Ebby Yus Tampil Dedah Nak Minta Sesuatu Pada Jururawat Tersebut.
Pelakon dan pelawak Ebby Yus mencari seorang jururawat yang pernah merawatnya setelah pengsan akibat sakit jantung sewaktu dalam penerbangan untuk menunaikan ibadah umrah pada Oktober lalu. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ebby atau nama lengkapnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, meminta jururawat tersebut supaya menghubunginya menerusi Instagram jika terbaca pesanan tersebut.
“Assalamualaikum. Saya ingin mencari jururawat yang pernah membantu saya ketika saya sakit di dalam penerbangan sewaktu perjalanan menunaikan ibadah umrah. Katanya, dia bekerja di Riyadh, Arab Saudi. Minta tolong hubungi saya (DM) ya. Terima kasih,” tulisnya dalam Instagram.

Perkongsian pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut itu turut mendapat perhatian pengikutnya dalam Instagram apabila rata-rata mendoakan supaya usahanya untuk menjejaki jururawat tersebut dipermudahkan. “Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan abang Ebby,” kata salah seorang pengikutnya.
Difahamkan, Ebby sebelum ini dibantu jururawat terbabit yang memberikannya rawatan awal selepas dia mengalami sakit jantung akibat terkejut apabila pesawat yang dinaikinya bergegar ketika dalam penerbangan ke Mekah pada Oktober lalu. Disebabkan masalah kesihatan, dia terpaksa ditahan di sebuah hospital di Maldives hingga terlepas peluang untuk menyertai jadual rombongan umrahnya seperti yang dijadualkan. Sumber: K! ONLINE
Dicium Oleh Doktor Di Bilik Bersalin. Wanita Rasa Sakit Tapi Berbaloi Lepas Melahirkan Cahaya Mata Sulungnya.
Pengalaman ketika melahirkan cahaya mata sudah tentu tidak dapat dilupakan bagi seorang wanita. Selain ditemani suami, doktor juga memainkan peranan untuk memastikan emosi si ibu stabil sepanjang proses tersebut.
Bagi seorang wanita yang dikenali sebagai Shameen, dia memuat naik video di aplikasi TikTok berkongsi pengalaman ketika melahirkan anak sulungnya Aysha Humaira secara normal di sebuah pusat perubatan di Selangor, minggu lalu.
“Pengalaman pertama di bilik bersalin, sakit tapi berbaloi,” tulisnya ringkas.
Menerusi video berdurasi hampir dua minit itu, dapat dilihat suaminya Aiman Zahin setia berada di sisi bagi menenangkan kesakitan dialami dengan bantuan doktor yang menyambut bayi mereka iaitu Dr Khamsiah.

Lebih menjadi perhatian apabila doktor tersebut sempat mengambil masa memberikan kata-kata semangat dan kucupan di dahi wanita berusia 27 tahun itu selepas bertarung nyawa melahirkan bayi perempuan berkenaan.
“The best doctor”.
Menerusi video berbeza, dia berkongsi kata-kata positif dititipkan oleh Dr Khamsiah yang disifatkan sangat bermotivasi sekali gus boleh menjadi sumber kekuatan bagi golongan ibu. “Dah selamat bersalin ni, dosa kita semua dah terhapus macam kain putih. Macam mana awak sakit, macam tu la dosa awak gugur. Tahniah mama,” tulisnya berdasarkan kata-kata Dr Khamsiah.
Sementara itu, Shameen turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang berusaha mengumpul duit menanggung kos perubatan yang mahal demi memberikan keselesaan ketika bersalin. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah ! I did it. Tersangat la sakit ye beranak ni. Hampir putus asa masa push tapi Dr Kham bagi kata2 semangat terus keluar seketul Aysha Humaira. Dr yang very motherly siap cium lepas beranak. Terharu sebab takde mak dah. “Special thanks untuk suami sebab usaha gila2 kumpul duit nak bagi bini beranak selesa, takut bini royan la tu nanti. Tapi serious memang berbaloi dan sangat3 selesa,” kongsinya menerusi satu posting di laman Instagram.
Sumber: TikTok @xcamin , Instagram Camin
Bertarung Nyawa 10 Jam Dalam Labour Room. Elfira Loy Imbas Kenangan Bersalinkan Rayyan.
Diam tak diam, cahaya mata sulung pelakon, Elfira Loy, Muhammad Rayyan Khalaf kini sudah pun berusia dua tahun.
Berkongsi cerita kisah kelahiran anak sulungnya itu dua tahun lalu, kata Elfira menerusi Instagramnya, dia berdepan kepayahan bila mana terpaksa bertarung nyawa selama 10 jam sewaktu melahirkan cahaya matanya itu di bilik bersalin.
Namun kata Elfira dia bersyukur dapat melaluinya dengan baik malah kini amat bersyukur dikurniakan seorang anak yang sangat baik dan begitu mudah dijaga.

“2 years ago , Mommy bertarung nyawa 10 jam dalam labour room nak tunggu Rayyan keluar,” tulisnya ringkas.Namun pelakon berbakat ini juga turut menitipkan ucapan manis buat si comel kesayangannya itu.
“Happy birthday my sweet baby boi , Muhamad Rayyan Khalaf.
“Seindah nama, anak yang sangat baik,” tulisnya lagi.

Tidak hanya berkongsi cerita, bahkan ibu cantik ini juga turut sama memuat naik beberapa keping gambar kenangannya ketika berada di bilik bersalin juga selepas melahirkan Rayyan.
Dalam pada itu, rata-rata peminat tidak melepaskan peluang untuk turut sama menitipkan ucapan hari lahir buat Rayyan. Malah mendoakan agar anak kesayangan Elfira dan suami itu menjadi anak yang soleh.
“Happy birthday handsome boi. Moga membesar berjaya dunia dan akhirat”
“Besar pahala mommy @elfiraloy. Happy 2nd birthday rayyan!”
“Happy birthday little one, so Cute Prince of mommy n daddy. Moga yang baik-baik saja untuk mu duhai anak.”
Sekeping gambar Rayyan yang baru dilahirkan ketika itu menarik perhatian wargamaya. Pipi ‘pau’ Rayyan yang comel dan gebu sudah semestinya menjadi perhatian. Comel!
Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang dilahirkan pada 1 Oktober 2019 secara normal.
Hanya sebabkan makanan jenis ini terus ada yang dkwa anak Elfira Loy macam ni. Sekali ini pesanan El pada orang ramai.
Pelakon Elfira Loy, 27, tampil menjelaskan situasi sebenar selepas ada segelintir orang yang menggelarkan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf sebagai seorang yang memilih dalam bab makanan atau picky eater. Menurut Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata Rayyan tidak menggemari makanan yang dibuat daripada tepung seperti pancake (lempeng) dan wafel.
“Biarkan saya menjelaskan kerana saya tidak suka jika ada segelintir orang yang assuming sesuatu. Anak lelaki saya bukan picky eater. Bukan bermaksud dia (Rayyan) tidak suka cekodok bererti dia picky eater. Boleh tak kita berhenti panggil bayi kita dengan picky eater? Masaklah apa yang dia suka kan. Takkan tak berapa suka dah cakap picky eater? Kalau macam tu saya juga seorang picky eater. Dia hanya tak suka cucur. Jadi saya saja cuba sekali lagi kot dia suka. Kacau dia. Dia tak berapa berkenan benda bertepung Macam pancake, wafel haa macamtu tak berapa pandai. Sebab itu pagi-pagi kena makan nasi atau pasta atau mee,” tulisnya di Instagram Stories.
Sebelum ini, pelakon drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ada memuat naik video yang menunjukkan gelagat Rayyan ketika disuruh makan cekodok. Menerusi rakaman tersebut, Rayyan hanya berpura-pura makan bagi menjaga hati ibunya.”Pandai ambik hati dia ni, buat-buat dah makan,” kata Elfira.
Untuk rekod, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faris Khairol Anuar, 30, pada 1 Januari 2019.Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun.
Sumber : gempak
Elfira Loy Seronok Apabila Dilakukan Begini Oleh Suami. Sekali Ramai Akui Kaum Lelaki Jarang Lakukannya Sebab Takutkan Sesuatu.
Siapa je yang tak seronok bila kena puji dengan suami, lagi-lagi bila pujian itu kedengaran ikhlas dari hati mereka. Pelakon Elfira Loy ada kongsikan perasaan gembiranya apabila suaminya, Faris Khairol Anuar memuji hasil solekannya yang dikatakan kelihatan berseri.
Menurut Elfira atau lebih mesra dengan panggilan El, suaminya memberitahu bahawa sebelum ini gincu yang digunakan olehnya kelihatan pucat berbanding yang digayakan olehnya pada sesi bergambar bersama keluarga pada 1 Syawal lalu. Disebabkan caption yang dikongsikan oleh El itu, maka ramai lah kaum wanita muncul di ruangan komen memberi pendapat mereka mengenai lelaki yang jarang memuji.


Rata-rata daripada mereka mengakui bahawa kaum lelaki jadi takut untuk memuji sebab risau jika tersalah cakap, confirm ada yang akan mengamuk pula. Dalam masa yang sama, ada juga yang tinggalkan komen memberitahu El tetap kelihatan cantik walaupun tidak mengenakan sebarang makeup. Semua wanita di atas muka bumi ni cantik-cantik belaka jadi jangan sedih kalau tak ada yang memuji sebab kita ni cantik secara natural beauty! Sumber : https://www.hotfm.com.my/ via
