Pelawak Ebby Yus tidak berkecil hati apabila segelintir warganet menyifatkan musibah menimpa penggiat seni dalam bencana banjir sebagai pembalasan Tuhan.
Bersikap terbuka menelan apa sahaja kecaman dilemparkan, Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, memaafkan mereka yang melemparkan tuduhan begitu.
ARTIKEL MENARIK:Lepas tular beberapa video mesra. Akhirnya Ruhainies buka mulut jawab persoalan warganet tentang hubungannya dengan Zul Ariffin.
“Jika itu yang mereka andaikan, saya terima sahaja kata-kata mereka tanpa simpan dalam hati. “Sama ada mereka memang bermaksud begitu atau tidak, saya sudah memaafkan diri mereka,” katanya kepada BH Online selepas meninjau tinggalan rumah yang dihanyutkan arus di Kampung Paya Lebar di sini, hari ini.
Sabtu lalu, pelakon sitkom J.K.K ini ditimpa musibah apabila mahligai dibina hasil titik peluh lebih tiga dekad dalam dunia seni, musnah sekelip mata apabila dihanyutkan air deras. Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dilaporkan dihanyutkan air deras, mengakibatkan Ebby kerugian hampir RM200,000.
Biarpun ramai bersimpati dengan nasib pelakon filem This Is Pilah The Movie ini, namun, tidak kurang juga yang mempertikaikan tindakan Ebby membina rumah di kawasan berbahaya. Mengulas perkara itu, Ebby menafikan lokasi kediamannya itu sebagai berisiko.
“Saya pilih kawasan ini untuk membina rumah bukan sahaja kerana suasana yang cukup tenang, malah cantik. “Walaupun ada sungai tapi tidaklah besar. Lagipun, saya sudah bertanya kepada tuan punya tanah mengena latar belakang kawasan ini dan dia maklumkan lokasi ini selamat.
“Saya anggap apa yang berlaku ini adalah takdir. Tidak perlu hendak tuding jari pada sesiapa. Kalau sudah hendak terkena, rumah atas bukit pun boleh dilanda banjir,” katanya. Sisa tinggalan rumah Ebby yang dihanyutkan arus deras dalam banjir di Kuala Langat, semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Ebby mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) atas keprihatinan mereka membantu. “Saya juga banyak menerima kiriman mesej peribadi daripada rakan artis dan pelbagai pihak yang melahirkan hasrat untuk membantu saya.
“Jika bantuan itu dari FINAS dan SENIMAN, saya akan terima kerana ada kaitan dengan kerjaya seni saya. “Tetapi jika membabitkan rakan artis atau perseorangan, saya agak keberatan kerana mereka juga ada tanggungan. “Jangan susahkan diri kerana saya. Selagi saya cukup makan, maknanya saya masih okay,” katanya.
Sumber : BHARIAN ONLINE
Tak Mahu Nasi Lemak. Sekali Individu Ni Pening Dengan Mngsa Banjir Bila Ada Makan Yang Dibawa Dipersoalkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memindahkan sasaran banjir yang terkandas serta menyediakan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan. Beliau berkata, setakat pukul 11 malam tadi, sebanyak 188 pusat pemindahan sementara PPS telah dibuka di seluruh negara di enam buah negeri yang terjejas iaitu di Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.
“Setakat ini seramai 11,384 sasaran daripada 4,500 keluarga telah dipindahkan ke PPS dan pada masa sama terdapat 521 pangkalan Jabatan Kebajikan Masyarakat tersedia di seluruh negara bagi membantu sasaran yang ditempatkan di PPS. “Keutamaan sekarang adalah untuk menyelamatkan nyawa dahulu. Mana yang masih terperangkap kita mahu pindahkan, tidak boleh lama kita tak tahu sama ada paras air akan naik atau surut,” katanya pada sidang akhbar di Markas Agensi Pengurusan B.encana Negara Nadma di sini lewat malam tadi.
Tambah beliau, sebarang pemberian berbentuk bantuan kewangan dan sebagainya akan dibincangkan kemudian memandangkan yang lebih utama adalah keselamatan serta nyawa sasaran yang terlibat. Seorang individu mendakwa terdapat segelintir sasaran banjir masih bersikap memilih dan cerewet apabila enggan mengambil makanan berupa nasi lemak yang dihantar olehnya meskipun dalam keadaan agak darurat akibat bencana ini.
Menerusi pendedahan Zamerxciter93 di laman laman sosial, makanan berupa nasi lemak yang dihantarnya di sebuah pusat pemindahan banjir PPS enggan diterima segelintir sasaran di situ. “Mereka masih mempersoalkan kenapa bawa nasi lemak dan enggan ambil nasi lemak yang dibawa, sebaliknya tanya kenapa tak bawa nasi ayam bersama lauk.
“Perbuatan memilih itu menyebabkan berlaku lebihan makanan sehingga membazir dan makanan melimpah serta bersepah. Kalau plastik basah sikit terus mereka tak nak ambil makanan itu. “Kami memang berbulu dan naik angin, kita hantar makanan tapi memilih pula. Tambah-tambah warga asing sampai pecahkan Mydin, Shell sebab mereka tak nak pindah tapi terdesak perlukan makanan,” ujarnya.
Pemerhatian di ruangan komen mendapati orang ramai mendakwa PPS yang dimaksudkan itu adalah di Shah Alam, Selangor. Pendedahan itu juga menyebabkan orang ramai naik berang dengan sikap segelintir sasaran banjir yang memilih itu.
Ko akan jumpa orang mcm ni. Kalo orang mcm tu, aku biarkan je, biar kebulur. Tak kuasa nak layan. Pergi yang tempat org yg reti bersyukur, komen haneysmoon. Kalau diorang memilih, tu maknanya mereka masih belum betul-betul lapar… kalau dah betul lapar, makan saja apa yang ada, ujar Pemuda Karar pula.
https://www.facebook.com/watch/?v=1548947028800780
Kredit : Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Ada Yang Pertikai Status Halal Makanan Yang Dimasak Oleh Bukan Muslim Waktu Banjir. Sekali Ini Penjelasan Dr.Zulkifli.
PETALING JAYA: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memberi penjelasan melalui laman Twitter peribadinya mengenai isu bantuan makanan yang dimasak oleh mereka bukan beragama Islam. Penjelasan itu susulan orang beragama lain memasak untuk mangsa banjir dan ada pihak mempertikai status halal makanan tersebut.
Menurut beliau, hidangan yang dimasak oleh individu bukan muslim tidak menjadi penghalang bagi penganut agama Islam menikmati hidangan tersebut selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan.
“Tidak ada masalah untuk makan hidangan yang disediakan bukan Muslim yang bukan ahli kitab selagi mana tidak melibatkan haiwan sembelihan mereka. Terima kasih kepada saudara kami yang beragama Sikh atas bantuan yang dihulurkan. Semoga tuhan merahmati anda semua.
“Hal ini terpakai dalam isu agihan bantuan atau rumah terbuka yang sudah pasti saudara kita yang berlainan agama majoritinya faham konsep halal. Adapun bagi kedai makan, carilah yang ada logo halal Jakim,” ciapnya.
Rata-rata warganet turut meluahkan perasaan gembira melihat penyatuan rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa dalam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir, warganet turut mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan.
“Harap-harap boleh terserempak dengan pak cik ni pada masa hadapan. Nanti saya belanja teh tarik. Terima kasih juga kepada pihak GSPJ. Kamu semua wira, hanya tuhan boleh membalas kebaikan anda semua,” ciap NikisyaChan. “Biar ini menjadi peringatan kita semua yang sebenarnya kita sudah pun bersatu, kita dipecahkan kerana pihak sana tahu betapa kuatnya bila kita bersama. Jangan lupa,” ciap taneda97.
“Sebak dan terharu, kita sebagai rakyat kuat bila bersama. Pihak sana tidak peduli pasal nasib kita,” ciap _muhdaimn. “Saya menangis melihat gambar ni. Melayu, Cina, India, kita semua bersatu membantu sesame sendiri. Ini adalah Malaysia yang kami nak tengok,” ciap theluqskywalker. – UTUSAN ONLINE
2 Hari Terkandas Tanpa Makanan. Sekali Boss Ned Syukur Dapat Selamatkan Bayi.
Kejadian banjir kilat yang melanda sejak 2 hari lalu di sekitar kawasan Shah Alam benar-benar meruntun jiwa. Meskipun hujan sudah pun berhenti, namun masih banyak kawasan yang ditenggelami air sehingga ke bumbung rumah. Ramai yang merayu untuk dihulurkan bantuan terutamanya di kawasan Taman Sri Muda.
Bini cakap sayang careful please, takut ada buaya ke?
Tak tahan melihat situasi berkenaan, suami kepada Nora Danish iaitu Boss Ned telah turun padang bersama team bagi memberi pertolongan. Selain itu, Harith Iskandar dan isterinya turut sama kelihatan bertungkus lumus menyediakan bekalan makanan kepada individu terjejas.
Ada bayi dan dilaporkan dah 2 hari keluarga ini tiada bekalan makanan
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Boss Ned kedengaran cukup gembira selepas berjaya menyelamatkan sebuah keluarga yang sudah pun 2 hari terperangkap di dalam rumah tanpa sebarang bekalan makanan. Lebih melegakan apabila seorang bayi juga berhasil dibawa keluar ke lokasi yang lebih selamat.
Bangga dengan apa yang Boss Ned tengah buat…Semoga dipermudahkan urusan semua yang membantu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sama terharu melihat perkongsian berkenaan. Selain itu, ramai turut mengambil peluang berterima kasih kepada Boss Ned atas usaha yang dilakukan semalam.
Sumber:Instagram Hotfm & Boss_ned
Suka Sangat Belanja Gambar Yang Tak Sepatutnya. Sekali Pensyarah Fiqh Fatwa Tampil Beri Nasihat Padu Buat Nora Danish.
Nampaknya, nama pelakon Nora Danish tidak lekang daripada menjadi bualan warganet di platform media sosial. Selepas ditegur gaya pemakaiannya ketika mendaki Bukit Dinding, terbaru foto kontroversi bersama suaminya, Nedim Nazri mengundang perhatian ramai. Pensyarah Fiqh Fatwa, Pusat Kajian Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi hantaran di Facebook berkata, pasangan suami isteri itu tidak sepatutnya berkongsi gambar itu kerana ia dilarang dalam agama.
“Kebahagiaan kita tidak perlu untuk diuar-uarkan dengan perkara mks1at apatah lagi ia dilarang dalam agama. Allah SWT berduka sekiranya hambanya membuka aib dirinya sendiri serta membangga-banggakan dengan perkara yang dilarang dan dilaknat,” katanya.
Katanya, beliau turut mengingatkan kepada semua bahawa umat Islam tidak terlepas daripada melakukan dosa, sentiasa perbanyakkan taubat dan memohon keampunan Allah SWT. Mohd. Izhar berkata, umat Islam juga digalakkan memohon kemaafan sesama manusia dan saling menutup aib serta menjaga kehormatan sesama kita.
“Nabi SAW berpesan: “Sesiapa menutup aib seorang Muslim, maka Allah menutup aibnya di dunia dan di akhirat”,” katanya. Sebelum ini, gambar aksi main buih Nora Danish bersama suami di dalam tab mandi di sebuah hotel mengundang kritikan warganet. Lima foto yang dikongsi di Instagram dan Facebook itu dipercayai dirakam di sebuah hotel di Langkawi. Sumber : Trending Sangat
Dikritik Teruk Lepas Tayang Aksi Mandi Buih Bersama Suami. Akhirnya Nora Danish Pilih Padam Foto Di Instagram.
Pelakon Nora Danish mengundang rasa kurang senang wargamaya apabila berkongsi foto mandi buih di dalam tab mandi bersama suami, Mohamad Nedim Nazri.Menerusi laman sosial Instagram, Nora memuat naik lima foto aksi mandi buih tersebut dipercayai dirakam di sebuah hotel di Langkawi.
Difahamkan kunjungan pasangan itu ke Pulau Mahsuri itu bagi meraikan ulang tahun kelahiran Nedim yang ke-38 bersama kenalan rapat mereka.Walau bagaimanapun, foto tersebut telah dipadam daripada akaun Instagramnya setelah menerima pelbagai kritikan daripada wargamaya.Namun tidak kurang juga ada yang menyukai foto tersebut dengan memberikan pujian dan emoji hati.
Minggu lalu, Nora sekali lagi menjadi sorotan ramai apabila mengenakan pakaian yang agak ketat sewaktu melakukan aktiviti mendaki.Sebelum ini, Nora pernah dikritik selepas memuat naik gambar yang menayangkan bahagian belakang tubuh di Instagramnya serta momen percutian ketika di Langkawi sekitar September lalu.
Terdahulu, Nora berkahwin dengan Boss Ned berkahwin pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Rizal Ashram Ramli, Putra Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata mereka.
Kongsi Gambar Mendaki Bukit Dengan Pakaian Menonjol Mata. Sekali Lagi Nora Danish Kena Kritik Dengan Warganet.
Penampilan pelakon kecil molek, Nora Danish sering kali menjadi buah mulut warganet. Jika sebelum ini, Nora Danish menerima krtitikan yang he bat daripada wargamaya susulan berkongsi outfit ketika bercuti di Pulau Langkawi, Kedah bersama keluarga dan rakan baiknya.
Terbaru, pelakon yang sinonim dengan drama Puteri berkongsi aktiviti hujung minggunya dengan mendaki Bukit Dinding, yang terletak di Taman Setiawangsa. Menerusi kapsyen pendek yang dikongsi, Nora berjaya menghabiskan trek bukit tersebut sejauh enam kilometer dan sempat bertanyakan lokasi seterusnya bagi melakukan aktiviti lasak ini.
Kali pertama, dan bukannya kali yang terakhir. Mana seterusnya? #6Kilometer.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah outfit Nora berwarna coklat ketika mendaki bukit yang dikatakan seksi dan menampakkan sosok badannya.Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dipercayai kurang senang dengan pakaian pelakon cantik ini berikutan dirinya sudah memegang status sebagai isteri dan ibu kepada dua cahaya mata.
Komen Warganet
Susulan daripada itu, ramai dilihat kurang senang dengan pemakaian Nora yang dikatakan agak ketat untuk tatapan umum, apatah lagi untuk digayakan ketika mendaki.Malah, ada juga yang seolah mengambil peluang untuk memberi ceramah dan ‘tazkirah’ kepada pelakon tersebut.
“Baju awak boleh menyebabkan pernafasan masa hiking semput la dear. Pakai baju sesuai, takut kalau jatuh pengsan, rescue tak nampak serupa tanah,” tulis beberapa warganet. Pun begitu, biarpun diasak dengan pelbagai kritikan, ramai juga yang masih memuji kecantikan aktres tersebut.“Hiking pun cantik, jelesnya”.
Sekadar info, ini bukan kali pertama Nora dikritik gara-gara berpakaian mencolok mata.Sebelum ini, Nora pernah dikritik selepas memuat naik gambar yang menayangkan bahagian belakang tubuhnya di Instagramnya serta momen percutian ketika di Langkawi sekitar September lalu. Sumber: Nora Danish
Baru Je Nora Danish Dikritik Ramai Gara Gara Jadi Duta Tudung. Sekali Ini Pula Respon Dari Diva AA.
Pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA tampil menyelar pihak yang mengkritik pelakon jelita, Nora Danish yang dikritik warganet tidak layak untuk menjadi duta tudung.
“Suka Hati Dia La Nak Jual Tudung ke?”-Diva AA
Menerusi laman Twitter, Diva AA memberitahu bahawa ia adalah urusan aktres tersebut untuk menjual tudung atau melakukan apapun. “WOII PKMK? MENYALAK JER KEJER KO! SUKA HATI DIA LAH NAK JUAL TUDUNG KE? NAK JUAL FKY KE? KO LAK YANG PANAS JBRR? SLLL NYA KO! DAH BDHHH? MRYAN! GTHHH PUII”-Tweet Diva AA
Nora Danish Dikritik warganet
Dipetik dari laporan Kosmo, Nora menjadi kritikan warganet yang mempersoalkan imej seksinya yang tidak layak untuk menjadi duta tudung. Pemilihan beliau juga didkwa hanya berdasarkan keuntungan dan bukannya untuk kepentingan agama Islam. “Bagi saya seksi atau sebaliknya, semuanya terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya.
Bagi kelompok warganet yang tahu dan asyik nak kritik saja, hentikanlah.”-Kata Nora Danish pada Kosmo. Kita doakan yang baik-baik je la kan, mana la tahu satu hari nanti dia terbuka hati nak bertudung.. Sumber : Murai.my
Tidak Tahu Bagaimana Mahu Melaluinya. Nora Danish Tidak Dapat Mengawal Sebak Berpisah Dengan Anak Sulung.
Pelakon Nora Danish gagal mengawal emosinya ketika menghantar anak sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, ke sebuah sekolah swasta berasrama penuh, semalam. Menerusi hantaran di Instagramnya, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, memberitahu Rayqal akan menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.
Di dalam video pendek yang dimuatnaik olehnya, Nora juga dilihat sebak dan menangis sambil memeluk erat anaknya ketika berada di asrama. Pelakon yang popular dengan drama Puteri itu turut meluahkan kerinduannya terhadap Rayqal menerusi hantaran Instagram yang lain.
Mommy akan sangat merindui kamu. Mommy tidak tahu bagaimana mahu melaluinya, tetapi Mommy harus menjadi kuat sayang. Sekadar info, Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai. Mereka bagaimanapun bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sumber: beautifulnara. via