Nama Shila Amzah bukan lagi asing dalam persada seni tanah air. Bakat nyanyian pemilik nama Nurshahila Amir Amzah ini tidak hanya dikagumi di dalam negara bahkan turut meraih perhatian peminat muzik di negara China.
Shila yang mula berkecimpung dalam industri muzik sejak usia belasan tahun mengikut jejak langkah bapa tersayang yang merupakan salah seorang penghibur terkenal negara, Dato’ ND Lala atau nama sebenarnya Dato’ Amir Amzah Salleh.
ARTIKEL MENARIK:Muat naik story sentuh badan dan video berpegang tangan . Zul Ariffin dan Ruhainies dikritik warganet.
Meniti usia 31 tahun pada 13 Ogos lepas, Shila yang kini sibuk dengan rutin hariannya sebagai isteri dan ibu tetap tidak melupakan kerjayanya sebagai penyanyi. Ada sahaja kelapangan, pasti Shila akan memenuhi undangan nyanyian.
Kehidupan Shila juga lebih bermakna sejak kehadiran cahaya mata sulung, Seth Uwais. 31 Ogos lepas bersempena Hari Kemerdekaan juga merupakan ulang tahun kelahiran yang ke 2 buat anak comel ini.
Sekarang bila dah ada Seth kena bertanggungjawab untuk bimbing diri sendiri ke arah yang lebih baik.

Apa-apa yang lepas, Sha dah takkan toleh ke belakang dan hidup dalam penyesalan. Apa yang penting adalah sekarang Sha sedar banyak perkara, yang lebih menjadi keutamaan untuk Sha didik diri dan anak inshaAllah.”
Tiada angin tiada ribut, perkongsian terbaru penyanyi Shila Amzah mengejutkan ramai apabila memaklumkan sudah menfailkan pisah .Perkara itu dimaklumkan oleh Shila menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Menerusi entri itu, Shila berkata sudah dua bulan dia bersama anaknya tinggal di rumah kedua ibu bapanya.
Namun, satu demi satu dugaan menimpa apabila rumah ibu bapanya di Langat dinaiki air dan kini mereka sekeluarga menumpang di rumah makciknya selepas hilang tempat berteduh. Kata Shila lagi, perpisahan masih dalam proses apatah lagi pihak sebelah sana seolah mahu memanjangkan perkara tersebut.

Ujarnya lagi, dia tidak boleh bersabar lagi kerana Shila berkata dia kini cuba sebaik mungkin untuk menjaga hati dan nama semua pihak.
Menurut Shila, dia mempunyai rumah di Cyberjaya namun tidak selesa untuk pulang kerana suaminya masih berada di rumahnya.
“Sha dah file c.erai ..but unfortunately still on going process sebab dia decide nak prolong benda ni..Cuma bila dah jadi macamni, sha dah tak boleh nak sabar lagi sebab Sha pun trying my hardest to survive and jaga hati dan nama baik semua orang.
“Sekarang bila tengok rumah di Langat dah jadi macam ni.. rasa sedih sangat, sebelum ni tumpang berteduh kat rumah mak abah..tapi sekarang kita semua pula hilang tempat berteduh ,sekarang kita semua tumpang rumah Aunty sha.
Sha ada rumah kat Cyberjaya pun tak selesa nak balik sebab si dia masih berada di rumah sha,” tulisnya.
Kata Shila, dia bersama anak dan semua keluarganya tinggal di satu bilik buat sementara waktu sehingga banjir di rumah ibu bapanya reda.
Kredit : RK/NO/FB
Malas Tolong Syakilla Buat Kerja Rumah Jadi Punca Untuk Berpisah. Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Respon Dari Fizi Ali Buat Ramai Yang Terkedu.
KETIKA bekas pasangan suami isteri Fizi Ali dan Syakilla Khoriri masih berada dalam fasa bertenang selepas berpisah, timbul spekulasi tidak baik tentang punca perpisahan mereka. Lebih menyakitkan apabila Fizi yang juga penyampai radio Suria FM didakwa bersikap lepas tangan dalam urusan rumah tangga.
Bagaimanapun Fizi atau nama sebenarnya Hafizudin Alimudin, 32, berkata isu berkenaan langsung tidak timbul dan ia bukan punca dia dan Syakilla mengambil keputusan untuk berpisah. “Kepada orang yang tak tahu apa sebenarnya berlaku dalam rumah tangga kami, tak perlu nak buat spekulasi yang bukan-bukan.
“Apabila mereka kata Killa yang buat segala-galanya, mereka tahu ke semua benda contohnya takkan saya nak basuh seluar dalam pun saya nak kena tunjuk dekat IG? Takkan saya nak cuci najis anak pun saya nak tunjuk kat IG?” katanya kepada mStar pada Jumaat.
Untuk rekod Fizi dan Syakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Sofia yang kini berusia dua tahun. Pasangan ini kemudiannya bercerai pada 15 Disember baru-baru ini.
Warganet ungkit video lama, aksi panjat tangga pasang bidai didakwa jadi punca untuk berpisah buat Shakilla Khoriri mula rasa tak sedap hati
BERITA perpisahan pasangan selebriti Fizi Ali dan Shakilla Khoriri mengejutkan ramai peminat kerana tidak menyangka kemesraan yang ditunjukkan mereka di laman sosial berakhir dengan perpisahan. Sehinggakan ada warganet membuat spekulasi mengenai perpisahan itu dan mendakwa ia berpunca daripada sikap Fizi yang tidak mahu membantu isteri melakukan kerja rumah.
Tampil menjelaskan salah faham itu, Shakilla, 32, berkata dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai punca perpisahan mereka. “Saya baru baca artikel yang mendakwa kononnya Fizi tak membantu buat kerja rumah… apabila kakak (individu menulis status) itu cakap fasal bidai baru saya teringat posting video itu dah lama.
Minta maaf kalau sesiapa yang baca dan salah faham, saya tak sangka orang akan mempertikaikan kerja rumah yang saya pernah buat sebelum ini dengan mengaitkan apa yang berlaku antara saya dengan Fizi sekarang. “Saya anggap perkongsian saya dahulu sebagai kesalahan sendiri sampai membawa maksud lain apabila kami berpisah. Saya masih waras dan masih ingat sampai sekarang tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan sepanjang kahwin dengan Fizi dia tak pernah tolong saya.

Shakilla jawab spekulasi punca perpisahannya dengan Fizi Ali yang dibuat oleh seorang warganet di laman sosial. “Kalau Fizi atau keluarga dapat tahu dakwaan ini mesti mereka rasa tak best. Saya sendiri pun rasa tak best sebab sepanjang kami kahwin, Fizi sangat membantu saya menguruskan hal rumah tangga… masa saya buat kerja-kerja tu siapa jaga Ameena? Fizi la yang buat semua,” katanya kepada mStar.
Sebelum itu, sebuah blog hiburan menulis artikel status seorang pengguna Facebook yang mendedahkan hanya Shakilla yang menguruskan rumah tangga. Wanita itu berkata dia pernah melihat satu video lama yang pernah dikongsikan Shakilla di mana pelakon itu mengatakan semua kerja rumah dilakukan oleh dirinya dan Fizi tidak membantu.
Cukup-cukuplah mengorek salah silap kami dan kalau boleh janganlah keluarkan sebarang spekulasi. Spekulasi itu dibuat warganet berkenaan berdasarkan video Shakilla meminta suaminya memasangkan bidai di rumah mereka namun akhirnya dia terpaksa melakukan sendiri.
Dalam pada itu, Shakilla berkata isu video lama itu tidak sepatutnya timbul kerana dia memang seorang yang sukakan kerja pertukangan dan mempunyai idea serta citarasa tersendiri dalam menentukan dekorasi kediaman mereka. “Fasal buat kerja rumah ni memang saya yang nak buat sebab saya suka bertukang, saya suka buat benda-benda yang saya tak mampu buat tapi saya nak buat juga.
Shakilla memang minat bertukang sejak dulu lagi. “Fizi pula akan ambil langkah untuk tak campur tangan kerja-kerja saya sebab takut kalau salah nanti saya marah pula! Idea kami lain-lain, jadi dia bagi saya kebebasan untuk buat ikut cara saya dan dia pula ambil bahagian jaga Ameena.
“Video yang saya kongsi itu hanyalah untuk projek khas dalam rumah sahaja contohnya renovasi untuk tempat permainan Ameena dan sebagainya, tapi benda-benda asas lain semua Fizi yang buat. Kalau saya pergi penggambaran, Fizi la yang buat semua… dia memasak, basuh baju dan jaga Ameena,” ujarnya.
Sementara itu, pelakon drama Cinta Ilahi ini memohon orang ramai menghentikan sebarang spekulasi mengenai perpisahan mereka itu. “Saya harap orang-orang di luar sana cukup-cukuplah mengorek salah silap kami dan kalau boleh janganlah keluarkan sebarang spekulasi mengenai perpisahan kami.
“Saya tahu ramai yang nak tahu punca tapi kami berdua dah sebulat suara tak akan berkongsi sebab perpisahan ini… cuma saya beritahu kami berdua kuat berdepan ujian ini dan minta doakan yang terbaik untuk kami. Shakilla dan Fizi sepakat besarkan anak bersama-sama.
“Perpisahan ini satu pembelajaran untuk kami jadi lebih matang, memahami salah silap masing-masing, sejujurnya saya sangat beruntung kerana pernah ada suami yang baik. Dia kawan, suami dan ayah yang sangat baik… mungkin saya seorang isteri dan ibu yang tak sempurna, tapi tak apalah kita lupakan semua itu. “Kami berdua dah sepakat untuk fikirkan jalan terbaik… untuk kakak yang muat naik status itu, kalau terbaca artikel ini saya minta maaf kalau status dan video lama saya itu membuatkan semuanya salah faham,” katanya.
Ramai Je Yang Tengok Macam Gembira. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Bekas Isteri Fizi Ali Bongkarkan Cerita Sebenar Buat Ramai Yang Terkedu.
Kuala Lumpur – Pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali, 32, memaklumkan khabar d.uka dia dan isterinya, pelakon Shakilla Koriri, 32, sudah berpisah dan kini memilih untuk membawa haluan berbeza. Fizi atau nama sebenarnya Muhd Hafizudin Alimudin menjelaskan biarpun sudah hidup berasingan, dia dan Shakilla bersepakat untuk membesarkan anak mereka, Ameena dengan penuh kasih sayang.
“Assalammualaikum semua. Maaf kepada mereka yang tertanya-tanya apa yang terjadi pada saya dalam beberapa minggu ni. “Dengan berat hati, saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Shakilla tidak lagi bersama dan akan membawa haluan masing-masing. Walaupun hidup berasingan, kami juga sudah bersepakat akan membesarkan Ameena dengan penuh kasih sayang. “Kami janji Ameena tetap akan merasa kasih sayang sepenuhnya dari daddy dan umi. Kami harap semua pihak dapat menghormati keputusan ini. Anggaplah jodoh kami sampai di sini,” tulisnya menerusi perkongsian di Instagram.
Saya Tahu Ramai Lihat Kami Bergembira
Biarpun diduga dengan perpisahan, pelakon Shakilla Khoriri, 32, reda dengan ketentuanNya dan mengakui fokus utama ketika ini adalah untuk membesarkan anak, Ameena yang berusia dua tahun. Shakilla berkata biarpun jodoh bersama suami, Fizi menemui titik noktah, namun mereka tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk memberikan kasih sayang buat Ameena.
“Saya tahu ramai yang melihat kami gembira dan tidak bermasalah, cuma sebagai manusia kita reda dengan ketentuanNya. Tipulah jika tidak sedih, kami sudah mendirikan rumah tangga selama tiga tahun, malah berkawan sejak 2013 lagi. “Hubungan itu sudah lama sangat, namun Allah SWT sudah tentukan sehingga detik ini saja perkahwinan kami. Saya percaya, Allah mempunyai aturan yang lebih baik buat kami berdua.
“Bagi saya, isu ini tidak perlu diperbesarkan kerana adat dan lumrah perkahwinan. Buat masa ini, hanya doa yang baik-baik saja yang diperlukan daripada semua pihak. “Sudah penat sebenarnya saya menangis, jadi jika ditanya keadaan ketika ini, sudah tiada apa hendak disedihkan lagi kerana perkara sudah terjadi. Kami berdua masih menyambung kerja seperti biasa dan bergilir-gilir menjaga Ameena,” katanya. Terdahulu, pengacara dan penyampai radio, Fizi Ali menerusi paparan di Instagram memberitahu dia dan isterinya, Shakilla Koriri kini mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Kredit : HM via
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
