Sebelum ini ramai juga dah mula bercakap tentang Mira Filzah yang did4kwa semakin kurus dan cengkvng. Ramai pula yang membuat spekulasi bukan-bukan antaranya, terkena peny4kit ain ke?
Atau ada s4kit apa-apa ke? Mukanya kelihatan puc4t dan tak bermaya, malah ada yang kata sudah kurang berseri walaupun pakai mekap tebal. Umum mengetahui, Mira merupakan duta kepada jenama tudung.
ARTIKEL MENARIK:Lama meyepi Shila Amzah berkongsi rasa pasal rumahtangga. Terkejut sampai menangis Shila Amzah jawab soalan di ig.

Tak cukup warganet komen di IG Mira, sampai ke IG tudung pun mereka bercakap tentang dirinya. Melihat di ruangan komen, ada juga yang perasa perubahan Mira yang didkwa sekarang ini memakai tudung tak tutup dada.

Dah tak macam dulu, macam sembunyikan sesuatu
Malah mereka juga merindui Mira yang dulu.Setakat ini Mira masih berdiam diri dan tidak memberi sebarang reaksi tentang perubahan yang berlaku dengan dirinya, seperti yang didakwa ramai warganet. Sama-sama kita nantikan, mana tahu Mira nak jelaskan bagi menghilangkan kerisauan warganet ni. Tak gitu?
Baru-baru ini hangat mengenai desas desus mengatakan pelakon dan pengacara Mira Filzah kini berbadan dua apabila ada peminat mendakwa terlihat baby bump. Mira berkata dia memahami bahawa ramai peminat teruja untuk melihatnya memiliki cahaya mata, namun jika benar ada berita gembira dia tidak akan sorok.
“Setiap pasangan yang berkahwin pastilah mahukan zuriat. Gosip mengenai kehamilan sebelum ini pun pernah bertebaran apabila ada yang tengok baju yang saya pakai dan muat naik di media sosial, dari sisi kononnya nampak macam saya sedang mengandung. Biasalah, peminat mestilah mengharap untuk terima berita gembira ini. Tapi apa-apa, saya akan beritahu pada semua. Saya tak akan sorok,” katanya.
Dalam pada itu, Mira berkata dia tidak berkecil hati dengan spekulasi serta penyebaran video ‘baby bump’ yang dibuat oleh peminat dan menganggap ianya sebagai satu doa. “Tak tersinggung pun. Sebagai selebriti mestilah peminat nak tahu perkembangan ini. Saya faham. Tak apa, anggap saja kata-kata mereka itu sebagai doa… sampai waktu tepat saya akan umumkan,” katanya.
Sementara itu, Mira memalumkan dia merancang untuk bercuti di Eropah selama sebulan bagi berbulan madu dan berehat bersama suaminya, Wan Emir Astar bermula pada minggu hadapan. “Semenjak berkahwin kami memang tak sempat lagi bercuti bersama. Jadi ini adalah peluang terbaik untuk kami bercuti sebab sempadan negara sudah dibuka. Lagipun sampai bila nak tunggu CvdI9 nak berakhir? Jadi kita teruskan saja hasrat ini sambil kekal menjaga kesihatan kendiri dan prosedur operasi standard (SOP),” katanya.
Nampak ‘baby bump’, IG Mira Filzah dibanjiri ucapan tahniah
Lebih setahun bergelar isteri, keterujaan peminat terhadap kehidupan berumah tangga pelakon popular Mira Filzah kembali mencuri perhatian apabila didakwa sedang hamil anak sulung. Biarpun belum ada sebarang pengesahan dari bibir pemilik nama lengkap, Nur Amirah Filzah Badioezaman itu berkenaan perihal kehamilannya, ramai dalam kalangan netizen mula menitipkan ucapan tahniah menerusi ruangan komen satu perkongsian Instagramnya yang menampakkan ‘baby bump’ yang semakin jelas kelihatan. “Pregnant (hamil) ke kak Mira? Kalau betul, alhamdulillah. Nampak macam ada ‘baby bump’. Eh, aura macam bakal ibu ni.”

Tangkap layar antara komen warganet yang membanjiri Instagram Mira Filzah.
Itu antara komen-komen yang ditinggalkan peminat sekali gus mencetuskan persoalan sama ada benar atau sebaliknya, figura yang pernah menerima jolokan ‘Malaysia’s ultimate girl’s next door’ daripada akhbar, South China Morning Post itu sedang berbadan dua. Menerusi entri yang dimuat naik Mira, 28, ramai dalam kalangan pengikutnya memaklumkan bahawa fizikalnya kelihatan yang kian berisi dan ‘baby bump’ mula menampakkan bentuk.
Sehingga kini, belum ada pengesahan mengiyakan atau menidakkan dakwaan tersebut dan usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan jawapan dari pihak Mira belum berhasil apabila panggilan telefon tidak berjawab dan pesanan mesej belum berbalas. Ini bukan kali pertama, Mira digasak dengan persoalan tentang kehamilan. Sebelum ini, beberapa kali dia dihujani pertanyaan sama namun jjawapannya yang diberikan tetap sama, dia tidak akan menyembunyikan kehamilan jika bakal beroleh rezeki menimang cahaya mata.
“Biasalah, apabila kita ‘single’ orang tanya bila hendak kahwin. Selepas berkahwin, ditanya pula bila hendak menimang cahaya mata. Insya-Allah, kalau ada rezeki, saya akan kongsi,” kata Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 dalam satu temu bual bersama media sekitar Mac lalu. Sebagai informasi, Mira mendirikan rumah tangga dengan arkitek, Wan Emir Astar, 31, pada 3 September tahun lalu

Tangkap layar satu perkongsian video Mira Filzah yang menampakkan seolah-olah ‘baby bump’nya sudah kelihatannya.
Sumber : Rose Merah
Mira Filzah Sering Akur Dengan Kata Kata Ibu. Sekali Mira Akui Anak Kedua Degil Dan Dedahkan Pengalamannya.
Terjun ke dalam dunia hiburan mungkin nampak mudah tetapi untuk terus kekal bertahan adalah cabaran yang perlu dipikul oleh mereka yang bergelar artis. Mira Filzah sendiri tidak menyangka, niat menceburi bidang modelling telah mempertemukan dia dengan ‘jodoh’ bersama dunia seni lebih sembilan tahun lalu. Di usia 28 tahun, butir bicaranya begitu matang. Dia tahu apa yang ingin diperkatakan malah petah dalam melontarkan satu penceritaan. Jarang sekali membaca kontr0versi memalit Mira, apatah lagi goss1p panas.
“Apabila menjadi artis, tentunya kita tahu apa sahaja yang kita lakukan diperhatikan. Sebelum berkahwin saya kawal content untuk tatapan media sosial. Apatah selepas berkahwin, lebih banyak privasi perlu dijaga. Posting berkaitan suami dan rumahtangga bukan sesuatu yang boleh kita suka-suka tayangkan kepada umum.
Saya banyak belajar dari pengalaman. Iyalah, masuk ke dunia seni tanpa sengaja, tak ada niat apalagi casting. Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan saya jenis suka go with the flow. Kurang bercakap tapi lebih banyak observe, mungkin dari situ saya belajar gaya hidup orang, cara bekerja dan semua itu saya belajar sendiri.
Nak kata ada pengalaman sendiri…NO, tapi pemerhatian yang mengubah diri menjadi matang. Saya biasanya mengambil pengajaran dari apa yang berlaku pada orang lain,” katanya. Dalam kehidupan yang dilalui, sekelumit pun rasa menyesal tidak timbul. Dengan restu kedua ibu bapanya, Mira melewati tahun demi tahun dan membina tapak untuk namanya terus dikenali. Dari kerjaya sebagai model pelbagai jenama fesyen terkemuka tanah air kepada pelakon dan kini bergelar pengacara, Mira Filzah sangat bersyukur.
“Sewaktu kaki mula memijak dunia lakonan, tentulah mak dan abah tak bersetuju. Tapi anak nombor dua biasanya deg1l sikit. Saya tetap pujuk mereka untuk menerima jalan yang saya pilih. Asalkan terpacul perkataan ‘ok’ dari mereka, saya anggap mereka merestui kerana pada saya restu mak dan abah sangat penting. Kalau tak, memang apa yang saya lakukan tak menjadi.
Bagi saya, rezeki yang datang saya laksanakan sehabis baik. Walaupun pernah kecewa kerana tidak terpilih dalam top 20 finalis Dewi Remaja, saya merasakan hikmah itu datang dalam bentuk lebih baik di masa hadapan. Saya bayangkan juga, sekiranya terpilih, perjalanan saya dalam dunia seni ini lebih lambat kerana berada dalam pertandingan.
Tetapi hikmahnya, saya mulakan langkah terlebih dahulu. Saya menerima tawaran berlakon drama bersiri. Di saat memenangi anugerah Artis Bintang Popular, saya terfikir…macam mana kalau saya terpilih menyertai Dewi Remaja? Mungkin ini bukan ‘laluan’ saya. Saya sangat percaya, hikmah Allah akan datang kemudian. Saya tak pernah regret pun dengan apa yang berlaku. Alhamdulillah, hidup saya kini lebih bahagia,” ujar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar ini. Sumber : https://www.dnq.pw/2021/
Kenapa Nampak Makin Kurus . Peminat Mula Risau Tengok Wajah Mira Filzah Nampak Cengkung.
Pelakon popular, Mira Filzah diundang menjadi tetamu program bual bicara MeleTop bagi mempromosikan drama The Hotel yang bergandingan bersama penyanyi MK K-Clique malam tadi.
Sebelum itu, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badioezaman sempat berkongsi video ‘transformasi’ wajahnya yang memaparkan sebelum dan selepas disolek di laman Instagram.
Menerusi rakaman berdurasi 16 saat itu, wajah pelakon berusia 28 tahun tersebut kelihatan agak pucat tanpa mengenakan sebarang mekap sebelum berubah menjadi cantik hasil s0lekan Fiqqi Abdullah
Bagaimanapun, ada segelintir pengikut menegur pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu yang dilihat berwajah ‘cengkvng’ dan semakin kurus.

Namun begitu, rata-rata memuji kecantikan Mira apatah lagi dengan efek transisi yang membuatkan video berkenaan bertambah ‘wow’ apabila ditonton.


Sekadar info, drama The Hotel yang diarahkan oleh Helmi Yusof telah ditayangkan sejak 15 September lalu pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria. Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/
Baru sahaja buka akaun Tiktok. Sekali tak sangka Mira Filzah peroleh pengikut sebanyak ini dan ini rupanya rakaman yang dikongsikan.
Sebut sahaja TikTok, pasti ramai tahu aplikasi tersebut semakin menjadi trend sejak kebelakangan ini. Malah, ramai yang terjebak dengan aplikasi tersebut tidak kira usia. Termasuklah, pelakon dan pengacara Mira Filzah yang turut terjebak dengan aplikasi tersebut. Mira turut memaklumkan kepada peminat dia juga sudah mempunyai akaun TikTok diberi nama therealmfmirafilzah.
Perkara itu sekaligus membuatkan rata-rata peminat teruja. Akaun tersebut baru sahaja dibuka Mira sudah mempunyai lebih 4 ribu pengikut dan mendapat lebih 9 ribu likes. Namun,semalam Mira telah berkongsi video tiktok beliau melaui instagramnya. Dengan kapsyen yang dikongsi olehnya,ramai makon teruja melihat Mira Filzah. Hero saya tengah main . Jadi ini adalah hiburan saya malam ini.
KOMEN WARGANET:
Sumber : KL Menjerit
Tiba tiba nama Mira Filzah tular di laman twitter. Rupanya ini sebab orang tak puas hati sampai ada yang berhenti sokong dan minat Mira.
Isnin lalu, nama si cantik Mira Filzah tiba-tiba sohor kini dalam Twitter. Hasil siasatan, rupa-rupanya berpunca daripada luahan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap tindakan ibu mertuanya berkaitan isu bantuan kepada penduduk di daerah Kuala Kangsar, Perak.
Gara-gara si ibu mentua, Mira pula yang terkena . Memang marah sungguh warganet sehingga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu. Bahkan ada pula yang mahu membatalkan niat untuk menyokong dan meminati isteri kepada Wan Emir Astar itu.
Jika dibaca semua komen warganet, memang sakit hati juga tetapi mungkin kemarahan tersebut bersebab. Bagaimanapun, ada juga pengguna media sosial yang berpendapat, tindakan memarahi dan mengaitkan Mira dalam hal itu tidak sepatutnya berlaku kerana isu tersebut dicetuskan oleh si ibu mertua, bukannya Mira.
Namun, sikap Mira yang mendiamkan diri dan tidak membalas sebarang komen harus dipuji. Mungkin lebih baik begitu daripada memanaskan lagi keadaan. Ibarat api yang marak, jangan disimbah lagi dengan minyak.
Harap Mira sabar dan kekal tenang hadapi semua kritikan tersebut. Apapun, terus positif ya semua. MIZZ LAHAR: Jika ada artis yang hendak beri bantuan, seelok-eloknya tidak memaparkan wajah si penerima. Perkara sebegitu boleh mengundang marah warganet, berhati-hatilah. Sumber : K!Online via
