Turut terpalit dengan kata-kata tidak enak daripada sesetengah pengguna media sosial, ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin,
Siti Fatimah Suberi mengakui agak terkejut apabila ada dakwaan timbul yang mengatakan menantunya, Shuib kelihatan seperti agak segan ketika berkumpul satu keluarga bersama-sama.
ARTIKEL MENARIK:Akan Dilelong Pada 14 Disember! Mahkamah Tinggi Arah Harta Nur Sajat Disita & Dijual
Fatimah yang lebih mesra disapa sebagai Makder ini ada memuat naik sebuah hantaran tangkap layar perbualan seorang individu yang menegur mengenai hal berkaitan hubungan kekeluargaan mereka.
Tampil menjelaskan isu tersebut, Fatimah berkata istilah segan tidak pernah wujud memandangkan mereka adalah satu keluarga dan hanya menghormati antara satu sama lain.
Mungkin apa yang orang nampak ingat Shuib segan dengan saya tapi sebenarnya kami saling menghormati.
Tambahnya lagi, tiada istilah menantu tiri atau apa-apa saja seperti yang didakwa netizen dan Fatimah menegaskan bahawa Shuib merupakan salah seorang daripada ahli keluarganya.
Terdahulu, seorang individu telah menghantar sebuah mesej berbunyi “Assalam makde, ada sesuatu nak kongsikan sebab saya tengok story makder sebelum ini saya tengok Shuib macam segan sikit dengan makder. Semoga bermanfaat.”
Dalam hantaran yang sama, individu itu turut menyertakan sepotong artikel yang menyentuh isu hukum hakam antara mentua tiri dan menantu lelaki.