Penyanyi legenda Zaiton Sameon antara individu yang terperangkap dalam kejadian banjir air pasang besar yang berlaku di Klang, Selangor.
Berkongsi perkara terbabit, Zaiton, 64, memaklumkan kediaman keluarga adik angkatnya yang dikenali sebagai Ika di kawasan Kapar, Klang masih dalam keadaan berjaga-jaga.
ARTIKEL MENARIK:Resort Aliff Syukri hampir musnah. Tak senang duduk bercuti bila lihat apa yang berlaku pada resortnya.
“Saya berada di rumah adik angkat saya dan memang betul sekarang kawasan ini dilanda banjir. Setakat ini air sudah naik hingga paras lutut dan kami sekeluarga masih berwaspada dengan sebarang kebarangkalian. Semoga hujan reda dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Zaiton sempat berkongsi sepotong video dirinya berpayung sambil duduk di atas pelampung di perkarangan rumah. Menerusi video yang dimuat naik di TkT0k, pelbagai reaksi diterima daripada pengguna media sosial hingga ada yang terhibur dengan gelagat Zaiton yang turut menyunting video tersebut dengan lagu hit nyanyiannya, Kabut Serangkai Mawar.
Respon Zaiton Sameon
“Ye ker ramai yang terhibur? Saya buat video itu saja-saja sebab tak boleh nak buat apa sebab tengah hujan,” respon Zaiton. Sehingga dimuat naik, sejak pukul 2 petang Ahad, video itu telah ditonton lebih 366,000 kali. Ramai yang berseloroh, menyifatkan Zaiton sedikit sebanyak melegakan perasaan resah orang ramai yang kini terjejas dengan kejadian banjir itu.
“Seronoknya nampak main-main banjir tu kan…Kreatif, ramai yang tergelak-gelak! Santai-santai Kak Eton main banjir ni. Hati-hati ya.Sempat pula buat video klip. Memang legend. Orang tengah pening banjir dia relaks je buat TlkT0k,” demikian tulis beberapa pengguna di TikTok.
Fenomena air pasang besar yang berlaku sejak Sabtu telah menyebabkan keadaan di sekitar Klang bertambah buruk dan jurucakap Meteorologi Malaysia menjangkakan air pasang setinggi empat meter akan melanda perairan berkenaan. Sejumlah 1,011 mangsa banjir ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Klang setakat jam 7 pagi, susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah berkenaan.
Semalam, sebanyak 20 kawasan di daerah Klang dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan dan Telok Gong antara yang paling terkesan dengan kenaikan air sehingga ke paras pinggang. Kawasan lain yang terjejas adalah Pulau Indah, Pandamaran, Bandar Botanik, Telok Gadong, Bandar Sultan Suleiman dan Bukit Tinggi. Sumber: GEMPAK
Ramai Terhibur Bila Pemuda Ini Ajuk Lagu Green Light Red Light. Siap Gunakan Suara Versi Artis Malaysia.
Dem4m ‘Squid Game’ nampaknya belum lagi reda dekat Malaysia. Kalau tengok di TikTok, memang ramai yang gunakan sound yang merupakan salah satu lagu yang dinyanyikan dalam salah satu permainan dalam siri tersebut iaitu ‘Green Light Red Light’. Kalau sebelum ni, biasa kita jumpa video orang berhenti apabila lagu tersebut dinyanyikan, baru-baru ni, pengguna TikTok @amsyar_leee yang sebelum ini viral kerana telah men1ru suara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Kali ini, Amsyar kembali menghiburkan dengan parodi ‘Green Light Red Light’ tetapi dengan menggunakan suara penyanyi terkenal di Malaysia! Setakat ini, video tersebut telah mendapat hampir 3 juta tontonan selain telah menerima lebih 300 ribu sukaan dan ribuan komen dari pengguna TikTok lain.

“Memang jadi weh”
Apa yang membuatkan ramai kagum dan terhibur adalah dia men1ru suara penyanyi wanita terkenal tanah air seperti Jaclyn Victor, Dayang Nurfaezah dan lain-lain semestinya Datuk Seri Siti Nurhaliza, bukan sekadar suara, tetapi sekali dengan gaya nyanyian dan lenggok suara. Dalam banyak-banyak, ramai boleh ‘relate’ dengan apa yang dilakukan Amsyar tersebut kerana suara dan gayanya boleh dikatakan agak sama, lebih-lebih lagi ketika dia men1ru gaya Elizabeth Tan. Memasuki ruangan komen, pastinya ramai yang memberikan pujian selain terpegun dengan bakat men1ru suara artis-artis tersebut.

Apa-apa pun part surat khabar lama tu kelakar okay! Sumber : Lobak Merah
Pemilik Tertekan Terima Lebih 4000 Panggilan Setiap Hari. Tak Sangka Nombor Telefon Pada Kad Squid Game Memang Wujud.
Baru beberapa hari ditayangkan, siri Squid Game yang ditayangkan di Netflix kini menjadi fenomena di seluruh dunia. Malah, ia juga telah menduduki tempat pertama carta di banyak negara sekali gus menjadikannya siri Korea Selatan paling popular.

Pun begitu, semenjak siri ini menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia, ada beberapa individu telah tampil mendkwa mereka telah menerima banyak panggilan telefon dan mesej selepas satu babak dalam siri terbabit yang memaparkan satu nombor telefon, lapor The Korea Herald. Difahamkan, dalam salah satu babak siri terbabit, aktor Gong Yoo telah memberikan satu business card kepada Ki-hoon (lakonan Lee Jung-jae) untuk mengajaknya menyertai pertandingan Squid Game.

Business card yang ditawarkan dalam Squid Game ini memaparkan lapan digit nombor telefon yang memerlukan bakal peserta untuk mendialnya untuk menyertai pertandingan ini. Dkwa seorang lelaki yang enggan dikenali, dia telah menerima banyak panggilan dan mesej daripada orang tak dikenali sejak siri itu dipaparkan kepada umum.
“Saya dah lebih 10 tahun pakai nombor ini jadi saya agak terkejut. Kadangkala, saya terima hampir 4,000 panggilan setiap hari,” jelasnya dalam satu temu bual. Tambah lelaki terbabit lagi, dia langsung tidak tahu bagaimana orang ramai boleh mendapat nombor telefonnya sehinggalah dia diberitahu oleh salah seorang pemanggil bahawa nombor telefonnya telah dipaparkan dalam satu babak siri terkenal Netflix itu.
Tidak cukup dengan itu, ada juga individu lain yang tampil mendkwa mereka menjadi mngs4 prank call gara-gara nombor telefon mereka hampir dengan nombor telefon yang dipaparkan dalam business card dalam siri berkenaan. Individu terbabit juga sempat memberi pesanan kepada pengarah Squid Game supaya menghubunginya bagi menyelesaikan masalah terbabit. Selepas dakwaan-dakwaan ini muncul, Netflix Korea berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu dengan lebih terperinci dan mereka juga sedaya-upaya cuba menghubungi mngs4-mngs4 yang mendakwa menerima prank call.

Untuk pengetahuan korang yang mungkin belum berkesempatan nak tonton siri ini, Squid Game menceritakan tentang 456 individu yang mempunyai masalah tersendiri terutamanya kewangan menjadi peserta sebuah permainan dimana mereka akan memperoleh 45.6 bilion won sebagai hadiah. Squid Game menampilkan barisan pelakon hebat seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Jung Ho-yeon, Lee Byung-hun dan Gong Yoo. Sumber: The Korea Herald via
